Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Jangan Terpedaya Dengan Bantuan Yang Diberikan - Shafei Abdullah




WANGSA MAJU 30 Nov - Rakyat di negara ini perlu sedar bahawa bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu ditiru oleh pembangkang sekiranya mereka memerintah.

Pengerusi BN Wangsa Maju, Dato' Dr Mohd Shafei Abdullah berkata, pengundi-pengundi di Malaysia perlu insaf mengenai perkara tersebut dan tidak terpengaruh dengan mengundi pembangkang berdasarkan bantuan yang diterima semasa kempen pilihan raya sahaja.

"Contohnya di Wangsa Maju, siapa nama wakil rakyat tuan-puan...mungkin ramai tidak berapa ingat namanya, sebab tidak ada langsung tawaran bantuan persekolahan, bantuan mangsa kebakakaran dan bantuan kepada mangsa banjir, dia tidak peduli.

"Sampai masa ketika hampir pilihan raya nanti baru beliau akan turun padang, empat hingga lima tahun tidak buat kerja dan apabila lagi sebulan hendak pilihanraya baru beliau akan berjumpa rakyat dan ketika itu rakyat akan menganggap beliau adalah wakil rakyat yang baik," katanya ketika mencapai ucapan pada Program Bantuan Persekolah "Back To School" di sini hari ini.

Shafei menjelaskan, berbeza dengan parti Umno dan BN yang bertungkus-lumus membela nasib rakyat namun langsung tidak pernah dihargai oleh pengundi-pengundi.

"Yang Umno tunggang-langgang daripada awal sehingga pilihan raya, kita cuba berkhidmat untuk rakyat terus dilupakan, inilah nasib kita di Wangsa Maju.

"Beliau (pembangkang) yang telah dapat memerintah di sini, dan sekiranya kita (Umno) membiarkan sahaja masalah-masalah di sini begitu sahaja, maka kita rasa nasib rakyat di sini akan tidak terbela, dan kerana itu kita bekerja sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban penduduk di Wangsa Maju," ujarnya.

Kira-kira 700 pelajar sekolah dari kawasan ini menerima bantuan wang tunai sebanyak RM100 serta beg sekolah bagi membantu mereka menempuh sesi persekolahan tahun hadapan.

Program tersebut dianjurkan oleh Biro Pendidikan Umno Bahagian Wangsa Maju dengan kerjasama daripada Yayasan Wilayah Persekutuan.


 

Monday, August 19, 2013

Jawapan Kononnya Kerajaan Membazir Tukar Kereta Rasmi!!!



Ganti Perdana Dengan Honda Tak Menjejaskan Proton

PEMBANGKANG memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang.


Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang buruk-buruk.

Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama, kalau nak kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry.

Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa nombor plat Wilayah cepat bergerak).

Kenderaann yang nak ditukar ini ialah kegunaan VVIP dan pegawai kanan sahaja yang jumlahnya tidak lebih dari 200 buah. Itupun sebab Proton tidak lagi mengeluarkan model baru Perdana dan pembangunan kenderaan baru untuk kegunaan eksekutif akan memakan belanja yang bukan sedikit.
Itu belum disebutkan lagi kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan, terutama yang terpaksa diimport dari luar negara. Kalau yang boleh dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat kerana jumlah kenderaan berkenaan yang masih digunakan, tidak lagi banyak seperti dulu.
Apatah lagi seperti disebutkan, Proton tidak lagi mengeluarkan Perdana.

Selain itu, penukaran kenderaan rasmi untuk kegunaan eksekutifi kepada Honda Civic ini juga tidak akan menjejaskan industri automotif tempatan kerana Honda mempunyai kilang pemasangan di Melaka. Syarikat-syarikat automotif tempatan seperti DRB Hicom dan Boon Siew Motor, turut mempunyai pegangan saham yang besar di dalam Honda Malaysia.

Kilang tersebut juga menyediakan peluang kerjaya yang cukup banyak untuk rakyat tempatan. Dijangka dengan tempahan baru yang akan datang dari kerajaan persekutuan nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan, kalau tak di kilang pemasangan di Melaka, di fasiliti-fasiliti lain yang membuat alat ganti dan sebagainya.

Semua fakta ini secara jelas menunjukkan bahawa keputusan kerajaan untuk menukarkan kenderaan rasmi bagi kegunaan VVIP dan pegawai kanan kerajaan kepada Honda adalah keputusan yang tepat dan tidak langsung meminggirkan kepentingan pemain-pemain industri automotif tempatan.

Proton pula secara amnya tidak terjejas kerana semua hal penyelenggaraan kenderaan rasmi sekarang bukan dibuat oleh syarikat tersebut tapi oleh syarikat lain. Proton mungkin terjejas kalau Perdana masih dikeluarkan dan keputusan menukar kenderaan rasmi itu dibuat sekarang.

Sunday, May 5, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah : Sekitar Hari Pengundian (5 Mei 2013)


5 Mei 2013 , Seawal jam 7.45 pagi , Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bersama isteri ke SRJK Lee Rubber untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. 






Saturday, May 4, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: (Repost) Khidmat Bakti Sepanjang 4 Tahun Sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju (7)


Pada 1 Mac 2013 bertempat di Pusat Komuniti Taman Ibukota satu majlis makan malam telah dilangsungkan di mana semua ahli jawatankuasa masjid dan surau sekitar parlimen wangsa maju telah dijemput menghadiri majlis makan malam tersebut

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.

Dalam majlis tersebut juga YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah telah menyampaikan sumbangan peruntukan YAB Dato' Sri Najib Razak kepada seluruh masjid serta surau di seluruh negara.

Kira-kira 50 Masjid serta surau telah menerima bantuan sumbangan tersebut










P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: (Repost) Khidmat Bakti Sepanjang 4 Tahun Sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju (6)


Pada 7 Mac 2013 jam 9 pagi, satu perjumpaan antara wakil penduduk Melati Impian telah diadakan bersama YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik YAB Dato' Sri Najib Razak.


Perjumpaan diadakan memandangkan pelbagai masalah menimpa penduduk di Melati Impian semenjak sebuah projek perumahan serta kompleks perniagaan dibangunkan di sebelah kawasan perumahan Melati Impian.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ adalah masalah jalan yang mendap setelah kerja-kerja meratakan tanah dimulakan.


Selain itu rumah sampah di dalam kawasan tersebut juga terpaksa dialih bagi memberi laluan kepada projek tersebut. Tetapi masalah timbul apabila tapak baru rumah sampah tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk rumah banglo bersebelahan rumah sampah tersebut memandangkan rumah sampah tersebut berada berdekatan dengan rumah beliau.

Selain itu, penduduk turut mengadu tentang pemasaan projek tersebut berjalan memandangkan bunyi bising daripada tapak projek tersebut. Persetujuan telah dilakukan tentang masa di mana pemaju telah bersetuju untuk memberhentikan kerja pada jam 5.30 petang tetapi pemaju telah melanggar persetujuan tersebut.

Penduduk turut mengadu tentang penduduk warga asing yang menetap di kawasan tersebut yang dilihat tidak menghormati penduduk di situ dengan membuang sampah merata-rata dan membuat bunyi bising.


Sebagai langkah penyelesaian YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah mengambil keputusan untuk mengadakan perjumpaan secara 4 hala antara wakil penduduk, pemaju, pemilik rumah banglo serta DBKL bagi menyelesaikan masalah tersebut.

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: (Repost) Khidmat Bakti Sepanjang 4 Tahun Sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju (5)


Pada 22 Mac 2013 Jam 9 Malam, Satu Majlis Anugerah Cemerlang bagi pelajar UPSR, PMR , SPM Dan STPM telah diadakan di Pusat Komuniti Taman Ibukota.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang di dalam peperiksaan bagi sekolah-sekolah di dalam parlimen Wangsa Maju.

Majlis ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.

Majlis yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan UMNO Wangsa Maju ini menyaksikan seramai 493 orang pelajar menerima hadiah serta penghargaan bagi kecemerlangan mereka di dalam peperiksaan yang diambil.














P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah : Beramah Mesra & Majlis Cukur Jambul


4 Mei 2013 , Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menghadiri Majlis Beramah Mesra bersama penduduk-penduduk Desa View Tower. 

Sejurus selepas itu, beliau ke Taman Melati kerana dijemput ke Majlis Cukur Jambul cucu kepada salah seorang ahli UMNO Taman Melati.







P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: (Repost) Khidmat Bakti Sepanjang 4 Tahun Sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju (3)


Pada 7 April 2013 Bermula jam 8.30Pagi Satu Program Mesra Rakyat telah diadakan di Kg Puah, Gombak.

Program anjuran UMNO Bahagian Wangsa Maju itu telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.

Antara aktiviti-aktiviti yg telah diadakan semasa program ini adalah majlis gotong royong, pemeriksaan kesihatan serta sumbangan kepada mangsa kebakaran

Dalam program ini menyaksikan YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah telah berjalan kaki ke seluruh Kg Puah bagi menyampaikan sumbangan serta bertanyakan tentang permasalahan yg dihadapi oleh penduduk di situ.

YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada 26 keluarga yg mengalami musibah apabila rumah mereka musnah dijilat api.











P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: (Repost) Khidmat Bakti Sepanjang 4 Tahun Sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju (2)


Pada 7 April 2013 Jam 8 Malam YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional telah dijemput pada majlis Makan Malam Kg Lee Kong Chian.

YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah merasmikan majlis makan malam tersebut.

Sewaktu ucapan YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah kesemua penduduk perkampungan cina tersebut menyatakan persediaan mereka untuk menyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke 13 ini.