Tuesday, April 9, 2013

Panas!!!Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan Nyatakan Kenapa Perlu Undi BN!!




“Bagaimana UMNO dikatakan menolak Islam? Islam itu ditulis sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan. Itu sudah ternyata UMNO mendaulatkan agama Islam,” tegas bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terus menerus mengeluarkan ‘fatwa’ terhadap orang UMNO.

Selepas ‘mengkafirkan’ UMNO, beliau juga membuat dakwaan solat orang UMNO juga tidak mendapat pahala kononnya UMNO menolak dasar Islam sebaliknya membawa dasar kebangsaan.


Biarpun kenyataannya mengundang kemarahan dan dibidas pelbagai pihak, beliau tetap mempertahankan kenyataan itu.

Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan PAS di negeri ini berkata, tindakan dilakukan Menteri Besar Kelantan itu semata-mata bersifat politik dan perjuangan untuk menawan Putrajaya.

Katanya, Nik Abdul Aziz bukan sesiapa untuk menentukan dosa dan pahala seseorang umat Islam kerana ia hanya ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya anggap beliau sebagai ‘pelakon’ yang hanya mahu menarik orang ramai supaya mengundi PAS, tidak lebih daripada itu.

“Apa saja kenyataannya juga hanya untuk berjuang ke Putrajaya dan semata-mata disebabkan mahu kepada kuasa saja,” katanya.

Selepas mendakwa solat UMNO tidak mendapat pahala, Nik Abdul Aziz turut menegaskan bahawa UMNO membuat projek membina masjid bukan mahu menegakkan syiar Islam tetapi mahu ‘mengenyangkan’ golongan kontraktor.

Beliau turut mendakwa biarpun UMNO mengadakan program berkaitan Islam, namun ia juga tidak diberi pahala kerana parti terbabit menolak Islam.

5 comments:

  1. Ya Allah berilah pertujuk kepada N.Ajis yang semakin nyanyok moga dia insaf dan kembali kepangkal jalan. Orang yang tidak berilmu akan dipandu oleh syaitan seperti N.ajis.hidup menyusahkan orang lebih baik kau mati tersiksa N.ajis.

    ReplyDelete
  2. Kalau benar dia seorang yg berilmu, dia tidak akan berkata macam itu...ilmu apa yg dia belajar di India tu...atau belajar sekerat jalan saja.

    ReplyDelete
  3. Orang yang diamanahkan untuk memberi petunjuk kepada ahli-ahli parti sudah nyata tidak dapat berfungsi dan tidak boleh diharapkan lagi. Inilah masa yang sesuai untuk parti mengantikan beliau atau lebih baik bubarkan sahaja parti politik PAS yang tiada sumbangan bermanfaat langsung kepada agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  4. pas semakin songsang sebab ramai ularmak2 politik dalam parti itu...
    ularmak cari makan... kerana politik, agama, bangsa dan negara habis dijual kerana kuasa, habuan dan putrajaya

    ReplyDelete
  5. Saya tak maulah kata Nik Aziz yg negatif2 nie sebab saya pun ada bapa....Saya hormati Nik Aziz walaupun saya tidak menyokong apa yg diperjuangkannya kini....Saya masih menganggapnya ulama yg baik tapi bukan ahli politik yg baik...Sayang sama sekali seorang ulama yg baik dicemari mindanya oleh politik org lain yg kotor....Natijahnya, sangat2lah berat dan cukup membawa bencana... memang agama dan politik tak dapat dipisahkan tapi ia perlu seimbang dan konsisten...kalau ilmu agama baik, politik pun kenalah baik...saya bukan arif soal agama dan politik tapi kalau kita mahu percaya kepada kebaikan, bukankah apa saja yg dipolitikkan perlu yg baik2 dan nampak berakhlak luar dan dalam untuk samakan asas bahawa agama dan politik tak dapat dipisahkan...Rasulullah S.A.W sentiasa menunjukkan teladan yang baik dan akhlak terpuji dalam kepimpinannya malah baginda nak mengherdik pun amat mustahil pernah dikhabarkan oleh sesiapa pun...Bagaimana bangsa lain mahu menghormati agama Islam jika dalam politik pun tiadanya akhlak dan peribadi terpuji...tunjukkan dulu keperibadian yg terpuji bukan melalui kesungguhan kita solat jer, malah melalui tutur kata...Solat tu antara individu dengan Allah...yg akhlak tu akan dicontohi oleh org lain...jadi, akhlak perlu dijaga supaya selari dengan amalan dan kepercayaan...kalau tak, macamana budak kecik nak berperangai elok2, contoh di depan jauh panggang dari api meneladani Sunnah...Nauzubillah...

    ReplyDelete