Monday, April 30, 2012

Penyokong BERSHIT terus insaf ??????



Setelah satu demontrasi yang diadakan baru - baru ini mengakibatkan banyak harta benda yang rosak dan mencemarkan nama baik Malaysia terutama kepada pelancong yang datang mengunjungi Malaysia pada hari sabtu yang lalu.

Bagaimana reaksi mereka terhadap Malaysia setelah mereka tengok sendiri apa yang terjadi pada masa itu. Sudahlah Dataran Merdeka menjadi salah satu tempat yang kerap dikunjungi oleh pelancong asing.

Ini ada satu lagi cerita berkenaan dengan peserta Bershit yang tergaman tak terkata kerana kena sound ngan sorang mat saleh ni..hahahaha..geli perut bila tengok reaksi peserta bersih ni kena sound ngan mat saleh tu...

Sekali mat saleh tu cakap bahasa malaysia, terdiam ko ..Anda semua saksikan video di bawah.



Posted by Gempur Wangsa

Dato Shafei Di rai Majlis Makan Malam Kaum Cina Di Gombak

Pada 29 April 2012 Jam 8 Malam, Dato Mohd Shafei b Abdullah telah hadir ke Majlis Makan Malam Anjuran Tokong Dewa Lan Tian Ken. Beberapa Ahli UMNO juga turut hadir menyertai Dato Mohd Shafei b Abdullah.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong serta Pengerusi MCA Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look.

Dalam majlis itu, menyaksikan Dato Mohd Shafei b Abdullah turut mendermakan sumbangan wang tunai untuk membantu komuniti cina di kawasan itu


OOPPS..meja sape yg kosong ni..xkan tau datang makan je???Dah la balik x reti nk salam org..


lagi gambar klik disini

SYABAS DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL



Sunday, April 29, 2012

Peniaga Pertama Kompleks Bengang dengan BERSHIT!!!



Kuala Lumpur semalam digegarkan dengan demontrasi BERSHIT yang mengakibatkan peniaga - peniaga tidak dapat menjalankan perniagaannya seperti biasa. Salah seorang peniaga yang ditemubual meluahkan perasaan beliau.

Ikuti Video Di Bawah :



Sumber : KL POS

Wednesday, April 25, 2012

Tayangan Perdana : Adegan Berahi Di Dataran Merdeka!!

Tuesday, April 24, 2012

TIBAI Buat Anwar Goyang!!!!


Pendedahan berterusan oleh Ahli-Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mampu menjatuhkan Ketua Pembangkang itu daripada menjadi pemimpin utama negara ini.

Justeru, ceramah seperti yang dilakukan pada malam pelancaran TIBAI di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi wajar diperluaskan ke seluruh negara untuk merealisasikan matlamat penubuhan kelab oleh bekas-bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Seorang pengunjung yang menghadiri pelancaran kelab TIBAI, Arman Putera Asmuni, 39, berkata, majlis ceramah seumpama itu merupakan peluang terbaik untuk memberi peluang orang ramai mendengar dan menilai pendedahan dilakukan oleh individu yang pernah berjuang bersama Penasihat PKR itu.

Sumber : Utusan Malaysia

Saturday, April 21, 2012

Sarapan Bersama Dato Ketua Bahagian Wangsa Maju


Bertuah Wangsa Maju kerana adanya Pemimpin yang berjiwa rakyat dan tidak sombong. Menolong tak kira siang dan malam , hanya untuk pastikan penduduk di Wangsa Maju selesa dari segala masalah yang dihadapi sekarang.

Dato Dr. Hj Muhd Shafei adalah pemimpin rakyat , Penduduk Wangsa Maju sungguh rasa bertuah dan berterima kasih kepada beliau. Beliau menolong rakyat tidak kira bangsa dan agama.

Semalam telah diadakan Program Sarapan Pagi di Kedai Man Roti Canai Taman Melati K.l dan dihadiri oleh penduduk - penduduk berhampiran kawasan itu. Dato Shafei juga turut bersarapan bersama penduduk di situ.

Penduduk disitu juga dapat berjumpa dan beramah mesra dengan pemimpin mereka dan dapat bersembang dengan lebih dekat lagi.

SYABAS DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Klik disini

Friday, April 20, 2012

Dato Shafei Abdullah Bersama Pemandu Teksi Wangsa Maju




Dato Dr. Hj. Shafei Abdullah (Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju / Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan beramah mesra dengan pemandu teksi parlimen Wangsa Maju.



Program yang diberi nama Pemimpin Bersama Pemandu - Pemandu Teksi Parlimen Wangsa Maju amat meriah sekali kerana dihadiri kira - kira 1000 pemandu teksi di Grand Season Hotel K.L.

Program ini juga amat baik kerana pemandu - pemandu teksi ini berpeluang berjumpa dan membincangkan tentang masalah yang dihadapi mereka terus kepada Pemimpin.

Dato Shafei Abdullah pada malam itu sungguh berpuas hati kerana majlis yang dibuat untuk berjumpa rakyat berjalan dengan amat lancar sekali dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak mengenal penat lelah untuk menjayakan Program ini.

SYABAS DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Klik Disini

Wednesday, April 18, 2012

Penduduk Ijok Ludah Muka MB Khalid!!!

"Menteri Besar Tak Boleh Harap"-itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut salah seorang penduduk Ijok yang berADUN kan seorang menteri besar..kegagalan MB Khalid atau lebih dikenali Khalid Gagap sebagai seorang Menteri Besar terus didedahkan melalui temubual bersama penduduk ijok..

Selepas pernah terkantoi di Puchong yang menyaksikan seorang penduduk bertanyakan tentang longkang dan lampu jalan dan beliau memberikan jawapan tentang tanah..MB Khalid terus menunjukkan yang beliau tidak layak untuk memerintah negeri selangor dan seterusnya tidak layak menjadi wakil rakyat..bayangkan bagaimana seorang wakil rakyat di 'boo' oleh penduduk yang diwakili nya sendiri kerana disifatkan hanya pandai berjanji untuk meraih undi..tetapi selepas 4 tahun menjadi MB..janji-janji tersebut masih belom ditepati..

haah..tergagap2 nk jawab

Antara lain yang diluahkan oleh penduduk adalah:

“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,

ingin tahu lebih lanjut..baca sini

psst:puak2 PKR ni memang tau berjanji je..tunaikan tidak..dasar pembohong!!! Puiiihhh...

ANWAR IBRAHIM NAK BELI ORANG


Ahli Parlimen Padang Serai,YB N Gobalakrishnan Mendakwa Orang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Cuba Membeli Beliau Dengan Menawarkan Projek RM440 Juta Dan Berjumpa Beliau Di India Serta jawatan jika menang PRU13.




Tuesday, April 17, 2012

PANAS TERKINI : MP PKR 'Sindir' Anwar Dalam Sidang Parlimen!!

Ingat anda pada MP PKR ini..MP ini bernama Loh Gwo Burne dari PKR dan merupakan MP Kelana Jaya..dan MP ni la yg pernah ditumbuk oleh 'geng PKR' sendiri..sebab ape..mm paham2 je la..bese kalo org kene tumbuk ni mulut xleh cover..btol x..dgn geng sendiri plak tu..



dan terkini..beliau telah membuat soalan bertulis yg ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan pada sidang dewan..soalan nye adalah:


"Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat"

Kah..kah..kah..ape la motif die buat soalan begini..'sindir' bos sendiri ke?

dan soalan ini dijawab oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek:

"Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang di jalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakatnya. Namun begitu, tidak mungkin mana-mana kerajaan mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu di negaranya. Ini termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan dan kelainan tertentu yang boleh menguasai dan mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan.Saya percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang walaupun berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya"

kesimpulannya..kerajaan sentiasa komited dalam melakukan aktiviti yang dapat meningkat kan sahsiah diri serta semangat untuk para belia..tapi sebagai manusia biasa kite tidak mampu mengawal perlakuan seseorang tu.

tapi ape pon soalan MP PKR ni memang tepat kene muke seseorang..aduii..makin pening la 'BOS' tu..


APE SEBENARNYA PERJUANGAN PAS?



DEMI Politik manusia sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa politik. Realiti Politik di Malaysia pada hari ini ialah penggiat-penggiat politik sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan demi kuasa politik.

PAS tidak terkecuali dengan realiti ini, mereka terpaksa melakukan apa sahaja demi kuasa dan kesinambungan politik. Mereka perlukan sokongan semua kaum untuk membolehkan mereka berkuasa. Oleh yang demikian, kita lihat PAS sejak akhir-akhir ini sudah jauh berubah tak keterlaluan kalau penulis kata PAS sekarang merupakan sebuah Parti Islam yang Liberal.

Lihat saja apa yang parti ini lakukan sejak akhir-akhir ini, keputusan-keputusan yang dibuat oleh parti ini kebelakangan ini ternyata kelihatan lebih Liberal berbanding sebelum ini. Adakah PAS terpaksa menjadi Liberal untuk mendapat sokongan ataupun dipaksa oleh parti yang menunjangi Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan ramai.

Lihat sahaja keputusan terbaru yang PAS buat iaitu keputusan memecat keahlian Hassan Ali daripada menjadi ahli PAS dan pemecatan itu berpunca daripada satu saja iaitu kritikan Hassan Ali terhadap Anwar Ibrahim. Nampaknya sekarang ini Anwar Ibrahim lebih berkuasa di dalam PAS berbanding Hadi Awang mahupun Tok Guru Nik Aziz.

Timbul juga persoalan di benak pemikiran penulis, adakah akan berlaku sebagaimana yang pernah terjadi di dalam UMNO di mana Anwar Ibrahim telah berjaya menjatuhkan Allahyarham Tun Ghafar Baba suatu masa dulu.

Tidak dinafikan perkara ini akan terjadi, tambahan pula baru-baru ini Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluahkan hasrat ingin bersara dan melepaskan jawatan Presiden. Sekiranya ini berlaku bermakna Anwar Ibrahim sudah berjaya mencorakkan PAS mengikut corak yang diingini oleh beliau.

Begitu juga, demi Pakatan Rakyat PAS sanggup menjadi parti Islam yang Liberal. Kadang-kadang kelihatan PAS hanyalah sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat. Bagi penulis PAS sememangnya tidak layak menjadi parti 'Pak Turut' sepatutnya merekalah yang menunjangi Pakatan Rakyat.

Entah sampai bila PAS ingin terus membiarkan parti mereka terus diperalat oleh Anwar Ibrahim. Sekiranya PAS masih belum sedar sampai bila-bila pun mereka akan dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan diri Anwar Ibrahim sendiri.

Hassan Ali seorang bekas pemimpin PAS yang tabah, impian murni beliau untuk membersihkan PAS daripada anasir-anasir jahat atau yang dilabel sebagai 'Parasit' oleh Hassan Ali telah disekat sehinggakan beliau dikeluarkan dari PAS, namun perjuangan itu diteruskan di luar PAS.

Daripada beberapa kenyataan Hassan Ali jelas sekali 'hati dan jiwanya' masih lagi PAS dan tidak berminat untuk berhijrah kepada parti-parti yang menjadi lawan kepada PAS mahupun parti yang menjadi 'kawan' kepada PAS. Bagi meneruskan agenda perjuangan beliau menubuhkan JATI.


Sumber: suara generasi muda

Syabas Proton Di Atas Pelancaran Kereta Bertaraf Global


Semalam diadakan pelancaran model terbaru Proton iaitu Proton Preve yang dirasmikan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pusat Konvensyen Dan Pameran Antarabangsa (MIECC) di Seri Kembangan.

Model baru yang bertujuan dapat mengukuhkan pasaran eksport pengeluar kereta nasional itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi standard eksekutif automatik CVT dan RM72,990 seunit bagi versi premium.

Turut hadir pada Majlis Pelancaran Tersebut ialah isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdadangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa.

Sumber : Perak Today

Sunday, April 15, 2012

Konvoi Bermotor Dan Perkhemahan Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju

Pada 14-15 April 2012 Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju telah Mengadakan Konvoi Bermotor dan Perkhemahan yg telah bertempat di Hulu Yam Bharu.

Program 2 Hari 1 Malam yg juga dipengerusikan oleh Saudara Azha B Mustapha selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju ini telah disertai seramai 30 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju daripada pelbagai cawangan.


Program ini telah dirasmikan oleh Yg Brbhg Dato' Dr Mohd Shafei b Abdullah selaku Ketua Bahagian UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap setiausaha politik kepada Perdana Menteri Malaysia. Program ini juga menyaksikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju, Saudara Mohd Taupik b Hj Hussain berucap memberikan amanat kepada para Pemuda.

Pelbagai acara telah diadakan antaranya 'treasure hunt',memancing dan juga BBQ.




Lagi Gambar Klik Sini

Saturday, April 14, 2012

Pendemo PTPTN BIADAP !!!!!!!!!

MELAMPAU DAN BIADAP!!!!!

Itulah yang boleh dikatakan kepada PENDEMO PTPTN ini sungguh biadap kerana sanggup mengatakan bahawa Perdana Menteri kita dan Menteri pelajaran sudah meninggal dunia dan meletakkan kalung bunga di gambar mereka.

Tidakkah mereka sedar yang selama ini mereka belajar dan diberi duit pinjaman oleh kerajaan tidaklah membebankan. Kerajaan sudah membantu dengan cara yang terbaik sekali..

Ini semua hanyalah permainan pembangkang untuk menarik perhatian umum.

Mereka nak mansuhkan PTPTN tetapi mereka tidak fikir ke masa akan datang???..Apa yang akan terjadi jikalau tiada pinjaman oleh kerajaan?

Mak Bapak diorang ni dah kaya sangat ke?. Kalau dah kaya tak payah la belajar. MAKAN TANGGUNG BERAK CANGKUNG lah..

Terima kasih Jinggo Photopages








Gempar - Anwar Ada Mangsa Liwat Terbaru????



Dia tak kisah Kalau Mase depan dia gelap.Kalau PKR kalah mase PRU nnt..ape yang ko nak buat..sape nak amik ko bekerja.ko cakap tak gunakan otak la

Huh Adam ..Ko nak bercakap pun pelat lagi...Tak payah lah...baik ko duduk diam - diam belajar dulu...Duit pun mak bapak ko bagi lagi...Ada hati konon ..

Memang la dia tak kisah kalau masa depan dia gelap sebab duduk dekat bontot Anwar Ibrahim jer...hahah...

Fikirkanlah ea????


Friday, April 13, 2012

Dato Shafei Abdullah Merasmikan Mesyuarat Berkelompok UMNO Cawangan - Cawangan Bahagian Wangsa Maju 2012



YBHG DATO DR. HJ. MOHD SHAFEI BIN ABDULLAH Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan baru - baru ini merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan - cawangan bahagian Wangsa Maju yang bertempat di Dewan UMNO Taman Setapak.


INGINKAN LAGI GAMBAR
KLIK DISINI

Thursday, April 12, 2012

Ustaz Fathul Bari Komen Isu Anwar Ibrahim

HOT NEWS !!! Ahli PAS Insaf ?? Boikot Bersih 3.0!!

Dr. Rani didakwa mendapat laporan terdapat beberapa PAS Kawasan kini sedang bermesyuarat untuk membuat keputusan samada bakal menyertai perhimpunan tersebut.

Malah merujuk kepada salah seorang AJK PAS Negeri, setakat ini 12 PAS Kawasan di Selangor telah mengambil langkah memboikot BERSIH 3.0. Ini kerana tindakan Dr. Rani yang semakin lantang mengherdik Hasan Ali dengan membuat kenyataan memperlekehkan isu Murtad.

"Tidak timbul soal serangan beliau (Dr. Rani) terhadap Hasan Ali. Itu hak individu selaku Pemimpin yang mahu mempertahankan PAS. Akan tetapi jika mengeluarkan kenyataan mendakwa isu Murtad tidak penting jika dibandingkan dengan isu2 lain, saya rasa ia kedengaran agak menjengkelkan."

"Dr. Rani sewajarnya merancang terlebih dahulu kenyataan2 yang bakal beliau keluarkan menerusi media dengan mengawal emosi. Isu Hasan Ali bukan isu yang boleh diperlekeh. Mungkin jikalau langkah perlaksanaan Hasan Ali itu dilihat silap, akan tetapi tidaklah perlu memperkecil2 kan masalah akidah sebagai serangan balas terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri itu," tegas beliau.

Dr. Rani sebelum ini telah menjawab soalan wartawan berkaitan tayangan Video secara tertutup Bukti berlakunya gejala Murtad di Negeri Selangor yang turut menjemput Pimpinan PAS untuk sama2 hadir.

Dr. Rani lantas dengan emosi menjawab, "PAS Selangor malas nak layan dia. Banyak lagi isu yang lebih penting jika dibandingkan isu yang beliau (Hasan Ali) dedahkan itu. Kami ada cara kami."

Tindakan memboikot ini adalah didakwa sebagai protes daripada kenyataan Dr. Rani tersebut yang dan ianya menggambarkan betapa pentingkan PAS di peringkat akar umbi memandang berat masalah Akidah sebagai isu utama yang mesti dijadikan peranan paling penting dalam membawa arus perjuangan Parti PAS.

"Rasuah salah di sisi Allah. Penyelewengan salah di sisi Allah. Penipuan salah di sisi Allah. Akan tetapi Murtad bukan sekadar salah di sisi Allah.. Murtad ini dijanjikan Allah penghuni "

"Tiada guna protes rasuah, ketidakadikan sistem perundangan, korupsi dan sebagainya. Kerana ianya tidak akan selesai selagi Hukum Allah dilaksanakan. Selagi PAS tunduk kepada Sistem Perundangan DAP dan PKR, selagi itu masalah ini tidak selesai. Maka yang mesti diperjuangkan adalah Hukum Allah."

"Kita beri ruang dan bersangka baik dengan rakan parti. Akan tetapi jikalau Pemimpin No. 1 PAS sendiri sanggup mengeluarkan kenyataan memperkecil2 kan masalah Akidah dan Murtad, maka ianya tiada ruang untuk sebarang kerjasama." tegas beliau lagi.

Wednesday, April 11, 2012

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Pagi ini Sultan Kedah, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah akan menyempurnakan Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara yang penuh adat istiadat Diraja dan gilang-gemilang di Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Upacara ini dianggap sangat unik kerana ianya hanya berlaku di negara kita. Lebih menariknya, program pertabalan ini juga mendapat liputan khas dari National Geographics.

Selaku rakyat jelata, sudah pasti asam amat rasa berbangga kerana dapat menyaksikan upacara ini walaupun hanya dari kaca televisyen. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem beraja dan kita selaku rakyat yang berpegang teguh kepada prinsip rukunegara seharusnya merasa bangga!.

Semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur Agong kita dan memberi kemakmuran kepada negara Malaysia agar kita dapat terus menikmati keamanan hidup di bumi Malaysia.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Tuesday, April 10, 2012

Haron Din Kecewa Dengan Perangai Anwar Ibrahim





WOW !! 500 Acara Bakal Meriahkan Hari Belia Negara !!

Sebanyak 500 acara dalam 33 segmen bakal memeriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.

Seramai dua juta belia dijangka akan berhimpun dan melibatkan diri pelbagai aktiviti melalui segmen – segmen dan acara yang disediakan pada Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012 yang bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan ini.

Antaranya adalah sukan dan rekreasi, seni budaya, kemahiran dan kepimpinan, teknologi maklumat dan keusahawanan, kerohanian dan jatidiri, penerokaan bidang-bidang baharu dan banyak lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, dalam sidang media sempena pelancaran Segmen dan Galeri HBN 2012 di sini berkata, “ sambutan HBN 2012 merupakan karnival terbesar di peringkat Asia Tenggara dengan turut menghimpunkan penyertaan belia di peringkat antarabangsa.”

Tambah beliau lagi, “Korea Selatan, Jepun, Negara-Negara Komanwel dan Asia telah pun menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam pelbagai acara yang disediakan sempena HBN tahun ini.”

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan Galeri HBN2012 yang memuatkan paparan sejarah, kejayaan serta pelbagai maklumat serta

informasi berkaitan HBN. Di samping itu, perancangan dan persediaan KBS menjelang himpunan jutaan belia pada Mei 2012 ini berserta segmen-segmen dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini turut dipaparkan di galeri tersebut.

HBN yang disambut pada 15 Mei setiap tahun telah diadakan di Putrajaya secara besar-besaran bermula 2010. Pihak sekretariat HBN

2012 mempelawa kepada semua belia, individu, kumpulan, kelab serta sektor korporat untuk menyertai sambutan HBN tahun ini sama ada sebagai peserta, penganjur mahupun pengunjung aktiviti.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Ketua Pegawai Eksekutif HBN, Mod Nadzri Yaakob.

Sebarang pertanyaan dan maklumat, boleh berhubung terus dengan Sekretariat HBN 2012 di talian 03-8871 3629 / 3632 / 3285 /3707 atau faks ke 03-8888 8725.

Monday, April 9, 2012

Hasan Ali dakwa Anwar punca PAS tersasar


Hasan Ali kata Anwar adalah punca PAS tersasar. Itu semua orang dah tahu. Anwar memang lama kempunan nak jadi Perdana Menteri. Ketika dipecat dulu dia sudah hampir ke jawatan itu. Sudah tentu dia akan cari kuda tunggangan baru setelah kuda UMNO telah menendang dia hingga jatuh terguling.
Kata Hasan Ali, kalau bekas Presiden Allahyarham Fadzil Noor masih hidup sudah tentu Fadzil Noor tak akan benarkan Anwar menjadikan PAS sebagai kuda tunggangannya. Tapi aku pula berpendapat, kalau Fadzil Noor masih belum pun belum tentu dia tidak terikut-ikut dengan pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Hasan Ali tak boleh salahkan Anwar semata-mata kerana yang buat pemimpin PAS tersasar dari dasar perjuangan mereka sekarang sebenarnya adalah diri mereka sendiri.
Lagi pun apa guna PAS jadi parti politik kalau PAS tidak mampu memperolehi kuasa terutama untuk memerintah negara ini. Untuk itu PAS perlu terima kenyataan bahawa mereka perlu mencari rakan kongsi seperti mana UMNO jika mereka mahu mengambil alih tempat UMNO. Jika tidak PAS hanya kekal sebagai parti pembangkang saja dan tidak lebih dari itu.
Hasan Ali jangan pura-pura tak tahu bahawa permupakatan PAS dengan lain-lain parti pembangkang bukannya perkara baru. Allahyarham Tunku dulu pun pernah bercerita bahawa sudah ada pakatan antara PAS dengan lain-lain parti pembangkang ketika mereka menentang parti Perikatan pada tahun 1969 dulu. Walau pun mereka cuba menjarakkan diri antara dengan yang lain tetapi dibelakang penyokong mereka, mereka merancang dan berkerjasama untuk menjatuhkan Perikatan seacara bersama.
Fadil Nor sendiri berkerjasama dengan DAP dan Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Umah (APU) untuk menjatuhkan BN dulu. Cuma kerjasama pembangkang ini menjadi semankin memberasangkan apabila mereka dapat kejayaan besar pada PRU 12. Itu sebab PAS sanggup mengubah pendekatan mereka daripada menekankan soal dasar Islam menjadikan Islam itu hanya sebagai strategi politik mereka untuk menjatuhkan UMNO dan BN saja.

INGIN LAGI..SILA KLIK DI SINI

MANA KERAJAAN SELANGOR

SEBAHAGIAN penduduk Blok 1 dan 2 Pangsapuri Teratai, Bukit Subang, Shah Alam mengadakan bantahan terhadap kerajaan Selangor semalam.

SHAH ALAM - Penduduk di Blok 1 dan 2 Pangsapuri Teratai, Bukit Subang di sini melahirkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan Selangor apabila kerja-kerja membaiki bumbung pangsapuri itu yang rosak teruk akibat dilanda ribut pada Februari lalu seperti 'melepas batuk di tangga'.

Dakwa mereka, walaupun kerja-kerja membaiki sudah siap dijalankan oleh kontraktor baru-baru ini namun kebanyakan rumah di tingkat lima sering dimasuki air setiap kali hujan lebat berikutan atap yang masih bocor sehingga turut merosakkan sistem pendawaian elektrik.

Penasihat Penduduk Blok 1 dan 2 pangsapuri itu, Ahmad Kurdubi Masduki berkata, peruntukan kerajaan negeri bernilai kira-kira RM480,000 untuk membaiki bumbung pangsapuri lima tingkat tersebut didapati tidak setimpal dengan kualiti kerja yang dilakukan.

"Selain bocor, kami bimbang jika bumbung usang yang tidak diganti baharu akan tercabut apabila dilanda angin kencang kerana bukan semua bumbung di pangsapuri ini telah ditukar seperti yang dimaklumkan kepada penduduk.

"Dua unit lampu limpah yang rosak di kawasan padang permainan kanak-kanak juga didapati tidak dibaiki," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama lebih 50 penduduk mengenai isu tersebut di sini semalam

Penduduk amat kecewa dengan kerajaan negeri Selangor kerana tidak pernah menghantar wakil untuk memantau kerja-kerja pembaikan yang dijalankan kontraktor.


Sumber Dari Kosmo

STANDARD CHARTERED RAIKAN ‘JOY OF RUNNING’


Tampil dengan tema “Joy Of Running”, Standard Chartered Fun Run 2012, akan menganjurkan edisi keduanya di Putrajaya bersempena Hari Belia Negara yang bakal berlangsung Mei ini
dengan sasaran 8000 peserta.
Majlis yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek membawa banyak perubahan dalam penganjuran pada kali ini, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung selain kejohanan marathon yang dijalankan. Selain itu, kejohanan ini adalah salah satu kesinambungan bagi “Standard Chartered KL Marathon” yang merupakan antara acara besar dalam kelander sukan di Malaysia.
Anda Ingin Lagi Sila Klik Di SIni

Sunday, April 8, 2012

HARI BELIA NEGARA




PERTANDINGAN AMAL ISLAMI -NASYID,MARHABAN,KOMPANG FORMASI,TILAWAH AL-QURAN,HAFAZAN AL-QURAN

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

AHLI_AHLI TERTINGGI BERSIH 3.0!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahahahaha

Inilah akibatnya mengikut bontot Anwar Ibrahim

AHLI PAS HINA ISLAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Subhanallah! Takkanlah sampai begitu sekali untuk meraih undi. Ahli Parlimen Parit Buntar ini perlu tahu batas-batas agama dalam menyatakan keprihatinan sebagai wakil rakyat yamg beragama Islam. Jika orang bertanya mengenai gambar ini, kita hanya menjawab bahawa inilah bukti mereka bukan pejuang Islam Mukmin namun pejuang Islam Parti. Ini bukti liberilisme PAS dalam agama.


Bukankah ini juga tanda sokongan kepada pluralisme? Mungkin MP Parit Buntar perlu rujuk semula kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya landasan akidahnya tidak tergelincir. Risau juga jika ada pemimpin yang kegelinciran akidah namun ditutup dengan 'Kopiah'. PAS sanggup
terima syiah [Klik Sini], boleh kafirkan orang, boleh tentukan syurga. Parti Islamkah ini?

sumber dari kedahkekl

Dato Seri Sharizat lega ....


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beliau sendiri akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Shahrizat turut melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang di Temerloh, hari ini. "Doa saya dan semua di KPWKM dimakbulkan Allah SWT apabila Perdana Menteri mengumumkan di Temerloh semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berada di bawah Perdana Menteri.

"Alhamdulillah!" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini .


Najib mengumumkan akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, esok.

Najib bagaimanapun tidak menyatakan sehingga bila beliau akan memangku jawatan berkenaan.
Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation, yang membabitkan suaminya.

Sumber : Berita Harian

Saturday, April 7, 2012

Selangorku Kroniku Sampah !!!


Inilah yang boleh dikatakan tentang kepimpinan Khalid Gagap ni..Masalah sampah pun tidak boleh selesai..Ini nak salahkan Alam Flora pula..Nak cakap kerajaan pusat tak bagi peruntukan untuk PBT dah beratus juta ringgit untuk pembersihan sampah di SELANGOR sahaja.Untunglah la pemimpin Pakatan Rakyat ni,khususnya membabitkan ahli - ahli Parlimen, ADUN dan Exco Pakatan Rakyat kerana mendapat HARTA KARUN.

Terdapat lebih 50 kontraktor pembersihan dan sampah di Ampang setelah 37 kontraktor pada era UMNO-BN dipecat oleh MPAJ apabila pentadbiran negeri beralih ke tangan Pakatan Rakyat. Dengan alasan kononnya, perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan, Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim mengetuai perompakan dan penjarahan besar-besaran.

Berdasarkan maklumat yang baru diterima, hampir kesemua kontraktor sampah dan pembersihan di bawah MPAJ sebenarnya hanyalah proksi kepada Mr.Mok yang mempunyai kaitan besar dengan Syarikat Muhibah. Mr. Mok dan Syarikat Muhibah telah wujud semenjak pada zaman UMNO-BN mentadbir Selangor lagi. Bagaimanapun, pada masa itu, ketamakan Mr. Mok mampu disekat oleh pentadbiran Khir Toyo.

Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Selangor dari tangan UMNO-BN pada PRU12,Alam Flora Sdn. Bhd pula ditamatkan perkhidmatannya setelah Mr. Mok segera keluar dari sarangnya dan mula mendesak kerajaan negeri Selangor yang baru ini menamatkan perkhidmatannya.

Re-zoning atau pengezonan semula dibuat oleh PBT termasuklah di Ampang. Kawasan-kawasan pembersihan telah dikecilkan bagi membolehkan lebih ramai kontraktor yang merupakan ahli-ahli Pakatan Rakyat selain talam dua muka yang masih menjadi ahli UMNO tetapi sangat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, pertalian kepada semua kontraktor tersebut akhirnya berakhir kepada Mr. Mok yang menaungi ADUN, Ahli Parlimen dan Exco yang berkaitan.

Dek kerana itulah, kita sebelum ini mendengar tentang Ronnie Liu yang mahu membeli 50 buah compactor dari China. Compactor dijadikan alasan sebagai mampu mengatasi masalah sampah menjelang 1 Mei 2012. Namun perkara sebenar ialah, masalah sampah bukannya compactor sebaliknya kutipan yang hanya dibuat berselang beberapa hari dalam usaha untuk memaksimakan untung. Kutipan setiap hari hanya akan menambahkan kos, sedangkan kawasan yang diservis adalah lebih kecil.

Yang untung besar adalah Mr. Mok-Muhibah yang menelan semua keuntungan kontraktor-kontraktor terbabit menerusi sewaan lori sampah. Ketidakmampuan kontraktor-kontraktor Pakatan yang bukan sahaja tidak berpengalaman, tetapi juga sekadar proksi akhirnya terpaksa ‘diserahkan’ kepada Mr. Mok untuk menguruskan kontrak mereka.

Dan itulah yang sedang berlaku di Ampang. Di atas kertas, tercatat nama syarikat-syarikat Bumiputera, tetapi hakikatnya, kesemua syarikat Bumiputera itu sebenarnya hanyalah proksi Mr. Mok-Muhibah yang akan terjerut dengan hutang sewa lori sampah dan gaji pekerja yang dibekalkan oleh Mr. Mok.

Siapa Mr.Mok dan Syarikat Muhibah? Bagaimana Mr.Mok dan Syarikat Muhibah begitu berkuasa dalam industri sampah di Selangor?

Kaitannya akan terhenti kepada Ronnie Liu!!!

Fikirlah Sendiri ye??????

Sumber : SEL13

PTPTN Dimansuhkan?????



Lidah rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangor Ku sedang mempromosi acara himpunan untuk anak muda dan mahasiswa menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Itu terpulang kepada anak muda dan mahasiswa untuk melibatkan diri.

Anda fikirlah sendiri ye...

tak percaya???

Klik disini

Friday, April 6, 2012

SIDANG MEDIA HBN 2012 DI PARLIMEN


Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan
kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya. Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri.
Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.
Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.

Ingin Tahu Lagi Sila Klik Disini