Saturday, June 30, 2012

Dato Shafei Rasmikan Pelancaran Jentera PRU 13 MIC Wangsa Maju

Pada 29 Jun 2012 pihak MIC Bahagian Wangsa Maju telah mengadakan pelancaran jentera pilihan raya PRU-13 yang bertempat di dewan taman setapak.


Pada majlis ini Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku ketua BN Wangsa Maju telah diberi penghormatan untuk merasmikan jentera pilihan raya ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil-wakil dari parti komponen BN yang lain antaranya dari PPP dan Parti GERAKAN.

Beberapa pemimpin UMNO Bahagian wangsa maju turut hadir menyokong majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut, Saudara Mohan selaku ketua MIC Bahagian Wangsa Maju telah menyebut mereka amat berbesar hati Dato Shafei Abdullah dilantik sebagai ketua BN Wangsa Maju, memandangkan Dato Shafei Abdullah telah banyak membantu kaum india di Wangsa Maju dalam bentuk pelbagai sumbangan yang telah diberikan.

Berikut gambar sekitar majlis..





Lagi Gambar KLIK SINI

JOM LAYAN VIDEO UCAPAN DATO DR HJ SHAFIE ABDULLAH




0 comments:

Post a Comment