Rakyat di negara ini perlu menilai dengan bijak mengenai siapa yang lebih layak menjadi Perdana Menteri sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, berbanding Anwar sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 hanya tahu mempergunakan rakyat mengadakan reformasi untuk kepentingan dirinya.
"Semua orang telah dikerah untuk menjatuhkan kerajaan sekali gus membantu merealisasikan impiannya selama ini yang sangat kemaruk menjadi perdana menteri," katanya semasa berucap pada Seminar Pengukuhan Kontraktor anjuran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Kelantan di Hotel GRV di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment