Tuesday, July 26, 2011

Sarapan Pagi YBhg Dato Shafei Bersama Penduduk-penduduk dan Kontraktor-kontraktor Mengecat Flat-flat Di Tmn Melati

Taman Melati 26/07/11 Selasa

Penduduk-penduduk Flat Tmn Melati melalui Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk menganjurkan Program Santai bersarapan bersama YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Pengerusi BN Wangsa Maju.

Program Pengerusi BN Wangsa Maju turun padang acap kali di lakukan oleh YBhg Dato Shafei. Kepimpinan sebegini yang di mahukan oleh YAB Perdana Menteri di mana gagasan 1Malaysia "Rakyat Di Dahulukan dan Pencapaian Di Utamakan" dapat di terapkan dan di praktikkan oleh Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan kakitangan kerajaan.

Dalam majlis ini wakil persatuan penduduk Tuan Haji Ahmad Tasral mengucapkan kepada YBhg Dato Shafei dan Kerajaan BN kerana perihatin kepada rakyat dengan mengecat dan membaik pulih flat kediaman mereka.

YBhg Dato Shafei juga mengucapkan terima kasih kepada kontraktor-kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja mengecat sehinga selesai.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Kena rajin lah turun padang mendengar keluhan rakyat,nantikan ada isu dekat ngundi baru kenal rakyat,,taniah wangsa maju,,

    ReplyDelete
  2. dato shafei yg sy kenali dari dulu lg sentiasa mendekati rakyat dan sentiasa perihatin terhadap rakyat. Di fahamkan skg ini dato shafei setiausaha politik kpd PM di kementerian kewangan sudah berpuluh tahun minum d kedai2 kopi sambil mendengar keluhan rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat setempat.

    ReplyDelete