Friday, February 10, 2012

KJ Jawab Tuduhan 'Pakar Ekonomi' Pakatan Rakyat


Baru-baru ni Nurul Izzah & Tony Pua telah mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang memburuk-burukkan KWSP berhubung dengan Skim Pinjaman untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Semalam, Khairy Jamaluddin @ KJ telah mengeluarkan kenyataan yang berjaya menelanjangkan niat buruk Nurul Izzah dan Tony Pua.

Mari kita lihat apa ulasan KJ terhadap tuduhan Tony Pua & Nurul Izzah…

Tuduhan 1 Tony Pua & Nurul Izzah:

EPF akan meminjamkan wang kepada individu bagi membeli rumah. Ini bersalahan dengan Seksyen 26 Akta KWSP yang melarang KWSP memberi pinjaman kepada individu.

Jawapan KJ & KWSP:

KWSP akan meminjamkan wang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). YWP pula akan memberi pinjaman kepada individu yang layak. Ini jelas tidak melanggar sebarang peruntukan Akta KWSP.

Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.

Tuduhan 2 Tony Pua & Nurul Izzah:

Pinjaman yang diberi adalah berisiko tinggi kepada KWSP.

Jawapan KJ & KWSP:

Pinjaman ini tidak berisiko tinggi kerana KWSP telah menetapkan syarat yang ketat.

1. Jumlah pulangan yang diterima KWSP ialah 5.5% setahun.

2. Nilai cagaran adalah lebih dua kali ganda nilai pinjaman.

3. DBKL perlu menyediakan rizab sebanyak 25% dari jumlah pinjaman.

4. Hanya penghuni yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik sahaja akan ditawarkan pinjaman.

5. DBKL juga memberi jaminan akan membeli balik semua rumah jika terdapat masalah pembayaran oleh peminjam.

Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.

Tuduhan 3 Tony Pua & Nurul Izzah:

Wang KWSP tidak patut digunakan untuk kepentingan politik.

Jawapan KJ:

Pakatan Rakyat memang HIPOKRIT. Dalam manifesto pilihanraya Buku Jingga yang jelas berunsur POLITIK, mereka menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan tol dengan mengarahkan agensi kerajaan yang memegang saham dalam syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk mengambil alih PLUS dan menghapuskan tol. KWSP adalah pemegang saham di dalam PLUS. Ini bermakna duit KWSP akan digunakan untuk membeli PLUS tanpa sebarang pulangan kerana tol akan dihapuskan.

Harus diingat, KWSP melabur dalam PLUS kerana pulangannya yang tinggi. Keuntungan ini pergi ke siapa? Keuntungan pergi kepada kita, rakyat Malaysia, selaku pencarum KWSP!! Jadi bila PLUS untung besar, KWSP turut untung besar juga. Bila KWSP untung besar, simpanan KWSP kita turut meningkat TINGGI!! Alhamdulillah, bertambah simpanan untuk hari tua kita.

Jadi, siapa yang hipokrit sebenarnya? Tony Pua & Nurul Izzah kata jangan guna duit KWSP untuk beri pinjaman kepada penduduk PPR & PA kerana kononnya ia boleh mengurangkan simpanan KWSP sedangkan skim ini menjamin pulangan sebanyak 5.5% setahun kepada KWSP! Bukannya KWSP bagi duit percuma kepada penghuni PPR!

Bandingkan pula dengan manifesto pilihanraya mereka yang jauh lebih buruk kesannya. Bukan sahaja berbilion duit KWSP hangus kerana terpaksa beli PLUS tanpa pulangan, tapi simpanan hari tua kita juga akan terhakis teruk!!

Aku tanya sekali lagi, siapa yang hipokrit sebenarnya?

Kesimpulan : TONY PUA & NURUL IZZAH MEMANG HIPOKRIT!


1 comment:

  1. kisah benar,,,,nauzubillah... bacalah >>>> http://demokrasi93.blogspot.com/2010/04/umno-dan-arak.html

    ReplyDelete