Sunday, March 18, 2012

Pas sokong Yahudi!!!

Pas Sokong yahudi , ermmmm...


Sakit kepala bila memikirkan perjuangan Pas dulu & sekarang.

Pas hari ini menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu dibuat selaras dengan prinsip yang dipegang parti itu mengenai kerjasama dengan orang bukan Islam dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan.

Bagaimanapun katanya, kerjasama dan hubungan dengan Yahudi itu hanya terbatas kepada bangsa itu yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

“Yahudi adalah satu bangsa manakala Zionis adalah satu ideologi. Kita menolak Zionis kerana ia satu ideologi yang meletakkan kefahaman bahawa bangsa Yahudi adalah mulia dan menganggap bangsa lain adalah ‘goyim’ atau hina.

“Maka, kita (Pas) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bangsa Yahudi, tetapi bukan bangsa Yahudi yang berpegang kepada ideologi Zionis,” katanya pada sesi soal jawab dalam majlis Makan Malam Bersama Pemimpin anjuran Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) di sini semalam.

pandai - pandailah ea..


0 comments:

Post a Comment