1- Kalau benar lah UMNO buat konspirasi untuk menzalimi Anwar dalam kes liwat , tak bebas la hari ini dan menari riang puak-puak taksub Al Juburi ini .
2- Sepatutnya Anwar harus minta maaf kepada parti kerana selama 3 tahun sejak 2008 , beliau sering menuduh kes liwatnya ini adalah konspirasi tertinggi kerajaan UMNO ./ Barisan Nasional . Mana tempat Anwar tak fitnah UMNO ? Sehinggakan di luar negara pun , semuanya beliau bohong dan fitnah bahawa kes liwatnya ini adalaha konspirasi dari parti pemerintah .
3- Selain itu , penyokong-penyokongnya yang bangang pun menerima nasib yang sama dibohongi Anwar semaksimum mungkin .
4-Tetapi bila dibebaskan , adakah Anwar & penyokongnya nak tuduh lagi ini konspirasi UMNO /BN lagi ka ?? Sistem kehakiman seperti ini tak bebas dan telus lagi ke ??
Komen DS Najib Tun Razak yang sering dituduh dan difitnah oleh Anwar sebagai BAPAK Konspirasi Kes Liwat 11 .
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu.
"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," kata Perdana Menteri.
Najib berkata ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang kerajaan Malaysia, dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.
"Sebagai ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada satu lawatan ke Afrika Selatan.
Komen Tun Dr Mahathir
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun hairan dengan keputusan mahkamah, namun katanya keputusan itu membuktikan tiada konspirasi atau campur tangan kerajaan terhadap badan kehakiman negara.
Dr Mahathir berkata keputusan mahkamah hari ini juga membersihkan imej dan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dakwaan-dakwaan buruk, kononnya zalim sehingga boleh memanipulasikan hakim dan keputusan mahkamah di negara ini.
"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang. Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah," katanya. - Bernama
0 comments:
Post a Comment