Thursday, August 29, 2013

Portal Malaysiakini Sampah Sebab Kantoi Lagi!!!



KUALA LUMPUR 28 Ogos – Polis menafikan dakwaan seorang pegawainya menceroboh rumah keluarga seorang suspek yang dikaitkan dengan ugutan ke atas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana di Sungai Buloh baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, pegawai polis itu memang telah datang ke rumah ibu mentua suspek pada Sabtu lalu namun dia tidak menceroboh kediaman itu seperti yang didakwa portal pembangkang, Malaysiakini hari ini.

“Pegawai polis berkenaan pergi menaiki kereta peronda polis dan turut diiringi ketua blok kawasan penempatan berpagar itu. Dia diarahkan ke situ hanya untuk memberitahu suspek supaya hadir di balai polis sahaja.

“Bagaimanapun kedatangannya tidak mendapat perhatian ahli keluarga suspek apabila pintu pagar tidak dibuka. Mereka sekadar meminta pegawai itu membuktikan dirinya polis.

“Atas sebab itu pegawai terbabit masuk melalui dawai pagar yang sudah rosak dan berlubang untuk menunjukkan kad kuasanya tetapi mereka masih enggan berkomunikasi dengannya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh hari ini.

Protal pembangkang Malaysiakini hari ini mendakwa, seorang pegawai polis menceroboh rumah milik ibu mentua suspek yang didakwa mengugut guru besar SK Seri Pristana.

Dalam perkembangan sama, Junaidi berkata, suspek berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah terhadap Mohamad Nasir Mohd. Noor, 57.

“Dia dibebaskan dengan jaminan polis hingga 6 September ini selepas kawad cam dilakukan dua guru sekolah berkenaan,” katanya.

Mohamad Nasir menjadi sasaran selepas isu gambar kononnya murid bukan Islam diarahkan pihak pengurusan sekolah makan dalam tandas sepanjang Ramadan lalu. – UTUSAN ONLINE

Wednesday, August 28, 2013

Surau 'Kontroversi' Kuala Sedili Dirobohkan


KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sebuah surau yang menjadi upacara sembahyang sekumpulan penganut Buddha di Kota Tinggi Johor dilaporkan telah dirobohkan.

Yang Dipertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim berkata, arahan mengeluarkan notis  merobohkan surau milik sebuah resort di Kuala Sedili Besar sejak 20 Ogos lalu kerana kesalahan mendirikan bangunan tanpa kebenaran.

“Kita telah serahkan notis pada 20 Ogos lalu dan memberi tempoh kepada pengurusan resort untuk lakukan kerja-kerja perobohan dalam tempoh 21 hari.

“Keputusan diambil setelah mendapati pembinaan surau berkenaan tidak mendapat sijil menduduki (CF), jika mereka tidak beri kerjasama kita akan dapatkan perintah mahkamah untuk ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini.

Terus Baca di-
http://www.rakyatnews.my/index.php/2013082880712/ekslusif/surau-tokong-dirobohkan

Monday, August 26, 2013

Yuktes : Datuk Yusof Bukan Peguam Anwar..Tetap Karpal Singh!



Bekas Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes melanggar undang-undang semasa perhimpunan Bersih 3.0, kata Yuktes Vijay

Yuktes menegaskan peguam Anwar dalam kes itu sama dengan peguam untuk kes liwat II iaitu Karpal Singh.

“Dia (Karpal) tak suka Datuk Yusof masuk (dalam team)…”kata Yuktes,

“Anwar pula pada masa itu nak beri persepsi tentang kemasukan Datuk Yusof (sebagai peguamnya). Ini boleh dibuktikan dengan cara dia beri ceramah kat Lembah Pantai. Dekat al-Jazeera pun dia ada kata tentang perkara itu.

“Sebenarnya, Datuk Yusof, bukan peguam dia. Starting ya, lepas itu bukan lagi,”katanya lagi.

Menurutnya, kerana Anwar masih mahu bermain politik dengan ‘menggunakan nama Datuk Yusof’, maka bekas Peguamcara II itu dipindahkan menjadi peguam bela kepada Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) kononnya sebagai kerja berpasukan.

“Tidak ada kerja berpasukan. Masing-masing yang dituduh untuk kes itu mempunyai peguam mereka yang tersendiri.

“Ketika itu, Chegu Bard juga sudah ada peguam iaitu R. Sivarasa dan N Surendran. Sekarang dikompromi seorang lagi peguam Datuk Yusof.

“Macam mana seorang peguam senior seperti Datuk Yusof membela orang kecil seperti Chegu Bard. Sepatutnya Datuk Yusof jadi peguam Anwar dan bukannya Chegu Bard,”katanya lagi.

Ikutilah wawancara AIDC bersama Yuktes Vijay di Kuala Lumpur pada 26 Julai.

AIDC :  Difahamkan saudara berada di Kuala Lumpur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 ?

Ya. Saya pergi pasal kawan saya tu. Kawan saya ni junior saya masa sekolah, kawan perempuanlah. Memang kawan baik sayalah. Dia nak pergi  untuk support BERSIH.  Saya ikut dia saja..Jadi saya pergilah.. Saya ajak kawan saya seorang lagi, jom lah bersiar-siar. Saya masuk KL sekitar pukul 3 petang..



Yang pergi rally tu muka-muka yang sama saja..(blogger) milosuam lah, abang milosuam lah, blogger-blogger pro-pakatan lah, semua saya jumpa, hai..hai la sikit, muka pun glamour kan, “pegawai perundangan” (Anwar) kan.

Ketika itu semua orang media kenal saya..Dulu jika tentang dokumen tanya dengan Yuktes. Hafiz (Malaysiakini) sekarang tak nak layan dah, kalau saya call pun tak angkat. Dulu, tanya dialah, siapa yang terang pada dia (teknik evidence). Siapa yang create persepsi bahawa Anwar tak bersalah.

Sekarang awak tahulah kan kenapa saya berjuang, dosa banyak kan?

AIDC : Apa terjadi kepada saudara dalam perhimpunan BERSIH itu ?

Saya nampak Tian Chua tendang barricade tu. Saya ada sana. Dia tendang lepas tu polis charge. Masa polis charge tu, kita berjalan ke depan. Masa itu lah saya nampak polis pukul seorang perempuan, pasangan boyfriend dengan girlfriend. Saya tolak polis dan bawa keluar perempuan itu. Kira gengster la saya masa tu..(sambil ketawa).

Polis tu cakap, ‘hei kau ni siapa’. Saya cakap ‘tak ada hal siapa pun saya’,  kemudian, saya pusing belakang tiba-tiba..pot..pot saya kena (hentam). Terlantar terus. Saya dah tak dapat berjalan dah. Kaki sakit.

Polis bawa saya masuk barricade, masuk Royal Selangor Club. Masa tu, kiri kanan polis. . Masa tu, ada orang jerit ‘Ini anjing Anwar..peguam Anwar.’ Tiba-tiba pot.pot.. kena lagi.. Lepas itu terus masuk hospital 2 minggu. Terlantar kat hospital.

Masa tu saya minta tolong dengan Sankara dan Datuk Param. Mereka tak bantu pun. Mereka memang tak suka BBERSIH.

AIDC : Mereka tak suka BERSIH ?

Mereka beritahu saya, BERSIH itu adalah politik bukannya NGO.

Datuk Param yang cakap, BERSIH itu politik. Semasa BERSIH 2.0, Datuk Param ada pergi berjalan dengan A. Samad Said, tapi semasa Bersih 3.0 Datuk Param sudah tak pergi lagi.  Kenapa?

Sankara Nair bukan orang jahat. Tahu siapa yang jadikan dia jadi macam ni? Anwar..syaitan. Syaitan yang boleh pengaruh orang. Orang baik pun boleh berfikir macam dia.

Sankara Nair tak suka orang-orang PKR. Dia tak suka Ambiga. Apa yang Tunku Aziz cakap tentang BERSIH memang benar sebab saya tahu melalui mulut-mulut orang yang rapat dengan Anwar. Bila Tunku Aziz cakap tentang itu, saya baca apa yang ditulis, oh saya kata ‘saya pernah dengar (hujah) ini’.

Tanya Anwar, siapa sepatutnya berada di tempat Ambiga. Tanya dia. Tanya dia kenapa sekarang dia (Ambiga) marah sangat.

Kenapa semasa dia jadi  Presiden Bar Council, dia tak buat semua ini, masa itu lagi powerful. Kenapa dia buat sekarang ?

Apa niat sebenar dia. Kalau awak nak nilai seseorang, nilai semasa dia ada kuasanya. Tengok niat, perangai, sikap dia, bila dia ada kuasa.

AIDC : Ketika berlakunya perhimpunan BERSIH 3.0, adakah saudara masih bersama dengan firma  Sankara Nair ?

Ya. Masih terlibat.

AIDC : Selepas perhimpunan BERSIH 3.0, Anwar, Azmin dan CheguBard didakwa di mahkamah, saudara masih terlibat dengan kes itu ?

Ya, saya terlibat. Peguam-peguam yang terlibat dalam kes itu, Karpal Singh dan termasuk orang yang ‘termasyhur’, Datuk Yusof Zainal Abidin (ben zainal), bekas pendakwa raya kes liwat II.

Mulanya, Sankara tak mahu kes itu. Jadi, saya pujuk Sankara supaya terlibat.

Jadi, ini merupakan kali kedua saya memujuk dia, kali pertama masa kes liwat II. Masa liwat itu pun dia pun dia dah nak keluar. Semua ini cerita benar.

AIDC : Ketika itu saudara sudah tahu tentang penyertaan Datuk Yusof dalam kes BERSIH 3.0 ?

Kalau tak silap, hari Ahad dia ada telefon Anwar. Datuk Yusof dengan Datuk Param memang kawan baik. Masa kes liwat II pun mereka selalu cakap-cakap. Itu perkara biasa.

Datuk Yusof memang orang baik. Dia seorang lagi yang dipergunakan oleh Anwar.

Saya bukan orang yang masyhur macam dia tapi saya selalu jumpa dia kat tandas, (masa perbicaraan kes liwat II). Cara dia cakap dengan saya walaupun dia seorang pendakwaraya, macam cakap dengan kawan, dia humble, respectful, tak ada ego. Cakap dengan awak, ‘nak rokok ke..tension lah.. bos awaklah bikin saya tension.’ Dia baguslah. Bila dengan Datuk Yusof, rasa happy.

Sankara pun orang baik. Tahu tak saya joint Sankara macam mana. Saya hantar melalui facebook.. saya cari dia melalui facebook dan hantar mesej. Saya cari nombor telefon dia tapi tak dapat. Jadi kat facebook saya cabar dia kalau you know me, see me and something lah. Kemudian dia panggil saya interview.

Begitu juga YB Kamalanathan. Dia tahu saya orang kuat Anwar. Dia tahu saya ‘anwaraista’. Dia tak tanya apa-apa pasal itu, dia cuma kata, ‘okay please joint me‘.

Saya kata, ‘tak takut ke saya menderhaka pada awak ?’. Sampai sekarang, saya sanjung, tabiklah kepada YB Kamalanathan. Dia kata apa pada saya, ‘kalau awak nak derhaka pada saya awak derhakalah tapi I know, you are coming to me because you have a job, jadi kita akan tolong.’

Ada tak orang politik cakap macam tu. Pada masa itu saya fikir oh itu mungkin watak orang politik. Tapi bila dah rapat, memang dia bersikap macam tu.

AIDC : Karpal Singh masih ketua peguam bela Anwar kes BERSIH 3.0 ?

Dia tak suka Datuk Yusof masuk (dalam team). Kalau kes liwat II, kenapa selalu ditangguh. Kalau Karpal tak ada, sepatutnya boleh lawan. Sankara, senior lawyer, anak dia Ram Karpal pun masih ada. Kenapa Karpal Singh tak ada mesti kena tangguh. Macam lah semua peguam-peguam lain tak boleh pakai.

Sebabnya, dia dominan bukan dalam team peguam, tapi dia dominan ke atas Anwar Ibrahim.

Najwan Halimi, saksi dalam kes liwat II itu. Dua bulan, Karpal terpaksa diyakinkan untuk bawa Najwan jadi saksi.

Anwar pula pada masa itu nak beri persepsi tentang kemasukan Datuk Yusof. Ini boleh dibuktikan dengan cara dia beri ceramah kat Lembah Pantai. Dekat al-Jazeera pun dia ada kata tentang perkara itu.

Sebenarnya, Datuk Yusof, bukan peguam dia. Starting ya, lepas itu bukan lagi.

Masa saya minta dokumen, saya yang tulis nama Datuk Yusof. Bila saya tulis Datuk Yusof, intrepretur pun tanya, Datuk Yusof ke ? Saya pun senyum.

Media, Saya yang beri story tu sebelum Datuk Yusof masuk dalam team ni. Siapa yang iring Datuk Yusof masuk. Beri impact. Saya dah belajar semua.

Anwar mahu Datuk Yusof menjadi salah seorang peguamnya, tapi Karpal tidak bersetuju.

Karpal tidak suka kepada Datuk Yusof dan Anwar pula takut kepada Karpal. Itulah realitinya.

Jadi Datuk Yusof dipindah jadi peguam bela kepada Chegu Bard. Tidak ada kerja berpasukan. Masing-masing yang dituduh untuk kes itu mempunyai peguam mereka yang tersendiri.

Ketika itu, Chegu Bard juga sudah ada peguam iaitu R. Sivarasa dan N Surendran. Sekarang dikompromi seorang lagi peguam..Datuk Yusof.

Macam mana seorang peguam senior seperti Datuk Yusof membela orang kecil seperti Chegu Bard. Sepatutnya Datuk Yusof jadi peguam Anwar dan bukannya Chegu Bard..

Berapa kali Datuk Yusof hadir (ke mahkamah). Kenapa media tidak laporkan tentang Datuk Yusof, meskipun kes itu telah dibicarakan ?

AIDC : Tentang dokumen cuti sakit palsu itu, apa sebenarnya berlaku ?

Chegu Bard hilang, tak tahu mana dia pergi. Dia hilang, kita tak dapat nak sign dokumen itu. Apa berlaku, sepatutnya kes dijadualkan 7 September, tapi dipercepatkan jadi 3 September.

Tapi Chegu Bard masih hilang, kita tak boleh cari dia.

Kalau nak tukar peguam, tak ada hal besar, tak payah tipu. Hanya perlu keluarkan notis, tukar nama peguam, habis cerita.

Tapi ini kes tertuduh hilang. Chegu Bard hilang. Jadi nak buat macam mana ?

AIDC : Ada desas desus mengatakan Anwar sudah tahu lebih awal bahawa  Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012, hari Isnin. Adakah ini benar ?

Ya. Anwar akan dibebaskan kita sudah tahu pada Jumaat. Sankara yang cakap.

AIDC : Maksudnya semua peguam Anwar sudah dapat tahu awal ?

Bukan..saya dan Sankara yang tahu. Anwar bebas Isnin, Jumaat saya dah tahu. Saya tak tipu. Saya sanggup sumpah.

Semua tuduhan saya ada asas. Saya cakap apa yang saya tahu, yang diberitahu dan semua yang diberitahu, semua ada bukti.

AIDC : Sejak bila saudara meninggalkan firma guaman Sankara Nair ?

September atau Oktober 2012…Selepas 3 September itu, selepas kes BERSIH 3.0 dibicarakan di mahkamah.

Kes serah dokumen palsu itu. Bila dia cuba tipu mahkamah saya pun sudah geram lah.

Saya ada jumpa seseorang. Dia tu Penasihat Agama Anwar dulu, semasa Anwar jadi Menteri Pendidikan. Terserempak..secara kebetulan terjumpa. Dia Muslim. Dia kenal Sankara lah, dia kenal semua orang-orang besar lah.

Saya tak nak cakap, apa yang dia beritahu saya. Awak pergi tanya Azmin sendirilah.

Awak pergi tanya, pernah tak Azmin ‘berhenti kerja sekejap’ selepas joint Anwar, masa dia jadi Menteri Pendidikan.

Lepas satu trip ke overseas, Azmin tak pergi kerja. Saya tak mahu cakap apa-apa, awak pergi tanya dia, kenapa dia tak pergi kerja.

Tanya Anwar, apa Azmin pernah kata pada Penasihat Agamanya masa dia jadi Menteri Pendidikan. Dia orang agama, saya percaya apa dia cakap. Mungkin saya silap. Mungkin dia ada niat tertentu, tapi saya percaya dia.

Sebelum ini, saya buat tak kisah. Semua info-info yang saya dapat ini orang bagi. Bukan saya turun pergi jumpa orang. Orang bagi.

Kenapa saya ada email-email yang penting ini. You know why ? Bila saya delete email-email, bila saya type semula nama Sankara Nair dalam search email google, email-email yang saya pernah delete keluar semula. Ada email nama Anwar dan lain-lain. Email itu masih ada dalam email saya.

Tak sangka pada akhirnya, saya akan ‘derhaka’ pada Sankara Nair. Tak sangka langsung.

Mereka cakap saya lawyer tak ada intergriti, itu inilah. Saya tanya balik, awak cakap awak lawyer ada intergriti, tapi awak pergi tolong perompak, penyamun, itu ada intergriti ke. Saya boleh keluarkan banyak cerita kalau saya mahu.

Sebab itu, sampai sekarang saya tak keluarkan nama orang yang sponsor Anwar itu. Kenapa ?

AIDC : Begitu besar pengorbanan Sankara Nair kepada Anwar, adalah beliau tidak ditawarkan kerusi untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) ?

Loh Gwo Burne (Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya) sudah tahu pada PRU 13 dia tak ada seat lagi. Sebab itu dikeluarkan video itu lagi.

Saya tahu siapa sepatutnya jadi calon Kelana Jaya pada masa tu. Tanya Anwar siapa sepatutnya. Orang berkenaanlah, faham-fahamlah siapa. Kalau saya yang pergi (berunding) tu faham-fahamlah seat tu milik siapa.

Tapi, calon itu tak mahu bertanding atas tiket PKR. Dia mahu bertanding atas bendera DAP. Pasal apa? Sedangkan dia yang tulis perlembagaan PKR. Dia cakap, ‘(hanya) orang bodoh saja nak masuk PKR’.

Influence saya pada Sankara sangat besar, sampai tahap itu. Saya yang tentukan bagi pihak dia.

Sumber

Saturday, August 24, 2013

Anwar Sudah Takut Dengan Rayuan Kes Liwat Arah Shafee Dilucut Kelayakan




Kenapa Anwar Ibrahim takut sangat kepada Ketua Pendakwaraya kes liwatnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah hingga meminta Mahkamah Rayuan di Putrajaya melucutkan kelayakan peguam daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwatnya.

Usul itu telah difailkan Ram Karpal Singh (anak Karpal Singh) di Mahkamah Rayuan pada jam 4.00 petang semalam.

Akibat daripada itu, permohonan itu akan didengar pada hari pertama pendengaran rayuan itu pada 17 September. Maka, dengan itu tertangguh lagilah kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful. Sama ada sedar atau tidak rakyat Malaysia, itulah sebenarnya yang dimahukan Ketua Pembangkang itu.

Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.

Sumber

Thursday, August 22, 2013

Panas!! Video Dedah Syiah Cuba Pengaruh Kanak-Kanak



Tuesday, August 20, 2013

Monday, August 19, 2013

Jawapan Kononnya Kerajaan Membazir Tukar Kereta Rasmi!!!



Ganti Perdana Dengan Honda Tak Menjejaskan Proton

PEMBANGKANG memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang.


Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang buruk-buruk.

Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama, kalau nak kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry.

Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa nombor plat Wilayah cepat bergerak).

Kenderaann yang nak ditukar ini ialah kegunaan VVIP dan pegawai kanan sahaja yang jumlahnya tidak lebih dari 200 buah. Itupun sebab Proton tidak lagi mengeluarkan model baru Perdana dan pembangunan kenderaan baru untuk kegunaan eksekutif akan memakan belanja yang bukan sedikit.
Itu belum disebutkan lagi kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan, terutama yang terpaksa diimport dari luar negara. Kalau yang boleh dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat kerana jumlah kenderaan berkenaan yang masih digunakan, tidak lagi banyak seperti dulu.
Apatah lagi seperti disebutkan, Proton tidak lagi mengeluarkan Perdana.

Selain itu, penukaran kenderaan rasmi untuk kegunaan eksekutifi kepada Honda Civic ini juga tidak akan menjejaskan industri automotif tempatan kerana Honda mempunyai kilang pemasangan di Melaka. Syarikat-syarikat automotif tempatan seperti DRB Hicom dan Boon Siew Motor, turut mempunyai pegangan saham yang besar di dalam Honda Malaysia.

Kilang tersebut juga menyediakan peluang kerjaya yang cukup banyak untuk rakyat tempatan. Dijangka dengan tempahan baru yang akan datang dari kerajaan persekutuan nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan, kalau tak di kilang pemasangan di Melaka, di fasiliti-fasiliti lain yang membuat alat ganti dan sebagainya.

Semua fakta ini secara jelas menunjukkan bahawa keputusan kerajaan untuk menukarkan kenderaan rasmi bagi kegunaan VVIP dan pegawai kanan kerajaan kepada Honda adalah keputusan yang tepat dan tidak langsung meminggirkan kepentingan pemain-pemain industri automotif tempatan.

Proton pula secara amnya tidak terjejas kerana semua hal penyelenggaraan kenderaan rasmi sekarang bukan dibuat oleh syarikat tersebut tapi oleh syarikat lain. Proton mungkin terjejas kalau Perdana masih dikeluarkan dan keputusan menukar kenderaan rasmi itu dibuat sekarang.

Ezam Dedah Taktik Kotor Anwar Jatuhkan Najib




Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

“Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

“Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

“Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan,” katanya – Utusan

Tuesday, August 13, 2013

Wajib Baca !! Kenapa Syiah Wajib Ditentang!!


Permainan Yahudi terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya.

Kelicikan itu membuatkan bukan sahaja dalam kalangan orang Islam yang biasa malah ulama besar seperti Dr. Yusuf al-Qardawi pernah terpedaya dan menyokong perjuangan Syiah tidak lama dulu.

Pengaruh hebat ulama itu dimanfaatkan apabila Dr.Yusuf Qardawi tidak sedar memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada Syiah yang merupakan agenda Yahudi. Misalnya pada tahun 2006 beliau memberi sokongan kepada pergerakan Hizbollah pimpinan Hassan Nasrallah di Lebanon untuk melawan tentera zionis Israel.

Hizbollah adalah pergerakan Syiah yang diketuai oleh Hassan Nasrallah, tokoh Syiah yang sangat dikagumi. Tetapi apakah yang berlaku di Syria apabila pemimpin diktator Presiden Bashar Assad membunuh penentangnya dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan hingga sekarang?

Terus Baca Di Sini

Monday, August 12, 2013

Kerajaan Patut Ambil Tindakan Ke Atas Khalid Ismath


Rentetan daripada pergolakan di Syria, bahaya dendam pengikut Syiah terhadap Sunni semakin disedari umum.

Kesedaran ini turut bertunas di hati sebilangan rakyat Malaysia, yang merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni).

Maka, pekung pengikut Syiah yang sekian lama bertapak di negara ini mula terpokah sedikit demi sedikit. Dan apabila angka anggaran yang merujuk kepada bilangan pengikut Syiah dibentangkan, jelas perlu ada kerisauan di situ.

Manakan tidak risau, Syiah amat sinonim dengan sifat berpura-pura untuk mengaburi persepsi orang lain terhadap mereka. Berbekalkan semangat taqiyyah yang dianjurkan oleh ulama besar Syiah, golongan ini yang biasanya petah memutar kata-kata akan mengeluarkan pelbagai hujah yang mampu memesongkan akidah individu Sunni yang tidak awas dengan hukum hakam agama.

Bagaimanapun, tidak semua orang mampu menyembunyikan pendirian mereka selama-lamanya. Apatah lagi apabila berhadapan dengan media sosial yang memberikan kebebasan bersuara.

Justeru, sesetengah individu yang merupakan pengikut Syiah kadangkala tergelincir ketika lantang bersuara.

Antaranya adalah Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang bernaung di bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Mohd Ismath.

Jika nama ini kedengaran biasa didengar, ini adalah kerana Khalid adalah anak muda ‘glamor’ apabila gambarnya menendang seorang anggota polis trafik di Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 disiarkan di akhbar utama.

Terdapat banyak bukti menunjukkan penuntut UiTM Shah Alam ini merupakan penyokong tegar Syiah terutama status-status yang diposnya di laman Facebook.

Terus Baca Di Sini