Tuesday, April 30, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: Sekitar Hari Undian Awal Polis Dan Tentera


30 April 2013 merupakan hari undian awal atau lebih dikenali sebagai undi pos bagi PRU 13 kali ini. Bagi Parlimen Wangsa Maju antara pusat mengundi awal yang disenaraikan oleh pihak SPR adalah Sek Ren Agama Kem Wardieburn, Kompleks Sukan Hospital Tuanku Mizan Dan Balai Polis Setapak,



Tinjauan di Sek Ren Agama Kem Wardieburn kira-kira jam 10.30 Pagi tadi menyaksikan hampir 1000 anggota angkatan tentera Malaysia telah datang bagi melaksanakan tanggungjawab.

Antara kelihatan di Sek Ren Agama Kem Wardieburn adalah calon BN Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, serta calon PKR Dr Tan Kee Kwong



Calon BN Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dilihat bersalaman bersama pengundi-pengundi sebelum bergerak ke lokasi undian seterusnya di Kompleks Sukan Hospital Tuanku Mizan.

Di Kompleks Sukan Hospital Tuanku Mizan kira-kira 100 anggota keselamatan dari angkatan tentera Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka.

Di Balai Polis Setapak, tinjauan pada jam 12 tengahari melihat hanya kira 50 anggota Polis menunaikan tanggungjawab.

Hari mengundi awal bagi anggota polis dan tentera ini bermula sejak jam 8 pagi dan pusat mengundi dijangka ditutup pada jam 7 Petang.



P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah : Walkabout Di Pasar Malam Dan Jaya Jusco Seksyen1 (29 April 2013)


Bermula Jam 8.00 malam, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah ke Pasar Malam Seksyen1 berjumpa juga bersalaman dengan setiap peniaga serta pengunjung yang mengunjungi pasar malam itu.

Setelah selesai di Pasar Malam, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bergerak ke Jaya Jusco Seksyen1 untuk beramah mesra pengunjung yang merupakan penduduk sekitar Wangsa Maju.









Monday, April 29, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah : Rentetan Program Walkabout (28 April 2013)




Pada 28 April 2013 iaitu bermula jam 8.00 pagi, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah beramah mesra bersama penduduk sekitar Wangsa Maju Seksyen4 di Bukit Joggers dan bersama Kumpulan senamrobik di Taman Melati.

Di situ Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah mendapati terdapat permasalah penduduk iaitu track dan padang yang digunakan penduduk itu berjoging serta senamrobik berlubang dan beliau berjanji akan membaiki nye.



Sejurus selepas itu, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah melawat Kg Lee Kong Chan di Sg Mulia untuk mendekati masyarakat cina situ.

Terdapat pelbagai masalah yang di hadapi di Kg Lee Kong Chan di Sg Mulia itu di antaranya lubang longkang yang tidak di tutupi dengan sempurna dan kad pengenalan masyarakat cina di situ yang tidak diluluskan.






Pada sebelah petang, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah di jemput untuk merasmikan Persatuan Akademi  Bola Sepak di S.K Danau Kota. 

Selepas itu pula, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah ke Persiaran Balau , La Villas Condo serta Wangsa Maju Seksyen2 untuk berjumpa penduduk di sana.

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: Ingin Berbakti Bukan Ingin Popular


Calon Barisan Nasional bagi kerusi P116 Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, berkata, tujuannya menceburi bidang politik adalah bukan untuk popular tetapi ingin membantu.

Atas dasar itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dan bapa kepada lima orang anak itu komited menjanjikan kesejahteraan kepada kehidupan penduduk pelbagai kaum di kawasan itu.

"Saya tidak merancang untuk ke tahap ini. saya masuk politik bukan mahu cari populariti tapi mahu kepuasan.

"Justeru, saya akan laksanakan sesuatu kepada penduduk di sini kerana prinsip saya berpolitik adalah ingin membantu mereka yang susah,"

Mengenai isu yang ingin diperjuangkan,Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah berkata, pemindahan bazar larut malam Uptown Danau Kota kini sedang dalam proses dan sudah mendapat kelulusan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Insya-Allah selepas pilihanraya, kerja-kerja pemindahan uptown ke kawasan berhampiran JPJ (cawangan Wangsa Maju) akan dilakukan,"katanya.

Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bertanding menentang Calon PKR, Dr Tan Kee Kwong.

Penyandang kerusi itu sebelum ini adalah Wee Choo Keong dari PKR sebelum keluar dari PKR dan bergerak bebas.

Sumber Kosmo

Sunday, April 28, 2013

Hishamuddin Selar Pembangkang Politikkan Isu Jenayah


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan kes kematian Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim yang maut selepas ditembak pagi tadi.

Menurut Hishammuddin, tindakan segelintir pihak yang cuba mempolitikkan insiden berkenaan merupakan perkara yang tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam suasana kempen pilihanraya yang sedang hangat berlangsung sekarang.

"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat motif insiden berkenaan. Saya difahamkan pihak kastam telah meningkatkan penguatkuasaan.

"Kalau memecahbelahkan keharmonian, keselamatan, polis akan mengambil tindakan yang patut.Tetapi kalau mereka (pembangkang) nak jadikan insiden ini sebagai bahan politk, rakyat yang akan mengambil tindakan yang patut,"katanya

Terus Baca Di Sini

Saturday, April 27, 2013

Muhyiddin Yassin: ' Aku Janji' BN Jauh Lebih Baik Dari Manifesto Pembangkang



KUALA LUMPUR 27 April - 'Aku Janji' manifesto Barisan Nasional (BN) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih baik daripada manifesto pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tawaran oleh pembangkang tidak lebih dari ingin mendapatkan sokongan selain ianya disifatkan beliau sebagai 'penipuan di siang hari'.

"Tapi saya nak jelaskan, (manifesto) pakatan pembangkang seimbas lalu macam boleh, tapi kalau kaji dengan teliti (tidak boleh), kajian oleh pakar kewangan yang telah dibentuk oleh Kabinet baru-baru ini, dipimpin oleh Menteri Kewangan Kedua di mana dapatan kajian itu menunjukkan dia (manifesto pembangkang) tak mungkin 'durable' (berdaya tahan)," katanya kepada pemberita dekat Kangar hari ini.

Terus Baca Di Sini

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah: Walkabout Dan Program Perjumpaan Bersama Golongan Guru Wangsa Maju


Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah meneruskan program kempen dengan program turun padang ataupun 'Walkabout' pada 27 April 2013 bermula jam 8 Pagi apabila turun ke padang untuk berjumpa rakyat di sekitar Medan Idaman, Seksyen 1 dan Danau Kota, Wangsa Maju


Dalam program yang juga turut dikenali sebagai program ramah mesra tersebut, pelbagai lapisan kaum yang telah berjumpa dengan Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah melahirkan rasa gembira atas kesudian Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah turun ke kawasan tempat tinggal mereka berjumpa dan mendengar rintihan mereka.


Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah juga telah singgah di sebuah kedai gunting rambut milik warga india untuk memotong rambut.



Sejurus selesai program turun padang tersebut, Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menghadiri satu majlis perjumpaan dengan golongan guru Wangsa Maju yang telah diadakan di Kg Pengantin, Jln Genting Klang kira-kira jam 1 Tengahari.




Untuk Makluman Masalah Longkang Tersumbat yang dialami peniaga kaum cina di Pasar Teratai Mewah(Baca Disini) telah pun diatasi apabila Alam Flora telah bertindak di atas laporan oleh Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dan telah melakukan operasi pembersihan pada 27 April 2013 Jam 8 Pagi

Terima Kasih Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah

Janji Ditepati

Dari Rakyat Untuk Rakyat


Tunku Aziz: Berfikir Secara Waras Sebelum Mengundi


KUALA LUMPUR 26 April - Pengundi yang berhasrat mahu mengubah pentadbiran Kerajaan Malaysia disaran agar memikirkan semula secara waras.


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, golongan pengundi sebegini harus mengenepikan sifat emosi dan bijak menilai semula keupayaan gabungan kerjasama Pakatan Rakyat (PR) mengukuhkan kedudukan Kerajaan di Negara ini.

"Pada pandangan saya, Kerajaan sedia ada (kerajaan Barisan Nasional) telah berkhidmat dengan baik.
"Mengapa perlu bawa mereka yang tiada pengalaman untuk tadbir negara? Nak tadbir negara ini bukannya sesuatu yang mudah.Malaysia negara demokrasi dan kerajaan tak menganiaya rakyat.

"Ubah (slogan PR) ini memang sedap didengar tetapi perlu dinilai dan difahami sebaiknya terutama golongan muda," katanya kepada pemberita pada Forum Nasional 'Apa Kata Mereka' anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini hari ini.

Terus Baca Di Sini

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah : Sekitar Program 26 April 2013




Pada Jam 8.30 malam , Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah ke Pasar Malam Taman untuk bertemu dan beramah mesra bersama penduduk dan peniaga di sekitar Taman Melati.

Selepas itu , Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah ke Majlis Makan Malam bersama kaum india. Dan beliau telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan sempena PRU 13.








Sejurus tamat dari majlis tersebut , Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menghadiri ceramah umum yang disampaikan oleh Umi Hafilda Binti Haji Ali di perkarangan Umno cawangan Seksyen1 (C,D)






Friday, April 26, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah : Program Ramah Mesra Penduduk Kg. Hj. Idris


Pada 26 April 2013 bermula jam 9 pagi, Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah datang ke Kg. Hj. Idris di Bt.6 Gombak bagi program ramah mesra bersama penduduk kg tersebut.

Di sini Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah berjumpa dan bersalaman dengan setiap penduduk serta peniaga yang menapak berhampiran di kampung itu.





Dan di program ini juga Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menerima aduan tentang ketiadaan lampu jalan untuk memasuki kampung ini dan Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah mereka dalam masa seminggu.