Monday, October 15, 2012

Ezam: Beza Najib & Anwar Jumpa Soros



 “Berjumpa antara ‘seorang pesaing atau lawan’ dengan berjumpa ‘antara tuan dengan hamba’ tentulah berbeza,” begitulah kenyataan Senator Ezam Mohd Nor ketika mengulas perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjumpa dengan penyangak matawang Yahudi, George Soros.

Pertemuan Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Soros hanya pada tarikh tertentu, tanpa agenda susulan dan dibuat secara terbuka, sedangkan pertemuan Anwar dengan Soros secara berkala, dibuat secara tertutup dan disusuli agenda tenaga operasinya, termasuk portal Mkini dotcom.

“Rasulullah SAW juga pernah berjumpa dengan beberapa orang kepala Yahudi dan Quraish yang menjadi lawannya, malah kebiasaan seorang jeneral perang sejak dulu hingga sekarang berjumpa lawan mereka.

“Tun Mahathir dan Najib berjumpa dengan Soros sebagai pesaing yang masing-masing memegang kepentingan berbeza.

“Portal Mkini dotcom berjumpa dengan Soros sebagai hamba dengan tuan, kepentingan mereka sama, meruntuh negara yang berdaulat, katanya.

Menurut Ezam pertemuan badan operasi Anwar, Mkini dotcom sebagai ‘penerima’ dengan ‘penaja’.

“Satu pihak tadah tangan sebagai hamba dan satu pihak lagi pemberi dana sebagai tuan.

“Dalam konteks ini, Soros jelas daripada apa yang berlaku di Georgia, Hungrary, Mesir dan banyak lagi negara-negara lain adalah seorang tuan yang mempunyai agenda dan niat jahat untuk meruntuhkan asas, nilai budaya, agama di sesebuah negara dengan diganti nilai liberal tanpa batas dengan topeng hak asasi manusia dan demokrasi,”katanya lagi.

Pada 20 April 2010, Ezam pernah mendedahkan orang-orang kepercayaan Anwar, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros di Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Ezam ketika itu masih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan mendedahkan pertemuan orang-orang kepercyaan Anwar dengan Soros itu diatur oleh Elizaberth Wong.

“Yang berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.

“Elizabeth Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.

“Saya tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya,” katanya.

Ezam turut mengesahkan Anwar mempunyai hubungan dengan Soros dan menurutnya, selain PKR, rangkaian operasi Anwar yang lain adalah SUARAM dan portal Mkini dotcom.

“Ya, saya yakin Anwar punya hubungan dengan George Soros.

“Kita semua tahu bahawa Malaysiakini, satu web portal news di negara ini yang amat pro pada Anwar Ibrahim, dibiayai sebahagian besarnya oleh George Soros melalui beberapa foundation Soros.

“Wan Azizah dan Azmin pernah adakan pertemuan dengan Soros di AS. Bukan semua orang boleh jumpa Soros. Bukan semua orang boleh dapat berjumpa dengan Soros.

“Jadi, jelas di sini bahawa kebanyakan fund Soros itu digunakan untuk kepentingan Anwar,” katanya-ANWARAIDC

1 comment:

  1. KAMU MAKAN JE DUIT YANG UMNO BAGI TU..JANGAN MENGARUT NAK BODEK DAN AMPU TAK TENTU PASAL...SEKARANG RAKYAT SUDAH BIJAK BUKAN MACAM DULU MASA KAMU PERDAYAKAN ZAMAN REFORMASI..DULU KATA ADA KOTAK RAHSIA KERAJAAN SEKARANG PUSING PULAK , KOTAK MEMANG ADA..TAPI KOTAK KOSONG..MEMANG KAKI PENIPU CARI MAKAN DENGAN CARA TAK BERMARUAH..KAMU TIDAK ADA RASA MALU KE..ATAU KAMU JENIS MANUSIA PENIPU!!

    ReplyDelete