Thursday, February 9, 2012

Tun M Dedah Kenapa Anwar Suka Liwat !!!




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semula jadi manusia, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar baru-baru ini telah menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

“Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang.

“Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte, Egalite, Fraternite iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus,” katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc hari ini, yang bertajuk Lapok.

Dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di Barat sekarang, katanya.

“Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks.

Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki.

“Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi,” kata Dr. Mahathir.

Lain-lain konsep kebebasan semula jadi manusia termasuklah menukar konsep institusi perkahwinan dan kekeluargaan dengan mentakrifkan pasangan yang bersekedudukan sebagai berkeluarga, boleh menukar pasangan tanpa penceraian dan siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting, katanya. - BERNAMA

2 comments:

  1. Aku sokong pendapat Tun itu dan satu persoaalan berligar dalam kepala aku mengenai hak kebebasan seks , satu persoaalan bodoh na ku lontarkan pada DSAI, seandai nya si kapral Singh na ''pakai'' isterinya berdasar kan hak kebebasan yang di perjuabgkan DSAI boleh kah di bagi pada si benggali itu isterinya? renung renungkan lah, kalau di biarkan DSAI memerintah M'sia ini [ na'auzubillah hi min zaliq ] apa akan jadi dengan orang orang islam....fuhhhhh

    ReplyDelete
  2. memang pun dia kan pengikut setia john bapa pluralisma dan john locke bapa humanisme yg jelas menolak sama sekali elemen ketuhanan dan tak lupa anugerah tuhan kak jijah tu barua zionis jugak

    ReplyDelete