Thursday, August 16, 2012

Hot News !!!! Ustaz Nasharudin Mat Isa Di Ambang Pemecatan !!!


Nasharudin mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan Datuk Dr Hassan Ali, dipecat tanpa sebarang proses pembelaan diri. Jika ini berlaku, maka InsyaAllah hayat PAS dalam PRU yang akan datang semakin jelas gelap dan kelam. PAS tidak pernah belajar apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh ahli akar umbi selama ini...sayonara PAS. Takbirr.

KUALA LUMPUR 16 Ogos - PAS Pusat akan menyerahkan kuasa Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memutuskan tindakan susulan terhadap bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa. Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berikutan tindakan Nasharuddin selagi ianya tidak dibincangkan bersama Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.

“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut. Malah parti juga belum memutuskan sama ada Nasharudin akan diberi surat tunjuk atau tidak, dan setakat ini kepimpinan pusat belum memanggil beliau untuk memberikan penjelasan” katanya. Nasharuddin yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat sebelum ini telah membuat kenyataan secara terbuka menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya rakan DAP dan PKR terus menentang Hukum Hudud.

5 comments:

  1. anonymous:- Kesian mamat sekoq ni, siang malam tak letih buat iklan. masuk sana masuk sini ..alih alih jumpa mamat mamat macam ni. Nak buat iklan pun buatlah sendiri barulah sendirian berhad namanya. Nak cari makan jangan dok ditepi kedai orang dan menyebuk. Nasihat percuma kpd semua yg tahu membaca tulisan rumi bahasa melayu AWAS dengan mamat mamat Skim Cepat Kaya ini. Mamat Mamat ni sepupu dgn Nigeria Scam. Luku kepala baru tau..

    ReplyDelete
  2. bagi duit lepas tu lebur... itulah skim cepat kaya.. salah satu contoh macam diatas ni...

    ReplyDelete
  3. Elok Karpal Singh bersara politik demi Pakatan.

    Ramai org tidak tahu UMNO ada satu rakaman ucapan Karpal Singh di Australia yang berbau rasis anti Melayu dan anti Islam. Tidak mustahil Karpal ini diugut oleh UMNO dan ditekan oleh UMNO untuk pecahkan tembok Pakatan. Jika Karpal Singh enggan berbuat apa yg disuruh oleh pemimpin BN, maka rakaman ini boleh dibocorkan dan DAP akan rugi besar. Mungkin Karpal lebih sayang DAP dari Pakatan Rakyat.

    Walaupun ada pimpinan PAS pernah dengar ucapan anti melayu dan anti Islam ini, dan tidak mustahil Ustaz Nasarudin juga pernah dengar, PAS sedia maklum, Karpal Singh ini bukan Islam, maka tidak mengapa dia TOLAK hudud sebelum ini dan belum HINA hudud. Sebab itu PAS boleh bekerjasama dgn DAP. Hudud ialah ajaran Islam dan tidak ada dalam agama lain. Manakala pemimpin UMNO yang mengaku Islam pula TOLAK HUDUD dan HINA HUDUD dan kerana itulah PAS tidak mahu kerjasama dengan UMNO.

    PAS boleh terima lagi DAP buat masa ini sebab DAP secara organisasi TIDAK HINA hudud, cuma yg HINA HUDUD secara terang-terangan ialah individu Karpal Singh. Maka Karpal Singh patut diperangi. Kalau dia TOLAK tidak apa, tetapi kini dia sudah MENGHINA HUDUD, sama macam UMNO.

    Tapi kalau DAP secara organisasi MENGHINA HUDUD, maka PAS harus ajar DAP bahawa jangan perangi aqidah umat Islam. UMNO memang terang-terangan perangi aqidah ummah. Kita harap DAP faham beza antara TOLAK hudud dengan HINA HUDUD. UMNO dan MCA serta Karpal Singh TOLAK dan HINA HUDUD.

    DAP kena faham Tuhan kami ialah Allah bukan parti bukan Pakatan. Kemenangan mutlak kami ialah mencari keredhaan Allah bukan keredhaan Pakatan Rakyat, keredhaan DAP atau PKR. Dan kami tahu Islam akan dagang di akhir zaman, dan kami tetap akan keseorangan dalam mempertahankan aqidah kami, sedangkan UMNO lebih cederung mencari keredhaan bekas penjajah barat dan tuan baru mereka yahudi APCO.

    Kita nasihatkan Karpal sebagai individu dan DAP sebagai organisasi supaya jangan cabar kesabaran kami dalam bab aqidah kami. Tolak hudud tak mengapa sebab orang kafir boleh TOLAK hudud yg bukan ajaran agama mereka, tapi jangan HINA ajaran kami.

    Selama ini kami tidak bersama UMNO ialah kerana UMNO TOLAK HUDUD dan HINA HUDUD. Kami perangi MCA kerana MCA TOLAK HUDUD dan HINA HUDUD. Setakat ini Gerakan hanya TOLAK HUDUD dan belum HINA HUDUD.

    Kalau Karpal Singh nak bermain api dan nak hancurkan Pakatan Rakyat, silakan. Kami sudah biasa bersendirian dan akan bersendirian di akhir zaman. Tapi kami nasihatkan Karpal Singh supaya bersara dari politik dan bersara dari DAP supaya Pakatan Rakyat boleh berjalan lancar dan kita akan dapat tumbangkan BN. Kalau Karpal bersara, maka UMNO tidak boleh apa-apa dengan rakaman itu lagi.

    Yang terbaik ialah Karpal Singh bersara terus. Maka BN akan mati kutu. Bahtera PR akan terus belayar ke Putrajaya. Inilah masanya kalau Karpal Singh mahu berkorban untuk partinya, untuk rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan serta mahu kuburkan UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  4. aikk.. meroyan merapu sakan puak2 pembanggang diatas ni.. macam2 cite kartun puak2 ni reka...muhahahahaaaa siotttt....

    ReplyDelete
  5. apa yang kau merepek ni albangang

    ReplyDelete