Tuesday, October 9, 2012

Makin Hancur!!! Selepas PAS Kini DAP Turut Kecam Azmin!!!



PETALING JAYA: Persengketaan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bertambah buruk apabila lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat menyertai perbalahan mengecam Timbalan Presiden PKR itu.

Terbaru, Pengerusi DAP Karpal Singh mengingatkan Azmin bahawa beliau tidak ada hak untuk mengumumkan sebarang keputusan yang boleh menjejaskan gabungan itu termasuk menentukan individu yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kuasa di negeri itu.

"Azmin telah melampaui batas memberikan pendapat, sebab perkara ini diluar kuasa PKR. Ia melibatkan kepimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan)," kata Karpal semalam.

Karpal diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin mengatakan bahawa Khalid tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan mengekalkan kuasa di Selangor.

Azmin berkata khidmat Khalid lebih diperlukan di peringkat persekutuan sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya.

Menurut Karpal, Azmin tidak sepatutnya menyatakan pendapat sedemikian kerana keputusan bukan terletak di tangan PKR sahaja.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan Azmin sebagai "bercita-cita tinggi" apabila membuat kenyataan sedemikian. -Antarapos.com

0 comments:

Post a Comment