Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendedahkan tiga perkara, didakwa menyalahgunakan dana dan kedudukan, membabitkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) ketika menjadi Exco Selangor.
Adun Bukit Antarabangsa itu berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku Menteri Besar tidak menggunakan satu sen pun untuk ubah suai pejabat.
Selain itu, Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan program Padat yang disifatkan sebagai satu pembaziran di mana program tersebut membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis sahaja.
Hasan juga didakwa menyuburkan proses pemberian tender secara terus walaupun cuba dikekang Abdul Khalid.
Bagaimanapun beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan dakwaan Azmin berhubung salah guna peruntukan kewangan oleh Hasan, yang kini bertindak sebagai Adun Bebas, ketika memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri..
INGIN TAHU LAGI SILA KLIK SINI
0 comments:
Post a Comment