Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

'Kehilangan' Wan Azizah Menjadi Misteri!!!



Kehilangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika rakan-rakan pakatan pembangkang sedang berbincang menyelesaikan persoalan calon dan agihan kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), menimbulkan tanda tanya.

Beliau nampaknya memilih berdiam seribu bahasa tentang pencalonan dan kerusi yang bakal ditandinginya, walaupun suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memutuskan beliau tidak bertanding pada PRU13.

Sebagai presiden parti, Dr Wan Azizah seharusnya hadir di setiap mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, namun dalam beberapa siri perbincangan antara parti-parti itu, beliau tidak kelihatan.

Satu kemungkinan yang dilihat oleh penganalisis politik berhubung perkembangan ini ialah Dr Wan Azizah semakin hilang peranannya sebagai presiden parti dan kepercayaan sepenuhnya diberikan Anwar selaku Ketua Umum PKR kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, untuk mengetuai semua mesyuarat dan keputusan parti.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada keputusan mengenai calon PKR kali ini ada melibatkan peranan Dr Wan Azizah atau beliau sendiri mungkin tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Sehingga kini anak pasangan itu yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah, masih yakin bahawa ibunya akan bertanding dalam PRU13.

Penganalisis politik melihat kemungkinan Dr Wan Azizah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Bagaimanapun pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Bernama bahawa Dr Wan Azizah mengalami masalah suara dan demam dalam tempoh seminggu ini.

“Kini beliau sibuk dengan aktiviti walkabout untuk kempen parti,” kata Rafizi kepada pemberita di sini Selasa.

Ditanya mengenai pembabitan Dr Wan Azizah dalam urusan penentuan calon parti, Rafizi berkata: “dia (Dr Wan Azizah) tidak terlibat sangat dan dia ditugaskan untuk kempen raih undi kaum wanita seluruh negara”.

Rafizi berkata presiden PKR itu mungkin akan mengadakan sidang akhbar dalam masa dua tiga hari lagi

Sunday, April 7, 2013

Pendedahan Bekas Pegawai Agama Anwar Buat Dr Sidek Baba Sedar



 Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau agak terkejut dengan pendedahan seorang mufti yang pernah menjadi pegawai agama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir dalam pertemuan tertutup di rumahnya kira-kira pertengahan tahun lalu.

“Di antaranya yang saya tanya adalah seorang mufti, yang pernah menjadi penasihat agama Datuk Seri Anwar. Beliau datang ke rumah saya dalam pertemuan tertutup rakan-rakan saya dalam ABIM dan simpatisme ABIM.

“Siapa Anwar sebenarnya..saya agak terkejut. Jadi, saya tidak kutip pandangan-pandangan daripada orang biasa berkenaan Datuk Seri Anwar. Beliau penasihat agama Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Beliau tidak menyatakan siapakah mufti yang juga bekas penasihat agama Anwar itu serta butiran pendedahan yang didedahkan kepadanya, namun difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dr Sidek yang bekas Setiausaha Agung ABIM turut mendedahkan maklumat bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor yang bercerita tentang kejadian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menelefonnya dari Washington agar tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumah kediamanya bersama Anwar.

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar tahun 2005 dan menjadi punca utama Ezam meletakkan jawatan dalam PKR dan menjauhkan diri daripada Anwar.

“Saya berjumpa anak murid saya, saudara Ezam Mohd Nor. Dia belajar di UIAM dulu, saya sebagai Timbalan Rektor masa itu.

“Saya tanya dia, Ezam tolong cerita dengan cikgu, mengapa kamu tinggalkan Anwar ?

“Ezam ceritakan..bahawa suatu malam, sewaktu Anwar balik, di mana Dr Wan Azizah telefon daripada Washington (bertanya) dengan siapa bersama Anwar masa itu.

“Wan Azizah berasa resah..sehingga sekarang Wan Azizah tidak nafikan. Sehingga sekarang Anwar tidak nafikan benda itu berlaku. Kalau dia tidak nafikan, apakah benda itu berlaku atau macam mana ?

“Bagi saya seorang ahli akademik, sudah tentu, saya nak tahu, mengapa tidak dinafi ?,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 hari ini selepas mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang ramai tokoh-tokoh ABIM yang bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Dr Sidek berkata, ABIM kini sudah tidak boleh mendakwa sebagai badan ‘bebas’ lagi dan dalam jangka panjang, ia akan merosakkan imej NGO itu sebagai sebuah badan dakwah.

“Kali ini dikatakan ramai pimpinan ABIM akan terlibat dalam politik. Sedangkan ABIM adalah sebuah pertubuhan yang saya anggotai lebih 30 tahun, sejak dulu, sehingga Anwar menjadi menteri dalam kabinet kerajaan, ABIM mengambil sikap non-partisan.

“Ini penting bagi ABIM, kerana ABIM sebuah badan dakwah dan tarbiah. Kalau ABIM mula memihak kepada tokoh-tokoh politik tertentu, bayangkan perjuangan selama ini dan jangka panjang ABIM.”

Pada 27 Mac lalu, Dr Sidek mendedahkan tiga sebab beliau meninggalkan Anwar, meskipun lebih 30 tahun mereka bersahabat.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup.”

Monday, April 1, 2013

Ahli PKR Tidak Senonoh Depan Laptop Kesal Dengan Tindakan Pimpinan PKR??



Sungai Petani - Ketua Penerangan PKR Merbok Saharuddin Hamid yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani kesal dengan pucuk pimpinan parti PKR yang mengambil tindakan memecat beliau dari parti tanpa diberikan peluang untuk membela diri.

"Apa salah saya sehingga dipecat dari parti tanpa memberikan saya peluang untuk mempertahankan diri? Adakah salah saya melancap didalam pejabat saya sehingga menyebabkan pihak parti PKR memecat saya?"

Beliau yang ditemubual melalui panggilan talifon agak kecewa dengan pemecatan yang dilakukan tanpa asas ekoran penyebaran gambar gambar beliau yang sedang melakukan onani didalam pejabat PKR negeri Kedah.

"Saya hanya melancap dan bukan saya melakukan kesalahan merogol ataupun meliwat. Ada pucuk pimpinan parti lebih teruk dari saya dengan melakukan seks luar tabii beserta bukti video adengan seks tetapi tidak dikenakan apa apa tindakan dari pihak parti PKR."

Apabila dirujuk oleh wartawan siapa yang dimaksudkan oleh beliau tentang pucuk pimpinan itu beliau menjawap

"Dato Sri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan Yb Elizebeth Wong semuanya terbukti jelas melakukan kesalahan dengan bukti video dan gambar namun tidak dikenakan apa apa tindakan oleh pihak parti PKR. Apakah melancap merupakan satu kesalahan jenayah?" Ujar beliau.

Saharuddin Hamid yang kini masih lagi memegang jawatan Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani memaklumkan sudah memohon bantuan daripada Ahli Parlimen Sg Petani yang juga Pemimpin PKR Yb Johari Abdul untuk membantu beliau dalam mempertahankan hak beliau dalam membela diri dari pemecatan parti PKR.

"Adakah kerana saya hanya berjawatan Ketua Penerangan PKR Cabang maka saya dijatuhi hukuman bersalah sedangkan pucuk pimpinan parti sendiri lebih teruk dari saya yang hanya melancap bersendirian. Yang duduk diatas kebal dari sebarang tindakan, tapi kita yang dibawah ini yang akan menjadi korban".

Saharuddin Hamid menjadi tumpuan minggu lalu apabila beberapa blog menayangkan gambar beliau sedang melakukan onani dihadapan komputer didalam pejabat beliau. Gambar tersebut tersebar dan turut dimuat naik dalam blog http://www.1cilipadi.blogspot.com/  yang kemudiannya disebarkan oleh blog blog lain.

Pihak kami cuba mendapat maklum balas dari Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah bagi mendapat jawapan berhubung kenyataan Saharuddin Hamid tetapi gagal.-- SUMBER

Saturday, January 5, 2013

Ezam: Rahsia Anwar Terbongkar Selepas Keluar Penjara!!!


Senator Ezam Mohd Nor secara jujur mengakui walaupun pernah berjawatan Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh idolanya itu kecuali daripada kekaguman daripada aspek penampilan politik yang ditonjolkannya.

“Ada orang tanya, kenapa sekarang baru awak nampak siapa Anwar. Sebelum itu awak Setiausaha Politik dia. Mengapa sebelum itu awak mempertahankan beliau. Apakah sebelum itu awak tak nampak langsung tanda-tanda Anwar ni salah ?

“Jawapan saya, memang saya tak nampak. Saya tak tahu pun. Sebab macam saya sebut tadi, saya Setiausaha Politik beliau. Sebelum itu bekerja di IKD, bersama, membantu beliau, tetapi saya hanya berkhidmat kepadanya sebagai seorang Timbalan perdana Menteri, seorang pemimpin.

“Saya tidak kenal Anwar sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga, Anwar secara peribadi. Jadi saya macam yang lain juga rakyat Malaysia, lihat Anwar sebagai tokoh pemimpin yang tentunya hebat, sebagai pemimpin politik Anwar hebat, tetapi bezanya, yang lain lihat dari jauh, saya lihat dari dekat, “katanya dalam wawancara ekslusif dengan Antarapos.

Rapat Dengan Wan Azizah

Ezam berkata faktor pemenjaraan Anwar selama 7 tahun menyebabkan sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Bila tujuh tahun Anwar dalam penjara, saya jadi dekat dengan keluarga beliau, sebab Wan Azizah tidak ada pilihan pada masa itu.

“Semasa Anwar sebagai TPM, saya Setiausaha politik beliau, saya tidak rapat dengan Wan Azizah. Sebab Wan Azizah adalah isteri Timbalan Perdana Menteri.

“Bila Anwar masuk penjara sahaja, Wan Azizah cari saya, minta tolong saya bersama-sama beliau bantu. Dan (ketika itu) Wan Azizah bukan lagi isteri TPM, dia isteri banduan masa itu.

“Dalam tempoh tujuh tahun itu, bukan sekadar saya, emak saya, isteri saya, keluarga saya bersama-sama dengan Wan Azizah dan anak-anak beliau, mengharungi hari-hari yang penuh cabaran. Sebab itu, kita menjadi satu keluarga yang cukup rapat.

“Wan Azizah panggil emak saya, bonda. Sampai macm itu punya rapat. Jadi bila kita rapat, tujuh tahun itu, barulah saya kenal keluarga Anwar Ibrahim. Tapi masa itu saya belum kenal Anwar sebab Anwar dalam penjara.”

Insiden-insiden Di Rumah Anwar

Ezam betul-betul mengenali Anwar apabila bekas Timbalan Perdana Menteri keluar penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.

Di situ juga berlaku insiden-insiden yang mendedahkan rahsia besar Anwar yang selama ini disembunyikannya.

“Bila Anwar keluar penjara pada tahun 2004, masa itu baru saya nampak Anwar yang sebenarnya.

“Bila Anwar keluar penjara keadaan sudah berubah. Dan kedudukan saya dengan keluarga Anwar pun berubah. Saya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga beliau.

“Saya duduk dalam rumah beliau semasa Anwar bebas. Dan bila saya duduk dalam rumah beliau, jadi sebahagian daripada keluarganya, barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap ‘beberapa perkara’, cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.

“Itu semua, saya nampak sendiri. Saya nampak. Dan itu menimbulkan satu perkara yang merungsingkan saya. Saya jadi keliru, sebab selama ini, saya memang tolak langsung, tetapi bila depan mata saya..Samsidar contohnya datang ke rumah, Wan Azizah terus berubah muka. Samsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam.

“Benda-benda macam ni, saya tengok. Ni semua berlaku secara natural. Jadi ia menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya. ”

Janji Peribadi Yang Misteri

Menurutnya, walaupun menyaksikan depan mata dan kepalanya ‘petunjuk-petunjuk’ itu, namun Ezam berkata bukti-bukti itu belum mencukupi untuk beliau meninggalkan Anwar.

“Yang betul-betul saya terpaksa membuat keputusan tinggalkan (Anwar) apabila keputusan bertulis tu lah pada tahun 2004.

“Anwar bebas 2 September 2004. tapi keputusan penuh bertulis itu, beberapa bulan selepas itu. Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseksual berlaku.

“ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar, dia bebaskan tetapi dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Bila saya baca, lagilah saya jadi sangsi.

“Dan saya berdepan dengan Anwar untuk dia jawab. Saya tak boleh terus menerus beri sokongan kepada beliau, apabila ada penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan yang jelas mengatakan beliau seorang homoseks. tak kan saya nak sokong seorang gay ?

“Dan ini bukan sahaja berasaskan satu keputusan penghakiman, tetapi yang dalam rumah tadi. Apa yang berlaku, jadi saya berdepan dengannya.

“Anwar jawab, ‘ini semua konspirasi, saya akan minta peguam saya untuk buat permohonan keluarkan setiap ayat yang mengatakan saya ni peliwat’.

“Itu dia janji pada saya. Dia janji kepada seluruh penyokong PKR di rumahnya, dia buat ceramah dalam beberapa malam, sebab dia tahu saya dah..jadi dia nak yakinkan saya, saya ingat lagi dia kata, ‘saya akan hantar peguam untuk memohon memadamkan frasa-frasa tertentu dalam keputusan bertulis itu.

“Itu 2004. Hari ini dah 2012. Awak boleh semak kat mahkamah, apakah Anwar buat ? Anwar tak buat. Dia tak buat permohonan. Dia ada hak untuk buat permohonan, dia sepatutnya buat, sebagai menjaga prinsip moral sebagai pemimpin.

“Kalau sayalah, saya tak buat benda tu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati. Sebab ini bukan soal main-main. Ini soal moral saya.

“Anwar ada ruang untuk buat dan dia dah janji nak buat. Tapi dia tak buat. Jadi sebab itu, saya rasa, saya tidak ada local standi lagi, tiada ada asas untuk saya lagi untuk terus memberikan sokongan kepada Anwar. Jadi saya menunggu masa yang sesuai. ”-ANWARAIDC

Saturday, December 29, 2012

Awas Anwar!!! 10 Nama Yang Bakal Hancurkan Politiknya!!!



10 Nama Bakal Hancurkan Politik Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya

Friday, November 9, 2012

Panas!! Pengaju Soalan Kepada Nurul Izzah Di Gereja Kecewa Nurul Izzah Spin!!!



Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia

Pengaju soalan tersebut, Siti Kasim, seperti dilaporkan FMT berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.
Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November, sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, “jawapan saya menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.”

Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, “saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan

Terus Baca Di Sini

Monday, October 15, 2012

Video: Ezam Dedahkan Wan Azizah Jumpa Soros!!!