Tuesday, April 16, 2013

P116 Dato' Mohd Shafei Abdullah:'Pemimpin Berhati Mulia' Ungkapan Sesuai


'Pemimpin Berhati Mulia'..mungkin itu adalah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan calon BN P116 Parlimen Wangsa Maju iaitu YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah.

YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah yang merupakan setiausaha politik kepada YAB Dato' Sri Najib Razak hanyalah Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju. Beliau bukan lah seorang calon pada pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.


Sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional, YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah banyak bekerja keras dalam mendengar rintihan rakyat-rakyat di wangsa maju serta membantu bagi meringankan masalah-masalah yg melanda penduduk-penduduk wangsa maju.

Walaupun BN kalah pada PRU12 yang lepas kepada pkr, namun itu tidak melemahkan semangat YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dalam membantu penduduk-penduduk di wangsa maju..sehingga boleh diibaratkan beliau adalah ahli parlimen yang sepatutnya berada di wangsa maju.

Beliau telah banyak membantu warga-warga emas, warga kurang upaya, fakir-fakir miskin tanpa mengira kaum serta turut membuat sumbangan kepada sekolah-sekolah, surau-surau dan masjid-masjid di wangsa maju .


Strategi yang telah dilakukan dan diterap dalam setiap gerak kerja beliau adalah dengan melakukan banyak program 'turun padang' bagi mendengar setiap rintihan rakyat yang memerlukan pertolongan serta sedaya upaya membantu dalam meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk di wangsa maju.

Kini nama YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah begitu sinonim kepada penduduk-penduduk di wangsa maju yang amat mengenali beliau atas jasa-jasa beliau kepada penduduk di wangsa maju.

Pemilihan YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah adalah sangat bertepatan dalam membantu untuk merampas kembali kerusi wangsa maju kepada bn selain beliau merupakan pemimpin yang sesuai bagi merealisasikan manifesto BN yang dilancarkan baru-baru ini.

1 comment:

  1. Semoga Berjaya InsyaAllah swt...

    ReplyDelete