Saturday, April 27, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah: Walkabout Dan Program Perjumpaan Bersama Golongan Guru Wangsa Maju


Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah meneruskan program kempen dengan program turun padang ataupun 'Walkabout' pada 27 April 2013 bermula jam 8 Pagi apabila turun ke padang untuk berjumpa rakyat di sekitar Medan Idaman, Seksyen 1 dan Danau Kota, Wangsa Maju


Dalam program yang juga turut dikenali sebagai program ramah mesra tersebut, pelbagai lapisan kaum yang telah berjumpa dengan Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah melahirkan rasa gembira atas kesudian Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah turun ke kawasan tempat tinggal mereka berjumpa dan mendengar rintihan mereka.


Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah juga telah singgah di sebuah kedai gunting rambut milik warga india untuk memotong rambut.



Sejurus selesai program turun padang tersebut, Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menghadiri satu majlis perjumpaan dengan golongan guru Wangsa Maju yang telah diadakan di Kg Pengantin, Jln Genting Klang kira-kira jam 1 Tengahari.




Untuk Makluman Masalah Longkang Tersumbat yang dialami peniaga kaum cina di Pasar Teratai Mewah(Baca Disini) telah pun diatasi apabila Alam Flora telah bertindak di atas laporan oleh Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dan telah melakukan operasi pembersihan pada 27 April 2013 Jam 8 Pagi

Terima Kasih Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah

Janji Ditepati

Dari Rakyat Untuk Rakyat


0 comments:

Post a Comment