Friday, April 19, 2013

PRU 13: "Pemimpin, Penyokong PAS Sokong Saya,"-Zulkifli Nordin




Datuk Zulkifli Noordin mendakwa pencalonannya sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Shah Alam turut mendapat sokongan beberapa tokoh dan pemimpin PAS negeri serta pusat.

Dengan bantuan dan dokongan kuat jentera BN Shah Alam, beliau yakin dapat menggugat kubu 'lawannya' iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Khalid Samad.

"Sebaik sahaja diumumkan sebagai calon, saya menerima lebih 500 sms daripada mereka mengucapkan tahniah dan menyokong saya termasuk daripada tokoh dan pemimpin PAS".

Beliau juga percaya dapat menarik undi daripada penyokong PAS yang telah muak dengan perjuangan parti berkenaan yang semakin menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya.

"Saya juga terkejut menerima panggilan daripada salah seorang pemimpin PAS yang menyokong saya dan berharap saya akan menang kerusi Parlimen Shah Alam".

Zulkifli yang juga bekas peguam Anwar Ibrahim  sebelum ini pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR ) bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutunya PAS, Khalid Samad berkenaan isu Kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP pada tahun 2010.

"Saya yakin 100% akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam bersama dokongan BN".

beliau yang terkenal dengan tindakan menentang arus dalam PKR bertindak keluar daripada sidang Lembaga Disiplin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri dari bukan Islam.

17 comments:

  1. GO GO All out God on your side

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah rational Malays/Muslims would vote YB Zul and not the pastor

    ReplyDelete
  3. Lagu...

    PIPI PAUH DILAYANG,
    ALIS MATANYA LENTIK,
    MATANG PAUH KAN MELAYANG,
    AIR MATA NUAR MENITIK.

    ReplyDelete
  4. kami akan undi DZN. kerana teguh berpegang pada priship agama tidak boleh dijual beli. Islam itu tetap berada diatas. DZN tetap pilihan kami walaupun kami masih dalam pkr.

    ReplyDelete
  5. Macam monyet la

    ReplyDelete
  6. Zul katak akan kalah..........

    ReplyDelete
  7. Wish u the best!!!

    ReplyDelete
  8. politik mana ada katak, it is a question of how you can serve rakyat best, kalau dalam PR janji tak pernah di tunai buat apa duduk dalam PR. tengok apa PR buat, kalau ko dok penang boleh ke ko beli rumah 400k keatas, kalau ko kat selangor, sanggup ke ko minum air longkang..untreated water, kalau ko kat kelantan sanggup ke ko minum air teh tarik free, kat kedah.. sanggup ke ko rosakkan hutan ambil balak tak terkawal... ask yourself... untuk masa depan anak,cucu, apa patut kita buat,.. plan for the future, vote for govt. that can deliver..so pikio lah brother 3:34 and 4:07..

    ReplyDelete
  9. politik bukan untuk semalam, seminggu lepas, tahun lepas,.. ia untuk masa depan, salah pileh 5 tahun baru nak dapat perbetulkan, tengok apa pembangkang buat di negeri dia orang pegang... negeri rosak rakyat tak dapat kehidupan yang dia org janjikan..mana bantuan tadika, mana bantuan ibu tunggal..mana air bersih, mana highway, mana rumah mampu milik... semua tarakkk...politik adalah untuk masa depan.. look forward... anak cucu bukan bahan pertaruhan untuk marah pemimpin..yang penting pemerintah yang dapat jaga kebajikan kita sepanjang masa... sekarang ni BN laaaaa.

    ReplyDelete
  10. DZN terbaekkk.....

    ReplyDelete
  11. sokong Datuk Zul...

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah BN Akan Menang Besar PRU Ini

    ReplyDelete
  13. Teruskanlah perjuangan Sdr Zulkifli. Ikhlaskan niat anda untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara. Saya masih ingat kesungguhan saudara menangani isu-isu murtad yang berleluasa pada anak2 muda satu ketika dulu. Insya-Allah semoga saudara sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah, diberikan kekuatan dan kesabaran untuk berjuang atas dasar kebenaran... Tak kira diparti mana anda berada, jadikanlah islam sebagai teras perjuangan. Aminn.

    ReplyDelete
  14. saya peminat setia ustaz zul sebelum ustaz masuk ISA Lagi...kami penyokong PAS shah alam akan undi ustaz sebab matlamat kita adalah sama...memperkuatkan islam di selangor

    ReplyDelete
  15. saya penduduk shah alam takkan undi Zul Kulim. kerana bila jd MP bebas penggal lepas takde pun nak usulkan rang undang2 murtad utk jg islam seperti yg diperjuangkan. Cakap shj. Padahal jika diusul pasti dah jd akta.

    tidak memerlukan 2/3 majoriti utk luluskan rang undang2 syariah ini. memadai dgn majorit mudah. sperti contoh rang undang2 perhimpunan Aman, Rang Undang2 AUKU, rang undang2 kesalahan keselamatan dll telah diluluskan pda 2011/2012. Jika undang2 hudud dan murtad dibentangkan pasti boleh lulus kerana MP islam pd penggal lepas yg ada seramai 115 / 222.

    ReplyDelete
  16. ulamak kerjanya borpolitik dan kafir mengakfir tak sudah sudah.. bukan nak bagi faham tentang agama.. yang tak faham bukan tambah faham tambah menyampah aderlah.. makin jauh dari agama dan bangsa.. bukan ker ini kerja ulamak, tok guru atau ustaz.. dah murtad salahkan pemimpin.. gaji , duit ambik kerja tak buat berpolitik lak kerjanya..

    ReplyDelete
  17. TAHNIAH KATAK ------- LINGKOOOOPPPP

    ReplyDelete