Saturday, June 30, 2012

Dato Shafei Rasmikan Pelancaran Jentera PRU 13 MIC Wangsa Maju

Pada 29 Jun 2012 pihak MIC Bahagian Wangsa Maju telah mengadakan pelancaran jentera pilihan raya PRU-13 yang bertempat di dewan taman setapak.

Pada majlis ini Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku ketua BN Wangsa Maju telah diberi penghormatan untuk merasmikan jentera pilihan raya ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil-wakil dari parti komponen BN yang lain antaranya dari PPP dan Parti GERAKAN.

Beberapa pemimpin UMNO Bahagian wangsa maju turut hadir menyokong majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut, Saudara Mohan selaku ketua MIC Bahagian Wangsa Maju telah menyebut mereka amat berbesar hati Dato Shafei Abdullah dilantik sebagai ketua BN Wangsa Maju, memandangkan Dato Shafei Abdullah telah banyak membantu kaum india di Wangsa Maju dalam bentuk pelbagai sumbangan yang telah diberikan.

Berikut gambar sekitar majlis..





Lagi Gambar KLIK SINI

JOM LAYAN VIDEO UCAPAN DATO DR HJ SHAFIE ABDULLAH




Thursday, June 28, 2012

Ust Fathul Bari - Adakah PAS Menggadaikan Agama???

Wednesday, June 27, 2012

HOT : Apa Hukum Pencacai PR Tuduh BN Kafir??

Monday, June 25, 2012

BNYV Mendapat Sambutan Golongan Orang Muda

Jom Rewind : Video Anwar Kelentong Nak Jadi PM !!

Wajib Tahu !!! 3 Sifat Jijik Pakatan Rakyat !!!


Pakatan pembangkang telah berjaya `mendidik' rakyat untuk mengamalkan sifat jijik dan songsang. Pada pengikut mereka sifat jijik ini adalah yang paling murni dan suci. Mereka menganggap mereka maksum. Mereka bebas dari `dosa' dan tidak terlibat dalam apa jua bentuk salahguna kuasa. Umpamanya jika pemimpin BN mengeluarkan surat sokongan, ia sudah jatuh hukum haram. Sebaliknya, sekiranya pemimpin Pakatan Songsang atau Faekah SETPOL MB Selangor yang melakukannya ia dianggap sebagai sokongan rakyat! Sampai bila membohongi rakyat? Mereka boleh menipu hari ini, esok dan bila-bila masa sekalipun tetapi rakyat tidak akan selama-lamanya tertipu.

Tiga sifat jijik yang `diajar' oleh pemimpin Pakatan pembangkang adalah :

1) Janji Tak Ditepati -

Mereka boleh dan mudah berjanji bulan dan bintang tetapi akhirnya hampas. Mereka memang spesies manusia tebal muka. Menipu dalam berjanji adalah perkara biasa bagi mereka. Menipu dan tidak menepati janji bukanlah satu dosa bagi mereka. Mereka percaya `Nik Aziz' boleh memberi ampun dan menentukan samada mereka berdosa atau sebaliknya!

2) Budi Tidak Dihargai -

Sifat jijik ini ditanamkan dalam sanubari rakyat supaya tidak perlu berterimakasih dan bersyukur dengan nikmat keamanan, ekonomi baik dan kehidupan sejahtera rakyat di Malaysia. Seperti biasa, rakyat cuma diajar supaya bersyukur dan menghargai budi mereka sahaja (tak ada budi apa-apa pun kalau nak kira!).

Tidak menghairankan, ibu bapa yang mengundi BN tidak akan dihargai budi dan kasih sayang mereka sekiranya anak mereka menjadi ahli atau pengikut totok Pakatan pembangkang! Mereka sudah menentukan bahawa merekalah penghuni syurga...manakala pengikut BN akan dicampak ke neraka jahanam. Mereka berani mengkafirkan orang BN yang beragama Islam dan menjatuhkan hukum haram sewenang-wenangnya!

Apakah mereka lebih Islam dari yang lain? Syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t

3) Hutang Tak Bayar -

Pemimpin pembangkang juga mengajar rakyat supaya tidak membayar hutang. Mereka menganggap bahawa kerajaan harus memberi segala-galanya secara percuma. Lidah bercabang mereka ini memang sangat ketara. Mereka sering mendesak kerajaan BN di peringkat Persekutuan supaya memberi itu ini secara percuma dan menabur janji bahawa jika mereka memerintah Malaysia pelbagai benda akan menjadi percuma. Inilah `gula-gula' paling menawan hati rakyat! Bagaimanapun perhatikan di beberapa buah negeri dimana mereka adalah kerajaan negeri yang berkuasa.

Mereka ada sumber kewangan dan ekonomi dimana kerajaan Persekutuan BN tidak langsung mempunyai kuasa terhadapnya. Mengapa tidak menggunakan hasil pendapatan tersebut untuk membayar hutang PTPTN rakyat negeri mereka? Di Selangor mengapa tidak memberikan air percuma sepenuhnya?

Thursday, June 21, 2012

PEMINJAM PTPTN YANG ADE OTAK



Wednesday, June 20, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Wajib Baca - Zulkifli Nordin Komen Isu Diserang Di PJU !!!


Apakah ini demokrasi Islam…. Mungkin PAS boleh jawab. Apakah ini demokrasi tulen yang diperjuangkan PKR dan apakah ini demokrasi ala-ala DAP.

Pertanyaan ini mungkin boleh dirungkaikan oleh parti pembangkang berhubung kekecohan yang berlaku ketika Ahli Parlimen Kuli Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin di Kg Medan, Petaling Jaya Utara baru-baru ini.

Bagi Zulkifli Noordin, apa yang diungkapkan semasa ceramah berkenaan adalah berhubung kait dengan kebenaran dan bukannya kepalsuan semata-mata.
“Mereka (penyokong PAS) tahu apa yang mereka buat ini salah, menjual kalimah Allah, gadai anak bini dalam politik, buat sumpah talak tiga, sanggup cerai isteri disebabkan parti, sanggup menukar perjuangan dari Negara Islam kepada Negara berkebajikan, bila ditanya kebajikan macam mana sedangkan kebajikan Memali yang kononnya mati syuhada ini pun tidak dijaga, sebab tu mereka tak boleh jawab.

“Sekarang ini mereka nak tukar pula Islam sebagai Ad-Din, Islam cara hidup. Saya persoalkan cara hidup Islam, semua orang nak. Tapi saya tanya soalan mudah, cara hidup Islam macammana yang kamu (Pas) gunakan untuk pecat Hassan Ali?.

“Tak bagi tunjuk sebab, tak bagi peluang bela diri, tak bagi pertahan diri, tak panggil mesyuarat, tahu-tahu sahaja Hassan Ali telah dipecat. Apa dosa Hassan Ali? Di mana bukti nak jadikan Islam sebagai Ad-Din?,” ujarnya mengulas tindakan segelintir penyokong PAS yang telah cuba menyerangnya di Kg Medan baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan penyakit pluralism yang semakin menular dalam pakatan, di bawa oleh Anwar Ibrahim, menyamakan semua agama. Kesan kepada pluralism ini, dan kesan yang boleh dilihat di Indonesia.

“Di Indonesia, banyak orang yang tak tahu bahawa perbuatan liwat dan hubungan lesbian dibenarkan. Di sana, homoseks dan lesbian adalah perbuatan seks yang tidak dihalang. Dibenarkan oleh undang-undang, ianya bukan satu perlakuan jenayah. Saya beritahu mereka kesannya.

“Kesan terbesar Anwar Ibrahim. Bila ditanya kepadanya mengenai undang-undang liwat, dia kata akan mansuhkan, ini undang-undang lapuk. Wall Street Journal tanya padanya, apa pendiriannya terhadap mereka yang melakukan hubungan seks bebas, homoseksual dan lesbian, dia kata bukan kerja dia tangkap
orang yang melakukan homoseksual dan lesbian ini,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, kita tengok sendiri perbuatan ini berlaku dalam pakatan. Bagaimana Ustaz boleh bagi kaunseling kepada isteri orang pada jam 3 pagi, boleh makan aiskrim dalam jamban. Anwar sendiri dah terpampang video satu dunia.

“Ini bukti bahaya fahaman pluralism yang sudah menular ke dalam pakatan dan sudah meracuni PAS. Jadi Pas sudah diresapi parasite-parasit ini. Saya kata kenapa ahli Pas tak bangkit, bukan suruh pertahankan UMNO, bukan suruh bersama dengan UMNO tetapi mempertahankan parti sendiri yang sudah hancur yang disebabkan oleh parasit-parasit ini. Ini yang mereka tak tahan ini. Benda tu benda fakta, bukan saya cakap benda yang teori,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi.

Monday, June 18, 2012

Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia

Selepas 2 siri penyerahan Netbook 1Malaysia yang sebelum ini menyasarkan pelajar-pelajar sekolah sebagai penerima, semalam 17 Jun 2012 bertempat di Dewan Taman Setapak sekali lagi Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia telah dilangsungkan.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam ini telah dirasmikan oleh Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju.
turut hadir pada majlis tersebut adalah pemimpin-pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional yang lain serta ahli-ahli jawatan kuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju yang lain.

tetapi berbeza pada majlis penyerahan siri ke-3 ini apabila menyaksikan hanya sekitar 15 orang pelajar sahaja yang menerima bantuan.

pada majlis semalam, menyaksikan hampir 300 masyarakat pelbagai golongan menerima Bantuan Netbook tersebut.

mereka terdiri daripada masyarakat Wangsa Maju yang berbilang kaum yang terdiri daripada wakil-wakil daripada surau, masjid, kuil, serta tokong di sekitar Parlimen Wangsa Maju.

Tujuan bantuan netbook ini diberikan kepada mereka agar dapat memudahkan segala urusan dan aktiviti yang ingin dijalankan di surau, masjid, tokong, serta kuil.






Lagi Gambar Klik Di Sini

TERIMA KASIH DATO SHAFEI !!
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL!!
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!

Saturday, June 16, 2012

Program Gemilang Usahawan Di Medan idaman Wangsa Maju

Pada 16 Jun 2012 bermula jam 10.00 pagi satu program telah diadakan iaitu Program Gemilang Usahawan.Program yg dianjurkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad(MTEM) ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada para usahawan yang ingin mencari nasihat dan maklumat mengenai cara-cara menguruskan perniagaan mereka.

Program ini telah memilih kawasan di Medan Idaman di Wangsa Maju sebagai destinasi kedua setelah program ini berlangsung dengan jayanya di Pulau Pinang

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Raja Nong Chik yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan turut dihadiri oleh Yang Brbhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku Pengerusi BN Wangsa Maju merangkap Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju.

Turut hadir pada malis ini adalah para pemimpin UMNO Bahagian Wangsa Maju serta pemimpin serta ahli parti komponen BN yang lain.

Dalam Majlis ini juga para pengunjung dapat menyaksikan YB Dato' Raja Nong Chik serta Yang Brbhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah tiba dengan menaiki bas.

Berikut Gambar sekitar Majlis







LAGI GAMBAR KLIK DISINI

Thursday, June 14, 2012

Janji Ditepati, Terima Kasih Dato Shafei



Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah ( Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju / Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ) telah mengotakan janjinya kepada rakyat di Parlimen Wangsa Maju.


Beliau menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir lumpur yang berlaku baru - baru ini, antara kampung yang terlibat ialah Kampung Bandar Dalam, Kampung Puah Lembah, Kampung Setia Jaya.

Ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang mengotakan janjinya dan tidak membuat janji palsu seperti kerajaan di Selangor. Iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.



Dalam majlis yang cukup ringkas itu, adalah amat bermakna kepada mangsa - mangsa banjir ini kerana mendapat sumbangan sekurang kurangnya dapatlah meringankan beban yang ditanggung mereka. Klik di sini


Mengulas mengenai isu projek "river of life" yang dijalankan berdekatan sungai di Gombak sehingga mengakibatkan air naik dan banjir, Beliau berkata bahawa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu YB Dato Raja Nong Chik Bin Dato Raja Zainal telah menyiasat perkara ini dan akan diperbaiki supaya kejadian banjir yang boleh dikatakan teruk ini tidak berulang lagi. InsyaAllah

KAMI SOKONG DATO SHAFEI

JANJI DITEPATI, PEMIMPIN DIPERCAYAI

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Panas : Zulkifli Nordin 'Bantai' Pembangkang Di Dalam Parlimen!!!

Tuesday, June 12, 2012

SUARAM Senyap..Biar Kerajaan Yang Bercakap!!!!


KUALA LUMPUR: Kerajaan sewajarnya mendedahkan fakta penting mengenai isu Scorpene. Fakta yang dimaksudkan ialah mengenai tiadanya perbicaraan di Perancis mengenai aduan SUARAM. Yang ada hanya aduan yang belum pernah kita tahu nombor failnya dan dimanakah didaftarkan (nama mahkamah dan nombor aduan rasmi). Kita juga tidak tahu samada penyiasatan telah berlangsung atau tidak. Yang kita tahu hanyalah dua orang peguam Perancis yang di lantik oleh SUARAM mengatakan begitu. Kita juga tidak tahu apakah jenis dan bentuk 159 dokumen yang dikatakan di rampas dari DCNS. Nama dokumen pun kita tak tahu. Silang rujuk membuktikan bahawa dokumen yang disebutkan oleh dua orang peguam SUARAM merujuk kepada dokumen yang sudah lama diperolehi sebelum aduan SUARAM difailkan (itupun kalau telah difailkan). Dokumen yang dimaksudkan ialah dokumen bagi penyiasatan dalam pembelian dan kontrak di antara DCNS dengan Pakistan.

Seterusnya, kerajaan patut juga mendedahkan bahawa kes pembunuhan Altantuya sudah lama selesai dan pelakunya pun sudah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman. Selain itu, pembebasan Razak Baginda turut wajar didedahkan oleh kerajaan yang diputuskan oleh mahkamah atas bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang kukuh dan yang telah di uji kebenarannya oleh para peguambela.

Sebenarnya apa yang hamba nak sampaikan ialah isu Scorpene ni oleh SUARAM sebenarnya satu isu yang hanya berlegar dalam ruang persepsi ciptaan PAKATAM sahaja. Mana ada rasuah dan penyelewengan pun. Pemimpin kita nie bukan kemarok sangat rasuah. Atau melakukan penyelewengan kuasa. Kes PKFZ tidak boleh dijadikan sandaran generalisasi kecenderungan rasuah dan penyelewengan kuasa bagi Scorpene. Pelakunya tidak sama dan Kementerian yang terbabit pun tidak sama. Lain belalang lain padang. Takkan sebab kes PKFZ maka kita nak simpulkan bahawa sejak dulu sampai sekarang semua kontrak kerajaan membabitkan rasuah dan penyelewengan kuasa. Huh tak terjangkau dek akal !

PAKATAM dan SUARAM hanya bermain persepsi sahaja. Mana ada fakta pun nak mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan kes Scorpene secara terang dan jelas atau secara samar-samar. Berdasarkan keterangan saksi pun Altantuya datang ke Malaysia atas sebab-sebab peribadinya sendiri. Masuk akal ke kerajaan Malaysia atau mana-mana individu hendak membayar komisyen kepada seorang warga asing yang hanya terlibat sebagai jurubahasa? Sendiri mahu fikirlah !

Dalam episod-episod seterusnya kita bakal saksikan bagaimana SUARAM dan PAKATAM akan menggunakan persepsi yang jauh lebih jahat dari apa yang ada sekarang. Tugas kita mudah sahaja, kita bertanya soalan ini kepada mereka ' Berikan kontrak komisyen yang di terima oleh Altantuya' dan " Apa nombor siri pendaftaran aduan SUARAM ?'

Biar Betul?? Ust Fathul Bari-"Ust Azhar Idrus Adalah Icon Saya"

Monday, June 11, 2012

Anwar Kena Balun Lagi....Hadoiiii????!!!!!!


JOM KITA LAYAN VIDEO DI BWAH..
PATUT KAH ANWAR KENA MCM NIE




Dalam PAS Ada 5 Golongan iaitu????!!!!


Golongan yang pertama adalah mereka yang menyakini Pas adalah sebuah gerakan Islam kesinambungan daripada perjuangan Rasulullah s.a.w. Golongan ini menyakini menjadi ahli Pas adalah fardu ain dan menjadi jalan ke syurga. Golongan ini berpegang dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: bahawa ummatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang ke syurga. Golongan pertama di dalam Pas ini meyakini bahawa satu golongan itu adalah mereka yang menyertai Pas.

Golongan ini meyakini masuk Pas adalah tiket ke syurga, tidak sempurna iman sekiranya tidak menyertai Pas bahkan berdosa dan tidak diakui umat oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya tidak menyertai Pas. Barangsiapa yang menyisihkan diri daripada jamaah Islam Pas maka ia akan terjeremus ke dalam neraka. Inilah fahaman golongan pertama ini.

Golongan ini terdiri daripada ulama Pondok, pelajar pondok, lepasan universiti yang tidak memahami realiti semasa dan tidak memahami hakikat politik negara. Golongan ini juga terdiri daripada muallaf Pas yang baru berjinak-jinak dengan usrah dan ceramah pemipin Pas.

Golongan inilah yang sanggup mengkafirkan golongan yang lain selain daripada ahli Pas, Mereka inilah yang akan melenting sekiranya pemimpin Pas ditegur seperti ditegur oleh Sheikh Kickdefilla. Bagi golongan ini, pemimpin Pas dikira manusia suci dan hampir-hampir bertaraf maksum dan tidak boleh dikritik.

Golongan inilah yang terpengaruh dengan dakwaan Pas mahu menubuhkan negara Islam walaupun Nik Aziz membuat pengakuan kepada DAP tidak akan buat Negara Islam, mahu melaksanakan hukum hudud, perjuangan UMNO adalah sekular dan perjuangan kebangsaan Ashabiah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah. Walaupun pada zahirnya golongan sebegini tidak lagi membuat dakwaan secara terbuka bahawa UMNO adalah kafir tetapi pada hakikatnya mereka ini masih percaya bahawa menyertai UMNO boleh membawa kekufuran.

Golongan ini juga boleh jadi terdiri daripada ulama, pendakwah yang kononnya pendakwah bebas tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak terdedah kepada hakikat sebenar apa yang ada di dalam Pas. Mereka tertipu dengan menyangka pemimpin Pas adalah benar-benar berakhlak dengan akhlak Islam dan ikhlas melaksanakan ajaran Islam.

Inilah sebenarnya golongan yang rugi di dalam Pas. Mereka mendapat dosa percuma(dosa kering) kerana mengkafirkan orang UMNO bahkan kerugian kerana tidak mendapat apa-apa habuan dunia seperti mana pemimpin Pas lain yang mendapat nikmat berumah besar, berkereta besar hasil jualan balak menerusi kroni dan komisyen dalam projek-projek yang dilaksanakan juga melalui derma-derma jihad yang diselewengkan kerana tidak pernah diaudit.

Bahkan pemimpin Pas dapat menambah bini yang muda-muda, selepas dihisap madunya lalu dicerai begitu sahaja tanpa memberi nafqah dan sebagainya dan digantikan pula dengan bini baru.

Sebahagian daripada golongan muallaf Pas ini telah meninggalkan Pas apabila mereka mendapat hidayah dan berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin utama Pas tidak sama dengan apa yang disyarahkan. Golongan pertama ini bertaraf tukang karut atau tukang sabung ayam sahaja di dalam Pas. Mencari sesuap nasi dengan mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum bersandarkan laporan di dalam kitab suci mereka iaitu Harakah.

Golongan kedua pula ialah meraka yang mencari makan di dalam Pas. Pas adalah satu komoditi dan industri bagi mereka. Pas adalah flatform untuk mencari rezeki. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada ulama yang menggunakan ilmu untuk mencari sesuap nasi. Begitu juga dengan golongan profesional yang mahu menjadi tempat tumpuan lantaran ilmu yang ada. Golongan ini juga terdiri daripada golongan peniaga yang mencari makan dengan Pas dan kerajaan Pas. Mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku selain merebut peluang untuk menambahkan harta.

Golongan kedua ini berselindung di sebalik kewarakan golongan pertama. Mereka memperalatkan ulama yang bodoh politik tetapi hanya bijak berfatwa. Golongan ini menyalurkan maklumat yang salah kepada golongan pertama sehingga golongan pertama berani memfatwakan sesuatu isu di kedai-kedai kopi. Inilah golongan bertaraf tok dalang wayang kulit. Golongan ini menjadi perancang dan pengurus bagi golongan pertama yang akan menjadi pelaksana.

Golongan ketiga ialah mereka yang merasa sudah banyak melakukan dosa dan bagi mereka menyertai Pas adalah satu cara menyucikan dosa. Ada salah seorang bekas pegawai kanan kerajaan apabila ditanya kenapa menyertai Pas selepas bersara mereka menjawab “mahu buat bekal mati”. Golongan yang sesat seperti ini merasakan dosa mereka terampun apabila bersama orang yang bergelar tuan guru.

Mereka merasa akan terampun segala dosa jika menderma kepada parti Pas, konon-kononnya derma Jihad. Golongan desperate kerana dosa ini tersalah langkah. Kecetekan ilmu agama membuatkan mereka menjadi alat golongan kedua dalam menyalurkan dana untuk diagihkan kepada golongan kedua dan sedikit kepada golongan pertama yang bertindak sebagai tukang karut.

Golongan yang keempat pula adalah golongan yang mendapat kepuasan sekiranya dapat memaki hamun dan mencari kesalahan orang lain. Golongan ini adalah kaki kritik UMNO yang merasakan apa sahaja yang dibuat oleh UMNO tidak betul dan menyalahi ajaran agama.

Golongan ini boleh kembung perut atau kena demam kura sekiranya tidak boleh mamaki UMNO di dalam ceramah-ceramah mereka. Sebagai contoh; apa sahaja yang dilakukakan oleh kerajaan pimpinan Umno seperti Felda, Islam Hadhari, Putrajaya dan sebagainya dianggap membazir tetapi terbukti pada akhirnya membawa rahmat kepada masyarakat,

Golongan kelima pula ialah golongan yang memang bodoh, tidak mahu berfikir, tidak boleh berfikir hanya apa yang ada pada mereka ialah fahaman masuk Pas ertinya masuk syurga.

Kenapa ko Gelabah Anwar ???!!!!


Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.

Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.

Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.

Bukan sesekali niat kerajaan untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.

Sejak merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu kecuali Barisan Nasional.

Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.

Begitulah sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan janji-janji yang mereka tabur.

Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'

Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama dalam isu PTPTN.

Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun 1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa Melayu.

Yang beliau pentingkan ialah bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.

Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.

Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.

Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.

Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.

Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.

Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung!

PAS yang sebelum ini beriya-iya mengarahkan askar syiah mereka yang diketuai oleh Khalid Ismath, yang mengidolakan Mat Sabun sebagai nadi belakang gerakan-gerakan mahasiswa termasuklah untuk mansuhkan PTPTN terpalit sama atas strategi yang akhirnya menyerlahkan kebodohan yang melantun-lantun.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.

Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.

Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?

Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?

Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.

Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.

Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat.

Dato Mohd Shafei Abdullah Menyempurnakan Majlis Penutup Program "Jom Ke Masjid"


Dato Shafei Abdullah (Pengerusi Barisan Nasional / Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ) malam tadi menyempurnakan majlis penutup Program Jom Ke Masjid di Masjid Zaid Bin Haritah di Gombak.

Program Jom Ke Masjid yang sudah berlangsung selama 2 hari itu telah mendapat sambutan tidak kira tua ataupun muda. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan badminton , congkak , ping pong dan sukan rakyat pada hari sabtu, dan pada hari ahad pula diadakan peraduan mewarna bagi kanak kanak, dart, carrom, peraduan memasak dan mengubah bunga , pameran oleh agensi kerajaan serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Karnival jom ke masjid ini amat mendapat sambutan terutama daripada belia - belia kerana program ini dapat mendekatkan diri antara golongan muda dan masjid . Tidak lupa juga kepada mahasiswa dan mahasiswi dari Kolej multimedia , Jln Semarak yang juga sudi meluangkan masa bersama dengan kariah masjid. Terima kasih diucapkan.

Dan semalam, selepas solat magrib diadakan juga ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi Bin Abd Malek ( Tanyalah Ustaz TV9 ).





Kepada warga emas tidak lupa diberikan sumbangan yang disampaikan oleh Dato Shafei Abdullah sendiri kepada yang memerlukan. Beliau juga berjanji akan menolong golongan yang memerlukan bantuan darinya. InsyaAllah.



Kami dari bn4wangsamaju juga mengucapkan terima kasih kepada warga Parlimen Wangsa Maju kerana memberi sokongan anda sepenuh hati kepada pemimpin berjiwa rakyat ini.

Klik Disini

TERIMA KASIH DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Friday, June 8, 2012

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Mengaku Memfitnah Najib Dengan Scorpene???!!!



Sementara itu Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan Keadilan, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berpendapat skandal tersebut berpunca dari pemusatan kuasa di tangan menteri.

Menurutnya, dari pengalaman beliau berkhidmat dengan angkatan, salah satu perkara yang harus dikaji serta merta ialah campur tangan dan kuasa menteri yang terlalu besar sehingga melunturkan pendapat panglima-panglima angkatan tentera.

"Pengaruh Menteri dan lantikan politik serta pegawai bukan tentera yang terlalu besar boleh mendatangkan kesan buruk pada strategi dan taktik pertahanan negara, apatah lagi apabila ia bukan bidang kepakaran mereka," katanya.


sumber : KLPOS



SIAPA SEBENARNYA BRIGADIER JENERAL DATO' ABDUL HADI BIN ABDUL KHATAB

Dato' Abdul Hadi Al Khatab telah dilucutkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM berdasarkan
Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, beliau telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972



Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR. Sebagai sahabat karib beliau, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato’ di atas perlantikan tersebut. Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira. Di dalam kegembiraan ini, saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup ‘menggigit tangan yang menyuap’ beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.

Menyertai PKR kerana merasakan beliau teraniaya dan telah dizalimi



Dato’ Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara. Namun, sejak awal lagi Dato’ Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya. Beliau memiliki sifat ‘panas baran’ dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment.

Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek ‘penipuan’ ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM.

Gambar Hiasan - Contoh enjin jet pesawat F-5E yang telah hilang di Matra 1, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Enjin berkenaan dibawah seliaan beliau selaku Panglima Logisitik Udara



Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula, beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut.

Persoalannya, bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya. Tapi……perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat.

Demi kepentingan peribadi, beliau juga disifatkan sebagai ‘pengkhianat negara’ kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau.


Klik, Artikel penuh PENGKHIANAT NEGARA



Tunggu artikel selanjutnya ...

Kes salah laku penyelewengan sewaktu BRIGADIER JENERAL DATO' ABDUL HADI BIN ABDUL KHATAB menjawat jawatan sebagai Panglima Logistik Udara dan tindakan disiplin yang dikenakan turut akan didedahkan tidak lama lagi.

TQ : GWM

Terima Kasih Dato Shafei Abdullah , Jasamu Dikenang


Program : Program Sumbangan Kepada Warga Emas Dan Orang Kurang Upaya (OKU) dari rumah ke rumah

Dato Shafei Abdullah turun padang bagi menyampaikan sendiri sumbangan kepada warga emas dan orang kurang upaya di Sekitar Parlimen Wangsa Maju.



Klik Disini

TERIMA KASIH DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Anwar Ibrahim Mohon Pinjaman PTPTN ????



Pendedahan oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.


Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Walhal Anwar lupa, Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya.

Mana logiknya untuk Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Kontradik & memualkan sekali, tidak begitu?

Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat.


Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan pembangkang sudah dianggap seperti gebang penjual ubat & makjun kesihatan di jalanan. Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.

Dari sudut lain pula, bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui, apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab? Walhal, jika PTPTN itu membebankan, lebih baik dari awal lagi dijauhi.

Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.

Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya, mereka akan bercakap perkara yang sama - hutang wajib dibayar.

Waima kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri, mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar.

Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.

Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman.

Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan pembangkang yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab.

TQ Parpukari