Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut :
Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.
Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan. Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah di serahkan kepada YAB Menteri Besar.
Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain.
Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan. Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya.
Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah di pijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pakturut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain. Hari ini saya dimaklumkan bahawaYAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau.
Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezeki di bumi Selangor. Lebih-lebih lagi YB Xavier pernah mengatakan bawah kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F dibuka kepada semua kaum. Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera.
Akhirnya secara peribadi saya tidak nampak selain daripada pilihan yang tepat terhadap YB Dr Yunus. Yang lainnya tidak memberi khabar gembira kepada ahli-ahli dan penyokong PAS. Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini. Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
YB DATO' DR. HASAN ALI ADUN
Gombak Setia
Berhala wujud dalam pelbagai bentuk, sama ada secara zahir atau sebaliknya. Sikap taksub adalah salah satu petunjuk bahawa berhala telah terbentuk. Taksub terhadap individu atau suatu kumpulan tertentu menyebabkan individu atau kumpulan berkenaan diangkat menjadi berhala. Pengikut PAS adalah satu golongan yang taksub terhadap parti mereka. Maka PAS menjadi berhala bagi para pengikutnya. Sebahagian pula taksub kepada Nik Aziz, kononnya sebagai ulama sedangkan beliau seorang ahli politik yang aktif. Maka jadilah Nik Aziz sebagai berhala kepada golongan pentaksubnya. Dari segi akidah, sendiri buat pertimbangan. Kata-kata Saidina Abu Bakar ra ketika wafatnya Rasulullah saw bolehlah dijadikan panduan. Dengan siapa kita beriman, dan seluhur mana iman itu kepada Allah swt semata-mata.
ReplyDeletePas terlampau mengejar keduniaan sampai terlupa bahawasanya mereka adalah satu satu nya parti islam di dunia ini....No 1 in the world...!!tapi betul ke Islam nya? Moga-moga kebenaran akan muncul terhadap satu satu nya parti islam dalam dunia ni......yang jelas dan nyata, tidak siapa pun tahu samada dia masuk syurga atau neraka, YB Nik Aziz pun belum tau dia pergi kemana ....hanya Allah sahaja yang maha mengetahui, oleh itu kami berdoa agar pemimpin pemimpin Pas kembali ke pangkal jalan......sebelum terlambat! Cukup-cukup lah sokong DAP, iaitu orang kafir lagi rasis dan sangat benci Islam....kembali lah kepada hukum wahai ulama-ulama PAS. Semoga Allah menyedarkan Ulama - ulama Pas dan semoga pemimpin-pemimpin Pas menjalankan amanah yang telah diberikan. Anyway, Dr Ahmad Yunus adalah seorang pemimpin yang bagus dan sangat merendah diri, salah satu ciri-ciri seorang pemimpin Islam, cuma sayangnya gagal mengetuai bahagian agama Islam....!
ReplyDeleteDalam temubual TV3 sebentar tadi Datok Hasan Ali Wowwwwwwwwwwwwwww berhujah berapi-rapi, perfect, Tapi harus diingat bahawa Allah menjadikan manusia di bumi ini dengan berbagai ragam dan sampai kiamat pun kita tidak dapat merealisasikan cita-cita itu. Setakat cakap berapi-rapi boleh lah.
ReplyDeleteAllah telah telah fitrahkan kepada manusia segala kebaikan namun tidak semua yang akur akan fitrah itu.
Terlalu perfect dan terlalu syumul.
org yg mempertahankan agama islam anda sanggah tp org kristian yg memurtadkan org islam adakah anda sokong dan dianggap betul???
ReplyDeletesepatutnya org2 islam yg mempertahankan agama dan kita sendiri sebagai islam patut menyokong dan membantu setakat yg mampu demi islam dan akidah bukan hanya membiarkan saja islam dan akidah terutama anak2 kita/keluarga di rosakan didepan mata tanpa berbuat sesuatu
memang allah jadikan manusia berbagai ragam tetapi tidak bermakna kita mengunakan alasan itu utk membiarkan kerosakan akidah dan islam berlaku dgn sewenang2nya didepan mata sehingga kiamat tanpa melakukan sesuatu..pasti kita nanti akan ditanya apakah tanggungjawap kita utk mempertahankan agama dan akidah..
sbb itulah Allah anugerahkan al quran sebagai panduan dan rujukan kearah kebaikan dan Allah kurniakan para nabi dan rasul kepada umat manusia semata2 menarik manusia kearah jalan yg benar seramai yg boleh..yg penting usaha utk kearah kebaikan dan berusaha melindungi dan mempertahankan agama dan umat islam dari syaitan dan org kafir yg sentiasa mencari jalan utk menghancurkan agama islam dan umat islam dan ingatlah tanggungjawap itu dipikul oleh setiap umat islam itu sendiri
yg penting kita wajip sebagai umat islam mesti memainkan peranan utk melindungi dan mempertahankan maruah islam semampu yg boleh dan ini wajip diteruskan sehingga kiamat...kerana tanggungjawap ini pasti akan ditanya oleh Allah nanti...bukannya hanya mengeluarkan kenyataan yg memperlecehkan...
nanti jika anak anda dikristiankan...adakah anda hanya akan berkata seperti kenyataan anda diatas??
Apa bezanya Dr HA dengan KI dua-dua pun bukan Sekoler Agama tak? Maka...mengata dulang paku serepehlah...memberikan tugas kepada yg bukan ahlinya...zalim tu...
ReplyDeleteape le bengap ko nie..ko memang dah x leh nak wat ape dah..hati mu sangat itam farouk...bukan nak pertikai sikhalid tu...meme ler die skola agama...aku pun..ko pun..awat seperate portfolio tu...jgn bg alasan ore lain x da pengalaman laa...alasan bodo yg juak pakatan cam ko jer caya..kalu camtu baik xyah jd adun siyunus tu..xda ciri kepimpinan katakan...bangang
DeleteAku tengok TV3 semalam..apa yg HA tekan kan IMR..islam,melayu dan raja2.rasanya itu pendekatan Jumud untuk diimplimentkan di Malaysia.x nampak adanya demokerasi disitu.lebih kpd perkauman, banyk bodohnya...sepatutnya IRR.. Islam,rakyat dan raja.barulah boleh dijadikan kuasa ke3.konsep kenalah sesuai dgn keadaan semasa tempat dan persekitaran rakyat,cuba kita tanya diri kita, mana letaknya bangsa lain,nak atau taknak kita kena terima bangsa lain kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia dan kita tidak boleh nafikannya. padanlah kena terajang.mcm ni ke standard pemikiran bekas seorang exco?masih tersemat idealogi lapok PAS sebelum bersama PR dulu, elok bersara duduk kat masjid bnyk kan amal..rumah kata get-out..kubor kata welcome..dah senja.
ReplyDeletehahahahah tu lah ideologi lapuk pas kunun...???? bangang tu la ko nie..ko tu elok g wat amal..mude22 nie lg baguih..jgn lupe bawak abe nuar tu skali..mengata ore kunun..
Delete