Wednesday, August 1, 2012

Ustaz Fathul Bari Komen Tentang Jelajah 'Janji Ditepati'


Monday, July 30, 2012

Sumbangan Ramadhan Siri 2 Kepada Ibu Tunggal, OKU Dan Anak Yatim

Pada 29 Julai 2012, bersamaan hari Ahad satu majlis Sumbangan Ramadhan kepada golongan Ibu Tunggal , OKU dan Anak Yatim Telah Diadakan.

Majlis ini merupakan siri kedua setelah siri pertam diadakan pada 27 Julai 2012 yang lepas

Majlis Anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Wangsa Maju ini telah diadakan di dua tempat berasingan bermula jam 6 ptg di Surau At-Taqwa,Taman Setapak dan Surau Flat Danau Kota yang dilangsungkan selepas solat tarawih

Pada majlis ini Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju telah menyampaikan sumbangan tersebut..

Sumbangan merupakan wang tunai serta barang-barang keperluan harian agar dapat meringankan beban Ibu-Ibu Tunggal, Golongan OKU serta Anak Yatim.

Beberapa kepimpinan UMNO Bahagian Wangsa Maju turut hadir pada majlis ini..

Berikut gambar sekitar majlis..






Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional

Janji Ditepati

Saturday, July 28, 2012

Ekslusif - PAS Mengaku Sesat????!!!


Kalau PAS bertanya apakah yang dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam di Malaysia, jawapannya adalah perjuangan UMNO ke arah itu bermula sejak tuntutan kemerdekaan 1957 lagi.

Perkara penting yang ditekankan oleh UMNO semasa membentuk pakatan murni dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan adalah Islam dijadikan agama rasmi negara. Perkara ini tidak ada kompromi, walaupun pihak penjajah tidak begitu berkenan dengan syarat ini.

Perjuangan untuk membangunkan Islam oleh UMNO bermula lebih awal daripada perjuangan Islam ala-PAS oleh PAS. Kalau UMNO menjadikan Islam sebagai pra-syarat untuk berunding dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan, tetapi PAS menjadikan Islam sebagai alat memuaskan nafsu kecewa Haji Ahmad Fuad yang tewas kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO.

Kalau UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi PAS memperjuangkan Islam untuk meruntuhkan teraju kepimpinan negara yang didominasikan oleh Melayu yang sudah tentunya Islam. PAS lebih rela menggilirkan jawatan Perdana Menteri dengan bukan-Islam asalkan cita-cita politik berlandaskan nafsu serakah mereka tercapai.



Janganlah PAS bertanya apakah yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam, sebaliknya bertanyalah apakah yang dilakukan oleh PAS sendiri ke arah itu di Kelantan. Kalau nak disebutkan rentetan usaha UMNO sejak 1957 bagi pembangunan Islam, jumlahnya terlalu banyak berbanding sekelumit usaha PAS.

Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB), UMNO menubuhkan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH), Perkim dan Felda, antara badan yang menekankan kepentingan umat Islam di negara ini. Semasa DEB, UMNO menubuhkan universiti-universiti – UKM – untuk memberi ruang lebih luas kepada generasi Melayu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Bank Islam, UIA, ASN. ASB, IKIM, Pusat Islam – semuanya lahir dari idea kepimpinan UMNO. Mampukah pemimpin PAS merangka program-program sebesar ini?

Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri Kelantan seluas 2,000 ekar kepada syarikat bukan-Melayu dari Singapura untuk ditanam kelapa sawit perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz dengan liputan akhbar yang meluas?.



Kalau nak dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri lain yang membuka tanah berpuluh-puluh ribu ekar di Indonesia untuk tanaman kelapa sawit dengan pegangan 70 peratus kepentingan, Nik Aziz berbangga dengan kepentingan 30 peratus sedangkan syarikat asing memegang 70 peratus.

Tidak adakah syarikat-syarikat Melayu di Kelantan yang mampu membangunkan tanah kelapa sawit yang luasnya sekangkang kera itu?

Ketika UMNO memberikan bantuan kemanusiaan kepada sahabat-sahabat Islam yang menderita seperti di Bosnia, Kosovo dan Mindanau. PAS lebih banyak mempolitikkan isu ini. PAS buat ceramah semata-mata untuk mengutip wang bagi membiayai agenda politik sempit, dan tidak langsung prihatin untuk memberikan bantuan kepada rakyat menderita, khususnya di Kosovo.

PAS, lupakanlah cita-cita untuk menghancurkan politik orang Melayu, kerana cita-cita itu samalah dengan meletakkan Islam di paras yang hina suatu masa nanti. Jangan racuni fikiran generasi muda dengan idea-idea politik yang terpesong jauh daripada asas kekuatan sebenar politik orang Melayu yang berteraskan UMNO di negara ini.

Janganlah bermain api, kerana akhirnya orang Melayu akan sedar sejauh mana kejujuran politik tidak matang PAS.

Kredit Belantan.blogspot

Sumbangan Ramadhan Kepada Ibu Tunggal, OKU Dan Anak Yatim

Pada 27 Julai 2012, bersamaan hari Jumaat satu majlis Sumbangan Ramadhan kepada golongan Ibu Tunggal , OKU dan Anak Yatim Telah Diadakan.

Majlis Anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Wangsa Maju ini telah diadakan di dua tempat berasingan bermula jam 6 ptg di Surau Nazariah Kg Puah dan Masjid Saad bin Abi Waqas yang dilangsungkan selepas solat tarawih

Pada majlis ini Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju telah menyampaikan sumbangan tersebut..

Sumbangan merupakan wang tunai serta barang-barang keperluan harian agar dapat meringankan beban Ibu-Ibu Tunggal, Golongan OKU serta Anak Yatim.

Beberapa kepimpinan UMNO Bahagian Wangsa Maju turut hadir pada majlis ini..

Berikut gambar sekitar majlis..





Lagi Gambar Klik Disini

Thursday, July 26, 2012

Pakatan Rakyat Cuba Reka Slogan Untuk Lawan Slogan "Janjji Ditepati" ???


Respon Pakatan Rakyat (PR) yang memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan supaya menukar tema Hari Merdeka telah menyerlahkan lagi kegusaran pembangkang terhadap slogan Janji Ditepati

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bukan satu kesalahan untuk menggunakan slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan menunaikan janji-janjinya.

“55 Tahun Merdeka Janji Ditepati,”dipilih sebagai tema hari kemerdekaan tahun ini.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Pemilihan tema Hari Kebangsaan merupakan hak kerajaan memerintah berdasarkan keperluan semasa tanpa sikap prejudis kepada mana-mana pihak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

“Menepati janji adalah satu nilai universal yang amat murni dan apabila kita sebut janji ditepati, ia memberi satu motivasi kepada rakyat untuk menepati apa saja janji yang diikrarkan.

“Sebagai satu nilai universal, apa yang diputuskan itu mencakupi semua aspek kehidupan, kecuali ia disempitkan dengan mencari makna daripada sudut politik,” katanya.

AIDCNews 26 April melaporkan ‘Faktor Janji Yang Tidak Ditepati’ merupakan faktor utama yang menyebabkan kemerosotan populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Oktober 2008 hingga sekarang.

Rumusan itu dibuat berdasarkan kajian Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM terhadap populariti lima pemimpin politik negara.

Kajian itu mendapati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 diikuti pula dengan peningkatan populariti Perdana Menteri sekarang, Najib Tun Razak.

Manakala, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, didapati populariti mereka merosot.

Malah, kajian itu menemui satu penemuan yang mengejutkan apabila populariti Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim jatuh menjunam bermula Oktober 2008.

Populariti Anwar berada di tempat tercorot berbanding dengan Nik Aziz dan Guan Eng

Sumber:Anwaraidc

Monday, July 23, 2012

Farid Ismeth Puji Anwar Ibrahim Diatas Kepimpinan Beliau Dalam Pakatam??!!!