Showing posts with label Rafizi. Show all posts
Showing posts with label Rafizi. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Menjawab Manifesto Video Turun Harga Kereta



Pakatan Rakyat yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengeluarkan video manifesto mereka. Awal minggu ini dikeluarkan video turun harga kereta. Seperti semua sedia maklum mereka ingin menurunkan kadar cukai eksais kenderaan secara berperingkat dan kesan ini akan merendahkan pendapatan Negara untuk mentadbir urus bumi bertuah ini.
Menurut orang kanan mereka iaitu Rafizi Ramli, kesan penurunan pendapatan ini akan dapat ditampung dengan melelong permit import (AP) di pasaran.

Harus rakyat sedar, apabila AP ini dilelong, hanya mereka yang kaya raya sahaja akan berpeluang membida AP. Konsep lelong itu mudah, siapa yang membida dengan harga lebih tinggi pastinya mereka yang akan menang ke atas lelongan itu. Tindakan melelong ini tidak ubah seperti menutup peluang mereka yang berkemampuan mendapatkan AP dan AP hanya akan dikuasai oleh golongan kaya raya dan berkemungkinan krooni Pakatan Rakyat.


Lebih menarik apabila berbicara tentang video turun harga minyak. Bagi video turun harga minyak pula Pakatan Rakyat ingin turunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter. Menurut Rafizi Ramli kadar subsidi tambahan yang perlu ditampung kerajaan hanyalah RM6.8billion setahun dan ianya mampu ditampung dengan mengalihkan subsidi PETRONAS sebanyak RM8billion yang disalurkan kepada syarikat IPP Ananda Khrisnan, Genting Group, YTL & Syarikat milik Syed Mokthar Albukhary.


Rafizi telah melakukan pelbagai pengabaian statistik didalam video tersebut:-

PERTAMA: Rafizi menyatakan menurut statistik International Energy agency (IEA) rakyat Malaysia menggunakan 10.3 billion liter petrol dan 6.3 billion liter diesel SETIAP TAHUN. Perkataan SETIAP TAHUN itu menunjukkan Rafizi mengabaikan peningkatan penggunaan petrol oleh rakyat Malaysia. Tinjauan di laman web IEA menunjukkan statistik terbaru adalah statistik pada tahun 2009. Oleh itu nilai subsidi tambahan bukan hanya RM6.8billion setahun seperti yang didakwa Rafizi tetapi lebih.




KEDUA : Minyak yang hendak diturunkan ini adalah RON95 atau RON97. Yakinlah Rafizi sengaja tidak menspesifikasikannya kerana ingin mengelirukan rakyat. Kelak beliau akan menyatakan bahawa beliau tidak menjanjikan minyak jenis apa yang ingin diturunkan.Akhirnya rakyat akan tertipu sekali lagi dengan manifesto mereka seperti mana rakyat teripu dengan manifesto di Selongar yang popular dengan kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu “Manifesto Bukan Janji”.


KETIGA : Subsidi tambahan setiap tahun yang dinyatakan Rafizi hanya RM6.8billion itu telah mengabaikan pergerakan harga minyak yg bergerak pantas naik dan turun di pasaran dunia masa kini. Seandainya harga minyak secara tiba-tiba naik mendadak, seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu, adakah nilai subsidi tambahan itu masih kekal statik pada nilai RM6.8billion. Ianya mampu melangkau melebihi subsisdi PETRONAS RM8billion yang ingin dialihkan itu. Jika itu berlaku, duit dari mana lagi akan Rafizi dan Pakatan korek untuk menuhi janji populis mereka itu.

KEEMPAT: Berkaitan RM8billion subsidi PETRONAS yang ingin dialihkan oleh Rafizi daripada empat syarikat besar Negara itu adalah langkah yg tidak bertanggungjawab. Kehilangan subsidi akan merencatkan perniagaan empat syarikat gergasi ini. Kesannya pasti ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan apabila perniagaan empat syarikat gergasi ni terjejas kerana pengalihan subsidi tersebut.

Ingatlah, malapetaka ekonomi seluruh dunia semuanya berpunya apabila terjejasnya perniagaan syarikat-syarikat gergasi di negara berkenaan. Sudahkah Rafizi menyediakan pekerjaan alternatif kepada mereka yang akan kehilangan pekerjaan hasil tindakan mengalihkan subsidi itu.


Mahukan anda melihat Malaysia juga lumpuh kerana terjejasnya syarikat yang merangsang ekonomi Negara. Perkara itu juga berlaku hanya ingin memenuhi janji populis pihak pembangkang? Terserah kepada anda untuk fikirkan. Anda bakal ada anak yang akan menwarisi Negara ini.
Kita tunggu pula video-video mansuh PTPTN dan Mansuh Tol.. Kita lihat berapa banyak lagi mengabaian statistik dan mengabaian kesan masa depan yang akan dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat. Untuk berkuasa janji yang akan memusnahkan masa depan dan pekerjaan rakyat pun sanggup dilakukan. Semoga rakyat terus dan terus berfikir

Monday, November 5, 2012

Dah Takda Isu Pakatan Nak Memfitnah Kerajaan Disuruh SPRM Buka Balik Kertas Siasatan



altPengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat satu laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ,  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta ahli perniagaan Sabah, Michael Chia yang didakwa wujudnya unsur rasuah.

Menurut Rafizi, beliau yakin dengan pendedahan yang dibuat sebelum ini membuktikan wujud unsur rasuah diantara menteri itu dengan pemimpin Sabah.

"Saya memohon kerjasama SPRM untuk menyiasat apakah wujud unsur rasuah apabila kenderaan mewah diberikan kepada seorang anak menteri oleh si tertuduh yang terlibat di dalam satu kes rasuah berprofil tinggi?," ujarnya kepada pemberita di Ibupejabat SPRM Putrajaya.

Tambahnya lagi, siasatan terhadap wang RM40 juta yang dituduh membabitkan Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia perlu dibuka semula.

Semalam, Nazri mencabar Rafizi membuat laporan di SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.

Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik Micheal Chia.

Jumaat lalu, Rafizi mengadakan sidang media dan sesi tayangan video di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Walaubagaimanapun tayangan tujuh klip video berkenaan tiada menunjukkan visual anak menteri terbabit.

Sumber

Bawa Saya Ke Mahkamah-Cabaran Nazri Kepada Rafizi



SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.

Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia.

“Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.

“Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah.

Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian mendapati anak menteri terbabit bersama ahli keluarganya tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dan Audi R8 berwarna hijau.

Kenderaan mewah itu hanya dikendalikan oleh pemandu dan pengawal peribadi kepada anak menteri itu, walaupun ia disimpan di kediamannya di salah sebuah kondominium di ibu kota.

Rafizi turut menggesa Nazri mengikut langkah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti dari Kabinet berikutan pendedahan isu syarikat milik suaminya National Feedlot Corporation (NFCorp) yang kini masih disiasat.-SH

Saturday, November 3, 2012

Ekslusif - Rafizi Trumpet Akan Adakan Konsert Untuk Mengutip Dana Membayar Saman Fitnahnya


Kelmarin Rafizi trumpet buat sidang media mendedahkan gambar-gambar yang menunjukkan kenderaan milik ahli perniagaan digunakan oleh anak Nazri Aziz.

Semalam sekali lagi Rafizi trumpet jemput pihak media datang ke pejabat PKR untuk satu lagi sidang media yang dikatakan gempar dan dia akan menunjukkan rakaman video besi.

Apa lagi.....berduyun-duyun wartawan datang nak mendengar dan melihat pendedahan gempar dari Rafizi trumpet.

Sebanyak 7 video yang ditayang untuk menunjuk kenderaan Hummer yang digunakan anak Nazri.

Tapi dalam ketujuh-tujuh video yang dia tayangkan tiada satu pun yang menunjukkan gambar ahli keluarga Nazri atau Nazri Aziz sendiri.

Ia mengundang rasa marah para wartawan yang hadir kerana mereka rasa tertipu. Apabila diasak berkali-kali oleh wartawan, Rafizi trumpet terus menamatkan sidang medianya.

Sama sama kita layan video dibawah