Showing posts with label PRIHATIN. Show all posts
Showing posts with label PRIHATIN. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Janji Ditepati, Terima Kasih Dato Shafei



Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah ( Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju / Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ) telah mengotakan janjinya kepada rakyat di Parlimen Wangsa Maju.


Beliau menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir lumpur yang berlaku baru - baru ini, antara kampung yang terlibat ialah Kampung Bandar Dalam, Kampung Puah Lembah, Kampung Setia Jaya.

Ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang mengotakan janjinya dan tidak membuat janji palsu seperti kerajaan di Selangor. Iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.



Dalam majlis yang cukup ringkas itu, adalah amat bermakna kepada mangsa - mangsa banjir ini kerana mendapat sumbangan sekurang kurangnya dapatlah meringankan beban yang ditanggung mereka. Klik di sini


Mengulas mengenai isu projek "river of life" yang dijalankan berdekatan sungai di Gombak sehingga mengakibatkan air naik dan banjir, Beliau berkata bahawa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu YB Dato Raja Nong Chik Bin Dato Raja Zainal telah menyiasat perkara ini dan akan diperbaiki supaya kejadian banjir yang boleh dikatakan teruk ini tidak berulang lagi. InsyaAllah

KAMI SOKONG DATO SHAFEI

JANJI DITEPATI, PEMIMPIN DIPERCAYAI

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Friday, June 8, 2012

Terima Kasih Dato Shafei Abdullah , Jasamu Dikenang


Program : Program Sumbangan Kepada Warga Emas Dan Orang Kurang Upaya (OKU) dari rumah ke rumah

Dato Shafei Abdullah turun padang bagi menyampaikan sendiri sumbangan kepada warga emas dan orang kurang upaya di Sekitar Parlimen Wangsa Maju.



Klik Disini

TERIMA KASIH DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Hot News !!! Anggota Polis Trafik Meninggal Dunia Selepas Beberapa Hari Koma


Al - Fatihah kepada Koperal Mustaghni Tabri anggota Polis Trafik yang koma akibat dilibas mat rempit pada 3/6/2012 yang lalu telah meninggal dunia pada jam 11.50 pagi tadi. Jenazah dijangka akan dibawa ke kediaman Allahyarham di Beret Polis Taman Sri Andalas Klang. Klik disini untuk mengetahui lagi berita

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN...AMIN

Sunday, May 13, 2012

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Bencana Alam ( BANJIR) Parlimen Wangsa Maju

Hari ini mangsa - mangsa banjir sekitar Parlimen Wangsa Maju telah mendapat bantuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu YB Dato Raja Nong Chik Bin Dato Raja Zainal kepada 167 buah rumah daripada 6 kampung yang dilanda banjir lumpur baru - baru ini. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Puah, Kampung Puah Asal, Kampung Puah Hilir, Kampung Puah Lembah, Kampung Bandar Dalam dan Kampung Setia Jaya.

Beliau juga akan menyiasat punca banjir tersebut, Penduduk yang juga mangsa banjir itu menyatakan kampung mereka dilanda banjir adalah disebabkan oleh projek River Of life yang sedang dijalankan di berdekatan kampung mereka.

Sumbangan Yang diberi oleh DBKL adalah sebanyak RM200 dan RM100 diberi oleh Yayasan Wilayah Persekutuan. UMNO Bahagian Wangsa Maju juga memberikan bantuan kepada mangsa - mangsa banjir sebanyak RM100 setiap seorang mangsa banjir.

Majlis yang diadakan petang tadi di UMNO Cawangan Taman Setapak, Kuala Lumpur.

Dato Dr. Hj Shafei Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional/ Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan menyatakan bahawa Kerajaan sekarang iaitu Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap masalah - masalah rakyat. Walaupun bantuan daripada DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan ini tidak sebesar mana berbanding bencana yang telah menimpa mereka tetapi sekurang - kurangnya sedikit sebanyak dapat membantu mereka .


BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Klik disini

Wednesday, May 9, 2012

Ekslusif - Bayi dipukul dengan kejam !!!



Apalah salah bayi ni hingga dipukul sebegitu. Bayi yang tak berdosa dijadikan tempat melampiaskan nafsu. Kalau Aku jumpa pompuan ni. Aku pukul macammana dia buat dekat budak tu....baru dia rasa

grrrrrrrrrrrrrrr

bukan untuk mengaibkan sesiapa..tetapi ini menjadi peringatan kepada kita.

Posted by Gempur Wangsa

Monday, March 26, 2012

Budak Hilang Lagi !!!!

Sesiapa yg terjumpa Muhammad Danish Haiqal (2 tahun) hilang dalam lingkungan 8 pagi tadi di jinjang,kepong tolong hubungi ibunya 0173844981 (Azura) Toll free ycare-Aduan Belia Malaysia 18000-88-3077 atau terus menghubungi pihak polis.

INFO : Danish memakai baju berwarna biru dan dilarikan didalam sebuah MYVI hitam tidak dikenali.

harap maklum

Tuesday, March 20, 2012

Gempar - Mangsa Perculikan Terbaru !!!!

Wednesday, March 7, 2012

Budak 5 tahun hilang

Nama : Nurul Nadirah Binti Abdullah
Umur : 5 tahun

Hilang pada 1 Mac 2012 berdekatan Blok A,
Pangsapuri Sri Delima, BandarbSeri Alam, Masai, Johor

Jika anda mempunyai maklumat atau ternampak kanak - kanak ini, sila hubungi pegawai penyiasat di talian 012- 5997705 / 07- 2254422. Atau balai Polis berdekatan..

Kerjasama anda amat dihargai ..

Wednesday, September 21, 2011

'Walkabout' dan Tinjauan Prihatin UMNO Bahagian Wangsa Maju


Pada 3 Jun 2011, UMNO Bahagian Wangsa Maju telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-8. Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menyentuh isu keluhan rakyat marhaen tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari wakil parlimen yang telah dilantik semasa pilihanraya umum lalu.


Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah berjanji untuk mendapatkan peruntukan sewajarnya bagi melakukan pembaikan ke atas rumah-rumah yang semakin usang, tanpa mengira fahaman politik yang dianuti penduduk setempat.



Pada 18 September 2011, Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bersama sebahagian pemimpin dan akar umbi UMNO Wangsa Maju serta wakil MIC, telah mengadakan 'walkabout' dan tinjauan prihatin bagi mengotakan janji yang dibuat pada AGM ke-8.







Sebanyak 116 buah rumah dikenalpasti di sekitar Kampung Setia Jaya, Kampung Wira Jaya, Sungai Mulia, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali dan Kampung Puah untuk dilakukan pembaikan sewajarnya, mengikut fasa.

Fasa pertama ini melibatkan 22 buah rumah di Kampung Setia Jaya, 3 buah rumah di Kampung Wira Jaya, 6 buah rumah di Sungai Mulia, 2 buah rumah di Kampung Bandar Dalam, 3 buah rumah di Kampung Sungai Merali dan 8 buah rumah di Kampung Puah.

Penduduk setempat telah lama menunggu pembaikan yang pernah dijanjikan oleh ahli parlimen Wangsa Maju dari Pakatan Rakyat sejak pilihanraya umum lalu, namun sehingga kini tidak pernah mendapat khabar berita mahupun menjenguk bertanyakan khabar.







Penduduk di kampung yang terbabit dalam usaha pembaikan rumah ini telah menghubungi UMNO Bahagian Wangsa Maju sejak Mei 2011, bagi mendapatkan peruntukan dan pembelaan sewajarnya setelah ahli parlimen Wangsa Maju yang dilantik langsung tidak memperdulikan nasib rakyat marhaen.

Inisiatif, usaha dan gerak kerja Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bersama pemimpin dan akar umbi UMNO yang lain berjaya mendapatkan peruntukan yang secukupnya bagi melakukan pembaikan seperti yang diminta oleh penduduk setempat.

Seharusnya inilah yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam membela nasib rakyat tanpa melihat dan prejudis terhadap fahaman politik yang dianuti oleh rakyat sekitar Wangsa Maju.

Sekurang-kurangnya rakyat marhaen merasa terbela kerana UMNO sentiasa mengambil inisiatif untuk memenuhi permintaan dan keperluan penduduk sekitar, dan tidak bertindak seperti pembangkang yang sentiasa beretorik membela nasib rakyat.


"Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan"

Saturday, August 20, 2011

Video Majlis Penyerahan Bendera Dan More Bersama YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah




Majlis Penyerahan Bendera Dan More Bersama YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah

Hari : Jumaat

Masa : Jam 11 Malam

Tempat : Pusat Aktiviti Belia Wangsa Maju ( Rumah Merah )

Tarikh : 19 Ogos 2011


Tuesday, July 26, 2011

Video Majlis Penyerahan Cek Kuil,Persatuan Dan Rumah Kebajikan


Layari FB kami dan lihat Gambar yang menarik di FB KLIK DI BN4WangsaMaju

Majlis Penyerahan Cek Kuil,Persatuan Dan Rumah Kebajikan

Tarikh. : 25hb Julai 2011

Hari. : Isnin

Masa. : 8.00 mlm

Lokasi. : Dewan Komuniti Ibu Kota



Program Majlis Penyerahan Cek Kuil,Persatuan Dan Rumah Kebajikan ini telah di sempurnakan oleh Dato' DR Mohd Shafei Abdullah.Antara yang hadir Adalah Penerima Bantuan,termasuklah AJK UMNO Bahagian,MIC Bahagian serta MCA bahagian.

PART 1



PART 2





Majils Makan Malam & Penyerahan Sumbangan Kpd Kuil, Persatuan Dan Rumah Kebajikan



Wangsa Maju 25/07/11 Isnin

Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju di bawah kepimpinan YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah melalui program yang di anjurkan oleh MIC Bahagian Wangsa Maju menganjurkan Majlis Makan Malam.


Pada majlis tersebut YBhg Dato Shafei telah menyumbangkan Cek kepada Kuil-kuil, Persatuan-persatuan dan Rumah-rumah Kebajikan.


Sumbangan tersebut di atas keperihatinan Barisan Nasional untuk memastikan penerima sumbangan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dengan lebih baik lagi di masa-masa akan datang.


Di dalam ucapannya YBhg Dato Shafei menyatakan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited membela rakyat setiap masa dalam menjayakan gagasan " 1Malaysia Rakyat Di Dahulukan dan Pencapaian Di Utamakan"




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 19, 2011

Melawat Tapak Sekolah Agama Di Kg Sg Merali Parlimen Wangsa Maju





















KLIK DISINI


Wangsa Maju 19/07/11

YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju turun padang melawat tapak untuk membina Sekolah Agama di Kg Sg Merali Parlimen Wangsa Maju.

YBhg Dato Pengerusi BN bersama YBhg Dato Pengarah Jawi Dato Che Mat bersama sama penduduk tempatan membincangkan mengenai tapak pembinaan Sekolah Agama tersebut.

Sekolah Agama yang bakal di bina melalui peruntukan Jawi itu akan mendirikan 2 blok sekolah 4 tingkat setiap blok.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone