Wednesday, March 28, 2012

"Duduk Semeja Bukan Halangan Kepada Saya" - Dato Shafie Abdullah

Warga penduduk Taman Melati petang ini 28/3/12 merasa gembira dan berbesar hati kerana Dato Shafie Abdullah meluangkan masa untuk minum petang bersama penduduk di situ. Penduduk juga dapat mengajukan beberapa masalah yang berlaku di kawasan perumahan mereka .


"Program ini amat baik sekali untuk kita beramah mesra dengan penduduk - penduduk di Wangsa Maju sambil dapat kita rapatkan hubungan diantara satu sama lain. Saya menyokong program ini diteruskan sampai bila - bila". Katanya

Dato Shafie yang juga Ketua Umno bahagian Wangsa Maju,berkata tujuan beliau mengadakan jamuan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat di bahagian Wangsa Maju ini disamping mendengar masalah mereka secara tidak formal,"Kalau perjumpaan terlalu rasmi,orang tidak akan datang,sebab itu saya buat macam ini dengan pergi ke kedai kopi,dan saya berharap penduduk sekitar datang duduk dengan kita dan minum dengan kita disamping berbincang masalah mereka"katanya



Bagi beliau,program ini berjaya berikutan mendapat sambutan di luar dugaan,"Bagi saya,so far so good penduduk datang dan pergi,ramai yang menghadirkan diri mengadu kepada saya masalah mereka".Keutamaan Shafie bukan kerana politik semata mata,bercampur dan bersembang merupakan agenda utama beliau disamping mendengar sendiri masalah penduduk di bahagiannya tidak kira apa fahaman politik rakyat.





TERIMA KASIH DATO SHAFIE

ANDA INGINKAN LAGI GAMBAR

KLIK DI SINI

1 comment:

  1. inilah pemimpin yang kita mahu..
    tidak sombong dan merendah diri..
    syabas dato..
    pilihanraya kami akan sokong dato
    1 malaysia

    ReplyDelete