Showing posts with label MB Azizan. Show all posts
Showing posts with label MB Azizan. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Hot News!!! Pas Kedah Buat Demontrasi Tolak MB Azizan???


Azizan-Tolong-Dedahkan-Cina-Yang-Serah-Duit-Pada-Phahrolrazi--300x234

Sepatutnya jam 10:30 pagi tadi, satu demonstrasi anjuran Dewan Ulama PAS Kedah dibuat di Kompleks PAS Kedah, Batu 9. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menolak Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang datang, maka program tersebut terpaksa ditunda ke pukul 12:00 tengah hari.

Perebutan jawatan Menteri Besar Kedah semakin memuncak. Krisis dalaman PAS Kedah semakin membesar sepertimana besarnya juga lubang tembelang yang mereka cuba katup selama ini. Azizan Abdul Razak sudah terlalu hampir hendak menelanjangkan siapa tok dalang yang menyebat duit taukeh-taukeh Cina menerusi penebangan rakus hutan dan penggondolan bukit serta gunung di Kedah. Malah Azizan Abdul Razak juga sudah terlalu hampir hendak mendedahkan rahsia, siapa sebenarnya yang menjadi dalang, Kedah bakal menjadi negeri muflis.

Justeru, sebelum Azizan buka mulut dan mendedahkan segala-galanya, puak berkenaan terlebih dahulu bertindak dengan memanggil ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi semata-mata untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak. Saranan agar setiap masalah diselesaikan secara musyawarah nampaknya telah digantikan dengan demonstrasi menuntut perletakan jawatan.

Beberapa hari lepas, Phahrolrazi Zawawi dengan MUKA TAK MALUnya, lengkap dengan bulu hidung terjulur, tersenyum sengih memberitahu, DIA SUDAH BERSEDIA MENJADI MENTERI BESAR KEDAH!

Punyalah konfiden menatang penjilat Guan Eng tu.

Tapi hari ini, nampaknya Phahrolrazi Zawawi dah berjaya meyakinkan Dewan Ulama PAS Kedah untuk berdemonstrasi menggulingkan Azizan Abdul Razak. Entah berapa banyaklah pula rasuah yang telah diberikannya kepada Dewan Ulama PAS Kedah untuk berbuat begitu.

Yang sahihnya, orang yang paling takut sekiranya Azizan buka mulut sebenarnya adalah Phahrolrazi Zawawi. Justeru, walau dengan apa cara sekalipun, dia perlu mendesak Azizan letak jawatan walaupun penggal pentadbiran PAS di Kedah sudah begitu hampir untuk ditalqinkan!

Sumber

Saturday, October 20, 2012

PAS Kedah Mula Tak Senang Duduk Gara-Gara Audit 2011



ALOR SETAR, 19 Okt – Slogan “telus, amanah dan perbelanjaan berhemah’ yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas hanya indah di bibir sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata ibarat cacing kepanasan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menyorok muka mereka kerana malu dengan pendedahan audit berkenaan.

“Mereka bercakap tentang pentadbiran telus, mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai dakwaan, tetapi sekarang mereka sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Bashah mengulas laporan audit tentang pelaburan projek balak yang merugikan di Papua New Guinea memaksa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat meminjam sehingga RM135 juta serta projek penyelenggaraan perumahan awam kos rendah yang dilaporkan membabitkan pemberian kontrak dan pembayaran meragukan.

Beliau berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri patut meminta maaf kepada rakyat kerana salah mengurus pentadbiran negeri dan anak syarikat yang berada di bawah Perbadanan Menteri Besar.

Ahmad Bashah berkata semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas, Azizan pernah berkata kerugian pelaburan projek balak itu adalah perkara biasa dalam perniagaan.

“Semasa menjawab soalan itu beliau memandang ringan tentang kerugian tersebut dan menjawab soalan itu dengan tiada rasa tanggungjawab. Sekarang kita melihat kerugian melebihi daripada RM4 juta seperti yang dimaklumkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Mereka sudah tidak dapat sembunyikan fakta bahawa projek itu adalah satu bencana, bukan setakat kerugian kewangan yang melibatkan duit rakyat Kedah tetapi mendedahkan hakikat ketidakupayaan kerajaan negeri mentadbir dengan baik,” katanya.

Ahmad Bashah berkata Umno Kedah pernah melaporkan kes pembalakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak pasti perkembangan kes selepas itu.

“Dengan perkembangan terbaharu daripada laporan audit itu, SPRM boleh melihat semula kes tersebut dan siasat sama ada wujud penyelewengan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Beliau mendakwa banyak lagi perkara berkaitan kerajaan negeri yang meragukan termasuk premium balak dan pendapatan daripada hasil bijih besi dan menurutnya isu berkenaan akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada 20 Nov ini.

“Saya ada membaca komen seorang Exco kerajaan negeri dalam sebuah akhbar apabila beliau mengulas laporan audit yang menyebut tentang kelemahan pengurusan GLC di mana Exco itu masih bersikap menyalahkan kerajaan terdahulu.

“Pesanan saya kepada kerajaan negeri, bangunlah dari tidur… anda sudah menjadi kerajaan lebih empat tahun dan GLC sudah dirungkai dengan bermacam-macam cara. Bertangungjawablah dengan tindakan anda,” katanya.- umno online