Saturday, May 4, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: (Repost) Khidmat Bakti Sepanjang 4 Tahun Sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju (6)


Pada 7 Mac 2013 jam 9 pagi, satu perjumpaan antara wakil penduduk Melati Impian telah diadakan bersama YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik YAB Dato' Sri Najib Razak.


Perjumpaan diadakan memandangkan pelbagai masalah menimpa penduduk di Melati Impian semenjak sebuah projek perumahan serta kompleks perniagaan dibangunkan di sebelah kawasan perumahan Melati Impian.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ adalah masalah jalan yang mendap setelah kerja-kerja meratakan tanah dimulakan.


Selain itu rumah sampah di dalam kawasan tersebut juga terpaksa dialih bagi memberi laluan kepada projek tersebut. Tetapi masalah timbul apabila tapak baru rumah sampah tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk rumah banglo bersebelahan rumah sampah tersebut memandangkan rumah sampah tersebut berada berdekatan dengan rumah beliau.

Selain itu, penduduk turut mengadu tentang pemasaan projek tersebut berjalan memandangkan bunyi bising daripada tapak projek tersebut. Persetujuan telah dilakukan tentang masa di mana pemaju telah bersetuju untuk memberhentikan kerja pada jam 5.30 petang tetapi pemaju telah melanggar persetujuan tersebut.

Penduduk turut mengadu tentang penduduk warga asing yang menetap di kawasan tersebut yang dilihat tidak menghormati penduduk di situ dengan membuang sampah merata-rata dan membuat bunyi bising.


Sebagai langkah penyelesaian YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah mengambil keputusan untuk mengadakan perjumpaan secara 4 hala antara wakil penduduk, pemaju, pemilik rumah banglo serta DBKL bagi menyelesaikan masalah tersebut.

1 comment:

  1. Kalau Dato tak menang Wangsa Maju, agenda hendak tolong pemilik Melati Impian diteruskan ke tidak ?
    Harap jangan kecewakan kami...

    ReplyDelete