Showing posts with label Khalid Gagap. Show all posts
Showing posts with label Khalid Gagap. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Senarai Kegagalan Kerajaan Negeri Selangor!!

Friday, December 14, 2012

Makin Berpecah!! MP PKR Desak MB Khalid Letak Jawatan!!!



Akhirnya ahli parlimen PKR Kapar S Manikavasagam mengakui beliau menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan jika sekiranya gagal menyelesaikan kes memusnahkan tempat sembahyang di rumah seorang penganut Hindu di Sepang.

“Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan,” tegasnya.

Kenyataan Manikavasagam itu mengesahkan dakwaan ketua Pemuda MIC, T Mohan yang mendakwa aktivis PKR itu mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam pertemuan tertutup dengan Pemuda MIC di Putrajaya semalam.

Mohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video dan transkrip percakapan Manikavasagam yang menunjukkan MP PKR itu membuat desakan meletak jawatan terhadap Abdul Khalid.

Namun ramai sudah menjangka, selepas ini para pemimpin tertinggi PKR akan tampil membuat kenyataan menyalahkan media sebagai satu cara mengalihkan perhatian rakyat. Lebih lebih lagi isu tersebut melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

Thursday, December 13, 2012

Khalid Gagap Naik Angin Bila DAP Akui Pakatan Gagal Tadbir Selangor...



Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter  individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak? 

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.

Sumber: Darul Ehsan Today

Monday, December 10, 2012

Makin Berpecah!!! Gobind Selar MB Khalid Isu Roboh Kuil



SHAH ALAM: Sikap berdiam diri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu perobohan sebuah kuil di Sepang baru-baru ini, tidak boleh diterima, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata Khalid sepatutnya membuat kenyataan bagi meredakan keadaan sekaligus menutup ruang kepada seteru politiknya, BN daripada terus membuat kritikan dan kutukan kepada kepimpinan kerajaan negeri.

"(Langkah) berdiam diri oleh menteri besar dalam situasi seperti ini, pada fikiran saya jelas tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi Antarapos semalam berkata kerajaan negeri Selangor tidak akan tunduk kepada pelbagai desakan untuk membina semula kuil yang dirobohkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) bulan lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerana negeri akan akur pada desakan ratusan penganut Hindu yang menuntutnya memohon maaf dan membina semula kuil itu.

Desakan itu dibuat ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Jumaat lalu.

Xavier kemudiannya menjelaskan undang-undang MPS melarang pembinaan sebarang struktur tambahan dalam kawasan rumah atau tanah persendirian tanpa kelulusan.

"Kita tidak boleh bina semula kuil yang sudah diroboh itu. Ini kerana dalam undang-undang PBT, apa-apa bangunan tambahan perlu mendapatkan kelulusan pembinaan terlebih dahulu.

"Kita (kerajaan negeri) mahu bagi kuasa penuh kepada PBT untuk menjalankan tugas mereka," kata beliau.

Pada 20 November lalu, seramai 30 pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menggunakan tukul besi untuk merobohkan tempat pemujaan Hindu yang dibina oleh seorang wanita di serambi rumahnya, di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata kerajaan negeri Selangor sebelum ini turut merestui tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu di Ampang hanya beberapa bulan selepas menang pilihanraya umum pada tahun 2008.

Pada tahun sama, sebuah lagi kuil di Serendah turut menerima nasib sama dan pada tahun lalu kuil Hindu di Glenmarie menjadi tapak beribadat kaum India yang ketiga dirobohkan dibawah Pakatan Rakyat.- antarapos.com

Tuesday, November 27, 2012

Monday, November 26, 2012

SPR Nasihat Selangor..Jangan Buat Andaian!!!


Jangan buat andaian, SPR nasihat Selangor

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor diminta tidak membuat sebarang andaian sebelum merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penemuan 134,675 pengundi yang tidak dapat dikenal pasti.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih menanti laporan daripada penemuan itu dan sudah bersedia untuk memberi penjelasan.

Menurutnya, SPR tidak menolak usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri itu namun ia sepatutnya dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Kita sudah bersedia memberi jawapan kerana kita bekerja mengikut fakta dan undang-undang,” katanya.

Wan Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Sinar Harian, Sabtu lalu, yang mendakwa Kerajaan Negeri mengesan seramai 134,675 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti pada suku keempat tahun lalu berdaftar dalam Daftar Pemilik Induk.

Beliau juga turut mempersoalkan kaedah dilakukan Kerajaan Negeri dalam menjejak pengundi yang dilaksanakan melalui bancian dari rumah ke rumah sekiranya ia berdasarkan alamat mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“SPR tidak pernah memberi persetujuan kepada mana-mana pihak untuk melakukan bancian pengundi termasuk Kerajaan Negeri tetapi SPR tetap menghormati usaha mereka.

“Ini kerana, kita khuatir sekiranya mereka tidak memahami kaedah sebenar bancian dan membuat andaian, ia pada akhirnya akan mengelirukan orang ramai.

“Jika mereka membuat bancian dengan cara pergi dari rumah ke rumah berdasarkan alamat dalam rekod JPN, ia akan jadi tidak tepat kerana berkemungkinan individu itu tidak lagi tinggal di alamat didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata, tidak salah di sisi undang-undang SPR sekiranya seseorang itu tidak lagi tinggal di tempat asal tetapi masih menggunakannya sebagai alamat pengundi.

“Boleh jadi mereka ini sewaktu mendaftar dengan SPR, mereka tinggal di situ tetapi kemudian mereka berpindah dan masih belum mengemas kini data terbaru mereka.

“Sekiranya kaedah ini diambil kira Kerajaan Negeri dalam penemuan itu, kita khuatir ia tidak tepat kerana masalah berkaitan alamat itu bukan sesuatu yang pelik malah ia perkara biasa di Malaysia ini,” katanya.

Thursday, November 1, 2012

Treler Jelajah Rakyat PKR Terjunam Di Banting!!! Laknat Allah???



30 Oktober 2012, treler dan kontena Jelajah Rakyat yang merupakan salah satu daripada instrumen Anwar Ibrahim untuk berkempen berada di Banting. Treler dan kontena yang terlakar muka si peliwat tua sedang tersenyum itu, konon-kononnya menjadi ikon yang PKR sedang menguasai Malaysia.

Banting yang berada di Daerah Kuala Langat sedang menyaksikan transformasi yang agak ketara. Sokongan kepada PKR menurun secara drastik dan rata-rata penduduk serta pengundi di sekitar Banting sehinggalah ke Jugra menyatakan kebosanan mereka terhadap para pemimpin PKR yang bukan sahaja kuat berlakon, bahkan merekalah yang paling menyonglap duit rakyat berbanding para pemimpin UMNO yang mereka fitnah dan tohmahkan.

Lori berkenaan telah diparkir di Padang Awam Taman Banting Baru sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat. Yang turut hadir untuk memberikan ceramah menggunakan treler dan kontena berkenaan adalah si peliwat tua sendiri, Anwar Ibrahim, Tony Pua, Abdullah Sani dan Hatta Ramli.

Dan seperti biasalah, apabila membabitkan ceramah Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat, maka sudah tentulah yang kedengaran adalah fitnah, caci nista dan pembohongan yang amat ketara. Asbab kepada pembohongan tersebut akhirnya telah menenggelamkan lori dengan muka Anwar Ibrahim tersenyum pada dinding treler kontenanya yang dijadikan sebagai pentas ceramah.

Terus Baca Disini

Tuesday, October 30, 2012

Panas!! Badrul Amin dan Khalid Gagap Pegang Lilin Untuk Tarik Pengundi Bukan Islam???



Entah ajaran mana juak-juak P"Gay"R bawa pun tak tahulah. Si Dr Badrul "Kaunseling Bini Orang Pukul 3.00 Pagi" Amin sudah mula mengembangkan ajaran vigil memegang lilin. Setahu CTS, ajaran agama majusi penyembah tuhan api sudah lama tidak dipraktikkan oleh pengikut-pengikut Agama Api.

Yang Menteri Besar yang merangkap EXCO Agama Selangor serta pak-pak lebai dok usung lilin vigil ni apasal. Kalau begini tingkah laku seorang EXCO Agama negeri, apa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga kesucian Agama Islam terutama di Selangor. Tok-tok guru dan ulama-ulama dalam PAS tak tegur ke? Sesat sudah puak-puak ni.

Saturday, October 6, 2012

Pemimpin PKR Rebut kuasa.....

Thursday, October 4, 2012

Hot!!! PAS Beri Amaran Pada Azmin!!!



PAS hari ini menegur Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ekoran kenyataannya berhubung kemungkinan menteri besar Selangor akan ditukar, kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat peribadi yang tidak pernah dibincangkan itu perlu dielak kerana ia boleh dianggap sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat.

Mustafa turut dilaporkan kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei sebelum ini yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai kabinet.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," Mustafa dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.

Sinar Harian hari ini melaporkan, Abdul Khalid mungkin dipindahkan ke Pusat sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Keputusan itu, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, PAS dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran tokoh korporat itu menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini, lapor harian itu.

Azmin berkata, perbincangan peringkat Pakatan ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan kerana "tidak sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU13 diumumkan".

Monday, September 10, 2012

Bongkar Lagi...Habislah Ko Khalid

Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam berhubung laporan audit Universiti Selangor (Unisel) yang mencatatkan kerugian RM54.8juta ternyata tidak mengejutkan rakyat Selangor. - Sahabat Gunung

Sunday, September 9, 2012

Kebodohan Khalid Khalid Makin Terselah !!!!


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010 papar selepas cukai kira-kira RM54.8 juta.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menafikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sejak Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.

Selanjutnya di GWM

Sunday, September 2, 2012

MB SELANGOR PENIPU

Friday, August 10, 2012

BN Selangor Mahu Penjelasan Dakwaan Pengarah KDEB Arahkan Pengurangan Air Terawat Sejak 2011

alt

SHAH ALAM, 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa mereka mempunyai maklumat bahawa pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari.

Koordinatornya, Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed turut mendakwa tindakan yang dilakukan adalah penyebab berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Mohd Zin turut berkata dalam sidang media pada yang lalu, beliau pernah menyatakan sebelum ini bahawa KDEB iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri mempunyai 15% saham di dalam Syabas dengan seorang wakil dalam mesyuarat lembaga pengarah. Alasan bahawa Kerajaan Negeri tidak tahu menahu mengenai krisis air ini langsung tidak masuk akal dan seperti sengaja dipolitikkan oleh mereka.

" Mengapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS. Kami mahu tahu adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas.
"Mengapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS. Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut," katanya.

Mohd Zin juga menuntut pihak yang bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini kerajaan Negeri hanya menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong.

Beliau turut menempelak sikap kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat yang terus mempolitikkan isu air tanpa ada titik noktah serta masih lagi tidak mampu menjawab dengan kemas fakta dan angka yang telah dikemukakkannya.

Beliau turut memberitahu fakta bahawa lebih kurang 234 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan kerana tiada jaminan bekalan air dapat disediakan langsung tidak dinafikan oleh pihak kerajaan negeri dan telah mengakibatkan pembangunan negeri Selangor terbantut.

BN Selangor juga kecewa dengan sikap exco Selangor, YB Au Yong Heng Hua yang melakukan demonstrasi di pejabat Syabas Kajang seolah-olah masalah air ini bukan berpunca dari kelemahan Kerajaan Negeri.

"Adakah beliau lupa bahawa beliau kini merupakan kerajaan yang memerintah. Adakah beliau tidak tahu tanggungjawab kerajaan negeri ialah menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat. Mengapa masih mahu mengelirukan rakyat tentang isu ini," kata Mohd Zin.

Beliau juga berkata BMN Selangor mempunyai maklumat saham 15% yang dimiliki oleh KDEB dalam Syabas turut dicagarkan kepada sebuah bank bagi tujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta bagi kegunaan tertentu.

"Adalah begitu daif pihak kerajaan negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman.

" Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri ingin mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15% pun tidak mampu untuk diuruskan dengan baik inikan pula sebuah Syarikat Pengagihan Air yang begitu penting sekali.

"Adakah ini merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika. Saya mempersoalkan adakah niat sebenar pengambilalihan Syabas hanya untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri. Apakah tujuan pinjaman tersebut dilakukan," tanya Mohd Zin.

Beliau juga memberitahu mendapat maklumat kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberikan air percuma ini.

"Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma.

"Bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjkan sehingga terpaksa berhutang.

"Jangan sampai nanti kita menjadi seperti Cerita Pak Kaduk, yang terpaksa menggadai negeri demi untuk melunaskan hutang," katanya.

Mohd Zin berkata kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air juga tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

Beliau mendakwa langkah terakhir dilakukan oleh kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat adalah mengelirukan rakyat dan tidak bercakap berasaskan fakta.

Dalam pada itu, Mohd Zin berjanji akan mendedahkan beberapa kelemahan lain dari masa ke semasa supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber : Klpos.com

Wednesday, April 18, 2012

Penduduk Ijok Ludah Muka MB Khalid!!!

"Menteri Besar Tak Boleh Harap"-itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut salah seorang penduduk Ijok yang berADUN kan seorang menteri besar..kegagalan MB Khalid atau lebih dikenali Khalid Gagap sebagai seorang Menteri Besar terus didedahkan melalui temubual bersama penduduk ijok..

Selepas pernah terkantoi di Puchong yang menyaksikan seorang penduduk bertanyakan tentang longkang dan lampu jalan dan beliau memberikan jawapan tentang tanah..MB Khalid terus menunjukkan yang beliau tidak layak untuk memerintah negeri selangor dan seterusnya tidak layak menjadi wakil rakyat..bayangkan bagaimana seorang wakil rakyat di 'boo' oleh penduduk yang diwakili nya sendiri kerana disifatkan hanya pandai berjanji untuk meraih undi..tetapi selepas 4 tahun menjadi MB..janji-janji tersebut masih belom ditepati..

haah..tergagap2 nk jawab

Antara lain yang diluahkan oleh penduduk adalah:

“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,

ingin tahu lebih lanjut..baca sini

psst:puak2 PKR ni memang tau berjanji je..tunaikan tidak..dasar pembohong!!! Puiiihhh...

Monday, March 26, 2012

Azmin Ali buka pekong!!!!!!!!


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendedahkan tiga perkara, didakwa menyalahgunakan dana dan kedudukan, membabitkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) ketika menjadi Exco Selangor.

Adun Bukit Antarabangsa itu berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku Menteri Besar tidak menggunakan satu sen pun untuk ubah suai pejabat.

Selain itu, Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan program Padat yang disifatkan sebagai satu pembaziran di mana program tersebut membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis sahaja.

Hasan juga didakwa menyuburkan proses pemberian tender secara terus walaupun cuba dikekang Abdul Khalid.

Bagaimanapun beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan dakwaan Azmin berhubung salah guna peruntukan kewangan oleh Hasan, yang kini bertindak sebagai Adun Bebas, ketika memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri..


INGIN TAHU LAGI SILA KLIK SINI

Monday, December 12, 2011

Panas: MB Khalid Gagap Terduduk Dibalun Penduduk Di DUN Sendiri??

Friday, November 11, 2011

KHALID SENGAJA BUAT GAGAP UNTUK DAPAT PERHATIAN???

tahukah anda kenapa seseorang itu gagap??beberapa saintis dan pakar menjelaskan..penyakit gagap berlaku kerana mulut bertindak dahulu sebelum otak..atau dari erti kate lain seseorang itu gagal mengawal otak dan mulutnya..atau lebih direct nye..cakap xgune otak..berikut adalah contoh2 simptom2 yang melanda pesakit gagap..layann....


nampak tak simptom nye..inilah contoh orang cakap tak gune otak..ayat pertamenye saje dah merungkai segalanya.."I think dalam dewan mesti ade adab"..abes mcm mane plak dengan adab 'BOS' die kt dalam dewan parlimen?? tengok plak video di bawah..


inilah buktinye..jd bagaimana untuk menangani pesakit gagap ini..mudah saje..singkirkan mereka ini..kerana mereka cakap xgune otak!!!

posted by Pandikar Mastoor

Thursday, November 10, 2011

Khalid Dah X Gagap, Tp Da X Boleh Bercakap!!!

percaye atau tidak..khalid yang diketahui ramai merupakan seorang yang gagap..kini dilaporkan sudah tidak boleh bercakap..simptom nye bermula ketika di pangsapuri rakyat di puchong lagi..khalid dilaporkan bercakap perkara lain, jauh menyimpang dari soalan yang diajukan rakyat..rakyat tersebut bertanya tentang isu longkang tetapi die terus menjawab isu jual tanah..aik??

semalam sekali lagi penyakit nye menyerang..apabila seorang adun BN di selangor..bertanya kepada nye tentang isu bajet di dewan rakyat selangor..khalid yang gagal memberikan jawapan terus diam..sehinggakan terpaksa menggunakan speaker dewan tersebut untuk menghalau adun BN tersebut..lihat video di bawah..

dilaporkan Hassan Ali juga tidak bersetuju dgn tindakan khalid ni..kenape perkare tersebut boleh berlaku..adakah disebabkan kepimpinan selangor ni semua penakut??ini ke kepimpinan yang konon nya membela nasib rakyat??bila rakyat tanya pon pusing jawapan..tp memang diakui Pemimpin PR semuanya penakut!!adakah mereka layak memimpin negara..ppppuuuuiiiihhh...

posted by Pandikar Mastoor

Tuesday, March 22, 2011

KHALID SAMAD PEREKA AKSI VIDEO SEKS PEMIMPIN PAKATAN??

UPDATE!! -BENARKAH VIDEO SEKS PEMIMPIN KANAN PAKATAN SEBAGAI SALAH SATU STRATEGI ANWAR DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS MENJATUHKAN RAKAN PARTI POLITIK?? Artikel Sebelum ini - Video Pemimpin Utama Pakatan yang ditayangkan kepada Media di Carcosa Seri Negara menggegarkan Politik Tanah Air. Ramai wartawan berpandangan bahawa Pemimpin tersebut ada menyerupai Anwar Ibrahim walaupun telah dinafikan oleh beliau petang tadi. Namun, 1 cerita yang sedang berlegar di kalangan pemimpin2 politik terutamanya kalangan orang2 kanan Pemimpin PAS yang mengatakan bahawa salah seorang Pemimpin PAS itu dikatakan telah bersekongkol dengan Pemimpin Utama Pakatan itu dalam merancang seks terbabit. Beberapa bekas orang kanan Pemimpin Pakatan tidak menafikan, Pemimpin PAS itu bergiat aktif di dalam PAS selepas Anwar dipenjarakan dan kini turut dikaitkan sebagai salah seorang orang kanan Anwar. Mereka turut mendakwa, individu penting di dalam PAS ini sedang sibuk mengatur strategi dalam memastikan beliau bersama barisan2 nya menang dalam Pemilihan Muktamar PAS pada tahun ini dan akan mencantas Pemimpin2 PAS yang tidak seteru dengannya. Dikatakan Pemilihan Muktamar PAS pada tahun dijangka kontroversi setelah percubaan PAS bersama PKR dan DAP tidak memberi sebarang pembaharuan PAS dalam meningkatkan imej dan maruah Parti tersebut. PAS kini berhadapan dengan pelbagai pertuduhan moral pemimpin2 PKR malah turut mengaitkan beberapa Pemimpin PAS yang lain. Setakat hari ini, tiada sebarang kenyataan diberikan dari pihak parti itu termasuklah dari Presiden parti, Abdul Hadi Awang berkenaan Video Seks melibatkan Pemimpin Kanan Pakatan. SIAPAKAH PEMIMPIN PAS YANG DIMAKSUDKAN??............ MEMBANGUN BERSAMA ISLAM!!
MELAYU CINDIA Blogger Gelombang Rakyat