Klik Untuk Ke Laman Rasmi

Sunday, May 27, 2012

HBN 2012 Capai Sasaran, Belia Semakin Bijak Buat Keputusan !!!

PUTRAJAYA, 26 Mei – Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.

“ Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.

Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.

“Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan,” katanya disertai dengan sorakan para belia.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.


“Tahun lepas kita telah mencapai sasaran seramai sejuta belia dan tahun ini menterinya (Datuk Ahmad Shabery Cheek) telah berjaya menyahut cabaran saya apabila berjaya mencapai sasaran seramai dua juta belia,” katanya.

Selain itu, Najib turut berkata tema Hari Belia Negara 2012 iaitu ‘Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’ amat bersesuaian kerana dari semasa ke semasa pihak kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Ucapan DS Najib Di Pentas HBN 2012 !!!

Saturday, May 26, 2012

Himpunan Jutaan Belia Terima Kunjungan Hormat Dari 42 Wakil Luar Negara

alt

PUTRAJAYA 24 Mei - Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula semalam turut mendapat perhatian rakan-rakan dari Negara Luar.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim, setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara.

Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan pada 25 Mei ini bermula jam 4 petang.

alt

"Saya akan memastikan mereka kagum dengan penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia di sini.

Beberapa Negara yang bakal menyertai sessi tinjauan mesra tersebut yang diantaranya termasuklah dari Negara Perancis, China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan Bangladesh.

alt

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang mampu membanggakan segenap masyarakat global.

Festival Jazz Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang di sini yang membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara Trio (AS), Lektron (Jerman), Cats In Love (Malaysia), Diana Liu (Malaysia), Morning Smile (Indonesia), 57Kustik (Indonesia), Benjamin Trio (Singapura) dan Dhruv Band (India).

Friday, May 18, 2012

Colour Of Malaysia Youth Ekslusif Hanya Di Hari Belia Negara 2012

Klik disini untuk Keterangan lanjut

BELIA PENENTU MASA DEPAN NEGARA

AYUH KITA KE PUTRAJAYA 23 MEI HINGGA 27 MEI INI

Sekitar Majlis Tahlil Perdana Anjuran UMNO Wangsa Maju

Semalam, Dato Shafei Abdullah Dan UMNO Wangsa Maju dengan kerjasama Madrasah Assadah Seksyen 1 Wangsa Maju telah mengadakan Program Tahlil Perdana Dan Bacaan Yassin di Madrasah tersebut. UMNO Bahagian Wangsa Maju juga menyumbangkan surah yassin dan jamuan di Majlis itu.

Dato Shafei Abdullah juga berjanji akan memberi sumbangan kepada Madrasah tersebut dan antara barang - barang yang akan disumbangkan untuk Madrasah tersebut ialah :-

1) 2 biji khemah untuk kegunaan ahli kariah
2) Penghawa Dingin
3) P.A system
4) Cat untuk mencantikkan lagi Madrasah tersebut.

Sumbangan ini bukanlah untuk tujuan politik semata - semata , sumbangan ini adalah untuk membantu rakyat agar lebih selesa.

Klik Disini
TERIMA KASIH DATO SHAFEI
BN MENANG RAKYAT SENANG
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL