Showing posts with label Ezam. Show all posts
Showing posts with label Ezam. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Ezam Dedah Taktik Kotor Anwar Jatuhkan Najib




Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

“Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

“Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

“Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan,” katanya – Utusan

Sunday, April 7, 2013

Pendedahan Bekas Pegawai Agama Anwar Buat Dr Sidek Baba Sedar



 Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau agak terkejut dengan pendedahan seorang mufti yang pernah menjadi pegawai agama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir dalam pertemuan tertutup di rumahnya kira-kira pertengahan tahun lalu.

“Di antaranya yang saya tanya adalah seorang mufti, yang pernah menjadi penasihat agama Datuk Seri Anwar. Beliau datang ke rumah saya dalam pertemuan tertutup rakan-rakan saya dalam ABIM dan simpatisme ABIM.

“Siapa Anwar sebenarnya..saya agak terkejut. Jadi, saya tidak kutip pandangan-pandangan daripada orang biasa berkenaan Datuk Seri Anwar. Beliau penasihat agama Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Beliau tidak menyatakan siapakah mufti yang juga bekas penasihat agama Anwar itu serta butiran pendedahan yang didedahkan kepadanya, namun difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dr Sidek yang bekas Setiausaha Agung ABIM turut mendedahkan maklumat bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor yang bercerita tentang kejadian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menelefonnya dari Washington agar tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumah kediamanya bersama Anwar.

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar tahun 2005 dan menjadi punca utama Ezam meletakkan jawatan dalam PKR dan menjauhkan diri daripada Anwar.

“Saya berjumpa anak murid saya, saudara Ezam Mohd Nor. Dia belajar di UIAM dulu, saya sebagai Timbalan Rektor masa itu.

“Saya tanya dia, Ezam tolong cerita dengan cikgu, mengapa kamu tinggalkan Anwar ?

“Ezam ceritakan..bahawa suatu malam, sewaktu Anwar balik, di mana Dr Wan Azizah telefon daripada Washington (bertanya) dengan siapa bersama Anwar masa itu.

“Wan Azizah berasa resah..sehingga sekarang Wan Azizah tidak nafikan. Sehingga sekarang Anwar tidak nafikan benda itu berlaku. Kalau dia tidak nafikan, apakah benda itu berlaku atau macam mana ?

“Bagi saya seorang ahli akademik, sudah tentu, saya nak tahu, mengapa tidak dinafi ?,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 hari ini selepas mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang ramai tokoh-tokoh ABIM yang bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Dr Sidek berkata, ABIM kini sudah tidak boleh mendakwa sebagai badan ‘bebas’ lagi dan dalam jangka panjang, ia akan merosakkan imej NGO itu sebagai sebuah badan dakwah.

“Kali ini dikatakan ramai pimpinan ABIM akan terlibat dalam politik. Sedangkan ABIM adalah sebuah pertubuhan yang saya anggotai lebih 30 tahun, sejak dulu, sehingga Anwar menjadi menteri dalam kabinet kerajaan, ABIM mengambil sikap non-partisan.

“Ini penting bagi ABIM, kerana ABIM sebuah badan dakwah dan tarbiah. Kalau ABIM mula memihak kepada tokoh-tokoh politik tertentu, bayangkan perjuangan selama ini dan jangka panjang ABIM.”

Pada 27 Mac lalu, Dr Sidek mendedahkan tiga sebab beliau meninggalkan Anwar, meskipun lebih 30 tahun mereka bersahabat.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup.”

Saturday, January 5, 2013

Ezam: Rahsia Anwar Terbongkar Selepas Keluar Penjara!!!


Senator Ezam Mohd Nor secara jujur mengakui walaupun pernah berjawatan Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh idolanya itu kecuali daripada kekaguman daripada aspek penampilan politik yang ditonjolkannya.

“Ada orang tanya, kenapa sekarang baru awak nampak siapa Anwar. Sebelum itu awak Setiausaha Politik dia. Mengapa sebelum itu awak mempertahankan beliau. Apakah sebelum itu awak tak nampak langsung tanda-tanda Anwar ni salah ?

“Jawapan saya, memang saya tak nampak. Saya tak tahu pun. Sebab macam saya sebut tadi, saya Setiausaha Politik beliau. Sebelum itu bekerja di IKD, bersama, membantu beliau, tetapi saya hanya berkhidmat kepadanya sebagai seorang Timbalan perdana Menteri, seorang pemimpin.

“Saya tidak kenal Anwar sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga, Anwar secara peribadi. Jadi saya macam yang lain juga rakyat Malaysia, lihat Anwar sebagai tokoh pemimpin yang tentunya hebat, sebagai pemimpin politik Anwar hebat, tetapi bezanya, yang lain lihat dari jauh, saya lihat dari dekat, “katanya dalam wawancara ekslusif dengan Antarapos.

Rapat Dengan Wan Azizah

Ezam berkata faktor pemenjaraan Anwar selama 7 tahun menyebabkan sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Bila tujuh tahun Anwar dalam penjara, saya jadi dekat dengan keluarga beliau, sebab Wan Azizah tidak ada pilihan pada masa itu.

“Semasa Anwar sebagai TPM, saya Setiausaha politik beliau, saya tidak rapat dengan Wan Azizah. Sebab Wan Azizah adalah isteri Timbalan Perdana Menteri.

“Bila Anwar masuk penjara sahaja, Wan Azizah cari saya, minta tolong saya bersama-sama beliau bantu. Dan (ketika itu) Wan Azizah bukan lagi isteri TPM, dia isteri banduan masa itu.

“Dalam tempoh tujuh tahun itu, bukan sekadar saya, emak saya, isteri saya, keluarga saya bersama-sama dengan Wan Azizah dan anak-anak beliau, mengharungi hari-hari yang penuh cabaran. Sebab itu, kita menjadi satu keluarga yang cukup rapat.

“Wan Azizah panggil emak saya, bonda. Sampai macm itu punya rapat. Jadi bila kita rapat, tujuh tahun itu, barulah saya kenal keluarga Anwar Ibrahim. Tapi masa itu saya belum kenal Anwar sebab Anwar dalam penjara.”

Insiden-insiden Di Rumah Anwar

Ezam betul-betul mengenali Anwar apabila bekas Timbalan Perdana Menteri keluar penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.

Di situ juga berlaku insiden-insiden yang mendedahkan rahsia besar Anwar yang selama ini disembunyikannya.

“Bila Anwar keluar penjara pada tahun 2004, masa itu baru saya nampak Anwar yang sebenarnya.

“Bila Anwar keluar penjara keadaan sudah berubah. Dan kedudukan saya dengan keluarga Anwar pun berubah. Saya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga beliau.

“Saya duduk dalam rumah beliau semasa Anwar bebas. Dan bila saya duduk dalam rumah beliau, jadi sebahagian daripada keluarganya, barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap ‘beberapa perkara’, cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.

“Itu semua, saya nampak sendiri. Saya nampak. Dan itu menimbulkan satu perkara yang merungsingkan saya. Saya jadi keliru, sebab selama ini, saya memang tolak langsung, tetapi bila depan mata saya..Samsidar contohnya datang ke rumah, Wan Azizah terus berubah muka. Samsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam.

“Benda-benda macam ni, saya tengok. Ni semua berlaku secara natural. Jadi ia menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya. ”

Janji Peribadi Yang Misteri

Menurutnya, walaupun menyaksikan depan mata dan kepalanya ‘petunjuk-petunjuk’ itu, namun Ezam berkata bukti-bukti itu belum mencukupi untuk beliau meninggalkan Anwar.

“Yang betul-betul saya terpaksa membuat keputusan tinggalkan (Anwar) apabila keputusan bertulis tu lah pada tahun 2004.

“Anwar bebas 2 September 2004. tapi keputusan penuh bertulis itu, beberapa bulan selepas itu. Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseksual berlaku.

“ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar, dia bebaskan tetapi dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Bila saya baca, lagilah saya jadi sangsi.

“Dan saya berdepan dengan Anwar untuk dia jawab. Saya tak boleh terus menerus beri sokongan kepada beliau, apabila ada penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan yang jelas mengatakan beliau seorang homoseks. tak kan saya nak sokong seorang gay ?

“Dan ini bukan sahaja berasaskan satu keputusan penghakiman, tetapi yang dalam rumah tadi. Apa yang berlaku, jadi saya berdepan dengannya.

“Anwar jawab, ‘ini semua konspirasi, saya akan minta peguam saya untuk buat permohonan keluarkan setiap ayat yang mengatakan saya ni peliwat’.

“Itu dia janji pada saya. Dia janji kepada seluruh penyokong PKR di rumahnya, dia buat ceramah dalam beberapa malam, sebab dia tahu saya dah..jadi dia nak yakinkan saya, saya ingat lagi dia kata, ‘saya akan hantar peguam untuk memohon memadamkan frasa-frasa tertentu dalam keputusan bertulis itu.

“Itu 2004. Hari ini dah 2012. Awak boleh semak kat mahkamah, apakah Anwar buat ? Anwar tak buat. Dia tak buat permohonan. Dia ada hak untuk buat permohonan, dia sepatutnya buat, sebagai menjaga prinsip moral sebagai pemimpin.

“Kalau sayalah, saya tak buat benda tu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati. Sebab ini bukan soal main-main. Ini soal moral saya.

“Anwar ada ruang untuk buat dan dia dah janji nak buat. Tapi dia tak buat. Jadi sebab itu, saya rasa, saya tidak ada local standi lagi, tiada ada asas untuk saya lagi untuk terus memberikan sokongan kepada Anwar. Jadi saya menunggu masa yang sesuai. ”-ANWARAIDC

Monday, December 31, 2012

Kenyataan Senator Ezam Yang Membuatkan PAS Sakit Hati!!!



PAS sepatutnya menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya sekadar pengikut, kata Senator Mohamad Ezam dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.

Ezam yang juga bekas Ketua AMK PKR berkata selagi PAS berada dalam PR, DAP tetap menjadi batu penghalang kepada parti itu.

“Dalam Pakatan, ketua sepatutnya ialah PAS..Timbalan ketua sepatutnya PAS..tetapi PAS tidak mampu dan tidak akan mampu selagi mereka bersama-sama dengan DAP sebab DAP memang tidak mahu melihat Islam dan Melayu itu dilihat sebagai ketua memimpin..Mereka mahu memadamkan sejarah Melayu dan Islam..

“Mereka mahu padamkan kepimpinan yang jelas, yang menjadi tonggak dan kekuatan pada negara ini, pada Islam dan Melayu,” katanya.

Tambah beliau lagi, selagi PAS terus berada di dalam Pakatan Rakyat, parti Islam tersebut akan hilang kerelevanannya, dan tidak lagi berjuang berlandaskan matlamat asalnya.

“Bagi saya DAP ini tak patut ada, patut diharamkan dari awal sebab mereka ni anti tesis, anti kepada penubuhan negara..(mereka tekankan) konsep Malaysian Malaysia, sama rata.

“Mana ada sama rata dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam prinsip keadilan dalam Islam pun bukan sama rata..prinsip keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan itu yang kita letakkan orang Melayu tempatnya di mana, orang bukan Melayu tempatnya di mana,” hujahnya.

Monday, October 15, 2012

Ezam: Beza Najib & Anwar Jumpa Soros



 “Berjumpa antara ‘seorang pesaing atau lawan’ dengan berjumpa ‘antara tuan dengan hamba’ tentulah berbeza,” begitulah kenyataan Senator Ezam Mohd Nor ketika mengulas perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjumpa dengan penyangak matawang Yahudi, George Soros.

Pertemuan Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Soros hanya pada tarikh tertentu, tanpa agenda susulan dan dibuat secara terbuka, sedangkan pertemuan Anwar dengan Soros secara berkala, dibuat secara tertutup dan disusuli agenda tenaga operasinya, termasuk portal Mkini dotcom.

“Rasulullah SAW juga pernah berjumpa dengan beberapa orang kepala Yahudi dan Quraish yang menjadi lawannya, malah kebiasaan seorang jeneral perang sejak dulu hingga sekarang berjumpa lawan mereka.

“Tun Mahathir dan Najib berjumpa dengan Soros sebagai pesaing yang masing-masing memegang kepentingan berbeza.

“Portal Mkini dotcom berjumpa dengan Soros sebagai hamba dengan tuan, kepentingan mereka sama, meruntuh negara yang berdaulat, katanya.

Menurut Ezam pertemuan badan operasi Anwar, Mkini dotcom sebagai ‘penerima’ dengan ‘penaja’.

“Satu pihak tadah tangan sebagai hamba dan satu pihak lagi pemberi dana sebagai tuan.

“Dalam konteks ini, Soros jelas daripada apa yang berlaku di Georgia, Hungrary, Mesir dan banyak lagi negara-negara lain adalah seorang tuan yang mempunyai agenda dan niat jahat untuk meruntuhkan asas, nilai budaya, agama di sesebuah negara dengan diganti nilai liberal tanpa batas dengan topeng hak asasi manusia dan demokrasi,”katanya lagi.

Pada 20 April 2010, Ezam pernah mendedahkan orang-orang kepercayaan Anwar, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros di Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Ezam ketika itu masih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan mendedahkan pertemuan orang-orang kepercyaan Anwar dengan Soros itu diatur oleh Elizaberth Wong.

“Yang berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.

“Elizabeth Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.

“Saya tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya,” katanya.

Ezam turut mengesahkan Anwar mempunyai hubungan dengan Soros dan menurutnya, selain PKR, rangkaian operasi Anwar yang lain adalah SUARAM dan portal Mkini dotcom.

“Ya, saya yakin Anwar punya hubungan dengan George Soros.

“Kita semua tahu bahawa Malaysiakini, satu web portal news di negara ini yang amat pro pada Anwar Ibrahim, dibiayai sebahagian besarnya oleh George Soros melalui beberapa foundation Soros.

“Wan Azizah dan Azmin pernah adakan pertemuan dengan Soros di AS. Bukan semua orang boleh jumpa Soros. Bukan semua orang boleh dapat berjumpa dengan Soros.

“Jadi, jelas di sini bahawa kebanyakan fund Soros itu digunakan untuk kepentingan Anwar,” katanya-ANWARAIDC

Video: Ezam Dedahkan Wan Azizah Jumpa Soros!!!