Saturday, November 12, 2011

Anwar Akui Dicucuk HIdung Oleh Ambiga??

Percaya atau tidak, seorang Ketua Pembangkang yang mengetuai parti-parti pembangkang di Malaysia takut kepada seorang wanita yang mengamalkan lesbian sehingga sanggup mengadakan forum bagi menghalalkan golongan sebegini dalam masyarakat.

Kenyataan terbaru ini ada hubung kaitnya dengan pendirian Anwar Ibrahim yang mempersetujui bahawa penganjuran program Seksualiti Merdeka adalah salah, tetapi mempersetujui tindakan S. Ambiga dan Majlis Peguam itu.

Sikap berdolak-dalih Anwar Ibrahim itu ada kaitannya dengan ketakutan yang melampaunya terhadap S. Ambiga yang kini menjadi seorang wanita besi selepas insiden 9 Julai lalu yang menyaksikan kekebalan dirinya daripada undang-undang. Polis dikatakan gagal menahannya walaupun secara terang mendalangi penganjuran Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 tempoh hari.

Walaupun mendapat bantahan di luar jangkaan terhadap penganjuran Seksualiti Merdeka, Ketua Pembangkang terkial-kial dan tidak berani menegur Datuk S. Ambiga yang dijadualkan merasmikan program Seksualiti Merdeka mendapat bantahan pelbagai pihak. Program tersebut bertujuan mempromosi dan memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) di negara ini

Anwar Ibrahim juga dikatakan telah termakan budi kepada S. Ambiga yang menjadi Pengerusi BERSIH dahulu, yang kini berjuang untuk pihak pembangkang.

Kerana budi juga Anwar Ibrahim takut kepada S. Ambiga..

posted by Pandikar Mastoor

0 comments:

Post a Comment