Wednesday, February 29, 2012

Suami Watiwani - Bukan 20 Samseng, Tetapi Hanya 12 ??


Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.


Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.

Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden

Tuesday, February 28, 2012

Pakatan Rahsiakan 25 Perkara Penting Tentang Lynas Dari Rakyat


25 fakta penting yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia mengenai Lynas :

1) Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

2) Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

3) Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4) 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.

5) China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6) Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7) Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.

8) Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.

9) Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.

10) Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.

11) Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.

12) Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.

13) Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

14) Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.

15) Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

16) Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

17) Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.

18) Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

19) Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.

20) Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

21) Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.

22) Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.

24) Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.

25) Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.

Monday, February 27, 2012

Friday, February 24, 2012

Tun Mahathir Dedah Kenapa Pas Guna Taktik Kapal Israel Pertahan Anwar


Pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat ke atas sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dengan membangkitkan isu kapal dagang negara itu singgah di pelabuhan Malaysia.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan isu kapal Israel di perairan negara adalah tertakluk kepada undang-undang antarabangsa tetapi diperalatkan oleh Pas untuk menutup sokongan Anwar terhadap rejim Zionis.

Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.

Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
Justeru, anak kapalnya tidak dibenarkan ke darat dan syarikat perkapalan itu sendiri tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusniaga.

Petang ini, Pemuda Pas dijadualkan mengadakan tunjuk perasaan di West Port membantah kemasukan kapal kargo daripada negara itu di perairan negara.

Mengulas protes itu, Mahathir berkata ia hanya bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada pendirian Anwar mengiktiraf rejim Zionis itu.

“Dia (Anwar) memang menyokong Israel, jadi Nik Aziz cuba pertahan dia dengan menyoal kenapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel masuk ke pelabuhan Klang,” kata Mahathir.

“Ia adalah satu amalan antarabangsa dan kalau hendak adakan satu sekatan, mungkin perlu rujuk kepada undang-undang antarabangsa berhubung isu ini,” katanya.

Anwar semalam berkata Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah negara jika rejimnya berundur daripada tanah Palestin dan menghentikan segala kekejaman terhadap penduduk negara itu.

Pendirian itu disampaikan kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun NIk Aziz sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan sekali pun.

Mahathir bersetuju Israel tidak boleh disokong dalam apa keadaan sekali pun.

“Yang saya tahu kita tidak boleh sokong Israel sama sekali. Yang pertamanya negara ini hasil rampasan Wilayah orang lain yang tidak diiktiraf walaupun dunia iktiraf Israel tetapi dia adalah hasil rampasan,” kata beliau.

“Dan dia (Israel) membelakangkan undang-undang antarabangsa dan adakan sekatan ke atas Gaza dan sebagainya . Inikah manusia yang kita patut jaga keselamatan dia…orang patut jaga jangan bagi dia (Israel) serang negara lain bukan bagi dia sokong keselamatan Israel,” tambah Mahathir.

“Jadi ini satu rejim yang cukup zalim, kalau Amerika hendak tukar rejim, inilah rejim yang patut tukar dahulu,” katanya – antarapos

Thursday, February 23, 2012

Derhaka Jika Tegur Nik Aziz ??


Imam Muda Masjid As-Somadi, Getting, Rosli Abdul Latif, 31, melahirkan rasa kecewa terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan yang mengutamakan politik kepartian daripada kepentingan agama.

Menurut beliau, pemulauan terhadap beliau bermula apabila bapa mertuanya yang juga pengasas Pondok Getting, Abdullah Sa'amah menaiki pentas UMNO atas dasar perpaduan dan kerap mengkritik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau, perlantikannya sebagai imam muda masjid Geting adalah dibawah kuasa Majlis Agama Islam kelantan (MAIK) dan sehingga hari ini beliau masih belum menerima apa-apa surat daripada pihak jabatan agama Islam Kelantan.

"AJK masjid seolah-olah lebih sudu daripada kuah. Saya katakan begitu kerana sungguhpun bapa mertua saya sering mengritik Nik Aziz dan sebagainya, saya langsung tidak masuk campur. Malah sebarang ceramah baik ceramah bapa mertua saya, ceramah Pas dan ceramah UMNO saya tidak pernah hadir.

"Saya tidak pernah menzahirkan kecenderungan terhadap mana-mana parti politik. Ini kerana saya tahu tanggungjawab saya adalah Imam. Perkara itu adalah di dalam hati kecil saya dan Allah sahaja yang tahu," katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bapa mertuanya, Abdullah Sa'amah yang juga pengasas Pondok Geting kerap mengkritik Nik Abdul Aziz kerana berpendapat Mursyidul Am Pas itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam seperti tidak menggalakkan sambutan Maulidur Rasul dan mengatakan Allah pun mencarut.

Monday, February 20, 2012

Dedah Panas : Anwar Gelek Bollywood Pada Malam AidilAdha ???

Awal malam 5 November 2011 bersamaan dengan 9 Zulhijjah masyarakat Islam di Malaysia sudah mula bertakbir memuji Allah sebagai menyambut hari besar AidilAdha. Tetapi tidak kepada pemimpin ini,yang masih lagi berjoget demi untuk survival politik songsang beliau


psst/: Ini ke gaya org sakit tulang belakang??kah..kah..kah..

Kantoi!!! : Maksud A.B.U..Asalkan Bukan Melayu??

Dalam dok komen di Malaysiakini, akhirnya cybertrooper pembangkang di Malaysiakini pecah rahsia.

Cuba tengok ni.

Baru MyMassa tahu bahawa ABU sebenarnya bermaksud ASAL BUKAN MELAYU.

Dengan menolak UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka lepas ini makin mudah untuk DAP menjajah Malaysia seperti PAP di Singapura.

Ianya selari dengan hujah Guan Eng dalam debat iaitu DAP menolak KETUANAN MELAYU tetapi mengangkat ketuanan rakyat. Ketuanan rakyat atau ketuanan keluarga Lim, Karpal dan Anwar?

*Kalau sesiapa yang perasan, yang komen di Malaysiakini kebanyakkannya bukan Melayu tapi pakai nama Melayu (contohnya Zanirun Baba). Cybertrooper DAP ni cuba hasut orang Melayu untuk pecahkan perpaduan orang Melayu. Malangnya ramai orang PAS dah termakan dengan mainan DAP. Rahsianya, cybertrooper DAP ini merupakan salah satu tugas 28 orang pegawai media Lim Guan Eng yang dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Dipetik Dari MyMassa

Friday, February 17, 2012

Fitnah terhadap DS Najib Terbongkar !!!


anda nilaikan..sibuk kata UMNO fitnah..tapi realitinya??

Monday, February 13, 2012

Jom Layan Video Roadshow Hasan Ali Di Keramat

Roadshow Masa Depan Politik Malaysia Bersama YB Dato' Dr. Hassan Ali di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Flat Taman Keramat Permai, Jalan AU 1, Taman Keramat, Ampang. 12 Februari 2012.

Part 1

Part 2

Part 3

Friday, February 10, 2012

KJ Jawab Tuduhan 'Pakar Ekonomi' Pakatan Rakyat


Baru-baru ni Nurul Izzah & Tony Pua telah mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang memburuk-burukkan KWSP berhubung dengan Skim Pinjaman untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Semalam, Khairy Jamaluddin @ KJ telah mengeluarkan kenyataan yang berjaya menelanjangkan niat buruk Nurul Izzah dan Tony Pua.

Mari kita lihat apa ulasan KJ terhadap tuduhan Tony Pua & Nurul Izzah…

Tuduhan 1 Tony Pua & Nurul Izzah:

EPF akan meminjamkan wang kepada individu bagi membeli rumah. Ini bersalahan dengan Seksyen 26 Akta KWSP yang melarang KWSP memberi pinjaman kepada individu.

Jawapan KJ & KWSP:

KWSP akan meminjamkan wang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). YWP pula akan memberi pinjaman kepada individu yang layak. Ini jelas tidak melanggar sebarang peruntukan Akta KWSP.

Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.

Tuduhan 2 Tony Pua & Nurul Izzah:

Pinjaman yang diberi adalah berisiko tinggi kepada KWSP.

Jawapan KJ & KWSP:

Pinjaman ini tidak berisiko tinggi kerana KWSP telah menetapkan syarat yang ketat.

1. Jumlah pulangan yang diterima KWSP ialah 5.5% setahun.

2. Nilai cagaran adalah lebih dua kali ganda nilai pinjaman.

3. DBKL perlu menyediakan rizab sebanyak 25% dari jumlah pinjaman.

4. Hanya penghuni yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik sahaja akan ditawarkan pinjaman.

5. DBKL juga memberi jaminan akan membeli balik semua rumah jika terdapat masalah pembayaran oleh peminjam.

Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.

Tuduhan 3 Tony Pua & Nurul Izzah:

Wang KWSP tidak patut digunakan untuk kepentingan politik.

Jawapan KJ:

Pakatan Rakyat memang HIPOKRIT. Dalam manifesto pilihanraya Buku Jingga yang jelas berunsur POLITIK, mereka menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan tol dengan mengarahkan agensi kerajaan yang memegang saham dalam syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk mengambil alih PLUS dan menghapuskan tol. KWSP adalah pemegang saham di dalam PLUS. Ini bermakna duit KWSP akan digunakan untuk membeli PLUS tanpa sebarang pulangan kerana tol akan dihapuskan.

Harus diingat, KWSP melabur dalam PLUS kerana pulangannya yang tinggi. Keuntungan ini pergi ke siapa? Keuntungan pergi kepada kita, rakyat Malaysia, selaku pencarum KWSP!! Jadi bila PLUS untung besar, KWSP turut untung besar juga. Bila KWSP untung besar, simpanan KWSP kita turut meningkat TINGGI!! Alhamdulillah, bertambah simpanan untuk hari tua kita.

Jadi, siapa yang hipokrit sebenarnya? Tony Pua & Nurul Izzah kata jangan guna duit KWSP untuk beri pinjaman kepada penduduk PPR & PA kerana kononnya ia boleh mengurangkan simpanan KWSP sedangkan skim ini menjamin pulangan sebanyak 5.5% setahun kepada KWSP! Bukannya KWSP bagi duit percuma kepada penghuni PPR!

Bandingkan pula dengan manifesto pilihanraya mereka yang jauh lebih buruk kesannya. Bukan sahaja berbilion duit KWSP hangus kerana terpaksa beli PLUS tanpa pulangan, tapi simpanan hari tua kita juga akan terhakis teruk!!

Aku tanya sekali lagi, siapa yang hipokrit sebenarnya?

Kesimpulan : TONY PUA & NURUL IZZAH MEMANG HIPOKRIT!


Thursday, February 9, 2012

Tun M Dedah Kenapa Anwar Suka Liwat !!!




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semula jadi manusia, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar baru-baru ini telah menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

“Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang.

“Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte, Egalite, Fraternite iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus,” katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc hari ini, yang bertajuk Lapok.

Dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di Barat sekarang, katanya.

“Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks.

Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki.

“Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi,” kata Dr. Mahathir.

Lain-lain konsep kebebasan semula jadi manusia termasuklah menukar konsep institusi perkahwinan dan kekeluargaan dengan mentakrifkan pasangan yang bersekedudukan sebagai berkeluarga, boleh menukar pasangan tanpa penceraian dan siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting, katanya. - BERNAMA

Wednesday, February 8, 2012

Panas Terkini : Anwar Dalam Majalah Porno Jepun !!!

Fuhh...Benarkah Anwar begitu popular..begitu popular sehingga majalah porno jepun menyebut anwar dalam ruangan dlm majalah tersebut??

nak tau BACA SINI..

Friday, February 3, 2012

Bukti Nyata Mengapa Anda Perlu Menyokong BN !!!


Ini antara bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji yg telah ditaburkan semasa Pilihanraya Kecil Manek Urai, pada tahun 2009.

Pada PRK tersebut, calon PAS telah menang menewaskan calon BN daripada UMNO.

Pada kempen pilihanraya tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji jika BN menang, penduduk Kampung Manik Urai akan dapat kemudahan jambatan dan pelbagai lagi lah.

Walaupun BN tewas pada PRK tersebut tetapi JANJI TETAP JANJI. Apa yg dijanjikan oleh TPM tetap dilaksanakan juga demi kepentingan penduduk kampung tersebut meneruskan kelangsungan hidup yg sempurna.

Projek pembinaan jambatan ini telah tertangguh disebabkan masalah teknikal yg berlaku seperti pembelian tanah, reka bentuk dan lain-lain. Kos pembinaan sepatutnya bernilai RM8juta telah meningkat ke angka RM17juta disebabkan masalah² tersebut.

Bagaimanapun menurut sumber, banyak lagi janji seperti membaik pulih rumah bernilai RM1.5 juta telah siap dilaksanakan empat bulan selepas BN tewas di kawasan tersebut. Kos membina gelanggang sukan di Kampung Manjor bernilai RM300,000 telah berjaya disiapkan dan juga telah digunakan oleh penduduk.

Janji Pakatan dah ditunaikan ker belum?

Wednesday, February 1, 2012

Hadi Awang Semakin Tersisih Dan Tidak Relevan..

ANWARAIDC - Hakikatnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tidak relevan kepada PAS Baru yang dikuasai kumpulan proErdogan atau sekarang boleh kita tukar jadi proAnwar.

Kenapa saya katakan demikian?

Pertama Hadi ialah seorang yang berperwatakan keras dalam ceramah dan pendirian tetapi lembut pada hatinya.

Tidak hairan kalau Hadi boleh duduk BERBINCANG dengan pemimpin UMNO, termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dianggap dua tokoh politik yang ‘keras’ di Terengganu. Ketika UMNO menjadi pembangkang, Ahmad Said menyerang Hadi dan kepimpinan PAS tanpa ‘belas kasihan’.

Namun mereka boleh duduk membincangkan perkara ‘kepentingan rakyat’ jika perlu apabila Ahmad Said pula menjadi Menteri Besar.

Keduanya, Hadi sebelum ini pernah ‘berlembut’ dengan UMNO dalam usaha merapatkan perbezaan politik dan Islam tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada tekanan pemimpin PAS yang lebih keras pendirian mereka, termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melihat ‘kuasa politik’ mengatasi kepentingan perpaduan Islam.

Hadi sebagai pemimpin yang berasal dari Terengganu yang PAS lebih ‘lembut’ berbanding PAS Kelantan sudah pasti tidak mahu melihat orang Melayu dan Islam yang tinggal tidak sekerat mana terus berpecah dan bertelagah sesama sendiri.

Hadi mungkin insaf – bukan seperti Nik Aziz – bahawa perpecahan berlanjutan umat Islam akan sedikit sebanyak sebenarnya diakibatkan olehnya akibat Fatwa Hadi yang menyebabkan wujudnya sembahyang dua imam, tidak boleh makan daging disembelih oleh orang Islam selain PAS dan keruntuhan keharmonian rumah tangga jika ahli keluarga berbeza parti.

Tidak sedemikian dengan Nik Aziz yang bongkak dan merasakan dirinya mengatasi segala-gala hasil dendam kesumatnya terhadap UMNO yang menyebabkan PAS ditendang keluar oleh Barisan Nasional kerana angkara pemimpin mereka sendiri.

Nik Aziz melihat parti bukan individu dalam UMNO dan dengan meletakkan bekerjasama dengan bukan Islam yang terang terangan antiIslam ‘dihalalkan’ sebaliknya dengan UMNO haram dan tidak akan berlaku sampai bila-bila.

Nik Aziz tidak takut dosa kerana menganggap menjauhi UMNO sebagai sesuatu yang wajib dilakukan sedangkan Hadi di Terengganu tidak merasakan sedemikian kerana Hadi berjinak-jinak dengan PAS hanya awal 1980an, iaitu selepas PAS ditendang keluar dari BN.

Ketiga, memang Hadi pun rapat dengan Anwar tetapi tidak ‘serapat’ Nik Aziz. Hadi dilihat rapat kerana sebagai pemimpin komponen pakatan pembangkang, Hadi perlu dilihat seiringan dalam perjuangan.

Namun, apakah Buku Jingga itu sesuatu yang perlu Hadi utamakan berbanding al-Quran.
Apakah al-Quran mengajak kita bermusuhan sesama Islam dan menghukum orang Islam biasa sebagai kafir hanya kerana mereka ahli UMNO?

UMNO yang mempunyai kira-kira 3 juta ahli hanya mempunyai pemimpin sekitar 200 orang dan di antara mereka hanya kira-kira 30 sahaja yang berpengaruh dan di kalangan 30 itu hanya 5 sahaja yang boleh dianggap sebagai ‘musuh’ Hadi iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Penerangan dan Setiausaha.

Yang ke 5 itu hanya kadangkala sahaja sama ada Menteri, Ketua Bahagian atau Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Yang lain ialah pemimpin dan ahli UMNO biasa yang bukan saingan Hadi.

Dalam konteks dengan Anwar, jelas banyak perbezaan antara mereka iaitu Hadi tidak terpalit dengan isu moral dan kehidupan yang ‘lavish’ berbanding Anwar yang sentiasa ke luar negara, bertemu pelbagai manusia, termasuk Yahudi.

Sedangkan Hadi bukan sahaja keras dalam pendirian Islamnya tetapi tidak mungkin Hadi boleh tunduk kepada kemahuan Yahudi berbanding Anwar.

Berdasarkan kedudukan Hadi yang lebih ‘berlembut’ dengan UMNO berbanding Anwar, Timbalannya Mohamad Sabu, Nik Aziz, apa lagi Lim Kit Siang serta pemimpin utama PKR seperti Azmin Ali, Hadi sebenarnya tidak boleh duduk bersama lagi dengan mereka.

Hadi sangat terasa beliau kini ‘out of place’ dalam konteks kepimpinan politik pembangkang ketika ini.

Apakah pendirian Hadi mengenai pandangan untuk mengiktiraf Israel?

Hadi juga tidak dilihat akan menjadi Perdana Menteri kerana bukan sahaja kegagalannya ketika menjadi Menteri Besar Terengganu antara 1999 – 2004 tetapi apabila Anwar dikatakan akan dipenjarakan, pemimpin pakatan pembangkang tidak sebulat suara menyebut Hadi bakal Perdana Menteri.

Yang ditonjol ialah keluarga dan yang rapat dengan Anwar seperti anak perempuan Anwar, Nurul Izzah dan Azmin Ali.

Jadi apabila Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Presidennya untuk berundur dan bersedia tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, ia kenyataan diplomasi dan mahu tutup pertelingkahan ideologi dalam PAS sahaja.

Katalah apa pun, sama ada Hadi sanggup berundur ketika berada di puncak dalam karier politiknya ataupun Hadi tetap diperlukan berada dalam parti, ia bukan lagi relevan ketika ini.

Yang pasti, Hadi mungkin sudah muak dengan gelagat sesetengah pemimpin yang begitu proAnwar dan sedikit sebanyak Hadi mulai ‘mengenali Anwar secara lebih dekat’.

Kita lihatlah akan ada kenyataan ‘sedih’ apabila PAS membincangkan hasrat pengunduran Abdul Hadi pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja parti itu 12 Februari depan.

Sudah semestinya PAS mahu ‘cover’ perpecahan dalamannya itu dengan mengatakan Hadi mahu beri peluang kepada muka baru dan mahu berundur itu sebagai sikap pemimpin Pas yang amanah.

Hakikatnya Hadi yang kini semakin tertekan dengan sikap pemimpin proAnwar yang apa pun boleh – depan atau belakang – mula melihat bahawa perkara seperti pemecatan Dr Hasan Ali bukan sahaja merugikan parti tetapi semakin ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Golongan muda dalam PAS bukan kalangan yang boleh dicucuk hidung oleh pemimpin PAS yang proAnwar.

Mereka adalah golongan yang mahukan PAS yang bersih dan berlandaskan perjuangan kepada Islam, bukan sanggup mengorbankan Islam hanya kerana kuasa dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ringkasnya, hasrat dan usaha PAS untuk ke Putrajaya sedikit sebanyak semakin tergencat selepas Dr Hasan dipecat dan Hadi pula mengumumkan akan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya nanti.

Hadi tahu di Terengganu pun dia bukan calon untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar kalaupun PAS menang. Tokoh lebih muda dikatakan lebih mampu seperti Wahid Endut atau Syed Azman Syed Nawawi yang kini dilihat lebih popular daripadanya.

Atau mungkin Hadi semakin sedar PAS semakin sukar di Terengganu kerana rakyat sedar bahawa negara kebajikan yang ditaja oleh PAS slogan semata-mata.

Sedangkan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said semakin gah dan menarik sokongan rakyat hasil dasar 1Malaysia yang mendahulkan rakyat selain kepimpinan negeri sendiri turut mengamalkan sikap cakna rakyat melalui Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

ANWARAIDC

Sidang Media : Hasan Ali Hentam Anwar !!