Sunday, May 13, 2012

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Bencana Alam ( BANJIR) Parlimen Wangsa Maju

Hari ini mangsa - mangsa banjir sekitar Parlimen Wangsa Maju telah mendapat bantuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu YB Dato Raja Nong Chik Bin Dato Raja Zainal kepada 167 buah rumah daripada 6 kampung yang dilanda banjir lumpur baru - baru ini. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Puah, Kampung Puah Asal, Kampung Puah Hilir, Kampung Puah Lembah, Kampung Bandar Dalam dan Kampung Setia Jaya.

Beliau juga akan menyiasat punca banjir tersebut, Penduduk yang juga mangsa banjir itu menyatakan kampung mereka dilanda banjir adalah disebabkan oleh projek River Of life yang sedang dijalankan di berdekatan kampung mereka.

Sumbangan Yang diberi oleh DBKL adalah sebanyak RM200 dan RM100 diberi oleh Yayasan Wilayah Persekutuan. UMNO Bahagian Wangsa Maju juga memberikan bantuan kepada mangsa - mangsa banjir sebanyak RM100 setiap seorang mangsa banjir.

Majlis yang diadakan petang tadi di UMNO Cawangan Taman Setapak, Kuala Lumpur.

Dato Dr. Hj Shafei Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional/ Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan menyatakan bahawa Kerajaan sekarang iaitu Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap masalah - masalah rakyat. Walaupun bantuan daripada DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan ini tidak sebesar mana berbanding bencana yang telah menimpa mereka tetapi sekurang - kurangnya sedikit sebanyak dapat membantu mereka .


BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Klik disini

1 comment:

  1. Kami Sokong Sepenuh Jiwa Raga Kami kepada Dato Shafie....

    ReplyDelete