Showing posts with label Khalid Ismat. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ismat. Show all posts

Monday, August 12, 2013

Kerajaan Patut Ambil Tindakan Ke Atas Khalid Ismath


Rentetan daripada pergolakan di Syria, bahaya dendam pengikut Syiah terhadap Sunni semakin disedari umum.

Kesedaran ini turut bertunas di hati sebilangan rakyat Malaysia, yang merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni).

Maka, pekung pengikut Syiah yang sekian lama bertapak di negara ini mula terpokah sedikit demi sedikit. Dan apabila angka anggaran yang merujuk kepada bilangan pengikut Syiah dibentangkan, jelas perlu ada kerisauan di situ.

Manakan tidak risau, Syiah amat sinonim dengan sifat berpura-pura untuk mengaburi persepsi orang lain terhadap mereka. Berbekalkan semangat taqiyyah yang dianjurkan oleh ulama besar Syiah, golongan ini yang biasanya petah memutar kata-kata akan mengeluarkan pelbagai hujah yang mampu memesongkan akidah individu Sunni yang tidak awas dengan hukum hakam agama.

Bagaimanapun, tidak semua orang mampu menyembunyikan pendirian mereka selama-lamanya. Apatah lagi apabila berhadapan dengan media sosial yang memberikan kebebasan bersuara.

Justeru, sesetengah individu yang merupakan pengikut Syiah kadangkala tergelincir ketika lantang bersuara.

Antaranya adalah Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang bernaung di bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Mohd Ismath.

Jika nama ini kedengaran biasa didengar, ini adalah kerana Khalid adalah anak muda ‘glamor’ apabila gambarnya menendang seorang anggota polis trafik di Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 disiarkan di akhbar utama.

Terdapat banyak bukti menunjukkan penuntut UiTM Shah Alam ini merupakan penyokong tegar Syiah terutama status-status yang diposnya di laman Facebook.

Terus Baca Di Sini

Monday, February 4, 2013

Khalid Ismath Dapat Bertanding Di Dun Kedah???


Kalau dah namanya SYIAH, maka puak ini cukup tebal dengan fahaman ekstrim yang menjurus kepada kesesatan. Sejarah telah membuktikan bahawa SYIAH merupakan kelompok yang paling tidak boleh dipercayai walaupun mereka terlebih baik sedikit sahaja berbanding KHAWARIJ yang telah membunuh Syaidina Uthman Affan r.a bagi mencetuskan pergeseran antara para Sahabat r.a terutama sekali antara Syaidina Ali r.a dengan Syaidina Muawiyyah Abi Suffian r.a.

Bagaimanapun, golongan SYIAH terutama dari Karbala cukup terkenal kerana mereka telah membunuh cucunda Rasulullah s.a.w, Syaidina Husin bin Ali r.a. Bagaimanapun, kebijaksanaan mereka memutarbelitkan fakta, meletakkan kesalahan kepada Yazid bin Muawiyyah yang menjadi khalifah dan pernah bersama-sama Syaidina Husin r.a dan Syaidina Hasan r.a dalam barisan hadapan tentera Islam.

Di Malaysia, kelompok yang berpegang kepada ajaran Syiah sudah mula mempamerkan fahaman ekstrim mereka secara terang-terangan. Semenjak Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, kelompok Syiah yang selama ini bertaqiyyah dan berbaiat kepada pemerintah, berasakan mereka sudah bebas daripada berbuat begitu.

Dan kebiasaan bagi kaum Syiah ialah, mana-mana yang tidak sebulu dengan mereka, maka dihalalkan darah golongan berkenaan untuk ditumpahkan, terutama sekali sekiranya kelompok yang tidak sebulu dengan mereka itu beragama Islam.

Setakat ini, di Malaysia, puak-puak yang memeluk agama Syiah dan beranggapan mereka 'lebih maju' dan 'lebih baik' daripada kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana kononnya mereka mencintai Ahlul Bait, belum lagi mengisytiharkan perang ke atas umat Islam memandangkan kelompok mereka masih terlalu kecil.

Namun, kecenderungan ke arah itu sudah mula dapat dilihat dengan jelas.


Tindakan Khalid Ismath, seorang pelajar universiti keciciran yang mengetuai sebuah gerakan melabelkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak sebagai SIAL dan CELAKA semata-mata kerana Pesuruhjaya PAS Kedah itu menyertai program anjuran Kerajaan Persekutuan dan memakai baju 1M4U, sememangnya tindakan yang amat biadap dan kurang ajar.

Apa yang ditakuti sangat dengan hanya sehelai baju dan penyertaan Menteri Besar Kedah dalam program yang bertujuan untuk memajukan negeri itu? Apakah kerana sehelai baju yang disarung oleh Azizan Abdul Razak maka akidah politiknya akan berkubur dan Azizan Abdul Razak akan masuk UMNO?

Inilah perangai puak-puak Syiah yang cukup gemar melaga-lagakan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan kejahatan kelompok Syiah yang amat kuat berpolitik memandangkan teras kepercayaan mereka adalah WALAYAT dan IMAMAH. WALAYAT dan IMAMAH mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan dan politik.

Sumber