Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.
Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.
Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.
Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.
Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.
Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.
Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.
” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.
Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.
Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.
Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.
Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom
Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.
Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.
” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.
Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.
Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.
” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.
Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.
” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut.
Tq . Mynewshub
Saturday, May 5, 2012
Ekslusif - Luahan Hati Ibu Azmin Ali
8:00 PM
Azmin
Posted by Gempur Wangsa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
satu lagi lawak terkini dari ummi...syabas kerana melibatkan mak,datuk,nenek,moyang dan klu boleh sedara kau yg dlm kubur tu diinterview sekali..kesian..satu episod yg sadis sehingga maruah keluarga pun dijual demi politik semenjak 1998..
ReplyDeletemy berok2 bersih,
Deletemcm ni lah...demi maruah AGAMA,BANGSA DAN NEGARA TERCINTA ini,PELIWAT TEGAR Anwar Ibrahim,KAKI MAKSIAT Azmim Ali,KAKI SEKS SONGSANG Babiga,ULAMAK dan OSTAD PAS dan PKR yang sesat lagi menyesatkan...Harus di nyahkan dari bumi Malaysia tercinta ini seberapa segera!!! Sama seperti anda myberok2bersih juga adalah pengkianat dan petualang AGAMA,BANGSA dan NEGARA BERDAULAT INI!! Tak sedar2 diri bertuankan DAJJAL2 AKHIR ZAMAN!!
Apa ini benar,Kami rakyat Malaysia mahu kepastian..Kalau boleh cakapan makcik ini disiarkan di siaran Tv 1,2,3,4 dab Astro..Jika tidak kami anggap ini fitnah dan palsu..Mohon kepastian...Please UMNO!!
ReplyDeletenona tv3
ReplyDeletetv3= fitnah