Sunday, July 15, 2012

Program IM4U Kawasan Wangsa Maju

Pada 15 Julai 2012 telah diadakan program IM4U di KLCC apabila menyaksikan kira-kira 50 ribu belia hadir di taman KLCC..


Pelbagai acara telah diadakan antaranya Persembahan 'Flash Mob', Pertunjukkan tarian tradisional, dan banyak 'booth' pameran di buka.

UMNO Wangsa Maju juga telah mengadakan program ini bagi kawasan Wangsa Maju dengan mengadakan Program IM4u Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama dari Pejabat Belia dan Sukan Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar Wilayah dan Majlis Sukan Negara.

Kira-kira 200 belia sekitar Wangsa Maju telah menyertai program ini dan antaranya adalah belia-belia orang asli dari kawasan Gombak

Antara acara yang diadakan bagi program ini adalah Gotong Royong membersihkan kawasan perkuburan Taman Ibukota, Setapak dan mengadakan majlis tahlil perdana.

Para peserta program juga berpeluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh pihak MERCY.

Berikut gambar sekitar majlis..





0 comments:

Post a Comment