Thursday, February 28, 2013

Wajib Baca!! Pandangan Pengkaji Mengenai Manifesto PR!!!




1. Saya pernah memberi pandangan mengenai IKS sebagai ekonomi lokal utama negara setahun lepas, PR sependapat dengan saya.

2. Apa beza BR1M (RM500) dengan Skim Warga Emas (RM1000)?

3. Dalam reformasi institusi Islam dan keagamaan, tiada disebutkan mengenai hudud.

4. Pelan sistem pembangunan awam dalam dan antara bandar saya setuju.

5. Bab kesihatan, "memenuhi sasaran doktor : rakyat, 1:550", memang akan berlaku kebanjiran doktor pada tahun 2018 (MMC), manifesto ini relevan?

6. Yg harus dicadangkn dalam manifesto adalah bagaimana hendak menangani kebanjiran doktor pada tahun 2018, bina lebih banyak hospital, buka lebih banyak jawatan dalam kerajaan untuk lepasan doktor.

7. Yang perlu dibangkitkan dalam manifesto PR adalah menambahkan lebih banyak doktor PAKAR supaya pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk rawatan, bukan menambah lagi doktor umum.

8. Perkhidmatan wad percuma untuk Kelas 2 dan 3 memang baik, pernah masuk ke wad 3 dan 2 di hospital kerajaan, tak terlalu mahal

9. Kemudahan wad percuma kelas 3 dan2 bermakna semuanya menjadi wad 3 atau 2? Perlu penjelasan yang lebih terperinci.

10. 1Care masih lg dalam peringkat perbincangan, dasar yg belum dilaksanakn ditolak di dalam manifesto PR, bukan ke aneh?

11. Kesimpulan mengenai bab kesihatan dlm manifesto PR , banyak yang tak perlu disebut, yang mustahak utk dibawa ke depan tak pula dicadangkan.

12.  Bagus untuk menurunkan harga minyak, yang jadi persoalan apakah harga barang akan turut sama turun setelah harga minyak turun?

13. Bukan harga minyak yg jadi isu, tetapi alasan pembekal menaikkn harga barang setelah harga minyak dinaikkn, yg nk diturunkn harga brg

14. Pembinaan 150,000 rumah mampu milik adalah polisi yg menarik dan perlu disokong, polisi yang sama dilaksanakan oleh BN

15. Konsep "bina dan jual" berbanding konsep "jual dan bina" yg digunapakai sekarang, kena timbang tara untung pemaju.

16.  Gaji minima yang dicadangkan dalam manifesto PR adalah rm1100, perlu mengambil kira juga kemampuan majikan, double edge policy.

17.  Saya menemui satu kes yang dengan gaji minima yang dibuat oleh kerajaan sekarang pun,ada pekerja yang dibuang oleh majikan kerana tidak mampu bayar gaji pekerja.

18. Tabung Permudah satu pendekatan menarik,tetapi jika namanya tabung,setelah habis tidak ada peruntukn lagi buat majikan,namun ada inisiatif dari PR

19.  Sekolah vokasional juga giat diperbaiki oleh masa ke masa oleh kerajaan BN, polisi yang sama.

20. Manifesto PR kali ini mensasarkn golongan wanita, mahasiswa, tentera dan pemandu teksi. Menarik kali ini golongan guru tidak diebutkan.

21. Menambahbaik SPRM itu bagus, tetapi saya khuatir akhirnya SPRM akan menjadi seperti KPK di Indonesia, penambahbaikan KPK mmg selalu dibuat.

22. Pentadbiran KPK sering ditukar ganti,pada mulanya disokong rakyat tetapi akhirnya mereka tetap dicemuh,KPK tidak dapat jalankn tugas mereka.

23.   Yagn patut ditekankan adalah pengurusan persepsi rakyat terhadap SPRM, dua-dua pihak harus kerjasama,kalau tidak sampai bila pun SPRM dicemuh!

24. Saya kurang jelas mengenai Sekolah Janaan Rakyat.Maksudnya sekolah yang mendapat peruntukan? Sekarang sekolah tidak dapat peruntukan?

25.  Kebajikan Orang Asli saya fikir telah dijaga dengan baik oleh JHEOA.Tak payah lihat jauh,saya lihat di Jengka,banyak bantuan buat mereka.

26. Bahkan Orang Asli jauh lebih lantang suara mereka daripada penduduk Felda sendiri. Tak didengari akan mengadu kepada Sultan dan MB

 27. Ada perkampungan Orang Asli dibina semula oleh kerajaan, dibina rumah batu dan duduk berpusat, tidak lagi jauh satu sama lain seperti dulu

28. Bekalan elektrik dan air bersih mereka sudah terima, manifesto PR menulis "..semua 852 penempatan.." seolah-olah semua tempat Orang asli tidak ada air dan elektrik

29. 5000 biasiswa untuk Orang Asli saya sokong        

30. "Setiap keluarga di Msia bawa pulang pendapatan isi rumah sekurangnya rm4000 sebulan.." Polisi idealis tetapi PR boleh cuba.

31. Manifesto PR banyak memberikan subsidi dalam pelbagai sektor, dan umum cukai 26% hanya perlu dibayar bg mrk berpendapatan lebih rm400,000

32.  Melihat negara lain, pendekatan berikan subsidi yang banyak diseimbangkan dengan menaikkan kadai cukai, kurangkn ketirisan itu bagus tapi apakah cukup?

(Pandangan ini telah ditulis di Twitter pada 26hb Februari 2013: @khairul_hafidz)

Secara keseluruhan, kebanyakan manifesto PR adalah polisi yang hampir sama dengan polisi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN, tetapi dengan penambahbaikan. Polisi yang mereka cadangkan adalah polisi yang agak idealis dan ada beberapa yang bersifat populis.

Banyak pendekatan pemberian subsidi tetapi pada masa yang sama kadai cukai dikekalkan pada tahap 26% dan menaikkan mereka yang berpendapatan lebih daripada rm400,000 sahaja wajib membayar cukai berbanding rm250,000 yang telah ditetapkan oleh kerajaan BN.

Persoalan yang paling mustahak adalah, apakah mereka mampu untuk mengekalkan dasar yang mereka cadangkan ini untuk jangka masa yang lama jika mereka berjaya menawan Putrajaya

Pemikir ASLI Ramal BN Menang PRU 13



Badan pemikir swasta, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (GE13) kerana sokongan masyarakat Melayu luar bandar telah kembali kepada Umno dan BN.

Dalam analisis yang dibentangkan semalam, ASLI berkata BN dijangka memenangi 123-135 kerusi dalam pilihan raya akan datang, tetapi boleh mencapai setinggi 150 jika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh menarik pengundi Cina dan India yang belum membuat keputusan muktamad.

“Dari tafsiran penyelidikan saya jika peralihan pengundi Melayu luar bandar kuat kepada Umno maka pertempuran undi Melayu luar bandar akan memihak kepada BN.

“Pilihan raya akan datang pada dasarnya akan diputuskan oleh pengundi di kawasan-kawasan luar bandar,” kata Pengarah ASLI, Tan Sri Dr Michael Yeoh Oon Khing memberitahu The Malaysian Reserve dalam satu temu bual e-mel semalam.

“Bagaimanapun, apa yang boleh pasti adalah bahawa dua pemenang besar dalam pilihan raya akan datang yang dijangka pada 14 atau 21 April 2013, adalah UMNO dan DAP.”

Baca selengkapnya sila klik di sini

Anwaraidc

Wednesday, February 27, 2013

Manifesto PR Sisihkan PAS??



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

“(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

“Pemimpin Pas tahu “the in and out” (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.

Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. – Bernama

Dr Hasan Ali : Anwar Tidak Relevan Untuk Jadi PM!!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai mempunyai masalah moral di kalangan ahli Pas, tidak lagi relevan untuk menjadi Perdana Menteri, kata Presiden Jati Malaysia, Datuk Dr. Hasan Ali.

Katanya, Anwar juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan.

"Apa yang berlaku kepada dirinya akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman blog http://www.anwaraidc.com di sini hari ini.

Berikut merupakan kenyataan penuh Hasan:

Isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu.

Rata-ratanya rakyat sama ada penyokong pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim. Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai-bagai imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk pakatan dan malapetaka untuk negara.

Tiada siapa yang memiliki akal yang siuman dapat menerima seorang Perdana Menteri dengan imej yang berpecah-pecah dan sehingga kini dari dirinya sendiri, dari partinya dan daripada pakatan sendiri belum kelihatan ada usaha membersihkan arang yang tercalar di sana sini pada muka Anwar Ibrahim.

Kebanyakan kita bersetuju bahawa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan latar belakang sosio budaya yang beraneka dan kekuatan tatasusila masih ampuh dalam kehidupan sebahagian rakyat, maka mana-mana individu yang tidak dapat memenuhi prasyarat-prasyarat ini sudah tentu tidak diberi ruang dan tempat oleh majoriti rakyat negara ini.

Rakyat Malaysia boleh memilih dengan menggunakan kriteria masing-masing seorang Perdana Menteri yang benar-benar menjadi kebanggaan bukan sahaja di kalangan Melayu Islam, di kalangan orang Cina, orang India dan suku kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bahkan dengan sistem demokrasi yang diamalkan, siapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh bersama-sama menentukan bakal Perdana Menteri melalui undi yang mereka berikan.

Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin terdapat usaha untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri. Pimpinan utama DAP dan PKR cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan endorsement untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Tetapi atas respon yang seolah-olah kaku daripada perwakilan ditambah pula dengan posisi PAS terhadap isu ini yang sudah diketahui lebih awal maka percubaan “memasarkan" Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal sama sekali.

Pada masa yang sama Pas kelihatan tidak terpanggil untuk membincangkan soal tersebut lantaran Pas melalui Majlis Syura Ulama dikatakan telah membuat keputusan tidak bersetuju menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri. Rasional Pas mudah ditelah. Sebagai sebuah parti Islam sudah tentu Anwar Ibrahim gagal memenuhi prasyarat parti Islam itu untuk melayakkannya menjadi Perdana Menteri.

Kalau kita semak ke belakang sejarah melantik Perdana Menteri di peringkat awalnya hampir tidak menghadapi masalah. Tidak ada gelombang, tidak ada ribut dan tidak kelihatan tanda-tanda wujudnya gelora. Apa yang disaksikan hari ini berbeza sekali. Rakyat daripada berbagai- bagai kedudukan dan latar belakang telah mara ke hadapan menyatakan pendirian mereka berhubung dengan siapa yang sepatutnya duduk di kerusi Perdana Menteri seandainya pakatan menawan Putrajaya.

Tinjauan yang telah dibuat sekian lamanya di seluruh negara menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan calonnya. Anwar Ibrahim tidak layak. Anwar Ibrahim akan menimbulkan aib di mata dunia dan pemilihan Anwar Ibrahim akan dilihat sebagai kebaculan rakyat negara ini memilih seorang manusia yang dari segi moral mengamalkan prinsip membujur lalu melintah patah.

Dari segi agama pula fahaman pluralisme agama dan Islam liberal kini dipenuhi dengan tanda soal yang beliau sendiri pun tidak mampu menghujah balik kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Indikasi penolakan terhadap Anwar Ibrahim menjadi semakin menyeluruh. Ulasan-ulasan, pandangan-pandangan, observasi-observasi dan kajian-kajian yang dibuat oleh para intelektual sama ada yang mewakili NGO-NGO Islam yang terkemuka telah menambahyakinkan rakyat bahawa tidak ada gunanya mana-mana pihak termasuk DAP dan PKR menghabiskan masa memberikan berbagai-bagai alasan untuk terus menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Apapun yang hendak dilakukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam tidak mempunyai apa-apa hujah lagi bila neraca moral dan agama digunakan untuk dijadikan kriteria asas menentukan siapa Perdana Menteri.

Pas kelihatan seolah-olah baru sedar bahawa dari lamunan mereka majoriti orang Melayu yang bakal menjadi pengundi mereka menolak Anwar Ibrahim. Seingat saya, sewaktu saya didalam Pas, saya adalah di antara pimpinan Pas yang dari awal-awal lagi mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia mesti datang daripada jalur kepimpinan Pas. Bahkan saya telah menamakan Presiden Pas Ustaz Hadi Awang sebagai calon yang paling layak jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Dengan tidak perlu memanjang hujah, letakkan dua gambar insan ini di hadapan kita. Kita yakin secara naluri dan ditambah dengan bisikan dhamir yang cintakan kebenaran, gambar Anwar Ibrahim akan menjadi malap dan terus gelap.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian supaya rakyat Melayu Islam tidak kelihatan begitu naïve terhadap apa yang berlaku dalam isu Perdana Menteri pakatan itu. Di satu sudut ada sedikit kelegaan di hati kalangan ahli dan penyokong Pas bila parti islam itu dilihat menolak Anwar Ibrahim.

Penolakan terhadap Anwar Ibrahim seperti yang disebutkan sebelum ini timbul dengan agak tiba-tiba setelah buat sekian lamanya pimpinan tertinggi Pas menyebut melalui lidah mereka sendiri nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Perubahan yang agak drastik seperti ini perlu dilihat dari kaca mata yang lebih berhati-hati. Dikhuatiri keputusan Pas walaupun tidak menyebut Anwar Ibrahim tetapi sehingga ke hari konvensyen semalam Pas masih tidak menyebutkan siapakah di antara pemimpin Pas yang layak menyandang jawatan itu.

Saya menjangkakan tindakan Pas tidak menamakan sesiapa adalah merupakan satu taktik untuk meraih semula sokongan ahli, penyokong dan masyarakat Islam terhadap Pas dalam PRU ke 13.

Ditakdirkan semuanya berjalan seperti yang distrategikan, Pas akan mengolah semula keputusan parti mengenai calon Perdana Menteri. Saya tidak terperanjat kalau nama Anwar Ibrahim ditimbulkan semula oleh Pas untuk menjadi Perdana Menteri sebagai salah satu daripada percaturan politik terutama dalam situasi di mana Pas memenangi jumlah kerusi yang paling kecil dalam Pakatan Rakyat tersebut.

Saya juga berkeyakinan DAP dan PKR akan terus meremehkan dan memperkecilkan Pas seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada Pas akan menjadikan parti Islam itu tidak lebih seperti melukut di tepi gantang sekadar untuk mencukupkan korum sahaja.

Akhirnya, isu mengenai Perdana Menteri Pakatan Rakyat sepatutnya tidak perlu dipanjangkan lagi. Tidak ada logiknya mengulang-ulang hujah yang sama terhadap manusia yang sama yang sebahagian besar daripada rekod kewibawaannya telah diketahui di seantero dunia.

Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam konteks kepimpinan politik negara. Beliau juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama PRU ke 13. Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan. Apa yang berlaku kepada dirinya akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam.

Rakyat Malaysia sudah dewasa. Rakyat Malaysia sudah matang dan rakyat Malaysia tidak perlu disogok ke telinga mereka setiap waktu dan masa mengenai Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia lebih prihatin dan cenderung untuk melihat gambar yang lebih besar tentang kerukunan dan kesejahteraan hidup bersama ahli keluarga dan masyarakat sekitar. Mereka tidak mahu dan serik dilibatkan dengan cerita-cerita yang memualkan.

Inilah masanya rakyat perlu bangkit menolak Pakatan Rakyat. Bukti Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu begitu terang dan jelas di hadapan kita terutama dalam konteks siapa bakal menjadi Perdana Menteri.

Kalau isu asas melantik Perdana Menteri tidak selesai, apa isu yang boleh diselesaikan oleh Pakatan Rakyat yang dikatakan akan menjadi peneraju di Putrajaya nanti.

Rakyat tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan mengizinkan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Seandainya kita lakukan juga, ertinya kita redha melihat anak bangsa kita menerima bahana daripada ketidakprihatinan kita itu.

YB DATO DR. HASAN MOHAMED ALI

Presiden JATI Malaysia

TTDI, KL

26 Februari 2013


Tuesday, February 26, 2013

Sumbangan BR1M Di Medan Idaman Setapak


Kira kira 400 warga Medan Idaman Wangsa Maju telah menerima Sumbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) dalam 2 majlis yang telah dilangsungkan pada 26 Februari 2013 jam 4.30 ptg

Majlis Tersebut telah dilangsungkan di Dewan Medan Idaman Setapak.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah selaku Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.

Gambar gambar sekitar majlis








Anwar 'Tidak Syok' Di Konvesyen Pakatan Rakyat???



Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘macam tak syok’ di Konvensyen Pakatan Rakyat, Shah Alam semalam, lapor Agendadaily, “kelihatan letih.. dan ucapannya juga tidak bertenaga berdegar-degar macam selalu”.

“Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?

“Sosek yang paling popular ialah semakin ramai di kalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral, “soal portal itu.

Utusan Malaysia memetik kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mole.my yang menegaskan menegaskan jawatan PM tidak semestinya menjadi milik Anwar Ibrahim.

“Saya percaya kita perlu mengambil kira keputusan pilihan raya serta melihat parti mana yang lebih dominan dari segi memenangi kerusi selain persetujuan semua parti komponen kerana ia boleh menentukan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri (mewakili pembangkang).

“Itulah sebabnya mengapa saya terus menggesa seluruh ahli dan jentera pilihan raya kami untuk bekerja keras dalam memenangi pilihan raya umum nanti,” katanya

Kenyataan Ketua Penerangan Pas itu seakan-akan mengesahkan khabar angin mengatakan Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar daripada menduduki jawatan berkenaan, apatah lagi Tuan Ibrahim adalah salah seorang anggota badan tertinggi Pas itu.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Kelantan, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan kenyataan beliau kemudian disokong beberapa lagi pemimpin Pas.


Walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih julang nama Anwar Ibrahim sebagai PM, lapor Antarapos, namun perwakilan tidak ghairah menyambutnya.

“Jika kita mahu selamatkan negara, kita perlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Guan Eng.

Blog GA pula mendapat sumber Anwar tidak begitu gembira dengan manifesto Pakatan Rakyat yang dibacakan oleh tiga wakil parti, iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili PAS dan M. Kulasegaran mewakili DAP.

“Anwar maklumkan bahawa dia menerima ratusan sms yang merasakan manifesto PR kali ini kurang menarik dan belum mampu menjamin kemenangan. Banyak isu yang masih belum diperhalusi dengan teliti. Antara bab yang paling dirasakan tidak cukup tarikan adalah soal pengangkutan awam,” lapornya.

Selain daripada itu, Anwar juga mengemukakan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara:-

1. Kehadiran yang tidak memuaskan hati. Tidak menampakkan solidariti PR yang sebenar.
2. Terlalu banyak penubuhan Suruhanjaya, tidak menampakkan ‘urgency’.
3. Bab khas mengenai ‘sumber’ kewangan untuk melaksanakan bajet tidak dimasukkan.
4. Tidak banyak penambahbaikan berbanding Buku Jingga.
5. Belum cukup tarikan untuk menang PRU.
6. Bab mengenai Islam terlalu retorik – Anwar minta Pas perbaiki dalam manifesto mereka di peringkat negeri.
7. Tumpuan Rafizi tidak fokus kepada manifesto – terlalu melihat peluang kemenangan di Pandan.
8. DAP kelihatan tidak komited dengan manifesto kali ini

ANWARAIDC

Manifesto PR PRU13 Hanya Janji Kosong!! Manifesto 2008 Masih Belum Ditunaikan!!



Bagi kebanyakan penganalisis politik di Malaysia mahupun di luar negara, manifesto Pakatan Pembangkang yang dilancarkan semalam bukanlah satu janji yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata satu helah untuk meraih populariti di kalangan pengundi. Ia tidak lebih daripada bersifat populis dan langsung tidak membantu rakyat.

Melihat kepada PRU 2008, sehingga kini masih banyak janji-janji Pakatan Pembangkang yang masih tidak ditunaikan di beberapa negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini semua kerana janji populis sehingga berjaya menarik rakyat mengundi Pakatan Pembangkang. Tetapi, akhirnya rakyat menjadi mangsa akibat janji tidak ditunaikan.

Semalam, Pakatan Pembangkang sekali lagi berjanji kepada rakyat sekiranya mereka dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dengan mengadakan pelbagai jenis janji yang difikirkan secara logik akal tidak dapat dilaksanakan dengan mengambil kira prestasi yang ditunjukkan di beberapa negeri tadbiran Pakatan Pembangkang. Walaupun Pakatan Pembangkang mengatakan negeri tadbiran mereka ‘bersih’ dan ‘maju’ tetapi hakikatnya rakyat menderita akibat janji tidak ditunaikan dan perlakuan pentadbiran ekonomi yang tidak telus dan mengecewakan.

Manifesto Pakatan Pembangkang hanyalah tidak uvah seperti mahu memancing undi sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Bagi Ahli Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali manifesto Pakatan Pembangkang tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan MPN itu berkata manifesto itu harus dilihat secara keseluruhan, serta mengambil kira konteks perekonomian untuk memajukan sebuah negara, dan bukan hanya kepentingan seorang individu.

"Memang menjadi matlamat mana-mana kerajaan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Bagi saya, manifesto ini tidak ada apa-apa yang menarik dan tiada sebarang kejutan. Ini kerana apa yang diutarakan sebagai teras, sudahpun menjadi agenda utama dalam membantu kesejahteraan dan pembangunan ekonomi kerajaan BN.

Dr Noor Azlan berkata, manifesto seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.

"Manifesto pembangkang ini harus dilihat secara menyeluruh, kolektif dan komprehensif, kerana sehingga hari ini, mereka (pembangkang) tidak menyediakan cara-cara untuk melaksanakan janji-janji itu.

Dekan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Martadar Mohamed berkata manifesto PR itu jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.

"Secara keseluruhannya apa yang kita lihat dalam manifesto pakatan rakyat ini kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil," katanya.

Beliau berkata isu pendidikan yang dibangkitkan pembangkang seperti memartabatkan bahasa Melayu, menjamin hak bahasa ibunda dan mempertingkat bahasa Inggeris telah lama diperjuangkan kerajaan BN.

Sementara itu, pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai menyifatkan cadangan pembangkang menurunkan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing akan memberi kesan kepada pengeluaran kereta nasional.

Barjoyai, yang juga Pengarah Bersekutu Akademik dan Program Global Pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak berkata tindakan itu juga akan menyebabkan industri automotif negara menjadi kurang berdaya saing.

"Bila tak berdaya maju ia akan libatkan banyak kesan rantaian ke bawah termasuk mungkin menjejaskan lebih sejuta pekerja dalam sektor ini," katanya.

Pendapat Dr Barjoyai itu turut disokong Presiden Persatuan Automotif Malaysia Datuk Aishah Ahmad yang mempersoalkan kemampuan kerajaan Pakatan Pembangkang untuk menjana hasil untuk mentadbir negara jika cukai eksais dihapuskan.

Aishah berkata pembangkang seharusnya memikirkan kesan baik dan buruk sesuatu cadangan sebelum melaksanakannya kerana jika tersilap akan menjejaskan sumber kewangan dan seterusnya membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebenarnya telahpun dilaksanakan kerajaan BN selama ini, termasuk gaji minimum, insentif percukaian, dan perumahan rakyat.

Mengenai janji mewujudkan caruman nasional RM500 sebulan sehingga pencen kepada semua penjawat awam, Omar berkata ini satu lagi janji kosong pembangkang.

"Jika dahulu mereka janji nak bagi elaun ibu tunggal dan bantuan kepada murid sebulan RM50 di Selangor pun sampai sekarang mereka tak tunai, macam mana nak beri RM500 sebulan kepada 1.4 juta penjawat awam negara ini? Ini semua perlu difikirkan semula oleh rakyat," katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPMM), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, jika pada PRU lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada menyatakan manifesto bukanlah janji dan tidak perlu ditepati, maka kali ini juga pastinya ia akan membawa nasib yang sama.

"Oleh itu, rakyat tidak perlu mempercayai manifesto kali ini bagi mengelak daripada tertipu seperti pengundi di Selangor, kerana pakatan pembangkang tidak akan bertanggungjawab terhadap manifesto yang mereka buat apabila berjaya menjadi kerajaan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, manifesto adalah komitmen dan sebuah kontrak antara rakyat dan parti politik.

Oleh itu, katanya, sesebuah parti tidak boleh menampilkan manifesto untuk menipu rakyat, memujuk dan memikat mereka untuk mengundi.

Katanya, amat penting bagi parti politik untuk memahami bahawa apa jua yang ditampilkan dalam manifesto itu, mereka mesti bersedia mengotakannya serta menunaikan apa yang dijanjikan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melontarkan persoalan yang penting: "Adakah Pakatan Pembangkang mempunyai masa dan wang untuk melakukannya dalam tempoh lima tahun memegang kuasa?

Monday, February 25, 2013

Tun Mahathir-Punca Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Bible mengandungi perkataan ‘Allah’ sedangkan Bible asal yang ditulis dalam Bahasa Greek dan Latin tidak mengandungi perkataan tersebut.

“Bible asal bukan ditulis dalam Bahasa Inggeris. Ia ditulis dalam Bahasa Greek dan Latin dan dalam Bahasa Greek dan Latin tidak ada perkataan Allah,”katanya.

Menurutnya, perkataan Allah dalam Bible bermula setelah Kitab Kristian itu diterjemahkan di negara-negara Islam di mana penterjemahnya menggunakan perkataan Allah bersesuaian dengan Tuhan Yang Disembah oleh masyarakat setempat.

“Sedangkan orang Kristian anggap ‘Jesus’ sebagai Tuhan. Ia ada Triniti, The Father, The Son dan Holly Ghost. Orang Yahudi pula menggunakan perkataan ‘Yahweh’, Tak ada sebut Allah langsung.

“Tetapi untuk mengembangkan agama mereka di kalangan orang yang lazim memanggil Tuhan sebagai Allah, mereka menggunakan Allah.

“Sebab itu di Indonesia, memang perkataan Allah diguna dan di Malaysia juga zaman sebelum Merdeka, di Sabah dan Sarawak, mereka menggunakan Bible yang sama yang menggunakan perkataan Allah.

“Kalau kita kata Allah itu boleh diguna untuk sebarang agama, itu tidak tepat. Yang tepat adalah perkataan Allah bermula dengan agama Islam, “katanya.

Beliau juga turut mempersoalkan motif sebenar tuntutan kalimah Allah digunakan dalam terjemahan Bible di Malaysia.

“Kalau ada pihak lain yang nak menggunakan nama Allah apa tujuannya selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama itu sama.

“Unsur penipuan itu memang ada. Sebab itu kita tidak boleh terima penggunaan perkataan Allah,”katanya lagi-ANWARAIDC

Panas!! Wawancara Anak Allahyarham Fadzil Noor Dengan Utusan!!



KETIKA ditanya bagaimana perasaan menjadi anak kepada pemimpin terkenal yang juga bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, AHMAD FAUWAZ FADZIL menundukkan kepala seketika dan kemudian menjawab,“ Memang bukan senang memikul tanggungjawab menjadi anak kepada pemimpin seperti beliau.
“Ada yang meminta untuk aktif dalam parti tetapi saya lebih senang bersifat berada di tengah-tengah.

“Allahyarham begitu disenangi bukan sahaja oleh kawan tetapi lawan," ujar beliau.

Anak muda berusia 32 tahun lulusan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah kini aktif sebagai pendakwah bebas.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, Ahmad Fauwaz jelas dilihat mempunyai pendirian dan pandangannya sendiri.

Beliau begitu bersemangat membicarakan tentang peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat dan negara. Tanpa ragu juga beliau melontarkan saranan tentang had usia 65 tahun untuk pemimpin berkhidmat selain menggalakkan dialog serta perpaduan di kalangan umat Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik.

Beliau turut mengulas beberapa isu panas yang berlegar sekitar umat Islam antaranya isu kalimah Allah, negara Islam dan kematangan berpolitik di kalangan masyarakat negara ini.

MINGGUAN: Boleh saudara beri pandangan tentang kedudukan perpaduan masyarakat Malaysia sekarang yang semakin terhimpit dengan agenda politik?

FAUWAZ: Kita memerlukan sebuah masyarakat yang matang dan tidak terlalu terhimpit dengan agenda kosong. Masyarakat perlu lebih terdidik dan mampu menerima dan melahirkan pandangan serta kritikan. Mereka juga perlu menjadi sebuah bangsa yang menghindarkan pergaduhan, mampu bekerjasama dan bertoleransi walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang kita dapat jika melakukan demonstrasi berulang kali? Jika sekali dua kita boleh terimalah. Jadi penyelesaian terbaik adalah membuka pintu untuk dialog. Kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang apa kebaikan dan keburukan kita. Oleh itu barulah kita dapat menjalankan kerjasama yang lebih baik kerana kita lebih jelas tentang kebaikan dan kesilapan kita. Kita boleh lihat dalam kalangan Yahudi mereka bersatu dalam banyak aspek. Malah kita lihat Jerman Barat dan Jerman Timur yang satu ketika bertelingkah sesama mereka kemudiannya bersatu meninggalkan di belakang perseteruan dan kini menjadi sebuah negara yang hebat kedudukannya. Apa yang kita boleh lihat adalah walaupun wujud pertelingkahan antara mereka namun untuk kebaikan ekonomi dan negara, mereka bersatu.

Kita lihat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan semuanya akibat pengkhianatan dari dalam. Oleh itu jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini. Mungkin dalam politik mereka ada slogan masing-masing sama ada demi Islam, Melayu atau negara kebajikan. Tetapi apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan. Kita perlu melihat perpaduan ini sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya' atau mungkin lebih baik dan jelas, Pas adalah sebahagian daripada UMNO dan UMNO pula adalah sebahagian daripada Pas. Memang ada yang menolak daripada menerima kenyataan ini dan mengasingkan diri sebagai orang parti itu dan ini. Tapi hakikatnya kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama jadi kenapa perlu kita bertelagah? Memang kita boleh berbeza pendapat dan itu adalah suatu keperluan sebenarnya tetapi kita perlu memurnikan tujuan berdialog untuk mencapai persefahaman terbaik untuk semua. Janganlah terlalu mudah dalam menjatuh hukum kerana ia hanya memburukkan keadaan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130224/re_07/Mengharap-kematangan-politik#ixzz2LsY5itS9
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, February 24, 2013

Kata Dikota, Janji Ditepati..Terima Kasih PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dengan pesawat khas pada kira-kira jam 9.20 pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Ketibaan Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berserta isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) negeri.

Perdana Menteri memulakan sessi lawatan ini dengan merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati yang berlangsung di Dataran Shahbandar.

Beliau berkesempatan mengadakan tinjauan mesra di Pasar Besar Kedai Payang dan bersarapan bersama rakyat di tempat sama.

Manakala beliau dijadual bakal menghadiri majlis perjumpaan tertutup dengan pemimpin parti komponen BN negeri di Pulau Duyong petang ini.

Sementara itu, Isteri Perdana Menteri pula dijangka bakal menghadiri majlis berasingan iaitu merasmikan Taska PERMATA Keluarga di Kampung Serdang Baru Bukit Tunggal.- KLPOS

6500 Golongan Bujang Di Wangsa Maju Menerima BR1M

Seramai 6500 orang golongan bujang di dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) dalam 2 sesi yang telah berlangsung pada 24 Feb 2013.

Sesi Pertama yang berlangsung pada jam 10 pagi menyaksikan 3500 orang golongan bujang hadir untuk menerima sumbangan tersebut manakala sesi kedua telah berlangsung pada jam 2 petang menyaksikan kira-kira 3000 orang hadir.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah selaku Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.

Turut hadir menjayakan program tersebut adalah beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang lain antaranya En Mohan Dari MIC, En Chan dari Parti Gerakan, serta En Richard dari PPP dan beberapa kepimpinan UMNO Wangsa Maju










Saturday, February 23, 2013

DATUK SHAFEI BIDAS ULASAN NIK AZIZ!!!!!!!!

4000 Penduduk Wangsa Maju Menerima BR1M

Kira kira 4000 warga Parlimen Wangsa Maju telah menerima Sumbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) dalam 2 majlis yang telah dilangsungkan pada 23 Februari 2013 bermula jam 10 Pagi sehingga 3 Ptg.

Majlis Tersebut telah dilangsungkan di Dataran Danau Kota Pada jam 10 Pg serta di Pusat Komuniti Taman Melati kira kira jam 2 Ptg.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah selaku Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.

Gambar gambar sekitar majlis









Anwar Ibrahim Ditolak?? PAS Belum Putuskan Siapa Calon PM Pakatan Rakyat??



PAS masih belum membuat ketetapan sama ada mahu melantik Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang atau Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengisian jawatan tersebut perlu dibuat dengan pengumuman bersama dan tidak hanya tertakluk kepada pengumuman satu-satu parti sahaja di dalam Pakatan Rakyat.

"Dia sebenarnya kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang kita bincang tidak timbul siapa mahu jadi Perdana Menteri, tidak timbul satu pihak untuk membuat pengisytiharan, sebarang pengisytiharan perlulah bersama.

"Maknanya kita akan bincang (siapa yang akan jadi PM) termasuklah kabinet bayangan ke apa ke dan perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Justeru beliau menafikan dakwaan sumber dalaman PAS yang telah mempersoalkan pencalonan Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak.

"Tiada keputusan untuk menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim (jadi Perdana Menteri) tu tiada...," katanya ringkas yang menyangkal dakwaan laporan portal tempatan.

Ditanya lebih lanjut pendirian PAS bersabit desakan akar umbi mahu parti itu melantik Presiden PAS sendiri sebagai perdana menteri, Ibrahim bagaimanapun menegaskan buat masa ini hanya perlu memberi tumpuan kepada gerak kerja jentera parti.

"Sekarang ini kita tumpu pada gerak kerja kita, sebenarnya kita tidak timbul tolak Datuk Seri Anwar tu.

"Yang penting gerak kerja menangkan (PRU13) dulu. Dalam konteks Pakatan Rakyat semua orang tahu bahawa calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan tidak timbul perkara itu," katanya.

Untuk rekod, sumber tersebut memberitahu TMI persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Hadi Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya gabungan itu merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

“Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber tersebut

DAP Mau Bertanding 75 Kerusi?? Macam Mana PAS Nak Berkuasa???



Mengambil kira pergolakan yang berlaku dalam PKR yang membabitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan khalwat bersama Chinadoll dan PAS dibayangi dengan isu hudud dan perbalahan bersama DAP dalam isu Kalimah Allah, DAP mengambil keputusan untuk bertanding di 75 kerusi Parlimen atau lebih supaya menjadi tulang belakang kepada Pakatan Pembangkang.

Sehingga kini, sejak kewujudan Pakatan Pembangkang masih tiada lagi seorang ‘ketua’ yang memimpin. Tanggapan bahawa Anwar Ibrahim adalah ketua Pakatan Pembangkang sangat meleset sebab beliau hanya Ketua Pembangkang bukannya Ketua Pakatan Pembangkang.

Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan membuat kritikan terbuka terhadap PKR dan PAS yang dilihat sudah tidak lagi relevan dalam konteks politik Malaysia. Selain pelbagai skandal, kedua-dua parti itu dilihat sudah tidak lagi berupaya menarik sokongan pengundi Melayu.

Mengambil kira Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 April 2011 menyaksikan walaupun PKR bertanding di 45 kerusi, tetapi hanya menang 3 sahaja berbanding DAP yang 10 kawasan dan menang 9 daripadanya biarpun terpaksa berhadapan dengan PKR di beberapa kawasan DUN.

S. Neelamekan yang juga Pengerusi DAP Cawangan Lunas turut mendesak agar DAP ‘memimpin’ Pakatan Pembangkang yang kini teruk dilanda krisis kepimpinan selain isu akhlak.

Berdasarkan senario semasa ini DAP dilihat lebih kuat berbanding PKR dan PAS atas faktor undi pengundi Cina.

Manakala PKR hanya berjuang untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan PAS diubah seperti mempergunakan agama Islam untuk menarik perhatian pengundi dengan kedua-dua parti itu tidak mempunyai pengetahuan dalam memerintah Malaysia.

Friday, February 22, 2013

Projek Datum Jelatek Didesak Dihentikan!!!



GAPS rasa terpanggil untuk turut sama menyatakan bantahan terhadap cadangan Menteri Besar yang mahu membangunkan projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kg Datuk Keramat.

Kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik yang ditawarkan dari RM 956,000 hingga RM 11.6 juta sebuah adalah harga yang langsung tidak munasabah untuk dibeli oleh orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil atau sederhana. Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM 20,000 sebulan saja yang mampu untuk membeli kondominium itu.

Usaha yang dipelopori oleh PKNS ini adalah terpesong jauh dari tanggungjawab mereka yang sepatutnya membina perumahan untuk golongan rendah dan sederhana.

GAPS ingin mempertikaikan polisi perumahan kerajaan negeri khususnya PKNS yang dalam masa 5 tahun ini hanya menumpukan pembinaan rumah untuk orang kaya dan jutawan sahaja sedangkan 90% penduduk Selangor adalah terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kondominium Datum Jelatik adalah contoh terbaik perlaksanaan polisi kerajaan negeri ini.

GAPS juga mempertikaikan penjualan secara en block 2 blok kondominium mewah Datum Jelatik kepada warga asing Singapura. Rakyat Selangor lebih memerlukan rumah di Kg Datuk Keramat ini berbanding rakyat Singapura.

Nampaknya kini MB melaksanakan visi kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Yang paling sedih MB selaku Pengerusi PKNS pernah berjanji semasa majlis makan durian dengan penduduk Keramat ketika perobohan rumah pangsa itu beberapa tahun yang lalu bahawa akan dibangunkan rumah mampu milik di situ. Namun amat memeranjatkan kondominium super mewah pula yang akan didirikan.

Jelas benar, penduduk Keramat khasnya dan penduduk Selangor amnya ditipu bulat-bulat oleh Menteri Besar Selangor.

GAPS menuntut dengan serta merta projek kondominium super mewah ini dibatalkan. MB wajib menunaikan janji pembinaan perumahan rakyat mampu milik di tapak rumah pangsa keramat itu. Kalau projek kondominium Padang PKNS Kelana Jaya boleh dibatalkan, projek kondominium Dolomite Batu Caves boleh dibatalkan, maka MB juga wajib membatalkan projek kondominium super mewah Datum Jelatik, Kg Datuk Keramat.

Hamidzun Khairuddin
Presiden GAPS
Merangkap
Pengerusi bersama
Seketariat Jom Tolak Pakatan
21 Feb 2013, Shah Alam

Eksklusif!! Ulama UMNO VS Artis PAS!!



Akhir-akhir ini, UMNO begitu giat mendekati golongan Ulama selain mengadakan program-program berunsur agama termasuk yang melibatkan Ulama tersohor dari luar negara. ‘Pembaharuan’ yang dibuat oleh UMNO ini membuktikan betapa UMNO serius dalam memperbaiki diri serta mengambil berat tanggungjawabnya mempertahankan kesucian agama Islam, kesejahteraan Umat Melayu serta sebagai ‘pengawal benteng’ kedudukan Melayu dan Islam iaitu Institusi Raja-raja Melayu.

Walaupun begitu, UMNO tidak pernah mempergunakan agama untuk kepentingan politik. Tetapi, di masa yang sama UMNO sentiasa meminta pandangan dan mengalu-alukan penyertaan agamawan bagi memperkukuhkan ‘keperibadian’ UMNO itu sendiri. Malah, kini desas desus bahawa UMNO bakal menyenaraikan beberapa Ulama sebagai calon PRU-13 semakin kuat kedengaran.

Antara yang disebut-sebut adalah beberapa personaliti yang cukup dikenali di dalam Ulama Muda Umno (ILMU), termasuk Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

ILMU menampilkan golongan agamawan yang membawa pendekatan professional dalam berdakwah iaitu dengan membawa hujah-hujah akademik dan seruan ke arah perpaduan dan kemajuan bagi membawa ummah ke arah budaya yang canggih agar lebih relevan dengan dunia hari ini.

Namun, di masa yang sama kita sedar bahawa pendekatan sebegini nampaknya masih sukar untuk menarik minat segolongan besar masyarakat Islam yang sudah terlalu asyik dengan pendekatan dakwah ringan, remeh dan cetek iaitu, secara bidas, sindir, umpat, kutuk dan cela di mana pada dasarnya mengajak kepada perpepecahan, selain mengingkari ajaran Islam yang melarang kita mengambil alih kerja Allah SWT untuk menghukum dan menilai manusia lain.

Oleh itu, tinggilah harapan kita sekiranya ada di antara agamawan di dalam ILMU menceburi politik secara langsung agar dapat mengubah cara pemikiran masyarakat Islam di Malaysia.

Selain ILMU, khabar angin juga membawa beberapa nama lain yang berpotensi dalam arena politik UMNO, seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan Ustazah Norbahiyah serta beberapa yang lain.

Jika semua khabar angin ini benar, maka, satu perkara pokok yang wajar difahami ialah sekiranya para Ulama ini menceburi politik maka tugas mereka bukan sahaja terhad kepada bidang dakwah dan permasalahan agama, tetapi yang lebih penting ialah mereka wajib untuk mempunyai skil untuk mentadbir dan memahami sedikit sebanyak selok-belok ekonomi.

Kita tidak mahu kawasan yang diterajui mereka menjadi seperti Kelantan, yang selamanya mundur di bawah pemerintahan ‘Ulama’. Kita tidak mahu nama ‘Ulama’ atau ‘Islam’ diperlekeh hanya kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Apa yang menarik mengenai kesungguhan UMNO untuk memperbaiki diri dengan mendekati Islam ialah hakikat bahawa saingan paling sengit parti ini, iaitu Pas pula mengambil langkah yang seratus-peratus bertentangan. Sejak bekerjasama dengan DAP dan PKR, Pas bertungkus lumus cuba menampilkan imej yang terbuka, sekali gus meninggalkan imej ekstrem yang menjadi pakaian parti itu.

Pas berbangga dengan artis-artis yang memilih untuk bersama Pas dan di masa yang sama, cuba menggambarkan Ulama Pas sebagai sederhana. Pas juga tidak segan silu melonjakkan artis-artis kurang cerdik dan bermasalah seperti Bob Lokman, Abby Abadi atau Aishah sebagai ‘ikon’ mengatasi Ulama mereka. Artis-artis ini diusung ke hulu ke hilir untuk berceramah mengajar orang lain mengenai agama, iaitu sesuatu yang baru sahaja ditemui mereka.

Akibatnya, keluarlah segala karut marut dari mulut artis-artis bingung ini seperti menuduh orang lain sebagai kafir, serta ada juga yang begitu ‘takbur’ sehingga mencabar dan berdebat dengan Ulama, hanya kerana Ulama tersebut tidak menyokong Pas.

Pas menampilkan artis-artis ini sebagai ‘bukti’ keberkesanan tarbiyah mereka. Walhal, apa yang terbukti sebenarnya hanyalah kejahilan artis-artis tersebut, serta kerakusan Ulama Pas yang sanggup membiarkan si jahil menyesatkan orang lain demi kepentingan politik Pas.

Namun, melihat dari kesungguhan Pas untuk membuktikan keterbukaan parti tersebut, tidak mustahil Pas akan meletakkan artis-artis ini sebagai calon PRU-13.

Jika benar, rakyat Malaysia bolehlah menyaksikan kempen pilihanraya paling meriah dalam sejarah apabila ceramah Ulama UMNO bertembung dengan ceramah artis Pas.

Thursday, February 21, 2013

Wajib Baca!!! Artikel Khas Zulkifli Noordin Untuk Ahli PAS!!!



Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis daripada Saidina Ali karamallah huwajhah, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu:

"Nanti akan datang kepada manusia dalam waktu yang terdekat, suatu zaman dimana Islam tidak tinggal kecuali namanya sahaja, dan tidak tinggal pada Al Quran kecuali huruf dan tulisannnya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.

Ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah langit ini. Daripada mereka datangnya fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu!".

Rasulullah saw telah memberikan kita suatu gambaran dimana akan datang nanti satu masa, satu zaman dimana manusia yang paling buruk akhlak, yang paling rosak perangainya, yang menjadi punca dan penyebar fitnah ialah ulama'! Merekalah yang menjadi punca fitnah dan kekeliruan umat manusia termasuk Islam. Dan mereka kelak nanti akan ditimpa fitnah yang sama!

Semasa timbul isu kerajaan cauvinis biaDap Pulau Pinang berura-ura mahu membatalkan perarakan sambutan maulidurrosul peringkat negeri Pulau Pinang sekitar awal 2008, iaitu selepas PRU 12 yang menyaksikan Guaneng diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, umat Melayu-Islam bangkit menyatakan kemarahan dan bantahan mereka.

Isu itu mendapat liputan meluas media. Kemarahan umat Melayu-Islam terhadap sikap yang dilihat sebagai anti-Islam kaum cauvinis biaDap makin meluap-luap.

Dalam keadaan itu, Datuk Nik Aziz, selaku Mursyidul Am PAS, rakan sekongkol parti cauvinis DAP membuat suatu kenyataan pada 28 Mac 2008 (bersamaan dengan Jumaat 20 Rabi'ul Awal 1429 iaitu bulan sambutan Maulidurrosul) dalam satu kuliah di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. Untuk lebih jelas, mike boleh klik sendiri rakaman kenyataan tersebut yang teman muat-turun diatas.

Secara verbatim, Datuk Nik Aziz menyatakan saperti berikut:

"Rasulullah adalah jawatan yang dilantik oleh ALLAH. ALLAH Ta'ala sendiri tengok, dalam ribu-ribu juta entah trillion manusia ni ada seorang atas dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah saw. Beliau telah dilantik jadi Nabi bila umor dia 40 tahun. Waktu dia beranak, jadi 40 tahun belum dia jadi Nabi ni dia beranak, bonda dia pun tak tahu anak dia akan jadi Nabi.

Terus Baca

Warga Melayu Lembah Keramat Disisihkan PKNS??


alt

Projek 'Super Mega' Datum Jelatek dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus mendapat bantahan dari penduduk sekitar Lembah Keramat berikutan projek tersebut bakal menyisihkan orang Melayu secara ‘terhormat’.

Timbalan Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) Dr. Ahmad Fauzi yang juga penduduk di kawasan itu berkata Datum Jelatek ini mempunyai tujuan yang akhirnya akan merugikan warga Lembah Keramat secara khusus.

"Saya paling sedih mereka menyisihkan orang melayu dengan terhormat, mereka menggunakan duit sebagai senjata yang paling merbahaya. Keramat adalah tempat tinggal saya. Mana lagi saya nak balik.

“Kalau yang baru berkerja itu gajinya katakan RM 3 000, tolak EPF dan yang lain-lain tinggal RM 2 000 lebih. Nak beli rumah RM 700 000? Tak masuk akal,” jelasnya pada Majlis Penerangan 'Bantah Projek Datum Jelatek' disini semalam.

Terus Baca

Wednesday, February 20, 2013

Naib Presiden PKR 'No Idea'?? Kemelut PKR-DAP Salah BN??



Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) dalam isu pertelagahan antara pemimpin DAP dan PKR Johor.

“Saya kira akhirnya kita tahu siapa musuh kita sebenarnya dan kita akan menghalakan peluru sebenar kepada Umno-BN.

“Kemelut ini adalah sesuatu yang kita boleh selesaikan. Saya yakin,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau berkata pertelagahan terbuka antara Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dan rakan sejawatan dari DAP, Dr Boo Cheng Hau mengenai pengagihan kerusi di negeri itu   akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Semalam, Dr Boo mengisytiharkan beliau tidak lagi dapat berkerjasama dengan Chua yang disifatkan angkuh dan tamak mencari kerusi selamat untuk bertanding di negeri itu.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata tuduhan Dr Boo itu dakwaan ada asasnya.

"Kredibiliti Chua Jui Meng mencurigakan. Pembabitan lama beliau dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 dan keghairahan untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang sebenar beliau,” kata Karpal.

Dr Boo dalam kenyataannya menggesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kepimpinan PKR Johor sekaligus menyelesaikan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat di negeri itu.

Beliau berkata Chua selaku Pengerusi PKR Johor bersikap angkuh selain mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih di peringkat rundingan.

Sumber

Hot News!!! Pas Kedah Buat Demontrasi Tolak MB Azizan???


Azizan-Tolong-Dedahkan-Cina-Yang-Serah-Duit-Pada-Phahrolrazi--300x234

Sepatutnya jam 10:30 pagi tadi, satu demonstrasi anjuran Dewan Ulama PAS Kedah dibuat di Kompleks PAS Kedah, Batu 9. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menolak Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang datang, maka program tersebut terpaksa ditunda ke pukul 12:00 tengah hari.

Perebutan jawatan Menteri Besar Kedah semakin memuncak. Krisis dalaman PAS Kedah semakin membesar sepertimana besarnya juga lubang tembelang yang mereka cuba katup selama ini. Azizan Abdul Razak sudah terlalu hampir hendak menelanjangkan siapa tok dalang yang menyebat duit taukeh-taukeh Cina menerusi penebangan rakus hutan dan penggondolan bukit serta gunung di Kedah. Malah Azizan Abdul Razak juga sudah terlalu hampir hendak mendedahkan rahsia, siapa sebenarnya yang menjadi dalang, Kedah bakal menjadi negeri muflis.

Justeru, sebelum Azizan buka mulut dan mendedahkan segala-galanya, puak berkenaan terlebih dahulu bertindak dengan memanggil ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi semata-mata untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak. Saranan agar setiap masalah diselesaikan secara musyawarah nampaknya telah digantikan dengan demonstrasi menuntut perletakan jawatan.

Beberapa hari lepas, Phahrolrazi Zawawi dengan MUKA TAK MALUnya, lengkap dengan bulu hidung terjulur, tersenyum sengih memberitahu, DIA SUDAH BERSEDIA MENJADI MENTERI BESAR KEDAH!

Punyalah konfiden menatang penjilat Guan Eng tu.

Tapi hari ini, nampaknya Phahrolrazi Zawawi dah berjaya meyakinkan Dewan Ulama PAS Kedah untuk berdemonstrasi menggulingkan Azizan Abdul Razak. Entah berapa banyaklah pula rasuah yang telah diberikannya kepada Dewan Ulama PAS Kedah untuk berbuat begitu.

Yang sahihnya, orang yang paling takut sekiranya Azizan buka mulut sebenarnya adalah Phahrolrazi Zawawi. Justeru, walau dengan apa cara sekalipun, dia perlu mendesak Azizan letak jawatan walaupun penggal pentadbiran PAS di Kedah sudah begitu hampir untuk ditalqinkan!

Sumber

Tuesday, February 19, 2013

DAP - PKR Berpecah Di Johor???



Hubungan DAP dan PKR di Johor semakin memburuk selepas Pengerusi DAP negeri itu Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Datuk Chua Jui Meng.

Beliau mendesak kepimpinan PKR mengambil alih jawatan pengerusi PKR negeri daripada Chua susulan pertelagahan yang berpanjangan mengenai pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke 13.

Boo menuduh Chua sebagai angkuh dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat dalam mencari kerusi selamat untuk dirinya bertanding pada PRU 13.

"Kebanyakan pemimpin DAP dan PKR dan golongan di akar umbi tiada masalah untuk bekerjasama, namun keangkuhan Chua adalah punca utama Pakatan Rakyat berpecah belah di Johor," katanya.

Beliau seterusnya menuntut agar jawatan Chua diambil alih oleh ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim atau presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Boo membidas Chua kerana kerap kali mendakwa beliau akan bertanding di Gelang Patah walaupun Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Beliau juga menolak banyak cadangan DAP dan PAS Johor, seolah-olah dia memegang kuasa mutlak di negeri ini,” kata Boo.

Usaha untuk menghubungi Chua tidak berjaya kerana bekas Menteri Kesihatan itu dipercayai mematikan telefonnya.

Ustaz Kazim Elias-Tak Bersyukur Lagikah Duduk Di Malaysia??

Monday, February 18, 2013

Wajib Tengok!!! PM Pilihan PR Yang .......!!!!

Dr Hasan Ali: Kenyataan PAS Untuk Tinggalkan PR Hanya Untuk Pancing Undi!!



Kenyataan Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya didapati gabungan itu merugikan Islam dan Melayu boleh dianggap sebagai satu kenyataan bahawa PAS seolah-olah baru sedar dari tidur nyenyak yang panjang.

Pertamanya, saya melihat kenyataan itu tidak lebih daripada usaha terdesak untuk menenangkan hati ahli dan penyokong PAS yang sebahagiannya mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti yang mereka telah mereka bersama-sama untuk mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kedua, kenyataan itu juga sebagai melunakkan komponen parti dalam Pakatan yang di asak bertubi-tubi oleh ahli dan penyokong PAS dalam berbagai isu. Sehingga kini pimpinan tertinggi parti-parti tersebut tidak mampu memberikan jawapan terhadap beberapa isu besar yang timbul seperti isu Kalimah Allah.

Ketiga, kenyataan tersebut mungkin didorong oleh kumpulan parasit yang kini tersepit dan mereka memerlukan tali hayat untuk menjadi terus relevan mewakili PAS dalam PRU ke 13 yang akan datang.

Keempat, kenyataan tersebut dilihat seolah-olah untuk mengesah dan menyokong tuntutan pimpinan ulama seperti Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama yang mengambil pendirian yang tegas dan dicisive terhadap beberapa isu diakhir-akhir ini.

Kelima, kenyataan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk melunakkan pekerja jentera pilihanraya PAS supaya memberikan khidmat yang terbaik kepada semua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 yang akan diumum pada bila-bila masa sahaja.

Dan keenam, kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula berpaling daripada PAS di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana PAS dijangka meletakkan calon.

Bagi saya kenyataan Presiden PAS itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan telah terbukti sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat , idealisme perjuangan PAS hampir diketepikan sepenuhnya atas keinginan yang melonjak untuk ke Putrajaya.

Hampir dalam semua isu baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar melibatkan aqidah dan syariah, PAS di dapati tidak mempunyai kekuatan langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kita tidak perlu mengulang dan mendetailkan satu persatu isu-isu tersebut. Yang jelasnya pimpinan PAS perlu menununjukkan kepada ahli dan penyokong PAS isu yang mana yang melibatkan PAS dalam mana parti tersebut mampu berdiri tegak mempertahankan asas-asas perjuangan parti Islam itu. Pun begitu masih ada pimpinan PAS yang cuba meyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa negara Islam dan hudud akan terus dilaksanakan setelah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Seandainya soal kecil seperti penggunting rambut wanita di Kota Bharu, soal papan iklan dan pusat-pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadhan di Kedah pun tidak dapat dipertahankan, mana mungkin PAS mampu dan dapat melaksanakan agenda Negara Islam dan hudud di Putrajaya nanti.

Saya ingin melontarkan beberapa soalan yang menyentuh berbagai isu seperti di bawah :

a. Apakah kenyataan Karpal Singh bahawa langkah mayatnya dahulu jika PAS berhajat untuk melaksanakan Negara Islam dan hudud itu menguntungkan Islam?;
b. Adakah persetujuan Pakatan Rakyat untuk membolehkan kalimah Allah diguna oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian yang jelas tujuan tersiratnya adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang Melayu menguntungkan Islam?;
c. Adakah Buku Jingga yang tidak langsung memberi peruntukan kepada Islam dan hudud yang menjadi “kitab” rujukan utama komponen Parti Pakatan Rakyat menguntungkan Islam?;
d. Adakah amaran dan ugutan pimpinan tertinggi DAP untuk meletakkan jawatan secara beramai-ramai (en-block) sekiranya PAS melaksanakan hudud menguntungkan Islam?;
e. Adakah usaha membawa fahaman Pluralisme Agama dan Islam Liberal serta percubaan untuk mengiktiraf LBGT menguntungkan Islam?

Perlu juga dibangkitkan di sini mengenai pemecatan saya dan YB Ust Nasharudin Mat Isa . Saya dipecat bukan atas sebab saya terlibat dengan mana-mana kegiatan yang bertentangan dengan syariat. Saya dipecat antara lain disebabkan tindakan saya untuk mencegah arak, judi, rumah urut dan percubaan mengkristiankan orang-orang Melayu Islam di negeri Selangor. Kesemuanya dilakukan atas sifat saya sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang memang portfolio tersebut menghendaki saya memainkan peranan itu. Adakah tindakan saya itu merugikan Islam?

Mengenai Ust Nasharudin pula adakah usaha beliau untuk menjalin ukhuwwah dan mahabbah antara pimpinan umat Islam dan juga diperingkat antarabangsa yang melibatkan para pemikir Islam dan di kalangan mereka yang tertindas seperti di Palestin itu merugikan Islam?

Sebenarnya hati kecil saya cenderung untuk menerima kenyataan Ust Hadi itu lantaran saya mengenali beliau secara dekat buat sekian lamanya. Tetapi kenyataan itu tidak mudah untuk ditelan akibat daripada tindakan PAS menangani isu-isu Islam yang ramai berpendapat PAS sudah sama sekali kehilangan daya juang dan semangat jihad.

Ada pihak yang mengatakan PAS seolah-olah seperti sudah dirasuk makhluk halus dan kelihatan terpukau dengan mainan politik Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan ramai lagi. Sebab itu dikatakan di awal tadi bahawa pimpinan PAS seolah-olah tidur lena buat sekian lamanya. Tiba-tiba tersentak bangun membuat kenyataan seperti yang dibuat oleh Presiden PAS itu.

Akhirnya, atas nama kejujuran dan keikhlasan serta atas nama semangat perjuangan Islam yang ditiupkan kepada ahli dalam usrah, tamrin, rehlah, munaqashah, ijtima’, PAS perlu melakukan sesuatu yang decisive dengan meninggalkan Pakatan Rakyat sekarang juga. Gesaaan-gesaan ke arah ini sudah terdengar sekian lamanya khususnya dikalangan pimpinan ulama di dalam PAS.

Kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu bagi sesetengah pihak dianggap sebagai anti klimaks. Klimaks sebenarnya ialah tinggalkan Pakatan. Hanya selepas itu rakyat dapat melihat jantannya pimpinan PAS. Rakyat juga dapat melihat tindakan decisive PAS itu nanti menatijahkan betapa haru birunya DAP dan PKR dalam menghadapi PRU ke 13 terutama dalam menggarap sokongan pengundi Melayu Islam.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
17 Februari 201

Sunday, February 17, 2013

Wajib Baca!! Kupasan Terbaik Dari Tun Mahathir!!


TUN nampak sihat. Bagaimana Tun meneruskan kehidupan ini sebab selepas 10 tahun bersara, Tun nampak masih aktif?

MAHATHIR: Umumnya saya masih boleh bergerak, boleh bercakap, boleh main kuda pun, tapi memanglah bila dah tua adalah masa-masa sikit sebanyak, penyakit, batuk penat, itu semua biasa saja. Tapi tentang nak buat kerja saya buat kerja macam biasa. Saya datang pejabat tiap-tiap hari bekerja bahkan hujung minggu pun saya dijemput untuk bersyarah jadi saya kerja sepenuh masa. Alhamdulillah saya masih boleh.

Ada sesetengah orang bila bersara, mereka bersara terus tapi Tun masih aktif, adakah Tun ada sasaran yang nak dicapai?

MAHATHIR: Dulu masa saya jadi doktor saya nasihat sesiapa yang bersara supaya terus aktif kerana kalau kita bersara, lepas tu kita tak buat apa-apa kita akan dapat penyakit. Ini saya perhatikan, saya nampak, saya lihat. Ramai yang bila bersara dia tarik diri dari masyarakat dia tak boleh nak sihat. Sebab itu saya terima nasihat saya sendiri, iaitu bila bersara mesti terus aktif dan minat saya masih dalam bidang politik, sebab itu saya masih aktif dalam politik. Pasal saya nak jaga kesihatan saya dan saya masih berminat dengan politik yang berlaku dalam negara kita.

Apa aktiviti Tun selain politik?

MAHATHIR: Saya baca buku banyak, saya tulis itu ini, saya ada blog, saya tulis juga artikel untuk (The New) Straits Times, untuk Utusan Malaysia, dan saya dapat surat banyak dari luar negeri saya cuba jawab. Selain itu ramai yang datang berjumpa dengan saya dari dalam dan luar negeri dan setakat yang saya ada masa saya cubalah berjumpa dengan orang. Itulah aktiviti saya. Saya juga cuba bersenam sikit, buat treadmill, kadang-kadang angkat dumbel, naik kuda, berjalan, itu biasa sajalah.

Dalam setiap pilihan raya, keadaan bagi parti bertanding adalah menentukan hidup atau mati". Dalam pilihan raya akan datang, adakah keadaan yang sama?

MAHATHIR: Keadaan berbeza. Keretakan dalam kalangan masyarakat umumnya sudah jadi lebih mendalam. Di masa saya dulupun terdapat juga pembahagian terutamanya dalam kalangan orang Melayu kepada parti-parti yang berlainan tapi umumnya sokongan kepada UMNO begitu kuat dan ramai yang lebih berminat untuk menyokong UMNO daripada parti-parti lain. Apabila ada serpihan pun macam Tengku Razaleigh (Hamzah) menubuhkan parti Semangat 46 mereka tak dapat tarik banyak ahli UMNO. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) lebih berjaya sikit tapi masih lagi tak dapat mengalahkan UMNO. Sebab itu pada tahun 1999 kemenangan BN masih lagi tinggi walaupun ramai juga orang Melayu yang berpendapat bahawa Anwar telah dianiaya dan dengan itu mereka tak sokong tapi orang Cina sokong dengan cukup kuat, kita masih dapat dua pertiga.

Tapi selepas itu kita dapat pemerintahan tidak menumpu kepada keperluan rakyat, sebaliknya lebih utamakan memperkayakan diri dan sebagainya. Pemimpin juga begitu, pemimpin di semua peringkat pun masing-masing nak cari peluang daripada politik untuk nak isi poket. Dengan itu orang pun mula hilang kepercayaan. Hari ini kita dapati kepercayaan itu belum kembali sepenuhnya. Tapi (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ni cuba memulih semula dan sedikit sebanyak dia berjaya.

Pengundi bawah umur 40 tahun adalah pengundi muda. Senario sebelum ini macam mana? Sebab ada yang kata 40 peratus daripada pengundi sekarang berumur bawah 40 tahun. Sebelum ini, macam mana sokongan golongan muda pada kerajaan?

MAHATHIR: Dulu golongan muda pun dia dapat melalui zaman dulu dan zaman sekarang. Umpamanya golongan muda dulu melalui zaman yang mana tidak banyak pembangunan di Malaysia bahkan kita dianggap sebagai negara membangun yang daif dan miskin. Dan mereka melihat perubahan yang berlaku dan mereka menghargai perubahan yang berlaku di zaman mereka. Sebaliknya pemuda sekarang ini mereka dilahirkan setelah negara sudah maju. Bagi mereka memanglah negara ini begini. Dia tidak pernah mengalami keadaan yang mana negara miskin, mereka tidak ada peluang bekerja, tak dapat peluang belajar, tak dapat peluang untuk menjadi ahli profesional. Dulu tiada. Sekarang ni ia dianggap sebagai perkara biasa. Dan bila kita anggap sesuatu sebagai perkara biasa kita tidak begitu menghargai.

Kita menghargai bila kita dapat sesuatu yang kita tak pernah dapat. Tapi mereka dilahir di zaman negara kita sudahpun maju dan bagi mereka ini memang keadaan biasa. Jadi dengan itu mereka tidak menghargai sebaliknya mereka terdedah dengan pengaruh-pengaruh dari Barat umpamanya berkenaan kebebasan dan macam-macam lagi dan mereka berpendapat mereka belum cukup bebas. Masih lagi tersekat dalam perkara itu dan ini. Mereka lihat di Barat sana semuanya bebas, apa juga boleh dilakukan, ini yang menyebabkan mereka berasa tidak puas hati lagi.

Mereka nak kebebasan yang lebih lagi, yang bertambah dan sebagainya, dengan itu mereka ingin melihat perubahan berlaku. Bagi mereka perubahan akan datang hanya kalau parti lawan menang. Pasal parti lawan ini janji untuk membawa perubahan. Apa juga yang dikatakan oleh pihak BN umpamanya tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi tak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa perubahan pemerintahan akan membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Sebab itu keadaan sekarang berbeza dari dulu.

Pendekatan yang diguna pakai Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berbeza dari dulu untuk mendekati orang muda, adakah pendekatan itu nampak berjaya?

MAHATHIR: Ada kejayaan tapi tak mencukupi kerana kedudukan parti sudah jadi begitu, dalam persepsi orang, kurang baik. Sebab itu susah untuk mendapat balik sokongan.

Mungkin ada banyak lagi yang perlu dilakukan beliau?

MAHATHIR: Dia pun tak ada masa banyak dah, tak lama lagi nak ada pilihan raya, nak buat apa dah. Bila-bila masa, jadi nak kena turun, nak jumpa seberapa banyak rakyat apa semua, susah. Jadi, ada la masalah. Masing-masing akan keluarkan masalah baru dan untuk menangani masalah-masalah ini memerlukan masa, dan dia sekarang ni tak ada masa dah. Tapi saya pikir dia dah usaha secukup mungkin. Dia bekerja keras.

Pengalaman Tun sendiri macam mana? Bila tiba pilihan raya, nampak banyak tuntutan daripada dalam parti sendiri dan dari luar BN. Mereka macam mengambil peluang ketibaan pilihan raya ini untuk membuat tuntutan?

MAHATHIR: Masa saya dulu orang tak tahu bila pilihan raya nak ada, jadi dengan itu belum mereka buat tuntutan, kita ada pilihan raya. Tapi bila kita tunggu sampai dah nak saat terakhir yang mana kita terpaksa bubar Parlimen, tidak ada elemen kejutan lagi. Jadi semakin dekat pilihan raya semakin banyaklah tuntutan.

Tapi apakah Najib perlukan masa?

MAHATHIR: Ya, saya percaya dia perlukan masa.

Tuntutan agak drastik daripada bukan Melayu, macam mana Tun lihat beliau boleh buat keseimbangan untuk memenuhi tuntutan dari dalam parti yang diterajui dan dari luar parti?

MAHATHIR: Kita berada dalam keadaan serba salah. Tuntutan yang dibuat parti lawan menyentuh kedudukan orang Melayu umpamanya. Bila orang Melayu nak jawab, kalau tak pandai jawab, dia nampak seperti rasis. Dia terlalu utamakan bangsa daripada bangsa Malaysia jadi kita dapati orang Melayu tak dapat nak menjawab kerana takut dituduh. Dengan itu mereka cuma berasa marah. Mereka tak dapat lawan, mereka marah tapi itu tidak begitu berkesan. Inilah jadi masalah bagi orang Melayu dan masalah juga bagi kaum-kaum lain kerana kita lihat sekarang ni perpecahan antara kaum lebih ketara daripada di zaman dulu.

Mungkin ini program sentuhan hati yang perlu ditangani Najib, perlu berusaha lebih ke arah perpaduan?

MAHATHIR: Yalah kita ada 1Malaysia dan sebagainya tapi itu sebagai slogan. Kita harus dapat sambutan daripada semua kaum tapi saya perhatikan sambutan itu datang lebih daripada orang Melayu saja.

Jadi masih banyak yang perlu dilakukan untuk bukan Melayu? Bila dilakukan banyak untuk bukan Melayu, tuntutan dalam parti pun memuncak?

MAHATHIR: Saya fikir tuntutan daripada bukan Melayu banyak layanan dah bagi. Tapi bila mereka berpendapat mereka akan menjadi penentu dalam pilihan raya ni, akan timbul lagi macam-macam tuntutan.

Perpaduan dalam parti macam mana, sebab sebelum ini nampaknya kekalahan BN disebabkan dalam parti bukan kekuatan lawan?

MAHATHIR: Saya ingat keadaan reda sedikit. Kalau dulu memanglah kalau tak dapat jadi calon, akan menentukan calon yang dipilih akan kalah. Tapi nampak sekarang ini kurang sikit. Ada pengakuan mereka tidak akan cantas, mereka tidak akan sabotaj, tapi kita tunggulah sehingga pilihan raya, nak tau sama ada betul mereka pegang kepada janji-janji mereka atau tidak.

Nasihat Tun kepada mereka?

MAHATHIR: Mereka harus ingat kalau amalan cantas-mencantas ini diteruskan, kalau mereka jadi calon pun mereka akan kalah, akan dicantas juga. Yang penting bukan mereka menang, yang penting parti menang. Untuk parti menang maka calon-calon parti mestilah diberi kemenangan. Sama ada suka tak suka itu soal lain, pasal dia calon parti kita. Kalau kita tak bagi dia menang maka parti akan kalah. Parti akan kalah kedudukan kita tetap akan terancam.

Mesej Tun kepada pengundi Cina?

MAHATHIR: Selama kita merdeka sejak tahun 1957, kerjasama antara Melayu- Cina-India, MCA-UMNO-MIC-Gerakan ini telah membawa banyak kemajuan bagi negara kita. Kerjasama ini menyebabkan negara kita jadi stabil. Sebabnya ialah kerana ketiga-tiga kaum ini bersetuju untuk kongsi kuasa. Kerana kita berkongsi, bukan UMNO ambil semua untuk UMNO ataupun MCA ambil semua untuk dia, tapi kita sanggup kongsi. Kerana kita sanggup kongsi maka negara kita tidak memperlihatkan huru hara, dan dengan itu negara kita dapat dimajukan. Kalau hari ini kaum masing-masing nak semua yang mereka tuntut, dan ini mengakibatkan kaum-kaum lain akan berasa tidak puas hati, maka kestabilan negara akan tergugat dan kalau kestabilan negara tergugat kemajuan tidak akan tercapai, ekonomi tidak dapat tumbuh dan kita semua tidak akan dapat nikmat. Ini patut difahami semua kaum terutama orang Cina yang berniaga. Mereka tak akan boleh berniaga dalam keadaan rusuhan kaum berlaku.

Di Kedah macam mana peluang BN?

MAHATHIR: Di Kedah dulu kita tak pernah kalah sehingga tahun 2008. Biasanya kita menang dua pertiga di Kedah. Tetapi timbul perasaan kecewa dan tidak puas hati dalam kalangan majoriti penduduk Kedah iaitu orang Melayu. Mereka kecewa dan membuat keputusan untuk tidak menyokong BN. Mereka mengundi parti lawan walaupun kata mereka pedih, sakit nak undi parti lawan. Tapi saya dapati sekarang ini mereka sudah kembali percaya kepada BN dan saya yakin besar kemungkinan BN akan menang di Kedah.

Timbul persoalan siapa bakal Menteri Besar Kedah nanti?

MAHATHIR: Siapa Menteri Besar itu tak penting. Yang penting ialah kemenangan. Kalau tak menang siapa pun tak boleh jadi Menteri Besar. Kalau dok main cantas, kalah parti takda la Menteri Besar. Boleh jadi Ketua Pembangkang, sekarang ini kita ada Ketua Pembangkang di Kedah. Kalau nak dia kekal jadi Ketua Pembangkang, cantaslah.

Timbalan Perdana Menteri Thailand dikatakan bertemu Tun di Langkawi untuk cari keamanan di selatan Thai. Adakah berlaku pertemuan itu?

MAHATHIR: Saya ada berjumpa dengan Gabenor tapi saya tak bincang khusus berkenaan perkara ini. Sebaliknya kita dapati kerajaan mereka memang nak keamanan tercapai di selatan Thai tapi ia bukan mudah kerana orang-orang yang memberontak di selatan Thai ini berpecah. Kalaupun ada yang bersetuju supaya dihentikan rusuhan, ada pihak yang tak bersetuju. Jadi sementara orang ini mungkin tandatangan persetujuan, yang lain mungkin akan melakukan serangan bom dan sebagainya. Ini yang jadi masalah di selatan Thai.

Kalau mereka ada satu badan saja yang berjuang dan keputusan dibuat oleh badan itu, kita dapat tamatkan rusuhan tapi setakat ini yang saya tahu mereka berpecah kepada puak-puak dan kadang-kadang orang individu sendiri yang ambil tindakan.

Tapi adakah wakil daripada pihak kerajaan Thailand datang jumpa Tun baru-baru ni?

MAHATHIR: Adalah jugak.

Jadi bolehkah Malaysia memainkan peranan seperti di Filipina, dengan menghimpunkan puak-puak yang ada kepada satu?

MAHATHIR: Ini sebenarnya masalah dalam negara Thailand, jadi kita tak boleh langsung aktif. Namun demikian ada orang-orang ini yang kadang-kadang menyeberang masuk Malaysia. Jadi kita mungkin boleh cuba pujuk mereka supaya menamatkan perjuangan yang tak mungkin selesai ini kerana tak mungkin mereka dapat kebebasan. Itu yang patut mereka terima. Kalau mereka nak hantuk kepala di dinding sampai pecah kepala tak ada apa nak dapat. Jadi kita kena terima realisme, benda yang benar.

Untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020, kita perlu mencapai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) purata enam peratus setahun. Namun pada tahun lepas dan pada tahun ini, dijangka KDNK akan berkembang sekitar empat hingga lima peratus sahaja. Adakah ini akan menjejaskan sasaran menjadi negara maju itu?

MAHATHIR: Kalau kita tidak capai enam peratus tiap tahun dari segi angka mungkin kita tidak capailah. Tapi kita berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan negara maju adalah dalam acuan kita sendiri. Yang penting rakyat dapat kemudahan-kemudahan infrastruktur tidak terhad kepada bandar-bandar sahaja tetapi di kawasan luar bandar juga. Kalau kita ambil kira sekarang ini di Kuala Lumpur sudah pun sampai ke tahap negara maju tetapi kita perlu tumpu kepada kawasan-kawasan yang terpencil.

Adakah kadar nisbah hutang kepada KDNK pada tahap 53 peratus dianggap masih “sihat"?

MAHATHIR: Saya ingat masih lagi sihat. Pendapatan kita masih meningkat. Dagangan kita masih positif. Jadi walaupun kita kira 50 peratus, kita harus ingat negara seperti Greece umpamanya hutang dia lebih dari 100 peratus. Dia tidak mungkin bayar. Kita masih boleh bayar. Kita masih boleh bayar dan sekarang ini kita nampak pelaburan keuntungan tinggi. Dulu masa saya dulu Maybank untung RM300 juta kita anggap besar. Sekarang Maybank untung RM6 bilion.

Adakah dagangan kita masih bergantung kepada Barat.

MAHATHIR: Kita tidak lagi bergantung kepada Barat. Barat sudah merosot. Eksport kita ke Barat pun tidak boleh meningkat dan Barat juga tidak mampu untuk melabur sekarang ini. Kita lihat pelaburan datang dari Timur dan dagangan kita dengan Timur pun meningkat. Dagangan kita dengan negara China umpamanya sudah baik cukup tinggi. Dagangan kita dengan ASEAN juga meningkat. Jadi kita tidak perlu nilai kemajuan ekonomi negara kita berasas kepada Barat. Sebaliknya kita ambil keseluruhan dunia dan daripada segi keseluruhan dunia kita dapati bahawa eksport kita masih meningkat, lebihan kita masih meningkat.

BNM (Bank Negara Malaysia) mempunyai simpanan sebanyak AS$42 bilion... Dulu masa saya AS$30 bilion sahaja. Simpanan kita memang besar, simpanan kita tinggi, umpamanya di Tabung Haji. Kita ada simpanan dalam PNB (Permodalan Nasional Bhd), dan simpanan macam-macam termasuk juga Felda. Ini simpanan cukup besar. Kita ada simpanan yang cukup besar dan cukup tinggi.

Tun pernah mengatakan negara akan muflis jika kenaikan gaji tidak seiring dengan produktiviti. Kerajaan hari ini telah menaikkan gaji penjawat awam dan menekankan tentang KPI (Petunjuk Prestasi Utama). Adakah Tun masih berpegang kepada kenyataan Tun sebelum ini?

MAHATHIR: Saya masih berpendapat kenaikan gaji mesti disertai dengan produktiviti kalau tidak kita punya kos tinggi. Kita tidak lagi kompetitif dalam pasaran dunia. Sebaliknya negara kita adalah negara dagang yang kemajuannya bergantung kepada dagangan. Kalau kita tidak bersaing dengan negara-negara lain maka sudah tentu prestasi ekonomi kita akan merosot sebab itu amat penting kenaikan gaji diimbangi dengan kenaikan produktiviti.

Juga kita perlu ingat bahawa bila kita naik gaji kosnya cukup tinggi kerana, umpamanya kita ada gaji minimum. Gaji minimum ini kita nak tentukan kita kena kaji dengan cukup mendalam pasal bila kita naik gaji satu orang, katakanlah gaji dia RM700 kita naik RM900. Orang yang mendapat RM900 sekarang ini dia tengok orang di bawah naik gaji sama dengan dia mengakibat dia tidak puas hati dan dia nak naik gaji juga. Bila dia naik orang lain di atas dia pula berasa tidak puas hati. Sampai ke atas sekali. Bermakna bukan naik RM200 saja, ini naik berjuta-juta kerana seluruh skim gaji perlu disesuaikan dengan kenaikan gaji minimum.

Dalam Proton, Tun pernah berkata bahawa Proton tidak akan mengeluarkan kereta murah lagi, jadi adakah ini bermakna harga kereta itu akan naik atau ia datang bersama kualiti?

MAHATHIR: Ia akan naik, tetapi di samping itu, kualiti kereta itu akan ditingkatkan, seumpamanya Preve yang baru kita lancar ini, dia dilancar pada masa ia belum sedia dilancar, dengan itu, 1,000 kereta pertama yang dilancar itu mempunyai banyak masalah. Tetapi pengurusan Proton sekarang ini sudah mengenal pasti masalah ini dan betulkan, jadi ia adalah satu kereta yang mempunyai teknologi tinggi yang lebih kurang sama dengan kereta-kereta yang lain. Jadi saya harap gambaran pertama berkenaan dengan Preve ini dapat dihapuskan, dan mereka akan menggunakan Preve kerana fungsinya cukup baik dan tidak seperti masa ia dilancarkan.

Pada masa ini adakah Proton akan kembali dibanggakan kerana sekarang ini jenama-jenama seperti Toyota, Honda telah mengambil alih TIV?

MAHATHIR: Saya dapati bahawa kita sahaja amalkan dagangan terbuka ini, kita buka negara kita kepada import tambahan, dengan itu kereta dari negara asing masuk, mereka dikeluarkan oleh syarikat-syarikat gergasi yang mana overhead mereka sudah pun dihapuskan, ia dah pulih semua. Jadi dia boleh jual dengan harga murah di sini kerana pasal dia dah dapat balik dah pelaburan dia, melunaskan sepenuhnya. Ini kerana dia keluar katalah untuk satu model baru, dia keluar satu juta unit, dijualnya di negara lain lebih daripada 900,000 kereta dan di Malaysia dia jual 50,000, ini dia kurangkan separuh harga pun dia masih untung.

Tapi Proton tak boleh buat macam itu kerana kita keluar 150 biji kereta, bermacam-macam model, kita punya kos overhead sangat tinggi, kalau kita disuruh bersaing dengan pengeluar kereta daripada negara maju, sudah tentu kita tak mampu, sebab sekarang jualan Proton turun dari 80 peratus kepada 26 peratus dan kita dapati orang Malaysia sendiri tidak percaya kepada Proton. Kalau harga murah pun mereka tak beli juga, kalau kualiti baik pun mereka tak beli pasal masing-masing nak beli kereta import sebab reputasi dia lebih baik, tapi kalau kita nak maju kalau pasaran sendiri tak menolong kita, mustahil kita boleh dapat bantuan daripada pasaran lain.

Jadi adakah ini bermakna bahawa Proton harus fokus kepada pasaran eksport?

MAHATHIR: Ya, kita mesti, dan akan pergi ke pasaran eksport, ini memang rancangan kita, kerana pasaran domestik ini kecil, kalau kita nak keluar katalah 500,000 setahun, kita mesti pergi pasaran eksport, tetapi di masa yang sama pasaran domestik mestilah menerima kita. Kalau kita buka negara kita kepada import begitu banyak, walaupun Proton mengeluarkan kereta yang berkualiti dan harganya murah, tetapi kereta asing dia jual banyak mana pun, dia boleh turun harga RM10,000, Proton tak mampu. Ini kerana dia untung di tempat lain, dia nak bagi turun harga di sini supaya dia dapat menembusi pasaran, itu mudah bagi dia.

Bagaimana pula pandangan Tun tentang inisiatif teknologi hijau?

Tun M: Yang inisiatif hijau sebenarnya kita banyak bercakap mengenai inisiatif hijau, kebanyakan orang tak sedar. Sebenarnya semua jenis kereta gagal. Yang membuat kereta elektrik dari negara-negara maju, semuanya gagal, semuanya tak boleh capai sasaran yang ditentukan. Jadi kita sedang berusaha, tapi kita juga tak capai, demikian juga dengan teknologi hibrid. Hibrid pun belum maju dan kos bateri kadang-kadang begitu tinggi sehingga satu jenama kos kereta itu empat kali ganda. Jika empat kali ganda... siapa nak beli? Sebab itu sehingga sekarang walaupun ada subsidi kerajaan, kereta masih tak laku. Yang ini kebanyakan daripada wartawan Malaysia pun tak tahu, tetapi sepatutnya buat kajian tengok apa jadi kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan kereta elektrik seumpamanya kenapa dia tak boleh jual. Kenapa harga kos bateri sangat tinggi? Satu bateri RM1,000, kalau kita pakai 24 bateri RM24,000, itu kos bateri sahaja, kadang-kadang lebih daripada itu. Jadi soalnya kalau kita nak hijau kita kena bayar, tapi siapa nak bayar, dia tengok oh itu pasal lebih baik bayar, ...ICE punyakah, enjin "internal combustane".

Tun pergi (lawat) LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) tahun ni?

MAHATHIR: Kena pergi la... saya seronok tengok kapal terbang.

Tun akan mencapai umur 88 tahun ini, dan biasanya bagi orang Cina angka 88 itu ong (bertuah). Jadi apa harapan Tun untuk tahun ini?

MAHATHIR: Tak tahulah ong tak ong yang tau saya dah 88. Berapa lama lagi ada itu tak tahulah, itu yang penting. Orang tua dia pi lah. Orang muda pun kadang-kadang pergi dulu tapi orang tua dia tetap tak boleh lari.

Tun masih aktif. Dah 10 tahun bersara tak nampak menurun.

MAHATHIR: Selagi kita sihat, boleh buat kerja, duduk melengung di rumah apa nak buat.

Pasal pilihan raya, macam mana keadaan dengan Pas?

MAHATHIR: Dia boleh balik sertai dengan UMNO tapi kena diperbetulkan. Macam dia panggil tiga juta ahli UMNO ni kafir, murtad, takkan kita nak kerja dengan orang yang panggil kita murtad. Dia kena pegang kepada ajaran Islam. Itu bukan asas ajaran Islam. Dalam Islam kamu tak boleh kafir orang dengan mudah. Dalam Islam mesti adil, adil bermakna kamu kena hukum setelah mendengar semua bukti-bukti kata orang ini kafir. Ini dengan sewenang-wenangnya (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kata orang UMNO semua kafir. Kita ada tiga juta orang UMNO. Bolehkah dengan begitu saja kata orang kafir. Saya ni kafir? Sekarang ni ada buku keluar (bertajuk) Kafirkah Aku? Ini semua politik. Ini politik nak menang pilihan raya. Supaya pengikut dia anggap saya ni kafir.

Pengaruh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) macam mana?

MAHATHIR: Anwar cuma nak jadi Perdana Menteri. Dia tak kira apa. Dia punya jiwa pun dia jual. Asal jadi Perdana Menteri ja. Dia buat (parti) Keadilan bukan pasal keadilan, pasal nak jadi Perdana Menteri. Kalau dia Perdana Menteri adillah tu. Macam mana pun takpelah.

Tapi kenapa dalam Pakatan mereka tidak mencapai persetujuan siapa nak jadi Perdana Menteri?

MAHATHIR: Dia bukan gabungan. Jangan lupa ini bukan satu gabungan. BN satu gabungan. Dia ada satu kepala. Kita duduk bersama dalam satu mesyuarat. Dia tak ada gabungan dia cuma pakat nak menang saja. Lepas tu bila nak jadi pemerintah, Pas cari belah sini, DAP belah sini, PKR dia jadi Perdana Menteri yang tu saja.

Sokongan orang muda, Tun nampak macam mana kepada Anwar atau bagaimana?

MAHATHIR: Ada orang muda yang sedar. Tapi ada juga orang muda yang terpengaruh dengan Barat umpamanya. Terlalu lama BN memerintah kita nak ubah itu saja. Pasal mereka dilahir setelah kita dah maju. Jadi dia tak tau keadaan sebelum maju jadi dia tak hargai. Dia dapat biasiswa, dia dapat pelajaran pun kerana kita. Tapi la ni orang Melayu diajar supaya jangan berterima kasih, jangan bersyukur. Terima duit RM500 tapi jangan undi, jangan kata terima kasih. Ini budaya Melayu yang baru. Jangan kata terima kasih

Sumber