Sunday, March 18, 2012

Tau Pun Ko Takut, Anwar!!!!


TINDAKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penganjur 'forum Wikileaks' mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin dalam senarai peserta forum itu yang berlangsung semalam di Kent, England telah membuktikan sejauh manakah keberanian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

Adalah jelas Anwar terlalu takut untuk berhadapan dengan orang yang pernah menjadi alat beliau untuk melakukan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Sememangnya suatu yang aneh apabila Anwar yang begitu bijak berpidato secara tiba-tiba kecut perut apabila mendengar nama Raja Petra.

Mungkin Anwar amat menyedari bahawa jika Raja Petra dibenarkan menjadi peserta dan seterusnya berdebat dengan beliau biarpun melalui televideo Skype, ia adalah satu ancaman untuknya.

Ini memandangkan Raja Petra kini sudah berubah angin dan bukanlah menjadi ejen propaganda kepada Anwar dan pembangkang.

sumber : www.utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment