Tuesday, January 3, 2012

Zulkifli Nordin Cabar Anwar & Saiful Buat Solat Hajat !!

Cabaran Zulkifli Nordin yg merupakan bekas peguam anwar..mencabar anwar dan saiful hadir ke masjid negara untuk melakukan solat hajat agar diberi petunjuk oleh Allah S.W.T tentang siapa yg berbohong..

Saiful dah 'confirm' kan kehadiran..anwar?? nk dtg ke?? atau ade 'urusan' ??

Friday, December 30, 2011

Persinggahan Konvoi Jejak Pepaduan Di Parlimen Wangsa Maju

Persinggahan Konvoi Berbasikal Jejak Perpaduan Di Parlimen Wangsa Maju pada hari khamis 29/12/2011. Majlis telah diadakan di Dewan Masyarakat Taman Melati Kawasan Melati Kawasan 8. Konvoi ini hari ini menjelajah sekitar KL dengan bermula dari Bahagian Lembah Pantai dan singgah di Parlimen Wangsa Maju sebagai persinggahan kedua.

Konvoi yang disertai seramai 54 orang ini sebelum ini telah menjelajah di kesemua negeri dan dijangka menamatkan jelajah Satu Malysia di Putrajaya Besok 30/12/2011. Bersempena dengan persinggahan konvoi ini juga UMNO Bahagian Wangsa Maju juga telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya senaman 1Malaysia, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan juga pertandingan sulaman manik.










Wednesday, December 28, 2011

Ustaz Sesat!!! : Anwar Ibrahim = Imam Mahadi??

Ustaz Badrul Amin Berkata Anwar Adalah Imam Mahadi..


"Ingat wahai saudara islam ku, Nama Imam Mahdi bukan Anwar bin Ibrahim, Tapi Muhammad bin Abdullah. Nama Imam Mahdi adalah tanda - tanda yang jelas bahawa dirinya adalah Imam Mahdi - rujuk hadis yang sahih. Bukan rujuk dari kenyataan orang yang sesat lagi taksub"

Tuesday, December 27, 2011

SCUD Mengadakan Semburan Di Tmn Wangsa Perkasa, Wangsa Melawati

26/12/2011 Isnin

SCUD (Skuad Cegah Denggi) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju (PPUWM) telah mengadakan semburan di Tmn Wangsa Perkasa didalam kawasan Wangsa Melawati. Kerjasama PPUWM, Penduduk Tmn Wangsa Perkasa dan juga Pengerusi PDM Wangsa Melawati semburan ini dapat di laksanakan dengan jayanya.

Turut hadir sama Setiausaha UMNO Bahagian Tn. Hj. Shamsuddin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sdr Mohd Taupik.







Monday, December 26, 2011

Terkini : Bukti PAS Semakin Tidak Relevan Bawa Imej Islam

Sebaik sahaja Hasan Ali, Harun Din menyertai PAS bersama beberapa tokoh Ilmuan Agama yang lain, PAS seakan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan mampu mengalahkan sesiapa sahaja. Maklumlah sebab sudah mempunyai ‘komandan’ yang paling dihormati dan disegani oleh pelbagai pihak.

Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Segala perancangan untuk melaksanakan agenda telah pupus sebagaimana pupusnya slogan ‘Negara Islam’ yang ditukarkan kepada ‘Negara Kebajikan’. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional telah menerap dan mempraktikkan agenda ini selama pemerintahannya dimana semua kaum serta golongan telah pun mendapat manafaat daripadanya. Apakah manafaat yang boleh diberikan kepada rakyat menerusi slogan baru PAS kerana ianya hanyalah lakonan semata-mata hanya untuk menunjukkan kepada ‘rakan-rakan’ mereka yang PAS telah berubah.

Segalanya terletak kepada keputusan DAP dan PKR dimana PAS hanyalah sebagai pak turut sahaja.

Kembali semula kepada Hasan Ali yang juga seorang Ilmuan Agama, beliau telah berjaya menaikkan taraf PAS tetapi hanya untuk sementara kerana secara terangnya, puak-puak Erdogan / Anwarinas didalam PAS telah berjaya ‘menakluki’ PAS seterusnya menidakkan keupayaan Hasan Ali serta Ilmuan Agama yang lain di dalam PAS. Kita boleh lihat, Majlis Syura PAS juga menyokong Hasan Ali. Selain itu Timbalan Mursyidul PAS, Harun Din juga tidak mendapat tempat di dalam Majlis Ulamak PAS.

Soalannya adalah kemanakah hala tuju PAS sekarang ? Adakah ianya untuk Agama, Bangsa dan Negara atau sekadar ‘penempel’ di Pakatan Rakyat yang kabur matlamatnya. DAP bersama chauvanis nya dan PKR hanya untuk menyelamatkan seseorang dan suka menimbulkan huru-hara.

Secara terus terang, aku tidak berapa setuju jika Hasan Ali dan rakan-rakan ingin keluar dari PAS dan menyertai UMNO kerana sepatutnya UMNO dan PAS bergerak bersama untuk menegakkan Agama, Bangsa dan Negara. UMNO boleh menjadi wadah orang Melayu dan PAS boleh menjadi kumpulan pendesak orang Melayu yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu secara am nya tetapi apa yang terjadi sekarang – orang Melayu berpecah dan tiada kekuatan untuk menandingi kaum-kaum yang lain dan mereka dengan sewenang-wenangnya boleh meminta apa sahaja untuk kaum mereka dan ini bukan salah mereka. Sebenarnya mereka mendapat ‘kelulusan’ dari orang Melayu sendiri.

PAS pernah menuduh UMNO mengamalkan sekularisma tetapi jika dilihat sekarang ini, PAS lebih sekular dari UMNO sendiri hanya kerana ingin ‘berkawan’ dengan DAP dan PKR. Siapa yang untung dan siapa yang rugi. Ternyata bangsa Melayu itu sendiri yang rugi kerana berpecah.

Disinilah Hasan Ali boleh memainkan peranan beliau bersama Ilmuan yang lain untuk mengembalikan perjuangan PAS balik ke landasan yang sebenarnya. Jika beliau keluar, maknanya beliau telah melepaskan tanggungjawab beliau untuk Agama, Bangsa dan Negara dan puak Erdogan / Anwarinas secara keseluruhannya telah menguasai PAS dan dengan senang hati boleh merosak dan memalukan PAS itu sendiri.

Hasan Ali sepatutnya bekerja dengan lebih keras lagi bersama para sahabatnya untuk menidakkan perkara ini daripada berlaku kerana jika beliau meninggalkan PAS bermakna beliau telah mengaku kalah. Puak-puak Erdogan / Anwarinas sememangnya menunggu peluang untuk menjadikan PAS sebagai milik mereka sepenuhnya. Hasan Ali boleh melonjakkan kembali PAS kepada asalnya bersama yang lain dan menjadikannya sebagai pilihan kepada orang Melayu untuk lebih berjaya dan bergandingan dengan UMNO untuk kekuatan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhannya.

Hasan Ali lah orangnya yang boleh melakukannya sekarang bersama rakan-rakan beliau yang lain di dalam PAS untuk mengembalikan PAS balik kepada asalnya.

Wallahu’alam…