Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Sunday, November 27, 2011
PAS ALAT PENJAJAH PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM?
Friday, November 25, 2011
Tazkirah Jumaat : Kelebihan Bersedekah
HADIS-HADIS RASULULLAH TENTANG KELEBIHAN BERSEDEKAH
Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1
Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3
Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5
Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6
Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7
Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Hadis-8
Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Ustaz Fathul Bari: Pergi Haji Naik Jet Peribadi
Thursday, November 24, 2011
Sah Mat Sabu Dilanggar Polis???
Tuesday, November 22, 2011
Pembongkaran Fitnah PR Terhadap NFC!!!
FITNAH NO.1
DS Najib dan TS Muhyiddin berbohong menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta dan bukannya RM250 juta.
Dana pinjaman RM250 juta ditempatkan didalam Akaun Pinjaman Khas (Special Loan Account) oleh MOF. NFC memperolehi dana RM181 juta pada tahun 2009 setelah diluluskan pengeluarannya oleh MOF. Baki pinjaman RM69 juta hanya boleh dikeluarkan setelah NFC mampu memberikan justifikasi (justification) dan pengesahan serta perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.
FITNAH NO.2
Penyelewengan harga seekor lembu NFC RM4,481.00 cukup mahal berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500.00 hingga RM2,700.00
Prinsip pengurusan akaun menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX - Operating Expenditure) dalam harga seekor lembu termasuk perbelanjaan perjalanan dan utiliti dalam menentukan harga jualan lembu.
Sama juga seperti prinsip unit kos, semakin tinggi kuantiti yang dikeluarkan ... semakin rendah unit kos sesuatu barangan dijual.
NFC baru beroperasi dalam tempoh 3 tahun (kontrak operasi sehingga 30 tahun) masih lagi belum mencapai 'break even point' dan pengeluaran lembu masih ditahap rendah. Pada peringkat awal ini, harga seekor lembu NFC adalah lebih mahal berbanding dengan lembu tempatan. Namun perbandingan dengan lembu tempatan kurang tepat berdasarkan lembu dari ladang ternakan NFC lebih berat 70 - 100 peratus dari lembu tempatan.
FITNAH NO.3
Hanya rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran bagi NFC dan menidakkan hak-hak pembeli berdaftar.
Kesemua 70 pembeli berdaftar dengan RFC sebenarnya menerima diskaun RM2.9 juta, bukan hanya Restoran Meatworks.
FITNAH NO.4
Kerajaan melupuskan pinjaman kepada NFC berikutan ketidakcekapan pengurusan dan kerugian RM7 juta hingga RM11 juta pada tahun 2009.
Perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan NFC masih berada dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dilakukan dalam tempoh tertentu. Kontrak operasi sehingga 30 tahun membolehkan NFC menganggarkan (projected) keuntungan bakal dicatat pada tahun 2015.
FITNAH NO.5
NFC salurkan dana pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC untuk dikaitkan dengan Shahrizat Abdul Jalil.
NMLC diwujudkan bagi operasi impot lembu, penyembelihan dan pemprosesan. RFC diwujudkan bagi operasi pengedaran dan peruncitan. Tidak berlaku ketirisan dana kerana saluran dana pinjaman hanya dilakukan atas nama NMLC dan RFC dan bukannya atas nama individu.
FITNAH NO.6
Penyelewengan dan pembaziran dana pinjaman atas pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta oleh NFC.
Lembaga pengarah NFC bersetuju dengan pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta atas dasar pelaburan jangka pendek (short term investment).
Pulangan (ROI - Return On Investment) dari pelaburan hartanah memberikan keuntungan tahunan 12.9 peratus (RM2.76 juta) beserta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama menjangkau RM360,000. Keuntungan yang bakal dijana dalam setahun RM3.12 juta.
Manakala ROI dari simpanan tetap (fixed deposit accounts) hanya menghasilkan keuntungan pada kadar 2.75 peratus (RM379,500) sahaja dalam setahun.
FITNAH NO.7
Kronisme dan nepotisme NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.
NFC hanya mendapat pinjaman (soft loan) bukan geran dengan jaminan pinjaman perlu dibayar kembali seperti mana-mana pinjaman bank komersial yang lain. Selain dari itu, NFC mempunyai tanggungjawab sosial (corporate responsibility) mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini tanpa menitikberatkan soal menguntungkan.
FITNAH NO.8
Pembaziran dan penyelewengan perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 dimana hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.
Perbelanjaan perjalanan NFC untuk bertemu perunding dan urusniaga pembelian lembu melibatkan sekitar 0.3 peratus daripada RM250 juta (bersamaan RM750,000) lebih kecil berbanding dengan nilai projek.
FITNAH NO.9
Rafizi Ramli mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.
NFC tidak wujud pada tahun 2006. Dakwaan Rafizi Ramli lebih bersifat peribadi dan serangan terhadap Menteri.
AMACAM Puak Puak Pakatan Haram? Ada berani nak sangkal apa yang dijawap? Kami persilakan anda yang dengan otak lembu tu tampil kehadapan dengan Fitnah Fitnah yang terbaru. Dipersilakan...
TQ To PAPAGOMO
Posted by Pandikar Mastoor
Monday, November 21, 2011
Sekitar Program Servis Motor Percuma Wangsa Maju
Umum mengetahui penyumbang kematian dalam kemalangan di negara kita merupakan daripada pengguna motorsikal..pelbagai faktor menyebabkan kemalangan motorsikal berlaku antaranya sikap penunggang sendiri dan juga keadaan motorsikal yg tidak sesuai untuk ditunggang jauh di atas jalan raya..
Potong Dulu!!! YB Khairy Merasmikan Prgm Khatan Perdana Pemuda UMNO Malaysia Di Ampang
Pemuda UMNO Malaysia melancarkan khatan perdana melalui biro Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB).
Hari ini telah rasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin. Prgm ini adalah permulaan dan d mulai d Ampang. Akan ada beberapa kawasan d seluruh Malaysia.
Saturday, November 19, 2011
Pemuda UMNO Wangsa Maju Anjurkan Servis Motor Percuma!!
Friday, November 18, 2011
Jom Cari Kerja Kat BN JobFair Dewan Tun Razak 1 PWTC
Jom ramai2 dtg ke BN Jobfair belakang Perkim atau Tabung Haji Lama Jln Ipoh. Dewan Tun Razak 1 PWTC. Ikut Jln Ipoh Lebih Dekat.
BN Jobfair menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan oleh lebih 600 majikan.
Rebutlah peluang yg di sediakan oleh Pemuda BN d BN Jobfair.
*** UMNO n BN sentiasa perihatin terhadap keperluan Rakyat. BN mendahulukan Rakyat!!!
Kenapa PR Beria-Ia Nk Guna Dakwat Kekal..Konspirasi Didedahkan!!!
Thursday, November 17, 2011
Lagi Bukti Sahih Anwar Memang Pelaku Seks Dalam Video China Doll !!
Wednesday, November 16, 2011
Mesyuarat Tergempar Kepimpinan PR Tangani Kes Video Seks Anwar??
Tony Pua & Nurul Izzah Minta Maaf Dari KR1M ??
Tuesday, November 15, 2011
BANTUAN KHAS RM100 : PAKATAN HARAM KEPANASAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ustaz Fathul Bari Hujah Status Twitter DS Najib
Pemuda UMNO Wangsa Maju Anjurkan Servis Motosikal Percuma!!
Monday, November 14, 2011
Ustaz Fathul Bari Berhujah Tentang Najib Mengerjakan Haji Dengan Kawalan Bodyguard
Fakta Kes Liwat II: Jom Sebar Kan!!
Sunday, November 13, 2011
Selepas Sakit Belakang Anwar Dakwa Sakit Lutut Pulak ???
Saturday, November 12, 2011
Anwar Akui Dicucuk HIdung Oleh Ambiga??
Friday, November 11, 2011
KHALID SENGAJA BUAT GAGAP UNTUK DAPAT PERHATIAN???
Thursday, November 10, 2011
Lokasi program promosi seks bebas lengang
Polis tetap membuat pemantauan walaupun penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan seks bebas hari ini dilihat tidak meneruskan aktiviti di beberapa lokasi yang dikenal pasti termasuk di sebuah bangunan pameran di ibu Negara.
Bagaimanapun, pemantauan tetap diteruskan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan. Polis memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang budaya sonsang tersebut.
Sebuah bangunan di ibu Negara yang mempromosikan program seks bebas didapai tidak lagi meneruskan setelah diarah tutup oleh Polis. Poster program itu juga telah ditanggalkan dan dijaga rapi oleh tiga pengawal keselamatan dan seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Masih ada juga beberapa pasangan gay berjalan di sekitar bangunan tersebut dipercayai hendak mengunjungi program seks songsang itu.
Seorang peniaga berkata “ramai golongan gay yang mengunjungi program tersebut, lega juga rasanya jumlah mereka berkurangan sejak semalam”.
Huhuh rugilah Anwar Ibrahim. Tak dapat nak join sekali, kalau tak dialah yang paling HOT kat situ. Wakakaka.
Posted by Gempur Wangsa
Khalid Dah X Gagap, Tp Da X Boleh Bercakap!!!
Wednesday, November 9, 2011
Apa sebenarnya agenda DAP ???
Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah Negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majority penjawat awam merupakan orang melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut. Adoyai….
Itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang melayu dan asas Negara. Tak tau la apa jadi kalau DAP ni memerintah. Orang melayu akan ditindas.
Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, konsep Malaysian – Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras Negara ini.
Pening pening..Pikir la sendiri der??????
Posted by Gempur Wangsa