Thursday, May 17, 2012

Daripada Berdemo Kat Jalan Dapat Berapa Sen Sangat , Mai Ke Putrajaya Cari Rezeki Halal


Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama
JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu
program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan
diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Belia-belia lepasan
SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh
berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta
khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth
pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan
bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang
berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat
kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan
sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara
terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.
Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut
menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal
pekerja.

Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah
beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk
mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya
yang bakal ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint
3 Putrajaya !!!

Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776)

- Seketeriat HBN 2012

MOH PAKAT KITA KE PUTRAJAYA 23 MEI HINGGA 27 MEI INI !!!

0 comments:

Post a Comment