Showing posts with label Himpunan Kebangkitan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Kebangkitan Rakyat. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Komen Tun Mahathir Tentang HKR!!!



Perhimpunan di Stadium Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada,  kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.
   
"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi...jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay hari ini.
   
Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anggota Dewan Negara Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.
   
Tun Dr Mahathir berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam.
   
"Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap diperkatakan," katanya

Monday, January 14, 2013

Media Sahkan, 215 Ribu Hadir HKR!!!



Media-media pembangkang pantas melaporkan ‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.  

Nampaknya, tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran.  Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan.

Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai ‘berjaya’.  Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.

Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta.   Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.  

Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai.   Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang.  Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium.

Faktanya, kapasiti tempat duduk stadium hanyalah 25,000.  Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas 50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi.   Di luar stadium pula, hanya satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai, dan dalam perimeter beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja.

Justeru, anggaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang.

Daripada jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang berjaya dikelentong.   Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang ‘terkelentong’.

Apa yang kurang jelas dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan.  Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan entah apa-apa lagi.   Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor dan tidak professional tidak pula menjadi isu.   Dan entah bila pula DAP bersetuju untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat setaraf.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia kelihatan kosong.  Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli UMNO.  

Walaubagaimanapun, melihat dari komen-komen penyokong PR di media sosial,  nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini.

Oleh itu, jika tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong oleh PR kononnya mereka ramai penyokong, sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10% dari sasaran 1 juta pun tidak terdaya

Sunday, January 13, 2013

Mak Bapak X Sayang Anak

   
 Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (#HKR112, #KL112) dilihat melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana membawa kanak-kanak dan remaja menyertai perhimpunan itu.

    Tinjauan Bernama di Masjid Negara di sini mendapati sekumpulan peserta yang berhimpun di kawasan masjid itu membawa bersama-sama kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 15 tahun sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.

    Kebanyakan peserta yang memakai kemeja-t hijau dan kuning dilihat turut berkumpul di KLCC, Kelab Sultan Sulaiman, Central Market, Brickfields, Jalan Sultan dan Dataran Merdeka sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.

    Mereka juga mula berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, sejak 9 pagi.

    Di Jalan Tuanku Abdul Rahman, para peserta yang membawa kanak-kanak juga berhimpun di hadapan kompleks beli-belah Sogo sejak 8 pagi dan telah diberi amaran oleh pihak polis supaya tidak melibatkan kanak-kanak kerana ia melanggar undang-undang.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini menasihatkan penganjur dan peserta himpunan itu supaya mematuhi APA.

    Beliau berkata seseorang itu melakukan kesalahan jika bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan.

    Mereka juga melanggar APA jika menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak–kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan.

    Ismail turut menegaskan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM10,000 dan RM20,000.

Saturday, January 12, 2013

Mampukah PR Tepati 27 Syarat HKR???



Kesediaan Kerajaan memberikan kelulusan kepada Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mat Sabu untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan diadakan di Stadium Merdeka pada petang ini perlu dibalas dengan setimpal oleh penganjur dan penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang.

Kerajaan hanya mohon satu saja perkara iaitu patuhi peraturan yang telah dipersetujui antara Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mat Sabu dan Polis DI Raja Malaysia.

Persoalan di sini apakah Mat Sabu dan rakan-rakan serta penyokong Pakatan Pembangkang mampu menghormati syarat yang telah mereka sendiri persetujui? Pada hari ini seluruh rakyat Mlaaysia akan menjadi saksi kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat ini.

Berikut adalah syarat-syarat yang telah dipersetujui antara polis dan penganjur;

1.         Pihak penganjur hendaklah memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian himpunan tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain

2.         Penganjur dan peserta perhimpunan tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam

3.         Penganjur hendaklah memastikan dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis

4.         Penganjur dan peserta juga hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam

5.         Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau kerosakan kepada harta atau alam sekitar

6.         Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya

7.         Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan

8.         Penganjur juga mesti lah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang ditetapkan

9.         Penganjur mestilah mematuhi cara perhimpunan yang ditetapkan di bawah Akta 736

10.      Penganjur dan peserta himpunan dikehendaki patuh kepada semua arahan yang diberikan oleh pihak polis pada setiap masa bagi menentukan suasana perhimpunan menjadi aman dan keadaan keselamatan orang serta semua peserta himpunan yang mempunyai kepentingan terjamin

11.      Penganjur dan peserta juga hendaklah menahan diri daripada melakukan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana orang ketika berlangsungnya perhimpunan

12.      Penganjur dan peserta dikehendaki menentukan tidak berlaku sebarang perbuatan khianat atau bencana ke atas harta semasa perhimpunan

13.      Membawa senjata atau barang-barang yang boleh memudaratkan atau boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan dan menyebabkan kecederaan kepada orang awam, atau kerosakan kepada harta juga turut dilarang di samping memastikan penganjur dan peserta berhimpun secara aman

14.      Pengajur juga hendaklah menentukan tiada protes jalanan

15.      Penganjur dan peserta perhimpunan juga dilarang mengganggu, mengubah dan mendirikan sebarang halangan lalu lintas

16.      Syarat-syarat yang dikenakan termasuk juga penganjur mestilah menentukan semua peserta perhimpunan berada di dalam Stadium Merdeka semasa perhimpunan. Sebarang perhimpunan di tempat lain seperti masjid dan tempat-tempat lain adalah tidak dibenarkan

17.      Pengajur juga hendaklah memastikan tiada kenderaan diletakkan di atas bahu jalan, kiri dan kanan sepanjang Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium dan Jalan Stadium serta Jalan Maharajalela

18.      Penganjur hendaklah melantik bilangan orang yang difikirkan perlu untuk membantu dalam mengatur kawalan keselamatan terhadap perhimpunan dan perarakan masuk ke tempat perhimpunan (Stadium Merdeka)

19.      Penganjur hendaklah memastikan para peserta pehimpunan tidak menimbulkan sebarang kekecohan, provokasi dan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap orang awam semasa berarak ke Stadium Merdeka

20.      Penganjur juga hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai dari tempat perhimpunan dalam keadaan teratur tanpa mengganggu keselamatan awam dan lalu lintas

21.      Penganjur juga dikehendaki memastikan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di bawa ke tempat perhimpunan

22.      Pengajur juga bertanggungjawab menentukan semua syarat dan ekartan yang telah dipersetujui dimaklum kepada semua peserta perhimpunan

23.      Pengajur juga hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membuat apa-apa bentuk rakaman perhimpunan

24.      Penganjur hendaklah menentukan semua pembesar suara dihala ke dalam stadium di sepanjang perhimpunan berlangsung

25.      Penganjur juga hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk ke dalam stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana terma yang ditetapkan oleh pihak pemilik Stadium Merdeka iaitu "The Merdeka Heritage Trust" dan petugas-petugas yang dilantik oleh penganjur hendak lah memastikan had kapasiti muatan Stadium Merdeka ini dikekalkan dari permulaan hingga akhir perhimpunan

26.      Jika berlaku limpahan dalam stadium, adalah menjadi tanggungjawab penganjur bagi menentukan kawalan dan keselamatan bagi setiap peserta

27.      Pengajur hendaklah menentukan plakad (placard), sepanduk dan kain rentang dipamerkan sewaktu peserta-peserta berjalan masuk stadium, sepanjang mereka berada di stadium dan sewaktu peserta-peserta berjalan keluar stadium apabila perhimpunan selesai mengikut syarat kedua.