Friday, August 31, 2012

PM : "Saya Semangat Nak Bubar Parlimen"

Najib: 'Semangat nak bubar Parlimen...'

Di sebalik teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), Datuk Seri Najib Tun Razak semalam secara berseloroh berkata beliau sudah ada semangat untuk membubarkan Parlimen.

"Semangat nak bubar Parlimen... tengoklah dulu," kata beliau di akhir ucapannya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling di sini, semalam.-Sinar

Sebelum ini ramai meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau awal Julai lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Pun begitu ada yang menjangkakan ia hanya akan dipanggil selepas Februari depan.

Najib selaku Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen dengan memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Hari ini, Najib akan menghadiri Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, selepas sambutan perbarisan Hari Kemerdekaan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Di Stadium Nasional juga, pada 11 Mei lalu, Najib menyampaikan ucapan dengan berseloroh bahawa "rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?"

Dalam ucapannya, Najib yang Pengerusi mengulangi peringatannya bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang adalah penentu survival Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dipetik Bernama, Najib yang juga Presiden Umno turut mengingatkan anggota parti supaya belajar daripada pengalaman pilihan raya umum 2008 agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri.

"Saya tidak mahu lagi politik adu domba sesama kita, tidak mahu lagi politik puak sesama puak... tidak mahu lagi dalam kempen orang merajuk dan mengkhianati.

"Jika semua ahli sokong calon yang dipilih, mustahil kita boleh kalah pilihan raya," katanya.

Perdana Menteri berkata, sebagai anggota sebuah parti yang cukup matang dan dewasa, segala masalah yang melanda seharusnya diselesaikan.

"Dah empat tahun. Jangan lagi ada masalah. Jangan tunjuk jari... sudah sudahlah. Rapatkan barisan.

"Jika sayang parti, kita hendaklah reda. Dipilih Alhamdulillah, tak dipilih pun kita ucap Alhamdulillah. Jika itulah sikap kita bermakna kita telah dewasa dan matang," kata Najib yang juga Presiden Umno.

Najib berkata, apabila beliau menyatakan parti hendakkan 'winnable candidate' (calon boleh menang) semua akan kata mereka adalah 'winnable candidate' tetapi sebenarnya separuh sahaja yang boleh menang.

Walaupun dalam politik ada pasang-surut, Umno masih lagi parti yang relevan dan akan hidup untuk satu jangka masa panjang.

"Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan.

Kita pula mudah berjanji sebaliknya sukar melaksanakannya. Kita patut sayang parti tanpa meletak syarat.

"Saya dah lama.... bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua calon PRU kita kena lulus ujian," katanya sambil memberitahu bahawa banyak petunjuk yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN telah kembali.

Beliau berkata, pelbagai program dan dasar kerajaan untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat.

"Kami sedar tuntutan rakyat, tidak seperti pembangkang yang menimbulkan isu hukum hudud menjelang pilihan raya. Kami bina ribuan masjid. Pas pula bina dua masjid sahaja selama 22 tahun perintah Kelantan.

"Umno akan terus perjuangkan Islam dan peradabannya dipertingkat. Insya-Allah kami letakkan orang yang betul, layak dan amanah. Ulama dan umarak tidak disisih supaya kemajuan Islam terus berkembang," katanya.

Mengenai Kedah, Najib berkata selatan Kedah adalah teras bagi BN memenangi semula negeri ini.

Perdana Menteri dan isteri turut menghadiri jamuan Hari Raya bersama penduduk Baling sebelum berlepas ke Alor Setar untuk majlis Hari Raya bersama perdana menteri di perkarangan Stadium Darul Aman

UFB : Jangan Ulas Hudud Jika Tidak Faham Tentang Hudud

Amanat PM : PRU 13 Tentukan Survival UMNO Dan BN


BALING -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengulangi peringatannya bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang adalah penentu survival Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mengingatkan anggota parti supaya belajar daripada pengalaman pilihan raya umum 2008 agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri.

"Saya tidak mahu lagi politik adu domba sesama kita, tidak mahu lagi politik puak sesama puak...tidak mahu lagi dalam kempen orang merajuk dan mengkhianati.

"Jika semua ahli sokong calon yang dipilih, mustahil kita boleh kalah pilihan raya," katanya berucap merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling di sini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, ketua Umno bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sebagai anggota sebuah parti yang cukup matang dan dewasa, segala masalah yang melanda seharusnya diselesaikan.

"Dah empat tahun. Jangan lagi ada masalah. Jangan tunjuk jari...sudah sudahlah. Rapatkan barisan.

"Jika sayang parti, kita hendaklah reda. Dipilih Alhamdulillah, tak dipilih pun kita ucap Alhamdulillah. Jika itulah sikap kita bermakna kita telah dewasa dan matang," kata Najib yang juga Presiden Umno.

Najib berkata apabila beliau menyatakan parti hendakkan 'winnable candidate' (calon boleh menang) semua akan kata mereka adalah 'winnable candidate' tetapi sebenarnya separuh sahaja yang boleh menang.

Walaupun dalam politik ada pasang-surut, Umno masih lagi parti yang relevan dan akan hidup untuk satu jangka masa panjang.

"Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan. Kita pula mudah berjanji sebaliknya sukar melaksanakannya. Kita patut sayang parti tanpa meletak syarat."

"Saya dah lama....bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua calon PRU kita kena lulus ujian," katanya sambil memberitahu bahawa banyak petunjuk yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN telah kembali.

Beliau berkata pelbagai program dan dasar kerajaan untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat.

"Kami sedar tuntutan rakyat, tidak seperti pembangkang yang menimbulkan isu hukum hudud menjelang pilihan raya. Kami bina ribuan masjid. PAS pula bina dua masjid sahaja selama 22 tahun perintah Kelantan".

"Umno akan terus perjuangkan Islam dan peradabannya dipertingkat. InsyaAllah kami letakkan orang yang betul, layak dan amanah. Ulama dan umarak tidak disisih supaya kemajuan Islam terus berkembang," katanya.

Mengenai Kedah, Najib berkata selatan Kedah adalah teras bagi BN memenangi semula negeri ini.

Pada akhir ucapannya, perdana menteri secara berseloroh berkata: "Semangat nak bubar Parlimen...tengoklah dulu".

Perdana Menteri dan isteri turut menghadiri jamuan Hari Raya bersama penduduk Baling sebelum berlepas ke Alor Setar untuk majlis Hari Raya bersama perdana menteri di perkarangan Stadium Darul Aman.

-- BERNAMA

Sedih : Jalur Gemilang Dihina Pada Malam Kemerdekaan !!!




Soalan saya - Tidakkah patut mereka ini semua diambil tindakan kerana berkumpul secara haram ? Apakah beza BERKUMPUL DIDATARAN MERDEKA dengan BERKUMPUL DIMANA PUN ?

Apakah AKTA atau UNDANG2 hanya laku jika diDataran Merdeka saja ? Kalau berkumpul diLUAR Dataran dikira OK ? Peliknya undang2 kita .....

PS - Maksud saya, Hanya berkumpul di DM saja yang perlu permit ? Kalau berkumpul selain dari DM tak perlu permit ? Begitukah disebut dalam Akta Apakenamanya ?

**************************************

Niat hati memang tak nak layan Janji Bersih tapi gambar dibawah buat darah menyirap !


Thursday, August 30, 2012

HOT !!! UFB Komen Isu Nik Aziz Tak Kenal Beliau !!!

Wednesday, August 29, 2012

Nik Aziz Tak Kenal Siapa UFB !!!!


KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. - Sinar Harian

Serba tak kena dan macam-macam alasan Nik Aziz, apalah masalahnya Fathul Bari hantar surat terlebih dahulu, bukankah itu yang sepatutnya, sebagai seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab sudah pasti mempunyai tugas yang banyak, sebarang pertemuan perlu ada temujanji terlebih dahulu, atau Nik Aziz sentiasa punyai masa dengan ketepatan 'makan gaji buta'.

Buat bising di akhbar pun dijadikan isu, kalau Nik Aziz berada dipihak yang benar, itu semua tidak menjadi permasalahan, nak buat surat ke, nak buat bising ke pedulilah, apa yang penting kebenaran itu perlu dirungkaikan sesama Ulamak,

Janganlah Nik Aziz nak buat payah, Islam itu memudahkan bukan memayahkan, lebih-lebih lagi ia melibatkan isu yang berkait rapat dengan hukum hakam dan perpaduan Islam, semakin lama semakin pecahlah tembelang Nik Aziz, sepatutnya Nik Aziz mengalu-alukan Fathul Bari untuk berbincang dengan beliau bukannya memberi kepelbagaian dalih yang angkuh, begitukah sifat Ulamak yang dikatakan perwaris nabi ??? Anda Mampu Mengubahnya...

Monday, August 27, 2012

PAS Kedah Sokong Kuat Nasharuddin Mat Isa ???


Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, sekarang ini sedang menjadi puaka yang amat menakutkan kaum IBLIS dan PARASIT PAS. Selain gambaran bahawa Nasharuddin Mat Isa atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nasha di kalangan para penyokongnya, sedang mendekati UMNO, individu yang telah dikalahkan oleh Mat Sabu dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar yang lepas, turut dikatakan masih lagi mengusahakan Kerajaan Perpaduan yang amat dibenci oleh sekalian IBLIS dan PARASIT PAS.

Pelbagai label telah diberikan kepada Nasharuddin Mat Isa. Bahkan ahli-ahli PAS juga diberitakan bahawa Nasharuddin Mat Isa akan menjadi masalah besar kepada mereka atau lebih tepat lagi, menjadi punca kekalahan PAS pada PRU akan datang kerana PKR dan DAP tidak redha dengan PAS akibat perbuatan Nasharuddin yang berbaik-baik dengan pimpinan UMNO.

Di sana sini, bahkan sehingga ke peringkat Mursyidul Am PAS, Nasharuddin menerima kecaman yang bukan sedikit. Tidak cukup dengan itu, golongan yang berpihak dan menjadi penyokong kuat Mat Sabu di seluruh Malaysia, menganggap Nasharuddin sebagai ANJING UMNO dan sedang meruntuhkan PAS dari dalam.

Dek kerana itulah, Dewan Pemuda PAS Kelantan telah memberi kata dua kepada pimpinan PAS Kelantan agar menghalau Nasharuddin dari Bachok dan tempatnya digantikan oleh orang lain.

Itu nasib yang diterima oleh Nasharuddin sekalipun kesetiaannya kepada PAS tidak pernah berbelah bahagi, malah sudah beberapa kali berikar tidak akan keluar atau meninggalkan PAS untuk masuk UMNO.

Di sebalik nasib malang yang diterima oleh Nasharuddin Mat Isa semenjak ura-ura Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS sendiri, dan kemudian gambarnya bersama-sama Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, Najib Abdul Razak di Makkah bersama-sama beberapa orang ulama, masih ada usaha yang dilakukan oleh Nasharuddin Mat Isa untuk membersihkan PAS daripada kekotoran IBLIS dan PARASIT PAS.

Pada 20 Ogos lalu, satu kematian telah berlaku di Batu 16, Padang Lumat, Yan. Jam 3:00 petang, Nasharuddin Mat Isa telah mengimamkan jenazah Bilal bin Abdullah yang berumur 9 tahun. Allahyarham Bilal bin Abdullah adalah anak kepada Abdullah bin Hashim, ahli PAS Kumpulan 30 yang diketahui amat menentang Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak.

Mungkin kumpulan yang menentang Menteri Besar Kedah dari PAS tidak menyangka bahawa Nasharuddin Mat Isa akan muncul dan menjadi imam solat jenazah ahli kumpulan mereka. Apatah lagi kumpulan penentang Menteri Besar Kedah seringkali dikaitkan sebagai sekutu kuat dan penyokong Mat Sabu serta ahli-ahli kumpulan IBLIS dan PARASITnya.

Hubungan antara Nasharuddin Mat Isa dengan Abdullah bin Hashim bukanlah baru. Abdullah merupakan antara pembantu utamanya ketika Nasharuddin berjaya menjadi Ahli Parlimen Jerai pada tahun 1999. Dengan kata lain, seperti juga Mat Sabu, Nasharuddin turut mempunyai pengaruh dan sekutunya di Kedah.

Dilaporkan seramai lebih 80 orang telah turut serta dalam solat jenazah yang diimamkan oleh Nasharuddin Mat Isa. Dan berbeza daripada tanggapgan yang diberikan oleh kumpulan PARASIT serta IBLIS PAS kononnya Nasharuddin tidak diterima oleh ahli-ahli PAS, begitu meleset memandangkan sambutan yang diberikan kepada Nasharuddin amat mesra.

Kehadiran Nasharuddin di Padang Lumat, Yan, sudah tentu memberikan petanda tertentu. Bukan rahsia lagi apabila para pengundi dan penyokong PAS di Padang Lumat marahkan Kerajaan PAS Kedah kerana sikap menganaktirikan Sekolah Menengah Taufikah Khairiyyah Al Halimiah sehinggakan pada satu peringkat, bekalan air ke sekolah tersebut diputuskan oleh SADA dan geran bantuan yang diterima dari Kerajaan Negeri semasa Kedah di bawah UMNO, dihentikan sebaik-baik sahaja PAS memerintah Kedah.

Ironinya, pada masa yang sama, Kerajaan PAS Kedah mengumumkan bantuan puluhan juta ringgit kepada sekolah-sekolah aliran Cina di seluruh Kedah!

Sekolah berkenaan sekarang ini menerima bantuan dan geran dari Kerajaan Persekutuan.

Antara ikrar Nasharuddin ialah untuk terus menegakkan Islam dan perjuangan ummah iaitu penyatupaduan. Ikrar itulah yang membuatkan DAP begitu bersungguh-sungguh menghasut para pemimpin PAS yang diketahui berkiblatkan Georgetown dan Menara Komtar untuk memburuk-burukkan Nasharuddin Mat Isa.

Kehadiran Nasharuddin Mat Isa yang sebelum ini dianggap sebagai sekutu kuat Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, memberikan banyak petunjuk. Apakah sekarang ini, Azizan Abdul Razak sudah mula menggunakan khidmat Nasharuddin Mat Isa agar dapat merapatkan hubungannya dengan kumpulan-kumpulan yang menentangnya?

Atau lebih tepat lagi Azizan Abdul Razak sudah mula mengharapkan Nasharuddin Mat Isa agar dapat menyekat Mat Sabu yang dilaporkan akan bertanding di Pendang dengan Nasharuddin Mat Isa sudah mula berjinak-jinak di Yan dan Jerai?

Thursday, August 16, 2012

Hot News !!!! Ustaz Nasharudin Mat Isa Di Ambang Pemecatan !!!


Nasharudin mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan Datuk Dr Hassan Ali, dipecat tanpa sebarang proses pembelaan diri. Jika ini berlaku, maka InsyaAllah hayat PAS dalam PRU yang akan datang semakin jelas gelap dan kelam. PAS tidak pernah belajar apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh ahli akar umbi selama ini...sayonara PAS. Takbirr.

KUALA LUMPUR 16 Ogos - PAS Pusat akan menyerahkan kuasa Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memutuskan tindakan susulan terhadap bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa. Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berikutan tindakan Nasharuddin selagi ianya tidak dibincangkan bersama Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.

“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut. Malah parti juga belum memutuskan sama ada Nasharudin akan diberi surat tunjuk atau tidak, dan setakat ini kepimpinan pusat belum memanggil beliau untuk memberikan penjelasan” katanya. Nasharuddin yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat sebelum ini telah membuat kenyataan secara terbuka menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya rakan DAP dan PKR terus menentang Hukum Hudud.

Tuesday, August 14, 2012

Pembohongan P.Balasubramaniam Didedahkan! (Part 1)


Masih ingat penyiasat persendirian P.Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu oleh Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor tidak lama dahulu? Adakah anda masih ingat bagaimana akuan bersumpahnya telah digunapakai oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk menyerang Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, atau lebih tepat lagi menfitnah pasangan suami isteri itu.

P.I Balasubramaniam merupakan antara PELAKON dan WATAK PENTING yang berjaya dihangatkan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha Ketua Pembangkang Malaysia itu untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat.

Justeru apabila Raja Petra Kamaruddin, orang yang bertanggungjawab mempopularkan pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan pembabitan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, sekali lagi mendedahkan bahawa P. Balasubramaniam sebenarnya adalah alatan fitnah Anwar Ibrahim, kebanyakan pecacai Pakatan Rakyat, khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim jadi tidak tentu arah.

Sel13.com akan membuat pendedahan siapa sebenarnya P. Balasubramaniam dan mengapa dia ingin benar pulang ke Malaysia.

P. Balasubramaniam merupakan penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda untuk ‘memerhatikan’ Altantuya Shiiribu yang telah memeras ugut Abdul Razak dan krisis atau lebih tepat lagi skandal cinta tiga segi. Untuk lebih mencantikkan jalan cerita, P. Balasubramaniam pula dikatakan sebagai proksi Razak Baginda dalam Perimekar.

Pada muka surat 4 daripada dokumen 146 daripada 153 dokumen yang diserahkan kepada mahkamah Perancis berhubung siasatan kontrak kapalselam Scorpene, Polis Kebangsaan Perancis menyatakan:

In the chapter entitled ‘Commercial Partners’, Didier Arnaud said, “On l August 2000, we signed a cooperation business contract with THOMSON INTERNATIONAL ASIA defining our respective responsibilities. Whateverone may think about the appropriateness of such an agreement, it seemscertain that this must be made for the success of the operation. The PERIMEKAR team has evolved over the past year, and with the eviction of Tan Sri Razali and Pintar group, Suhaidi bin Sulaiman, Rosli Rahman and BALA SUBRAMANIAM took charge of PERIMEKAR, also supported by IsmailNoor who had sidelined Jasbir CHAHL.”

klik sini

Monday, August 13, 2012

"Undi PAS Sama Dengan Undi DAP, PKR"- Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata ‘undi PAS sama dengan undi DAP dan PKR’.

Beliau berkata demikian ketika berkempen untuk calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pada tahun 2010.

“Kita mahu angkat, wakil Zulkifli Mohamad, calon kita, lambang dia PAS..you undi Zulkifli Mohamad sama macam you undi PAS, macam undi DAP, macam undi Keadilan.

“You sokong Zulkifli Mohamad sama seperti you sokong Ustaz Hadi, you sokong Lim Kit Siang, you sokong Anwar.

“Ini dia, kita punya semangat sekarang,” katanya.

Dalam pilihan raya kecil itu, Zulkifli Mohamad telah tewas kepada calon UMNO, Abdul Aziz Yusof dengan majoriti besar 1,190 berbanding pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kecil itu dibuat ekoran wakil rakyat dari Pas, Allahyarham Chek Hashim Sulaiman telah meninggal dunia pada 27 September 2010.

Sebelum ini, Allahyarham berjaya memenangi kawasan itu dengan majoriti 646 undi.

Sunday, August 12, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Dato' Dr Mohd Shafei

Pada 11 Ogos 2012 satu majlis berbuka puasa bersama Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah selaku Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju telah diadakan.

Antara yang dijemput menghadiri majlis berbuka puasa ini adalah anak-anak yatim serta kepimpinan masjid-masjid dan surau sekitar Wangsa Maju.

Berikut gambar sekitar majlis.












Saturday, August 11, 2012

Program Khas "Mesej Dari Perdana Menteri"

Pada 11 Ogos 2012 bertempat di KL Festival City Wangsa Maju satu program khas telah diadakan iaitu "Mesej Dari Perdana Menteri".

Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Wangsa Perdana dengan kerjasama daripada Jabatan Perdana Menteri, RTM, PDRM, JKJR, DBKL serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Raja Nong Chik b Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. Turut hadir pada majlis ini adalah YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah selaku Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju sekali gus merupakan Penasihat kepada program khas ini.

Dalam program khas ini, mesej yg ingin disampaikan adalah supaya berhati-hati semasa memandu untuk pulang ke kampung dan memastikan keselamatan rumah yang ditinggalkan untuk pulang berhari raya di kampung.

Dalam majlis itu juga YB Dato' Raja Nong Chik b Dato' Raja Zainal Abidin diiringi YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah memberikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, golongan warga emas serta OKU.

Berikut gambar sekitar majlis.













Friday, August 10, 2012

BN Selangor Mahu Penjelasan Dakwaan Pengarah KDEB Arahkan Pengurangan Air Terawat Sejak 2011

alt

SHAH ALAM, 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa mereka mempunyai maklumat bahawa pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari.

Koordinatornya, Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed turut mendakwa tindakan yang dilakukan adalah penyebab berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Mohd Zin turut berkata dalam sidang media pada yang lalu, beliau pernah menyatakan sebelum ini bahawa KDEB iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri mempunyai 15% saham di dalam Syabas dengan seorang wakil dalam mesyuarat lembaga pengarah. Alasan bahawa Kerajaan Negeri tidak tahu menahu mengenai krisis air ini langsung tidak masuk akal dan seperti sengaja dipolitikkan oleh mereka.

" Mengapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS. Kami mahu tahu adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas.
"Mengapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS. Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut," katanya.

Mohd Zin juga menuntut pihak yang bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini kerajaan Negeri hanya menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong.

Beliau turut menempelak sikap kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat yang terus mempolitikkan isu air tanpa ada titik noktah serta masih lagi tidak mampu menjawab dengan kemas fakta dan angka yang telah dikemukakkannya.

Beliau turut memberitahu fakta bahawa lebih kurang 234 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan kerana tiada jaminan bekalan air dapat disediakan langsung tidak dinafikan oleh pihak kerajaan negeri dan telah mengakibatkan pembangunan negeri Selangor terbantut.

BN Selangor juga kecewa dengan sikap exco Selangor, YB Au Yong Heng Hua yang melakukan demonstrasi di pejabat Syabas Kajang seolah-olah masalah air ini bukan berpunca dari kelemahan Kerajaan Negeri.

"Adakah beliau lupa bahawa beliau kini merupakan kerajaan yang memerintah. Adakah beliau tidak tahu tanggungjawab kerajaan negeri ialah menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat. Mengapa masih mahu mengelirukan rakyat tentang isu ini," kata Mohd Zin.

Beliau juga berkata BMN Selangor mempunyai maklumat saham 15% yang dimiliki oleh KDEB dalam Syabas turut dicagarkan kepada sebuah bank bagi tujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta bagi kegunaan tertentu.

"Adalah begitu daif pihak kerajaan negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman.

" Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri ingin mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15% pun tidak mampu untuk diuruskan dengan baik inikan pula sebuah Syarikat Pengagihan Air yang begitu penting sekali.

"Adakah ini merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika. Saya mempersoalkan adakah niat sebenar pengambilalihan Syabas hanya untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri. Apakah tujuan pinjaman tersebut dilakukan," tanya Mohd Zin.

Beliau juga memberitahu mendapat maklumat kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberikan air percuma ini.

"Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma.

"Bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjkan sehingga terpaksa berhutang.

"Jangan sampai nanti kita menjadi seperti Cerita Pak Kaduk, yang terpaksa menggadai negeri demi untuk melunaskan hutang," katanya.

Mohd Zin berkata kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air juga tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

Beliau mendakwa langkah terakhir dilakukan oleh kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat adalah mengelirukan rakyat dan tidak bercakap berasaskan fakta.

Dalam pada itu, Mohd Zin berjanji akan mendedahkan beberapa kelemahan lain dari masa ke semasa supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber : Klpos.com

Iklan Raya Yang Menghayat Hati Ini...Sentap Beb


Mari kita saksikan iklan raya ini..Mengisahkan 2 sahabat yang berusaha untuk balik raya di kampung..Amat sayu je hati kalau kita berada di tempat mereka...Walaupun keduanya cacat..tapi semangat mereka amat kental...Sama - sama kita saksikan klip di bawah


Thursday, August 9, 2012

Ustaz Kazim Alias 'Bantai' Parti Islam Semalaysia


UMNO-MENGISLAMKAN POLITIK
PAS-MEMPOLITIKKAN ISLAM

Wednesday, August 8, 2012

Blogger Kena Balun Kiri Kanan??? Nape???!!!


Penulis mengesan dua buah blog yang sedang giat menyerang seorang blogger lain. Blog SANTAU BERAPI dan CILI PADI, nampaknya mengkhususkan posting serangan masing-masing kepada blogger yang dikenali sebagai APA.

Penulis tidaklah begitu kenal dengan APA walaupun kami pernah bersembang semeja dalam dua atau tiga pertemuan di sebuah kedai kopi. Pertemuan-pertemuan lain sekadar pertemuan-pertemuan biasa yang tidak bersusulan dengan perbualan panjang, sekadar bertegur sapa ringan. Latar belakangnya juga penulis tidak berapa tahu. Malah berapa ramai anaknya pun penulis tidak pernah bertanya kepadanya.

Siapa Santau Berapi dan Cili Padi juga, penulis tidak pernah ambil peduli.

Walaupun mungkin ideologi penulis dan APA berbeza bagaikan langit dan bumi, penulis sebenarnya tidak bersetuju langsung dengan serangan yang dihalakan kepadanya. Serangan yang kelihatan lebih kepada bersifat peribadi sebegitu, sebenarnya menyekahkan lagi keperibadian masing-masing.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, kita buka aib orang, orang lain akan buka aib kita... buka membuka yang tiada kesudahannya.

Apa yang penulis ingin katakan di sini ialah, kebebasan bersuara tidak bermakna kita boleh membuka aib orang sesuka hati. Mungkin APA ada melakukan kesilapan sebelum ini tetapi apabila kita mengulangi kesilapannya, kita dan dia tiada bezanya. Apatah lagi, APA bukanlah ahli politik atau pemimpin yang wajar kita membuat tapisan keperibadiannya sebelum keimamahannya dipersetujui.

Ada asas atau tidak dengan tuduhan yang dilemparkan kepada blogger yang sudah beralih kem itu, penulis tetap tidak bersetuju dengan tindakan sebegini. Dalam satu situasi lain, penulis juga sebenarnya pernah berada dalam kedudukan yang serupa dengan APA iaitu beralih kem. Bagaimanapun, agak mujur kerana pada ketika penulis beralih kem, blogger tidak seramai dan tidak seaktif sekarang. Apa yang berlaku kepada blogger tidak dihiraukan oleh blogger-blogger lain. Apatah lagi, peralihan kem bukanlah disebabkan isu peribadi sebaliknya kerana berasakan pihak yang disokong dari awal tahun 1990-an itu, sudah mula melencong daripada perjuangan asal.

What goes around comes around... itu pepatah orang putih yang sangat masyhur dan seringkali diungkapkan oleh mana-mana orang yang sukar mencari pepatah Melayu yang sesuai.

Dunia blog agak reda kebelakangan ini dengan serangan sesama blogger. Baik blogger pro-Pakatan ke atas blogger pro-UMNO atau sebaliknya. Malah sesama blogger pro-UMNO dan blogger pro-Pakatan juga kelihatan sudah terlalu perlahan. Barangkali disebabkan masing-masing memberikan tumpuan kepada pilihanraya umum yang akan menjelang tidak lama lagi.

Namun serangan sebegitu, sebenarnya bukanlah asing kepada masyarakat blogsphere. Semuanya bertitik tolak daripada pemimpin yang tidak berpuas hati apabila dikritik, dikutuk dan dihentam menerusi blogsphere atau diketahui melakukan banyak penggelapan, mulai mengambil pendekatan menggunakan blogger yang berpihak kepadanya untuk melakukan hentaman balik. Dan kebiasaannya, blogger yang disuruh itu akan memilih untuk melakukan pendekatan menyerang peribadi blogger yang mengkritik, mengutuk dan menghentam itu.

Barangkali di situlah kesilapan yang dilakukan oleh APA sehingga akhirnya apa yang berlaku sekarang, seolah-olah satu pembalikan daripada tindakannya sebelum ini.

Secara jujur, penulis mengharapkan perkara sebegini akan dapat dihentikan. Kalaupun APA sudah memilih kem politik yang ingin disertainya, biarkanlah dia. Kalaupun ada aibnya yang bersifat sensasi, biarkanlah. Dunia ini bulat dan sejauh mana perjalanannya, sama ada perbuatan atau dirinya sendiri akan kembali ke tempat permulaan. Jangan pula suatu hari nanti, ada blogger baru lain yang mengenali kita pula, yang buat cerita dan menghebahkannya di blogsphere.

Tidak perlulah kita memilih untuk menjadi popular dengan isu-isu sebegini. Sebabnya, apabila seorang blogger popular dengan isu-isu sebegini, akhirnya isu-isu sebegini jugalah yang akan menimpa dirinya.

Sahabat blogger penulis, Parpukari dan Papagomo seringkali dijadikan batu loncatan oleh sesetengah pihak untuk popular. Parpukari pernah difitnah meminum arak dengan gelas berisi Malta di hadapannya, manakala Papagomo difitnah memeras wang ahli-ahli politik lain. Blog-blog yang mensensasikan cerita tentang kedua-dua orang sahabat penulis itu, mungkin popular untuk seketika, tetapi selepas tiada apa-apa lagi yang hendak ditulis tentang Parpukari dan Papagomo, akhirnya kuranglah manusia yang datang bertandang.

Manakala penulis sendiri berhadapan dengan cerita-cerita mehnah sebagai trojan horse yang memecahbelahkan blogger pro-UMNO walaupun blogger yang penulis kenal secara rapat dan khusus, tidak sampai lebih daripada jumlah jari di tangan. Kalau penulis membalas balik kenyataan-kenyataan berkenaan, kesudahannya, banyaklah pula perkara-perkara aib yang melibatkan penulis dan pihak-pihak berkenaan akan dilondehkan.

Mujurlah penulis masih lagi berpegang kepada pendapat, blogger bukan pemimpin politik yang perlu ditelanjangkan!

Thanks Flying Kick

Ekslusif BAFIA : Rakyat Malaysia Ambil Serius Tentang Akta Ini !!!



Banking And Financial Institution Act atau BAFIA adalah satu akta bagi melindungi hak individu yang menggunakan perkhidmatan perbankan.

BAFIA pindaan 1989 mengandungi sehingga 130 section.
Apa yang jelas, section 96 dan section 97 yang lain ada menyebut mengenai larangan terhadap sesiapa sahaja bagi mendedahkan maklumat peribadi kepada umum kecuali atas arahan mahkamah.

Dan sekiranya larangan ini diendahkan, penjara 3 tahun DAN RM3 juta dikenakan sebagai denda.
Undang-undang tetap undang.

Takda masa nak berdemontrasi ni..Akta Bafia ini adalah tentang maklumat peribadi pelanggan..Anda fikir macammana ia boleh terlepas ke tangan orang lain. Sedangkan pihak berkuasa pun kena mendapat perintah mahkamah untuk menyiasat tentang maklumat peribadi pelanggan bank ini.

Mari kita saksikan video dibawah tentang pendapat orang ramai apabila maklumat peribadi pelanggan didedahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Sumber Video Oleh KLPOS.com

Hanya Pembangkang Yang Berjuang Untuk Kemerdekaan Negara???!!!

pas-dapxx513

Jika pembangkang fikir tema Hari Kebangsaan, “Janji Ditepati” tidak ngam dengan mereka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan pembangkang guna tema “Janji Tidak Ditepati,”.

Baginya, tema itu lebih sesuai dengan sikap pembangkang yang gagal menunaikan janji-janji pilihan raya lalu.

Menurut Nazri, pembangkang tidak suka tema itu kerana ‘siapa makan cili, mereka terasa pedas’ dan Janji Ditepati akan mengingatkan rakyat kepada janji-janji pilihan raya yang masih belum dipenuhi pembangkang.

"Tahun 2008 mereka janji hendak bagi janda dan ibu tunggal RM600 tapi janji itu tak ditepati.

"Jadi sekarang mereka terasalah. Mereka ini sensitif sebab mereka tak tepati janji mereka," kata Nazri sinis mengulas tindakan pembangkang menolak tema yang ditetapkan kerajaan Pusat.

Katanya, tema itu menggambarkan janji ditepati sama ada yang sudah dan akan datang.

“Apa masalah dengan tema itu?..Sebab mereka (pembangkang) tidak tepati janji sebab itulah tidak suka,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Selasa.

Nazri juga memberi contoh isu Hudud yang tidak selesai-selesai walaupun berlarutan beberapa tahun.

"Ini semua kaki penipu besar. Tak selesai kes hudud kata dah selesai," katanya sambil menambah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh sendiri masih lagi menolak cadangan PAS itu.

Tambahnya, “ di bulan puasa pun nak menipu’.

Menjawab soalan mengenai cadangan negeri dikuasa pembangkang mahu menggunakan tema berbeza, Nazri menegaskan sambutan Kemerdekaan adalah di peringkat negara bukan negeri.

Menurut beliau, negara yang mencapai kemerdekaan dan BN selaku parti yang lebih berperanan dalam memperjuang kemerdekaan berhak menentukan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Katanya, UMNO-MCA-MIC pada masa itu memainkan peranan yang lebih besar berbanding parti pembangkang seperti PAS dan DAP dalam memperjuang kemerdekaan.

"PAS tahun 1951 dia ditubuhkan tetapi pada masa itu dia tentang kemerdekaan.

"DAP pula cuma ditubuhkan pada tahun 1969. Bila pembangkang perjuang kemerdekaan?," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan tema alternatif "Sebangsa Senegara Sejiwa" kerana tidak bersetuju dengan tema Janji Ditepati yang didakwa propaganda BN menjelang PRU 13.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat akan menggunakan tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

Negeri Kelantan pula akan menggunakan tema Menerajui Perubahan manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah Terus Berbakti.

Jelasnya, exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa.

Thanks Agenda Daily

Tuesday, August 7, 2012

10K Menanti Anda Semua!!!!!!!!!!!!!!!



KL POS Media and Productions dengan buat pertama kalinya menganjurkan Pertandingan bersempena dengan sambutan Kemerdekaan pada tahun ini.
Merdeka Video Challenge telah membuka penyertaan kepada kesemua individu mahupun kumpulan warganegara Malaysia yang memperolehi kelebihan menghasilkan sebuah video kreatif bertemakan Hari Kemerdekaan ke 55 iaitu 'Janji Ditepati' sepertimana yang diumumkan Kerajaan Malaysia baru- baru ini.
Peserta turut diberi peluang menghasilkan video yang berkisarkan dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam dalam tempoh masa 30 saat ke 1 minit.
Wang ganjaran berjumlah RM10 Ribu beserta trofi bakal diberikan kepada peserta yang menduduki tempat pertama diikuti dengan tempat kedua dan ketiga yang masing-masing akan memiliki wang RM5 Ribu dan RM3 Ribu beserta trofi.
Bakal pemenang bagi Pertandingan ini akan dinilai menerusi undian 50% jumlah 'Like' penonton Video Peserta yang akan dipaparkan menerusi Laman Youtube Merdeka Video Challenge. Manakala baki 50% undi lagi akan diberikan kepada juri yang dilantik pihak Penganjur.
Merdeka Video Challenge bakal membuka peluang penyertaan bermula 1 Ogos hingga 20 Ogos 2012 manakala tempoh pengundian pada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2012.
Maklumat Lanjut Sila Klik Disini

Sumbangan Bubur Lambuk, Lawatan Bazar Ramadhan Serta Moreh

Aktiviti Yg Bbhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah sangat sibuk pada 6 Ogos 2012 bersamaan dengan hari isnin 17 Ramadhan..

Beliau yang merupakan Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju pada mulanya telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai bertempat di LRT Taman Melati kira-kira jam 5 Petang.


Sejurus selesai mengagihkan sumbangan bubur lambuk kepada orang ramai di LRT Taman Melati, beliau kemudian telah melawat tapak bazar ramadhan taman melati.

Dalam majlis itu menyaksikan Yg Bbhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah telah menyampaikan sumbangan kurma kepada para peniaga..


Beliau kemudian telah hadir untuk solat Isyak, serta Bertarawih serta menghadiri majlis moreh di Masjid Kem Wardiburn Wangsa Maju..

Dalam majlis di Masjid Kem Wardiburn tersebut Yg Bbhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah telah menyampaikan sumbangan berupa jubah,air zam-zam serta kurma kepada pihak pengurusan masjid tersebut.






Terima Kasih Dato' Dr Shafei

BN Menang Rakyat Senang

Janji Ditepati

Monday, August 6, 2012

Sumbangan Ramadhan Siri 3 Kepada Ibu Tunggal, OKU Dan Anak Yatim

Pada 5 Ogos 2012, bersamaan hari Ahad satu majlis Sumbangan Ramadhan kepada golongan Ibu Tunggal , OKU dan Anak Yatim Telah Diadakan.

Majlis ini merupakan siri ketiga setelah siri pertama dan kedua diadakan pada 27 Julai 2012 dan 29 Julai 2012 yang lepas

Majlis Anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Wangsa Maju ini telah diadakan di dua tempat berasingan bermula jam 6 ptg di Madrasah As-Saadah Seksyen 1 dan Surau Seksyen 4 Wangsa Maju.yang dilangsungkan selepas solat tarawih

Pada majlis ini Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju telah menyampaikan sumbangan tersebut..

Sumbangan merupakan wang tunai serta barang-barang keperluan harian agar dapat meringankan beban Ibu-Ibu Tunggal, Golongan OKU serta Anak Yatim.

Beberapa kepimpinan UMNO Bahagian Wangsa Maju turut hadir pada majlis ini..

Berikut gambar sekitar majlis.






Lagi Gambar Klik Disini

JOM LAYAN VIDEO UCAPAN DATO

Maaf Kualiti Video Tidak memuaskan



Lawatan Ke Bazar Ramadhan Seksyen 1 Wangsa Maju

Pada 5 Ogos 2012 kira-kira jam 6 petang, Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah yang merupakan Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju telah turun padang melawat gerai-gerai di Bazar Ramadhan Seksyen 1 Wangsa Maju..

Dalam majlis tersebut Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah telah beramah mesra serta menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada semua peniaga di Bazar tersebut..

Walaupon diiringi hujan renyai-renyai, Ia tidak melunturkan semangat Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah serta kira-kira 30 sukarelawan Barisan Nasional untuk melawat serta menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada para peniaga..

Berikut gambar sekitar majlis..





Friday, August 3, 2012

Ustaz Fathul Bari Komen Kantoikan Penipuan Malaysiakini

Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri

Pada 2 Ogos 2012, UMNO Bahagian Wangsa Maju telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis yang telah dihadiri kira 3000 orang ini telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati.

Turut hadir pada majlis ini adalah YB Datuk Seri Tengku Adnan b Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO, YB Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah, Ketua Penyeleras Barisan Nasional Wangsa Maju serta Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras.

Dalam Majlis ini juga menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan sumbangan kepada kira-kira 1000 golongan warga emas, Ibu tunggal , serta OKU.

Berikut Gambar sekitar Majlis







LAGI GAMBAR KLIK DISINI

JOM LAYAN VIDEO UCAPAN