Showing posts with label Mustafa Ali. Show all posts
Showing posts with label Mustafa Ali. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Isu Video Lucah Mustafa Ali..UMNO Saman Mustafa




KUALA LUMPUR 23 April - UMNO memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ekoran dakwaannya mengaitkan UMNO sebagai dalang kepada penyebaran video lucah di laman sesawang.

Saman difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak atas kapasiti Pegawai Awam bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebagai plaintif di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Abdul Rauf sebagai plaintif turut meletakkan peguam, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong sebagai defendan dalam tuntutan samannya itu.

Antara tuntutan dari plaintif termasuk, menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut injuksi permohonan maaf.

Sumber

Sunday, October 7, 2012

Makin Panas!!! Mustafa Ali Dakwa Azmin Anak Emas Anwar???



Pergeseran antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita.

Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.

“Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia,” katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azmin menerusi laman twitter Ahad lalu ketika ditanya mengenai amaran Mustafa agar beliau tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh dianggap sebagai pendirian bersama pakatan pembangkang berkata: “Faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah.”

Mustafa mengeluarkan amaran tersebut selepas Azmin dilaporkan berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‘sesuai’ memegang jawatan Menteri Persekutuan jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Setiausaha Agung Pas itu, kenyataan Azmin mengenai Abdul Khalid tidak pernah dibincangkan oleh pakatan pembangkang dan jika Naib Presiden PKR tersebut berterusan mengeluarkan kenyataan sedemikian, ia bakal memberi implikasi kepada mereka-UTUSAN