Sunday, March 11, 2012

Cayalah Veteran UMNO


Veteran UMNO masih punyai peranan yang besar di dalam parti untuk meningkatkan kesedaran kepada anak muda sekarang mengenai perjuangan parti selama ini..

"Golongan itu yang mengharungi pahit getir untuk mencapai kemerdekaan Negara sehingga Malaysia mengecapi kejayaan pada masa ini, mereka boleh memberi tunjuk ajar kepada generasi muda sekarang yang menikmati perjuangan mereka selama ini". Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO).


Sebagai orang lama di dalam UMNO, ramai yang diantaranya sudah melalui beberapa fasa zaman dan dapat menceritakan bagaimana susah payah ketika zaman penjajahan , bagaimana nak mencapai kemerdekaan dan mengurus negara.

Ramai yang diantara kita yang lahir selepas kemerdekaan , tidak merasa bagaimana peritnya orang - orang yang llahir sebelum kita, jadi pendekatan veteran UMNO ini untuk anak muda amatlah penting kerana sekarang banyak yang sudah tidak menghiraukan tentang perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan .

Golongan muda ini terdedah dengan pelbagai budaya dan anasir jahat pembangkang yang cuba menghasut seperti di dalam kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa ini.

Sekarang kita harus berwaspada, pihak pembangkang ingin melakukan undang - undang yang lebih liberal , memberi perlindungan untuk israel dan parti Pas pula mengeluarkan fatwa yang mengelirukan rakyat.

Berharap supaya anda semua tidak terpengaruh dengan anasir - anasir yang cuba menghasut hingga memecah - belahkan parti UMNO sendiri..

Sekian salam Satu Malaysia..

0 comments:

Post a Comment