Tuesday, January 31, 2012
Sebab Mengapa Pemimpin Pakatan Haram Takut Hadi Awang Undur Diri Kini Diketahui !!
Monday, January 30, 2012
Panas : Ketua Pemuda Pas Melakukan 'Tentangan' Terhadap Anwar ???
Kenapa? Ni baca la kat bawah ni..
Friday, January 27, 2012
Anwar Lantik Pakar Forensik Antarabangsa Untuk Buktikan Video China Doll Bukan Dirinya ??!!
Thursday, January 26, 2012
Terkini : Penghakiman Bertulis Belum Siap??Putar Belit Terbaru Rayuan Saiful??
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.
Karpal berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.
Pada 20 Januari lalu, Pejabat Peguam Negara (PPN) memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat. Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
Karpal berkata, PPN mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan itu setelah meneliti asas yang terkandung dalam penghakiman bertulis yang disediakan hakim perbicaraan.
Katanya, PPN juga boleh membuat keputusn untuk tidak meneruskan rayuan setelah membaca dan berpuas hati dengan penghakiman bertulis yang mengandungi barang kes, nota prosiding dan penghakiman bertulis.
"Kami pernah buat begitu (tidak merayu) dalam kes lain. Apabila saya mendapat petisyen rayuan, saya dapati asasnya tidak berbaloi untuk meneruskan rayuan," kata beliau.
Karpal berkata, mengikut Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, PPN mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik saja menerima rekod rayuan dan sekiranya tempoh 10 hari itu berlalu begitu saja, maka ia (pestisyen rayuan) dikira sudah ditarik balik.
Pihak yang telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, perlu memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sekiranya mereka ingin meneruskan rayuan itu, setelah menerima rekod rayuan yang lengkap.
Pada 9 Januari, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar setelah mahkamah mendapati ia tidak 100 peratus pasti integriti sampel DNA tidak diusik dan mahkamah itu keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan keterangan Mohd Saiful yang tidak disokong oleh bukti.
Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara,Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Wednesday, January 25, 2012
Hassan Ali Bantai 'Lagi'..Bila Ahli2 Pas Nak Sedar???
Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut :
Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.
Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan. Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah di serahkan kepada YAB Menteri Besar.
Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain.
Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan. Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya.
Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah di pijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pakturut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain. Hari ini saya dimaklumkan bahawaYAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau.
Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezeki di bumi Selangor. Lebih-lebih lagi YB Xavier pernah mengatakan bawah kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F dibuka kepada semua kaum. Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera.
Akhirnya secara peribadi saya tidak nampak selain daripada pilihan yang tepat terhadap YB Dr Yunus. Yang lainnya tidak memberi khabar gembira kepada ahli-ahli dan penyokong PAS. Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini. Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
YB DATO' DR. HASAN ALI ADUN
Gombak Setia
Friday, January 20, 2012
DS Najib Turun Ke Wangsa Maju















Thursday, January 19, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Tun M Dah 'Nasihat'..Bila Tuan AG Nak Ambil Tindakan ???

KUALA LUMPUR: Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar untuk mencari individu lain yang menang dalam membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.
Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.
"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?
"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" , Selasa.
Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.
Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.
"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.
Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.
Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.
"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.
"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.
Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.
Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. -BERNAMA

Tuesday, January 17, 2012
Lagi Pembohongan Anwar Ibrahim Menfitnah DS Najib Didedahkan !!!
Hanya pencacai Pakatan Haram saja yang percaya dengan 'muka macam Anwar' ini. Rakyat Malaysia rasanya lebih bijak daripada pencacai Pakatan semua.
Susah nak kata yang sedang bercakap ni Anwar, takut pencacai Pakatan tak percaya pulak. Ala.. dorang mana nak percaya dengan bukti-bukti 'besi'(video) ni.
Tambahan pulak yang kat atas tu, muka macam Anwar, tapi kukunya bukan, giginya bukan, muka sebijik Anwar, tapi bulu hidung ada lain sikit. arrhh.. bukan kot..
Monday, January 16, 2012
Friday, January 13, 2012
Azmin Cakap:"Kepala Otak Kau"...Tun M Jawab:"Terima Kasih"

Tindakan Azmin Ali yang berkata kepada Tun Mahathir sebagai ' Kepala Otak Kau ' dalam ceramahnya di P.Pinang memang cukup biaDAP dan kurang ajar . Mulut puaKA Azmin tidak ubah seperti Anwar yang pernah juga berkata "Kepala Bapa ".
Thursday, January 12, 2012
Dedah : Muslimat Pas Sesat!! Guna Irama Gereja !!
Wednesday, January 11, 2012
Panas : 'Adab' Muslimat Pas Didedahkan
Tuesday, January 10, 2012
Sah Anwar Pembohong..Tiada Konspirasi Dalam Kes Liwat !!!
1- Kalau benar lah UMNO buat konspirasi untuk menzalimi Anwar dalam kes liwat , tak bebas la hari ini dan menari riang puak-puak taksub Al Juburi ini .
Monday, January 9, 2012
Ekslusif : Anwar Dibebaskan..Apa Kata Saiful Bukhari??

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri,
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
Live : Hakim Putuskan Anwar Tidak Bersalah !!
8 pagi : ucapan provokasi sedang dijalankan.
8.15 pagi : rafizi bagi ucapan. reformasi macam gampang.
8.23 pagi : setakat ini hampir 2 ribu lebih penyokong anwar dah berkumpul.
8.28 pagi : anggaran 2500 orang dah hadir. ceramah sana sini. PELIWAT DAH SAMPAI. BUAT MUKA KESIAN.
8.36 pagi : ucapan provokasi sedang dilakukan. 3 ribu dah hadir menyokong peliwat. keadaan mula bising, polis buat bodoh je !
8.48 pagi : 4000 penyokong peliwat dah berkumpul. anwar nampak kusut wajahnya. penyokong yang bertabur mula berkumpul.
8.54 pagi : anwar dah mula masuk ke dalam kamar. doakan moga dia tewas ! hadi awang dah masuk bangunan.
9.19 pagi : anwar dah masuk dalam kamar mahkamah. doakanlah kemenangan untuk saiful !
9.30 pagi : ANWAR BEBAS
9.35 pagi : mahkamah jelas bukan anjing umno !??!
jelas konspirasi tiada seperti yang dituduh oleh anwar !
jelas mahkamah ini bukan anjing umno
Friday, January 6, 2012
Terkini : Muka Anwar 'Berseri' Menjelang 9 Jan ??
Thursday, January 5, 2012
Wednesday, January 4, 2012
Terkini : Bukti Baru Mahasiswa 'Dibelasah' Polis ??


