Wednesday, May 30, 2012

Amy Search Mendaftar Sebagai Ahli UMNO

Penyanyi Rock terkenal dari kumpulan SEARCH, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah mendaftar sebagai ahli UMNO bersama dengan 2 penyanyi iaitu Ibnor Riza dan Mus May . Mereka mendaftar di Ibupejabat UMNO Menara Dato Onn dan diletakkan di bawah Cawangan Bukit Bintang.


Tuesday, May 29, 2012

DS Najib Umum Berita Baik Buat Penjaja Kecil

Inilah pemimpin..siapa yang akan membela nasib peniaga-peniaga sekiranya mereka sakit...DS najiblah orangnya...


Golongan peniaga dan penjaja kecil kini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita gembira buat mereka apabila menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 untuk tempoh lima tahun.

Menurutnya, kadar bayaran pendaftaran tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada sebelum ini antara RM150 hingga RM300.

"Selain itu, bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini di mana ia merupakan pemberian istimewa daripada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada warga peniaga dan penjaja kecil di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.

Menyentuh mengenai rungutan peniaga berhubung soal pendaftaran perniagaan, Najib menegaskan ia merupakan proses yang memberi keuntungan kepada peniaga dan penjaja kecil kerana sekiranya ada data lengkap kerajaan mampu memberikan bantuan sewajarnya.

“Sebab itu kita nak kemaskini pendaftaran supaya satu skim insurans berkelompok dapat kita sediakan. Butiran-butiran ini kita akan teliti dan maklumkan kemudian. Jika peniaga jatuh sakit, mereka tidak ada skim perlindungan dan ia membebankan. Maka kita kena fikirkan skim perlindungan," ujarnya.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan perhimpunan yang diadakan buat julung kalinya itu mendapat sambutan menggalakan dengan kehadiran kira-kira 15,000 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh pelusuk negara.
Bagi memastikan nasib peniaga dan penjaja kecil mendapat pembelaan sewajarnya, Najib berkata, kerajaan akan meletakkan tanggungjawab itu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memperjuangkan nasib golongan itu termasuk menyediakan pinjaman mikro kredit bagi mengembangkan perniagaan.

“Kita juga sediakan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang selama ini telah memberi pinjaman sebanyak RM2 bilion. Ada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Ini hasrat kita supaya golongan itu dapat akses pinjaman dan dapat uruskan perniagaan dengan baik.

“Kita akan terus membela golongan peniaga dan penjaja kecil secara berterusan," jelasnya.

Sehingga kini, terdapat kira-kira sejuta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara di mana sebelum ini tiada kementerian khusus bertanggungjawab menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.

Sunday, May 27, 2012

HBN 2012 Capai Sasaran, Belia Semakin Bijak Buat Keputusan !!!

PUTRAJAYA, 26 Mei – Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.

“ Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.

Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.

“Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan,” katanya disertai dengan sorakan para belia.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.


“Tahun lepas kita telah mencapai sasaran seramai sejuta belia dan tahun ini menterinya (Datuk Ahmad Shabery Cheek) telah berjaya menyahut cabaran saya apabila berjaya mencapai sasaran seramai dua juta belia,” katanya.

Selain itu, Najib turut berkata tema Hari Belia Negara 2012 iaitu ‘Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’ amat bersesuaian kerana dari semasa ke semasa pihak kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Ucapan DS Najib Di Pentas HBN 2012 !!!

Saturday, May 26, 2012

Himpunan Jutaan Belia Terima Kunjungan Hormat Dari 42 Wakil Luar Negara

alt

PUTRAJAYA 24 Mei - Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula semalam turut mendapat perhatian rakan-rakan dari Negara Luar.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim, setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara.

Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan pada 25 Mei ini bermula jam 4 petang.

alt

"Saya akan memastikan mereka kagum dengan penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia di sini.

Beberapa Negara yang bakal menyertai sessi tinjauan mesra tersebut yang diantaranya termasuklah dari Negara Perancis, China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan Bangladesh.

alt

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang mampu membanggakan segenap masyarakat global.

Festival Jazz Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang di sini yang membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara Trio (AS), Lektron (Jerman), Cats In Love (Malaysia), Diana Liu (Malaysia), Morning Smile (Indonesia), 57Kustik (Indonesia), Benjamin Trio (Singapura) dan Dhruv Band (India).

Tuesday, May 22, 2012

Perutusan Khas Dato' Sri Najib Sempena Hari Belia Negara


Friday, May 18, 2012

Colour Of Malaysia Youth Ekslusif Hanya Di Hari Belia Negara 2012

Klik disini untuk Keterangan lanjut

BELIA PENENTU MASA DEPAN NEGARA

AYUH KITA KE PUTRAJAYA 23 MEI HINGGA 27 MEI INI

Sekitar Majlis Tahlil Perdana Anjuran UMNO Wangsa Maju

Semalam, Dato Shafei Abdullah Dan UMNO Wangsa Maju dengan kerjasama Madrasah Assadah Seksyen 1 Wangsa Maju telah mengadakan Program Tahlil Perdana Dan Bacaan Yassin di Madrasah tersebut. UMNO Bahagian Wangsa Maju juga menyumbangkan surah yassin dan jamuan di Majlis itu.

Dato Shafei Abdullah juga berjanji akan memberi sumbangan kepada Madrasah tersebut dan antara barang - barang yang akan disumbangkan untuk Madrasah tersebut ialah :-

1) 2 biji khemah untuk kegunaan ahli kariah
2) Penghawa Dingin
3) P.A system
4) Cat untuk mencantikkan lagi Madrasah tersebut.

Sumbangan ini bukanlah untuk tujuan politik semata - semata , sumbangan ini adalah untuk membantu rakyat agar lebih selesa.

Klik Disini
TERIMA KASIH DATO SHAFEI
BN MENANG RAKYAT SENANG
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Thursday, May 17, 2012

Daripada Berdemo Kat Jalan Dapat Berapa Sen Sangat , Mai Ke Putrajaya Cari Rezeki Halal


Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama
JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu
program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan
diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Belia-belia lepasan
SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh
berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta
khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth
pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan
bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang
berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat
kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan
sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara
terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.
Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut
menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal
pekerja.

Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah
beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk
mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya
yang bakal ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint
3 Putrajaya !!!

Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776)

- Seketeriat HBN 2012

MOH PAKAT KITA KE PUTRAJAYA 23 MEI HINGGA 27 MEI INI !!!

Pertandingan Miss Fitness Hanya Di Hari Belia Negara 2012


SEGMEN : FIT AND ACTIVE

PROGRAM : PERTANDINGAN MISS FITNESS

PENYELARAS PROJEK : SITI FARIDA BINTI AZHAR

NO. TELEFON : 03-88713190/0122942607

PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI

PERTANDINGAN MISS FITNESS INI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGGIAT DAN
PEMINAT AKTIVITI KECERGASAN DI SELURUH NEGARA. PELAKSANAAN PROGRAM INI
AKAN DIADAKAN PADA 26 MEI 2012 SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA.

SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MELALUI 5 DISIPLIN IAITU 1RM BENCH PRESS
(KEKUATAN MAKSIMUM), CHIN UP (KEKUATAN), DEAD LIFT (KUASA), LARIAN 2.4
KM (KARDIOVASKULAR) – TREADMILL SERTA DUDUK DAN JANGKAU (KELENTURAN).

PEMENANG AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM MELALUI KIRAAN
MATA KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI BAGI SETIAP DISIPLIN. SEKIRANYA
PEMENANG BERADA PADA KEDUDUKAN SERI, MAKA SATU ALTERNATIF DISIPLIN
AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM YANG PERLU DILALUI OLEH
PESERTA TERSEBUT BAGI MENENTUKAN PEMENANG.

-Seketeriat HBN 2012

JOM KE PUTRAJAYA 23 MEI HINGGA 27 MEI INI

Wednesday, May 16, 2012

"Kerajaan Sentiasa Hargai Warga Belia" - Muhyiddin Yassin

TPM Merasmikan Hari Belia Negara 2012

15 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat
Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini.

Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya
penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian
Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti
tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang
diadakan di Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang
belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu
yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam
negara.

Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak
yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan
tercapai.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek ,
Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan
diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.

Tuesday, May 15, 2012

Belia Penentu Masa Depan Negara - Dato Seri Najib

KUALA LUMPUR – Golongan belia yang mewakili 45 peratus daripada jumlah
penduduk Malaysia berperanan besar dalam menentukan masa depan negara,
kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyedari hakikat amanah yang dipikul golongan pewaris kepimpinan
negara itu adalah besar, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa
merasai, merujuk dan memahami pandangan dan aspirasi generasi itu
dalam setiap perancangan yang dibuat.

“Sesungguhnya masa depan negara terletak di tangan golongan belia,
sama ada kesejahteraan kebangsaan akan semakin meningkat dan
kemakmuran terus dinikmati semua warga Malaysia pada masa depan
bergantung kepada anda sebagai pewaris kepimpinan negara.

-Seketeriat HBN 2012

HBN 2012 Tampilkan Malaysia Yoyo Open 2012

"Yoyo merupakan aktiviti yang terdiri daripada dua cakera sama saiz yang diperbuat daripada plastik, kayu, atau besi, disambungkan dengan gandar, yang dibelit dengan tali. Pertandingan ini merupakan kali kedua diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara dan dipertandingkan dalam kategori berikut :

1A (Single)
2A (Double A)
4A (Offstring)
5A (Counterweight)

Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain Yoyo di Malaysia tidak kira sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang berumur 10 tahun dan ke atas. "

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi

EN. SABRAN B. ABD BAHAR (019-2230365/03-88713747)

Dato Shafei Abdullah Menerangkan Mengenai Sumbangan Mangsa - Mangsa Banjir




SYABAS DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Monday, May 14, 2012

National Youth Day Cheerleading Competition Di Hari Belia Negara 2012



"Penyertaan terbuka kepada pasukan sekolah untuk Full Routine, dan
kepada semua untuk Cheer Pom. Kategori pertandingan adalah:
- All-Girl (School) full routine
- Co-Ed (School) full routine
- Cheer Pom (Open)"

Untuk Lebih lanjut hubungi Y - AVENUE - EN. SABRAN B. ABD BAHAR
(019-2230365/03-88713747)

- Seketeriat HBN 2012

JOM GEGARKAN PUTRAJAYA

Sunday, May 13, 2012

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Bencana Alam ( BANJIR) Parlimen Wangsa Maju

Hari ini mangsa - mangsa banjir sekitar Parlimen Wangsa Maju telah mendapat bantuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu YB Dato Raja Nong Chik Bin Dato Raja Zainal kepada 167 buah rumah daripada 6 kampung yang dilanda banjir lumpur baru - baru ini. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Puah, Kampung Puah Asal, Kampung Puah Hilir, Kampung Puah Lembah, Kampung Bandar Dalam dan Kampung Setia Jaya.

Beliau juga akan menyiasat punca banjir tersebut, Penduduk yang juga mangsa banjir itu menyatakan kampung mereka dilanda banjir adalah disebabkan oleh projek River Of life yang sedang dijalankan di berdekatan kampung mereka.

Sumbangan Yang diberi oleh DBKL adalah sebanyak RM200 dan RM100 diberi oleh Yayasan Wilayah Persekutuan. UMNO Bahagian Wangsa Maju juga memberikan bantuan kepada mangsa - mangsa banjir sebanyak RM100 setiap seorang mangsa banjir.

Majlis yang diadakan petang tadi di UMNO Cawangan Taman Setapak, Kuala Lumpur.

Dato Dr. Hj Shafei Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional/ Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan menyatakan bahawa Kerajaan sekarang iaitu Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap masalah - masalah rakyat. Walaupun bantuan daripada DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan ini tidak sebesar mana berbanding bencana yang telah menimpa mereka tetapi sekurang - kurangnya sedikit sebanyak dapat membantu mereka .


BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Klik disini

Perasmian Majlis Penyerahan Komputer Riba




Dato Dr Mohd Shafei Abdullah telah menyempurnakan majlis penyerahan komputer riba 1 Malaysia yg bertempat di Sek Men Kebangsaan Setapak Indah.Dalam pada itu Dato Dr Mohd Shafei Abdullah juga telah berpesan kepada semua pelajar yang mnenerima komputer riba 1 Malaysia supaya jangan salah guna.Guna sebaik-baiknya untuk menambah ilmu pengetahuan






Perasmian Hari Keluarga Flat Sri Langkawi

Dato Dr Mohd Shafei Abdullah telah dijemput bagi merasmikan Hari keluarga penduduk flat tersebut.Dato Shafie berkata ..







TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

BN MENANG RAKYAT SENANG


Saturday, May 12, 2012

Majlis Penyerahan Komputer Riba 1 Malaysia Di SMK Setapak Indah

Kira-kira jam 2.30 Ptg, Dato Dr Mohd Shafei Abdullah telah menyempurnakan majlis penyerahan komputer riba 1 Malaysia yg bertempat di Sek Men Kebangsaan Setapak Indah..

Seramai 500 Pelajar pelbagai kaum telah menerima sumbangan berupa sebuah komputer riba setiap seorang..

Berikut gambar sekitar majlis





Lagi Gambar Klik Disini

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

BN MENANG RAKYAT SENANG

Dato Shafei Rasmikan Hari Keluarga Flat Sri Langkawi

Selepas meluangkan masa memeriahkan majlis gotong royong..kira-kira jam 10.30 pagi Dato Dr Mohd Shafei Abdullah kemudian bergerak ke Blok 04 Flat Sri Langkawi..Dato Dr Mohd Shafei Abdullah telah dijemput bagi merasmikan Hari keluarga penduduk flat tersebut..

Dato Dr Mohd Shafei Abdullah juga diberi penghormatan untuk menyampaikan beberapa hadiah kepada pemenang beberapa acara pada hari keluarga tersebut..

Berikut gambar sekitar majlis





Lagi Gambar Klik Disini

Dato Shafei Meriahkan Gotong Royong Masjid Al Muttaqin Wangsa Melawati

Pada 12 Mei 2012 jam 8.30 Pagi Dato Dr Mohd Shafei Abdullah yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju telah hadir bagi memeriahkan suasana gotong royong perdana yg telah dianjurkan oleh Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati..

Berikut gambar suasana di sana..





Lagi Gambar Klik Disini

Saksikan Ketangkasan Anggota Bomba Menyelamat Di Hari Belia Negara

Demonstrasi Menyelamat

Pasukan bomba dan peyelamat Malaysia akan melaksankan demonstrasi
menyelamat pada 26 mei 2012 bertempat di sektor x jam 4.00 petang
hingga 5.00 petang . Antara demonstrasi yang akan dipersembahkan
adalah situasi menyelamat mangsa kemalangan jalanraya.

Selain dari itu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan
demontrasi menyelamat yang mana dilaksanakan pada 26 mei 2012
bertempat di sector x jam 5.30 petang hingga 6.30 petang iaitu
demontrasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan (Urban Rescue) .

Manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan melaksana
demontrasi menyelamat di tasik putrajaya pada 27 mei 2012 bermula jam
5.00 – 6.00 petang . Penganjuran tersebut akan diuruskan oleh pasukan
StarTeam APMM.

Demonstrasi Menyelamat Mangsa

Tarikh/Masa: 3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012)

Kerjasama: Polis Diraja Malaysia

Untuk Makluman hubungi EN. AHMAD SYAMMIEL BIN MOHAMED KARIM (019-6208284)

- Seketeriat HBN 2012

UMNO Wangsa Maju Di Sambutan 66 Tahun UMNO Di Bukit Jalil


11 Mei 2012 merupakan tarikh keramat kepada UMNO Malaysia apabila menyaksikan kira-kira 100 ribu ahli UMNO berhimpun secara aman di Stadium Nasional Bukit Jalil bg menyambut Ulang Tahun Ke 66 UMNO ditubuhkan.

Ahli UMNO Bahagian Wangsa Maju Juga tidak melepaskan peluang berhimpun beramai-ramai bg mendengar amanat Presiden UMNO Dato' Sri Hj Mohd Najib b Tun Hj Abdul Razak.

Berikut Gambar-gambar Ahli UMNO Wangsa Maju di sana






Lagi Gambar Klik Disini

Thursday, May 10, 2012

Pembangkang Khuatir!!! , Hari Belia Negara 2012 akan menjadi yang terhebat dari Program Pakatan!!!



Posted by Gempur Wangsa

Sekitar Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil bersama Dato Shafei Abdullah Di Dewan Kabin Flat Sri Langkawi

Dato Shafei Abdullah menghadiri majlis bacaan yassin bersama penduduk di dewan kabin flat sri langkawi 1, taman melati

Antara Penduduk yang hadir



Dato Shafei melawat tapak untuk dijadikan dewan masyarakat untuk penduduk di situ

Dato Shafei juga berkesempatan melawat seorang penduduk di situ yang sedang sakit dan menghulurkan sedikit bantuan .

Mangsa yang sedang sakit sedang dibawa turun untuk dibawa ke hospital

Dato Shafei berjumpa dengan isteri mangsa

Isteri mangsa berasa terharu kerana Dato Shafei sudi melawat dan menghulurkan bantuan


"Mudah - mudahan suami kepada wanita ini cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Amin..
"

InsyaAllah dengan berkat orang yang mendoakan beliau

SYABAS DATO SHAFEI

BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL


Klik Di sini

Posted by Gempur Wangsa