Sunday, October 21, 2012

Musa Hassan Menafikan Pembohongan Terbaru Anwar!!!



Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok pada hari Isnin, seperti yang dimuatkan di laman Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT).

Menurut FCCT, Musa kononnnya akan mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sebelum ini telah dilaporkan mengenai satu notis yang dimuatkan oleh FCCT kepada anggotanya, bahawa sidang media Musa akan diadakan di ibu pejabat kelab tersebut.

Notis itu menyebut, sidang media berkenaan akan diadakan pada tengahari waktu Malaysia pada 22 Oktober.

Jemputan itu bertajuk "Pendedahan baru dalam kes pembunuhan Altantuya" dan mengandungi notis bahawa acara berkenaan tidak ditaja oleh FCCT.

Akibat dah terdesak nak fitnah PM Najib, Anwar sanggup guna apa saja taktik untuk mengeliru dan membohongi rakyat.

0 comments:

Post a Comment