Thursday, May 3, 2012

Banjir Teruk Di Sekitar Parlimen Wangsa Maju


Selepas hujan lebat di Kuala Lumpur beberapa tempat sekitar Parlimen Wangsa Maju dilanda banjir lumpur dan mengakibatkan banyak harta benda yang rosak. Kawasan yang terjejas ialah di Kampung Puah , Kampung Puah Lembah , Kampung Bandar Dalam dan Kampung Setiajaya.


Salah seorang penduduk menyatakan bahawa punca banjir teruk itu adalah disebabkan oleh projek " River On Life " di sungai berdekatan kerana sungai tersebut ada diletakkan penghadang untuk saluran air masuk. Dan apabila air deras , air tidak dapat salur dengan baik kerana banyak juga sampah yang tersekat.


Penduduk berkata , sejak projek ini dijalankan mereka selalu terdedah kepada banjir, Mereka tidak menghalang projek itu dijalankan kerana mendatangkan hasil kepada kampung mereka, tetapi apabila hujan lebat , mereka berisiko menghadapi banjir lumpur.


Statik rumah yang dilanda banjir:-
Kampung Puah 58 buah rumah
Kampung Puah Lembah 54 buah rumah
Kampung Bandar Dalam 33 buah rumah
Kampung Setia Jaya 69 buah rumah

Jumlah : 214 buah rumah

Terima kasih kepada Pemuda UMNO Wangsa Maju & UMNO Bahagian Wangsa Maju serta beberapa Jabatan Kerajaan kerana menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Klik disini

Posted by Gempur Wangsa

0 comments:

Post a Comment